limau_nipis Publish time 21-6-2007 03:00 PM

Reply #80 silencez's post

sil, nanti aku listkan buku yg aku nak

ko nak potostat copy satu ke? nanti aku tanya tuan punya buku dia bagi tak.. takut lunyai jer aku nak gi potostat ni..

kalau confirm, aku potostatkan untuk hang ok :D

silencez Publish time 21-6-2007 03:14 PM

Reply #81 limau_nipis's post

wei limau. sah2 tuan punya tak kasi. karang tak cantik dah buku tu.

limau_nipis Publish time 22-6-2007 10:59 AM

Reply #82 silencez's post

heheeh, tu yg kena tanya... sebab buku tu pun dah sedia lunyai..

silencez Publish time 22-6-2007 11:20 AM

Reply #83 limau_nipis's post

huhhh.. ambik kesempatan la ni :P
apapun, kalau ok jgn lupa 1 copy.

minahleter Publish time 24-6-2007 05:33 PM

Originally posted by silencez at 22-6-2007 11:20 AM
huhhh.. ambik kesempatan la ni :P
apapun, kalau ok jgn lupa 1 copy.



cik limau dah ke dawama ke? buku apa yg diborong? sharelah dengan kami:P :P :P

mardhiah12 Publish time 25-6-2007 09:18 AM

sil, tolong belikan aku songket berbenang emas, buku ghazali ngah azia, buku hizairi othman..weh aku nak kirim byk boleh ker?

semalam gi rumah mak, aku jumpa balik 'sehingga terukir senyuman' dgn 'mendung semalam'. yahuuu :lol:

silencez Publish time 25-6-2007 09:28 AM

Reply #86 mardhiah12's post

mardhiah,
tak jadi la pegi ke dawama tu. sbb diorg tak bukak sabtu. cuma 5 hari je seminggu. sorry ek.

mardhiah12 Publish time 25-6-2007 09:32 AM

la yeker? ada satu dekat rumah aku, tapi kalau sabtu tak bukak, alahai :L

silencez Publish time 25-6-2007 09:47 AM

Reply #88 mardhiah12's post

amboii.. dah dekat2 rumah tu cuba jenguk2 situ kot2 ada. kat area sini tak tau kat mana ada. tu yg plan nak ke au3 je. alih2 bila call kata tak bukak pulak sabtu. tu yg cancel.

mardhiah12 Publish time 25-6-2007 02:20 PM

sil, kalau aku cuti, dah lama aku pergi...:lol: tapi tader planning cuti lagi ni :P tak tahu bila
dahlah office jauh dari rumah

silencez Publish time 25-6-2007 02:32 PM

Reply #90 mardhiah12's post

mar, cuba check kot2 kat tmpt hang tu, sabtu bukak lak. mana la tau kan.. :D

limau_nipis Publish time 5-7-2007 10:37 AM

dah habis baca Mendung Semalam tulisan Mohd Ismail Sarbini

mana nak cari lagi buku dia ni????

minahleter Publish time 5-7-2007 11:04 AM

Reply #92 limau_nipis's post

ni buku lama zaman jepang kan... buku mendung semalam ni menang hadiah kedua peraduan Sastera Remaja Esso Gapena 2 tahun 1982.. mak oiii.. minah main teng teng lagi masa ni..herga buku ni rm4 AJE..

KHAIRUDDIN AYIP pulak menang hadiah ketiga... utk pertandingan yg sama.. buku dia tu le buku guruku ibuku jua... rasanya yg menang tempat pertama, anak din biola ke.. minah tak sure sangat yg nombor satu ni...

limau_nipis Publish time 5-7-2007 01:27 PM

Reply #93 minahleter's post

anak din biola pun sedih, adik aku ada buku ni...

ha-ah mendung semalam menang tempat kedua hadiah remaja esso gapena 2 tahun 1982..

masa ni aku pun kecik lagiii

didactic Publish time 27-7-2007 05:19 PM

Assalamualaikum.

Tumpang sekaki. Minat abis dgn karya-karya penulis-penulis di atas tu jugak. Dulu tak mampu nak beli. Sekolah lagi. Belanjer sehari dua posen je. Manala mampu. Bila ada perpustakaan bergerak datang kat sekolah mesti pinjam punyer. Kadang2 tu sampai dua tiga kali ulang.huhuhuhu.:loveliness: :loveliness: :loveliness:

Tapi cerita-cerita jaman dinoso tuh mmg sangat berkualiti. Macam barang antik.Sayang sangat kalau tak dipelihara. Khazanah negara tuh.Satu kerugian yang amat sangat kalau karya-karya lama ni dipinggirkan.

minahleter Publish time 27-7-2007 07:06 PM

Reply #95 didactic's post

betul tu didactic.. patutnya dewan ambik usaha utk terbitkan buku cam ni semula.. mcm alap21 buat buku karya klasik ke, karya nostalgia ke...mesti laku punya lah... tapi ni kena berbalik cara marketing dawama jugak...kalo terbit perukkan kat gudang pun tak ada makna jugakkan...
apa kata cadangkan kat alap21 terbitkan buku buku gitu... mesti lagi bersemarak sastera kat melaya ni

didactic Publish time 31-7-2007 01:27 PM

masa sy gi Pesta Buku ari tu excited sangt pi Dawama punya booth. Tapi frust betul sbb buku2 tak banyak..Naperla dorg jadi gitu ek? tak besh betul. Kat kedai-kedai buku pun tak banyak buku keluaran Dawama. Agaknya sume ada kat kedai dorg sendiri kot. Jual la kat kedai-kedai buku lain..bukan semua org dok KL...

qatrunnada Publish time 11-5-2010 03:42 AM

betul..novel lama macam senarai di atas memang berkualiti...teringin nak baca balik..tapi tak tau nak dapatkan kat mana...dulu-dulu baca pun..pinjam kat library sekolah...hu..hu...

sharlenetexas Publish time 15-12-2019 03:20 AM

Parking kat sini dulu ye. Terjumpa thread ini semasa search novel Budiku Budimu oleh Mohd Ismail Sarbini.

sharlenetexas Publish time 16-12-2019 12:25 AM

Pages: 1 2 3 4 [5]
View full version: Menjejaki penulis lama..


ADVERTISEMENT