gaban_spacecop Publish time 22-3-2009 06:01 PM

memang le dia MB yg "panas"... bcoz the black coluor itself absorb heat... hahhahahah

pojikun85 Publish time 25-3-2009 10:19 PM

Originally posted by gaban_spacecop at 22-3-2009 18:01 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
memang le dia MB yg "panas"... bcoz the black coluor itself absorb heat... hahhahahah

tak leh blah statement ko nih.haha:lol: :lol: :lol:

mfharun Publish time 26-3-2009 10:32 AM

Originally posted by Aizadora at 11-2-2009 08:05 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Tak kisah lah...mamak ke melayu ke.... janji kerja boleh buat..

second that...

jannahsyazana Publish time 27-3-2009 02:38 PM

i pernah keje dengan dr. zambry ni masa kat inmind

dia memang ngaku, dia ada keturunan darah india

rienafaiz Publish time 27-3-2009 03:22 PM

tgk muka pon tau dh.... tp ketegori hensem la juga...

mattzzx Publish time 28-3-2009 01:09 PM

PAC cadang beku gaji MB, Exco Perak

IPOH 27 Mac - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) mengemukakan cadangan supaya pembayaran gaji, elaun dan kemudahan asas Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya dibekukan serta-merta.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, tindakan tersebut harus dilaksanakan kerana Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan negeri yang baru manakala pihak pakatan pembangkang diketuai Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tetap berpegang mereka masih lagi kerajaan yang sah.

Beliau berkata, usul yang dikemukakan dalam mesyuarat hari ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian yang terlibat dan laporan mengenainya turut dihantar ke Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pertimbangan dan kelulusan.

''Sehubungan itu, kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini hari ini.

Selain itu, kata Kah Woh, PAC memutuskan pelantikan tiga penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri kepada Zambry yang bertaraf Exco adalah tidak sah.

Ini kerana, katanya, tiada keperluan dalam jawatan tersebut kerana pihak kerajaan boleh mendapatkan sebarang nasihat daripada jabatan kerajaan yang berkaitan.

Serentak keputusan itu, katanya, PAC mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim agar mengosongkan serta-merta empat pejabat yang digunakan penasihat tersebut.

Tambahnya, semua kemudahan lain termasuk kereta rasmi turut dikehendaki dipulangkan dengan kadar segera.

''Pegawai tadbir yang dibekalkan kepada Datuk Chang Ko Youn dan Datuk S.Veerasingam juga didapati tidak sah dan pelantikan ini juga melibatkan wang rakyat," katanya.

Bagaimanapun, kata Kah Woh, keempat-empat pegawai terbabit tidak dihalang meneruskan tugas mereka jika menggunakan premis lain sebagai pejabat.

PAC yang bermesyuarat sebanyak empat kali iaitu pada 27 Februari, 5 Mac dan 13 Mac lalu serta semalam telah memanggil sembilan saksi bagi menyelesaikan isu pembayaran gaji, elaun, kemudahan asas dan pelantikan tiga penasihat dan seorang ketua penerangan oleh Zambry.

Mereka yang dipanggil ialah Zambry sendiri, Dr. Abdul Rahman; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Jamaluddin Al- Amini; Pegawai Undang-Undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid, Ko Youn, Veerasingam, Datuk Hamdi Abu Bakar, Datuk Kapten (B) Najmuddin Elias dan Mohammad Nizar.

Kah Woh berkata, daripada sembilan yang dipanggil, hanya Jamaluddin, Ahmad Kamal dan Mohammad Nizar tampil memberi keterangan, pandangan serta penjelasan kepada PAC

curiousity Publish time 17-10-2009 03:05 AM

Zambry, 47, (gambar) sebelum ini dilihat berkeupayaan dan berkemampuan termasuk berjaya mengekalkan jawatan pemilihan dalam Umno tanpa bertanding.
patut la jd MB pun tanpa bertanding gak!:mad:

gua_ler Publish time 17-10-2009 02:43 PM

yang penting dia islam kan...?

irkhairuddin Publish time 18-11-2009 10:02 PM

btui2... Janji AMANAH dijaga...kalo melayu pada asal usul, tp x der AMANAH...wat per...haha :) siiiru ala barakatillah.

rosewhite Publish time 25-12-2011 08:21 AM

http://www.utusan.com.my/pix/2011/1225/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
Zambry Abd. Kadir membeli barang asas di Kedai Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Maju, Bagan Serai, Perak, semalam.

rosewhite Publish time 1-1-2012 09:10 AM

Penggiat industri perlu komited

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0101/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
ZAMBRY Abd. Kadir (tengah) bersama pemenang Anugerah Pelancongan Perak 2011 di Ipoh, semalam.

IPOH 31 Dis. – Semua penggiat industri pelancongan di negeri ini digesa memberikan komitmen tinggi bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri mencapai sasaran lima juta pelancong pada Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, biarpun Perak mempunyai pelbagai produk pelancongan bertaraf dunia, namun kekurangan dalam mempromosikannya tidak akan membantu perkembangan industri berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan negeri melihat industri tersebut mempunyai potensi besar dan mahu ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

‘‘Perak mempunyai khazanah alam yang tidak ternilai iaitu hutan hujan tropika Royal Belum yang tertua di dunia, melebihi usianya daripada yang ada di Lembangan Amazon.

‘‘Kerajaan negeri menyediakan platform dan kerangkanya sahaja, namun, dalam mempromosi pelancongan di negeri ini, semua penggiat industri perlu berganding sama termasuk pengusaha hotel dan resort kerana kejayaannya terletak di bahu kita semua,” katanya pada Malam Gala Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2011 yang diadakan di Royal Perak Golf Club, di sini malam tadi.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman.

Pada majlis tersebut, Zambry turut menyampaikan 18 anugerah pelancongan negeri yang antara lain dimenangi oleh Hotel Syuen, The Banjaran Hotsprings Tambun, Lost World of Tambun, Homestay Kampung Beng Lenggong dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

rosewhite Publish time 3-1-2012 09:09 AM

Perak tubuh akademi bola sepak

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0103/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
ZAMBRY Abd. Kadir menerima jersi baru pasukan bola sepak Perak daripada Zainol Fadzi Paharuddin (tiga dari kanan) di Ipoh, semalam.

IPOH 2 Jan. - Kerajaan negeri merancang membuka sebuah akademi bola sepak pada tahun ini yang akan berperanan mencungkil bakat-bakat baharu bagi merancakkan lagi pembangunan bola sepak di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, akademi tersebut akan mengenal pasti bakat berpotensi di seluruh pelosok negeri bagi diberikan latihan intensif.

Katanya, akademi itu bukan sahaja bermatlamat menyediakan pemain, malah merupakan perancangan jangka panjang bagi pembangunan sukan tersebut di negeri ini.

"Kita mempunyai beberapa perancangan dan berbincang dengan beberapa pihak bagi pembangunan bola sepak termasuk menubuhkan sebuah akademi yang dijangka beroperasi tahun ini.

"Melalui penubuhan akademi ini, kita dapat terus melahirkan pemain-pemain terbaik bukan sahaja untuk Perak tetapi juga negara," katanya pada majlis pengumuman barisan pemain dan penaja skuad bola sepak Perak, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengurus Pasukan Perak, Khairul Azwan Harun.

Zambry berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri di bawah kelolaan Zainol Padzi sedang merangka beberapa perancangan bagi mengembalikan semula kegemilangan sukan bola sepak di negeri ini.

"Perak sebelum ini berada di tangga terbaik dan dalam kategori terbaik, jadi kita mahu kekalkannya. Oleh itu, kita lakukan perancangan bagi memastikan Perak terus berada dalam kategori terbaik," katanya.

Sementara itu Zambry berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa penaja untuk akademi tersebut dan proses perbincangan sedang dilakukan.

"Kita telah berbincang dengan beberapa pihak termasuk syarikat perlombongan bijih besi, Vale S.A (Vale) dan mereka telah memberi lampu hijau untuk menaja program pembangunan bola sepak di negeri ini.

"Semuanya kini dalam perbincangan dan lokasi penubuhan akademi ini akan diumumkan nanti," katanya.

t8tler Publish time 3-1-2012 01:10 PM

rajin bebenor rosewhite ni tampal berita. hikhikhik...

rosewhite Publish time 4-1-2012 09:30 AM

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0104/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
ZAMBRY Abd. Kadir (tengah) meninjau keadaan jalan baharu ketika merasmikan pembukaan jalan alternatif keluar dari pekan Bercham ke Lebuh Raya Utara Selatan di Ipoh, semalam.

rosewhite Publish time 16-1-2012 10:21 PM

http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/fw219541_pk03_160112_zambry.jpg
PARIT BUNTAR, 16 Jan -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir (dua, kanan) diberi penerangan mengenai mesin rempeyek automatik oleh Penolong Pegawai Penyelidik Mardi, Azlan Othman (kanan) ketika melawat pameran pada majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2011 di Padang Bandaran Parit Buntar di sini hari ini.Mesin tersebut boleh menghasilkan lebih 1,600 keping rempeyek dalam masa sejam.Mesin ini dicipta sejak dua tahun lepas dan dijual kepada usahawan-usahawan dengan harga RM40,000.

rosewhite Publish time 19-1-2012 09:21 AM

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0119/Utusan_Malaysia/Utara/wu_02.1.jpg
DR. Zambry Abd. Kadir dan rombongannya menemui sebahagian penghuni asrama sekolah Pondok Pengajian Agama Ummi-Al-Hidayah, Bagan Serai, Perak, kelmarin.

rosewhite Publish time 24-1-2012 09:42 PM

http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/fw220466_pk03_240112_zambry_tahun_baru.jpg
LUMUT, 24 Jan -- MERIAH... Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (tiga dari kanan) bersama Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha (empat dari kanan) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Marina Island Hall, Teluk Muroh, hari ini.Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf (dua dari kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Mah Hang Soon (tiga dari kiri). Kira-kira 5,000 orang hadir di program tersebut yang diadakan setiap tahun oleh Kong yang juga Anggota Parlimen Lumut.

rosewhite Publish time 30-1-2012 09:06 AM

http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/fw220942_pk05_290112_pm-mca.jpg
Sambutan Tahun Baru Cina : IPOH, 29 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di Dewan SJKC Yuk Choy, Ipoh di sini hari ini.Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

rosewhite Publish time 30-1-2012 09:09 AM

http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/fw220941_pk03_290112_pm-mca.jpg
Sambutan Tahun Baru Cina : IPOH, 29 Jan -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama para pemimpin MCA dan tetamu jemputan menggaul 'Yee Sang' pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di Dewan SJKC Yuk Choy, Ipoh di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

rosewhite Publish time 2-2-2012 10:34 PM

http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/fw221347_pk15_020212_siam.jpg
Turun Padang : PENGKALAN HULU, 2 Feb -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sempat bergurau dengan Sitin, 93,ketika mengunjungi masyarakat Siam di Kampung Pong ketika program turun padang ke Pengkalan Hulu di sini hari ini.Dr. Zambry turut memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 untuk projek membaiki jalan kampung.
http://umno-online.com/wp-content/gallery/berita/fw221337_pk09_020212_sarapan.jpg
Sarapan Bersama : PENGKALAN HULU, 2 Feb -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bersarapan bersama orang ramai di sebuah warung di Kampung Air Panas dalam program turun padang ke Pengkalan Hulu di sini hari ini.
Pages: 1 2 3 4 [5] 6
View full version: Datuk Dr. Zambry Abd Kadir - MB Perak yang panazz


ADVERTISEMENT