se7enstarz Publish time 10-6-2008 05:27 PM

Reply #60 inan's post

nea, arrasoyo...gomapseumnida for the explanation...:loveliness:

td bru bljr word bru...Dong Bang Shin Gi 동방신기...penat tangan praktis tulis wordingnyer...;P ;P ;P

mkay98 Publish time 10-6-2008 09:15 PM

Originally posted by se7enstarz at 10-6-2008 16:51 http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
ko tak nmpk aku tgh berkobar2 nih nk ckp hangul? ;P ;P ;P
hahaha
tu la
berkobar2 gila mcm bendera kat abatar mung tuh

se7enstarz Publish time 11-6-2008 09:49 AM

annyeong-haseyo inan-min...:loveliness:

aper pelajaran kita pd ari nih?han gung-mal yon sup'aeya dwoeyo...:L

inan Publish time 11-6-2008 03:26 PM

Originally posted by se7enstarz at 11-6-2008 09:49 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
annyeong-haseyo inan-min...:loveliness:

aper pelajaran kita pd ari nih?han gung-mal yon sup'aeya dwoeyo...:L

hari ni kita belajar cara nak tukar perbuatan dari perkataan dasar ke stail yang ada 'yo'.
nanti senang bila kita tengok perkataan tu kita convert dari 'yo' stail ke dalam bentuk kata dasar agar senang kita cari dalam kamus nanti.

1.bila kita buang '다' dan tengok huruf terakhir ,jika vowelㅏ. kita buang je '다' dan diganti dengan 요-yo terus.
contoh
만나다 -jumpa --> 만나요   ---> man na yo
자다    -tidur    ---> 자요   ---->   tulis sebutannya
가다    -pergi   --->yang ni cuba ganti sendiri dan sebutannya
사다    -beli   ---->yang ni cuba ganti sendiri dan sebutannya

2.bila kita buang '다' dan kita tengok huruf terakhir , jika '하' , kita ganti '하' kpd '해' dan terus tambah '요'
contoh
사랑하다 - sayang ---> 사랑해요.
공부하다 - belajar ----> yang ni tukar sendiri
피곤하다 - letih.   -----> cuba ganti lak yang ni

perhati kes 1 dan 2 beza cara ganti .paham ke apa yang saya cuba terangkan ni?

se7enstarz Publish time 11-6-2008 04:36 PM

Reply #64 inan's post

nae, nnti starz tgk dulu...

se7enstarz Publish time 11-6-2008 05:25 PM

만나다 -jumpa --> 만나요   ---> man na yo
자다    -tidur    ---> 자요   ---->   tulis sebutannya ja + yo
가다    -pergi   --->yang ni cuba ganti sendiri dan sebutannya 가요 = ka + yo
사다    -beli   ---->yang ni cuba ganti sendiri dan sebutannya 사요 = sa + yo


2.bila kita buang '다' dan kita tengok huruf terakhir , jika '하' , kita ganti '하' kpd '해' dan terus tambah '요'
contoh
사랑하다 - sayang ---> 사랑해요 = sarang + ae + yo
공부하다 - belajar ----> yang ni tukar sendiri 공부해요 = gong + bu +ae + yo
피곤하다 - letih.   -----> cuba ganti lak yang ni 피곤해요= pi + kon + nae + yo


[ Last edited byse7enstarz at 11-6-2008 05:33 PM ]

inan Publish time 12-6-2008 10:35 AM

Reply #66 se7enstarz's post

ok .. semua jawapan yang di beri betul. boleh ingat lagikan cara2 tukar ke yo style.
1. bila kita buang '다' dan tengok huruf terakhir ,jika vowelㅏ. kita buang je '다' dan diganti dengan 요-yo terus.
2. bila kita buang '다' dan kita tengok huruf terakhir , jika '하' , kita ganti '하' kpd '해' dan terus tambah '요'.
sekarang saya sambung lagi
3. bila kita buang '다' dan tengok huruf terakhir , jika vowel ㅣ, kita gantikan ㅣ tu dengan ㅕ(yoe) dan tambah 요.
contoh (보기)
a- 마시다 (masida - minum) ---> 마셔요. ma syoe yo.
b- 가르치다 (ga ru chi da - ㅡmengajar)---->
c- 시키다    (si ki da -- order) ---->

4. bila kita buang '다' dan tengok huruf terakhir , jika konsonan , dia ada syarat pulak dan akan ditambah 어/아 dan 요 berpandu pada huruf vowel sebelum konsonan.
4.1vowelㅏ/ㅗ --> kena tambah 아요.
contoh :
a- 살다 -tinggal
             [ cara baca - 살다 - sal + da --> kenapa tak baca sar + da?
             'ㄹ' bila dok atas, dia bunyi 'R' tapi bila dok bawah dan
            selepas tu dia jumpa dengan konsanan , bunyi 'L']
    perhati bila buang '다' huruf terakhir dia konsanan 'ㄹ' ,lepas tu
    tengok pulak sebelum konsanan huruf ㅏ , jadi buang je '다' dan
    terus tambah아요.--> 살아요.
    cara baca - sa + ra + yo. --> kenapa tak baca sal + a + yo?
    ait .. yang ni dok bawah sepatut baca sal .. tapi dia bunyi lain
    pulak bila selepas dia jumpa dengan 'ㅇ' ..kena jadi 'R' dan
    sambung terus dengan vowel tu.. tu yang jadi sarayo.      

b - 팔다 - jual
c -좋다 - bagus

4.2 - selain tu kena tambah 어요. (ingat yang ni final konsonan)
contoh
   a- 먹다 - mokda - makan ---> 먹어요mo go yo. konsep baca sama
      dengan 'ㄹ' . ㄱ - atas baca 'g' , bawah 'k', bawah dan jumpa 'o'
      baca 'g'.
   b - 읽다 - ikda - baca--->
   c - 울다 - ulda - nangis

k .. nanti saya sambung lagi .. banyak lagi syarat yang perlu tahu ..sambil2 tu saya akan terus masuk ke grammar.

se7enstarz Publish time 12-6-2008 04:14 PM

Reply #67 inan's post

waaaa...ulgoyo sat...:'( susahnyer yg nih...letih nk memahamkn nyer...konpius...

contoh (보기
a- 마시다 (masida - minum) ---> 마셔요. ma syoe yo.
b- 가르치다 (ga ru chi da - ㅡmengajar)----> ga ru cyoe yo 가르셔요
c- 시키다    (si ki da -- order) ----> si kyoe yo 시ㅋㅕ요 (choesong hamnida nih cam pelik tulisannyer sbb pc tak support hangul so terpaksa copy paste :$ )

contoh :
a- 살다 -tinggal 아요.--> 살아요 sa + ra + yo
            
b - 팔다 - jual --> pir da = pa ra yo 팔아요
c -좋다 - bagus -- > choa da = cho a yo 좋아요

4.2 - selain tu kena tambah 어요. (ingat yang ni final konsonan)
contoh
   a- 먹다 - mokda - makan ---> 먹어요mo go yo. konsep baca sama
      dengan 'ㄹ' . ㄱ - atas baca 'g' , bawah 'k', bawah dan jumpa 'o'
      baca 'g'.
   b - 읽다 - ikda - baca---> ik go yo 읽어요
   c - 울다 - ulda - nangis ---> ul go yo 울어요

inan Publish time 13-6-2008 03:51 PM

b- 가르치다 (ga ru chi da - ㅡmengajar)----> ga ru cyoe yo 가르셔요
맞아요 - ma ja yo - betul
c- 시키다    (si ki da -- order) ----> si kyoe yo 시ㅋㅕ요 (choesong hamnida nih cam pelik tulisannyer sbb pc tak support hangul so terpaksa copy paste :$ )
맞아요

b - 팔다 - jual --> pir da(pal da) = pa ra yo 팔아요 --> 맞아요
c -좋다 - bagus -- > choa da(choat da) = cho a yo 좋아요 --> 맞아요

b - 읽다 - ikda - baca---> ik go yo 읽어요
   ---> tulisan betul ..utk sebut tu salah sikit
    sebutanil + go + yo .. perhatikan bila ㄺ dok sekali kat bawah, klu selepas dia adalah konsonan(kena ingat huruf2 konsonan) bunyi berakhir dengan 'K-ㄱ' , 'L-ㄹ' tak de bunyi.. tapi selepas dia berjumpa dengan vowel ,'L-ㄹ'ada bunyi dan 'K-ㄱ' pun ada bunyi.
contoh lagi:
맑다 - perhatikah selepas ㄺ dia jumpa dengan ㄷ(konsonan) jadi cara baca 'makda'
          tapi bila tukar ke 'yo' style -
          맑아요 - perhatikah selepas ㄺ dia jumpa dengan 아(NI KATEGORI VOWEL),jadi
                  'ㄹ' dan 'ㄱ' berasingan bila baca .. bila baca dia jadi 'MAL GA YO (말 가 요)'

c - 울다 - ulda - nangis ---> ul go yo 울어요
    - ejaan korea betul tapi sebutan salah.
      sebutan 'ㄹ' kat bawah kena sambung dengan 어 tu sekali sebab dia jumpa dengan vowel -- jadi U RO YO.




se7enstarz Publish time 13-6-2008 04:24 PM

Reply #69 inan's post

kamsahamnida...tgh digest nih jwpn yg perlu diperbetulkn...klu tak phm nnti starz revert...:P

mkay98 Publish time 13-6-2008 05:10 PM

PERGGHHH :funk:

hanya itu yg aku termampu :P

meiruo Publish time 13-6-2008 08:15 PM

wah syoknya korang belajar korea. kalo nak aku ada banyak nota ngan kamus. aku belajar ikut ariang TV. tapi video ni punya la lama. sampai tergelak2 tgk dorang berlakon. aku ader siap bukukan lagi. tapi eloknya kene pandai hangul dulu la. kalo tak payah nak ikut. inan ko terer neh. blajo kat maner? aku nak blajor jugak!

se7enstarz Publish time 16-6-2008 08:30 AM

Reply #72 meiruo's post

majayo...mmg kena pandai hangul dulu...nih pn tgh praktis abis2an...hapal konsonan & vowel...
adesss...'senang' btl nk mengingatkn nyer...;P ;P ;P
ko ikut arirang sure terrer cam inan-shhi kot...aku langsung takder basic...
basic yg ciput je arrr...bljr dr drama/file korea...:P
ekceli ada aper2 tips tak nk permudahkn bljr hangul nih...share ler...

inan Publish time 16-6-2008 09:23 AM

Originally posted by meiruo at 13-6-2008 08:15 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
wah syoknya korang belajar korea. kalo nak aku ada banyak nota ngan kamus. aku belajar ikut ariang TV. tapi video ni punya la lama. sampai tergelak2 tgk dorang berlakon. aku ader siap bukukan lag ...

안녕하세요 meiruo shi,

saya belajar korea dengan cikgu korea dulu2 tapi sekarang dok belajar sendiri sebab dah tak mampu nak bayar yuran dia bulan2.takat nak baca boleh le belajar sendiri tapi bila nak cakap , ada susah sikit..

meiruo Publish time 16-6-2008 02:31 PM

samer la inan. nak baca bukan susah pon. kalo ko dah terer hangeul. tapi yang problem tuh, bukan semer yang dibaca tuh kita paham. ahaks...:lol:
bagus la inan pernah blaja ngan cikgu. aku ni dari mula sampai sekarang blajarsendiri jek.


se7enstarz paling mudah belajar hangeul nih, ko buat chart untuk konsonan ngan vowel and dia nyer terjemahan. dulu mase aku mula2 study hangeul, aku hafal and tulis dalam buku ulang2 sampai ingat. buat la sehari ingat 3,4 huruf.

meiruo Publish time 16-6-2008 02:38 PM

sesaper nak install korean characters kat keyboard bleh tgk web nih :
http://www.declan-software.com/korean_ime/#XPinstall

aku siap wat label baru kat keyboard. lepas ni sesape malas nak tulis hangeul leh taip. tapi tak digalakkan bagi yang baru belajar menulis.

se7enstarz Publish time 16-6-2008 03:02 PM

choayo...:D jap lg nk install hangul kt pc...gomapseumnida...

ooo senang wat chart ek?bgs gak idea tuh...nnti aku wat chomei2 chart konsonan & vowel...skg pn aku nmpk maner2 wording hangul aku cuba eja then baca...setakat nih ok la cuma blm familiar btl2 lg...blh ek ko bljr tanpa cikgu?aku bljr online pn cam fenin2 nk phm...:lol: :lol: :lol:

meiruo Publish time 16-6-2008 03:54 PM

kerja keras! hahaha...aku ingat lagi ayat nih maser tgk citer all bout eve kat TV.

se7enstarz Publish time 16-6-2008 04:09 PM

Reply #78 meiruo's post

nae, arrassoyo...hwaiting...:pompom:

inan Publish time 17-6-2008 10:41 AM

hari tu saya ada cerita cara2 nak tukar ke 'yo' stail(nanti saya akan sambung lagi
cara pertukaran tersebut.. banyak lagi tu...) . sekarang saya masuk ke struktur ayat dia.
ayat dalam korea ni terbalik sikit ... perbuatan dia sentiasa dok kat belakang .

contoh :

saya makan nasi.
perbuatan dia 'makan - 먹다' --- > bila tukar dalam yo stail jadi 먹어요.
saya - 저 (jo)-saya / 나(na)-aku
nasi - 밥 (bab)

klu translate ke korea jadi 'saya(subject)nasi ( object)makan(verb)'
so aturan dia --> subject + object + verb
저+밥+먹다
-ayat ni tak lengkap lagi sebab dalam b.korea dia kena ada particle pula untuk memudahkan kita tahu mana subject dan mana objek.
-verb biasanya ditukar dalam 'yo' stail dan beberapa lagi stail yang akan saya cerita.

klu subject kita kena tambah 가(ga) , 이 (i) dan 는 (nen) --- subject particle
가 ditambah pada subjek yang mana ejaannya berakhir dengan vowel.
이 ditambah pada subjek yang mana ejaannya berakhir dengan konsenan
는 - subject yang dah di ketahui.

klu object kita kena tambah 을 atau 를 --- object particle.
을 - ditambah pada objek yang mana ejaaannya berakhir dengan konsonen
를 - ditambah pada objek yang mana ejaannya berakhir dengan vowel.

jadi ayat kat atas perlu ditambah particle dan perbuatan perlu di tukar ke 'yo' stail.
저는+밥을+먹어요.
jonen   babelmogoyo.

latihan:
sila tambah 가atau 이 pada subject berikut.
1- 친구 - kawan
2- 동생 - adik
3- 남편 - suami
4- 책 - buku
5- 가방 - beg
6- 지갑 - dompet
7- 어머니 - ibu
8- 언니 - kakak

sila tambah 을 atau 를 pada objek berikut
1- 친구 - kawan
2- 동생 - adik
3- 남편 - suami
4- 책 - buku
5- 가방 - beg
6- 지갑 - dompet
7- 어머니 - ibu
8- 언니 - kakak

[ Last edited byinan at 17-6-2008 10:42 AM ]
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Bahasa Korea


ADVERTISEMENT