minahleter Publish time 6-6-2007 08:37 AM

Originally posted by limau_nipis at 6-6-2007 08:21 AM
disebabkan aku rasa kita ni discuss dah terkeluar topik banyak sgt, nanti aku splitkan reply dan masukkan dalam thread novel bahasa inggeris @ bahasa malaysia :lol:



betul jugak tu limau..kita boleh buat topik penulis yang menghilang, macam khairuddin, ismail sarbini, zaen kasturi.. semua tu sayang dah tak berkarya. bayangkan kalau depa ni menulis memang meletup sebab mereka pandai imbangkan antara komersil, cinta, pengajaran... betul tu dbp kekadang suka buat lawak, minah jumpa uthaya sankar..dia kata baru baru masa pesta buku dia terkejut tengok buku hanoman dia ada kat rak balik. dulu dulu masa tahun pertama dicetak (ni cerita lebih kurang 10 tahun dulu), dia nak beli dan cari kat kedai, kat dewan tak der.. orang berkenaan jawab, buku tu tak ada.. tapi tak jugak bererti laku dijual! :Lringkas cerita buku tu ghaib tampa dikesan:olah ni ada balik, mcm biskut kan:lol:bila ditanya org tertentu khabarnya buku tu dulu tertindih atau senang cakap terperesok entah mana kat gudang kat keramat tu...agaknya lah ni bila org lain take over, kemas-kemas jumpa balik:mad:boleh gitu ye!:o

limau_nipis Publish time 6-6-2007 08:58 AM

ismail sarbini dah meninggal.. baru aku tahu from zaid akhtar's blog

Monday, September 04, 2006
Inna Lillah

Semalam, satu lagi khabar kurang menggembirakan diterima. Penulis novel remaja yang terkenal sekitar akhir 80-an dan awal 90-an - Mohd Ismail Sarbini - telah dijemput Ilahi pulang ke pangkuan-Nya.

Khabarnya Allahyarham menderitai barah usus dan meninggal pagi semalam. Dia, sesungguhnya, selain Khairuddin Ayip, penulis yang sangat-sangat saya 'gilai' karya-karya mereka. Saya kira novel mereka berdua banyak merangsang awal penulisan saya. Sayangnya hingga hari ini kami tidak pernah bertemu.

Novel-novelnya seperti Mendung Semalam, Cinta Seorang Guru, Jalinan Kasih, Bunga Hati, Mawar Merah Kembang di Hati, Bingkisan Rindu, Nur di Sudut Hati dan banyak lagi adalah novel-novel remaja yang sangat mengesankan dan membina, malah berbeza pengolahannya dengan novel-novel popular masa kini.

Moga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh.
Al-Fatihah!

minahleter Publish time 6-6-2007 09:14 AM

Originally posted by limau_nipis at 6-6-2007 08:58 AM
ismail sarbini dah meninggal.. baru aku tahu from zaid akhtar's blog

Monday, September 04, 2006
Inna Lillah

Semalam, satu lagi khabar kurang menggembirakan diterima. Penulis novel remaja y ...


limau... terkedu dan tergamam baca berita ni! moga ALLAH tempatkan dia di kalangan orang yang beramal saleh... teringat-ingat zmn kanak kanak, zmn remaja, karya dia memang minah gile baca. rasa dia penulis paling best, paling hebat zmn tu selain khairuddin dan khadijah hashim.. baru sebut sebut karya dia terutama yang nipis banget fatan hamamah...
orangnya secara personal pun lembut dan amat merendah diri... suka senyum dan tak lokek kalau pembaca tanya itu dan ini... sesak nafas minah baca berita ni pepagi! apa apa pong terima kasih limau sebab mengkhabarkan.. tak fikir dia ada penyakit berat sebab orngnya nampak sihat, badan pun tak berisi.. yelah kalau yg sihat sihat ni mudah kena sakit jantung ke kencing manis ke.. mudah mudahan segala ilmu yg diberi dalam karyanya diberi ganjaran pahala oleh ALLAH SWT AMIN!

mardhiah12 Publish time 6-6-2007 10:32 AM

:'(sedih plak aku baca ttg ismail sarbini tu..tak sangka :'(

engkorang, semalam aku surf website dawama, mcm still ada dlm collection buku2 tu...kebetulan surf ttg khairuddin ayip, dia sekarang ni byk jadi motivator untuk BM SPM ke PMR rasanya..mmg penuh nama dia..hai, sape nak gi dawama? aku nak ikutt!

list of books at dawama

[ Last edited bymardhiah12 at 6-6-2007 11:01 AM ]

limau_nipis Publish time 6-6-2007 11:31 AM

Reply #24 mardhiah12's post

hah mana listnya...

mardhiah12 Publish time 6-6-2007 11:51 AM

klik la atas tulisan list buku tu :P

tudung_bawal Publish time 6-6-2007 03:51 PM

penulis lama yg aku minat...khadijah hashim je...
klu x silap tajuk buku tu..laila azwa gadisku...
pernah di dramakan kat rtm...suatu ketika dahulu....
ade sape2 igt x cite ni?


lagi sorang zuraidah othman...lama ke?..kire lama le sbb da x de novel dia...:lol:

limau_nipis Publish time 6-6-2007 03:54 PM

Reply #27 tudung_bawal's post

tudung_bawal... zuraidah othman tu mmg penulis lama...
buku dia yang dulu, yang sangat-sangat killer.. bertajuk 'irama di pesisiran'

mengancam!

mardhiah12 Publish time 6-6-2007 05:16 PM

zuraidah osman taklah selama ismail sarbini/ khairuddin ayip

betullla ckp ko, limau, aku hidup zmn dinasour kut :P

limau_nipis Publish time 6-6-2007 05:24 PM

Reply #29 mardhiah12's post

masa dia tulis irama di pesisiran tu, dia baru nak menapak dalam dunia penulisan.. tahun 94/95 kan..
maknanya khairuddin ayip dengan ismail sarbini lagi ler lama

silencez Publish time 6-6-2007 06:27 PM

Reply #27 tudung_bawal's post

laila azwa sapa berlakon ek? laila azwa ni pasal yg dia minat sgt gesek biola. alih2 jatuh hati kat sapa ntah abang angkat tu. tapi mak ayah laila tak suka. lama2 bila laila lanjutkan pelajaran ke luar negara, alih2 abang angkat dia dah sampai dulu. kumpul duit buat katering sbb nak ikut laila study.

satu lagi, mira edora. mira edora tu yg julia rais jadi mira kan. jatuh hati dgn cingu sendiri. padahal cikgu tu masih lagi simpan hati kat mak si mira tu. noor kumalasari ke yg bawak watak mak tu.

[ Last edited bysilencez at 6-6-2007 06:30 PM ]

minahleter Publish time 6-6-2007 07:44 PM

Originally posted by limau_nipis at 6-6-2007 05:24 PM
masa dia tulis irama di pesisiran tu, dia baru nak menapak dalam dunia penulisan.. tahun 94/95 kan..
maknanya khairuddin ayip dengan ismail sarbini lagi ler lama


khairuddin ayip dgn ismail sarbini tu zmn tahun 1983... confirm! minah jumpa buku tu balik.... nampak sangat minah, limau dan geng kat sini... dah jadi remaja purba!

minahleter Publish time 6-6-2007 07:45 PM

Originally posted by silencez at 6-6-2007 06:27 PM
laila azwa sapa berlakon ek? laila azwa ni pasal yg dia minat sgt gesek biola. alih2 jatuh hati kat sapa ntah abang angkat tu. tapi mak ayah laila tak suka. lama2 bila laila lanjutkan pelajaran k ...


suka sangat cerita lalila azwa tu.. asalnya kat dewan siswa kan... tapi tak pulak tertengok cerita tu dlm tv... kekadang feel dlm tv tak sama baca novel.

limau_nipis Publish time 7-6-2007 08:38 AM

Reply #32 minahleter's post

wah jelesnya aku ngan minah.. nanti tempek le gambar buku tu kat sini

limau_nipis Publish time 7-6-2007 08:38 AM

Reply #33 minahleter's post

ha-ah tak pernah tengok pulak yang dalam tv tu.. aku baca novel masa darjah 4, khadijah hashim tu kawan mak aku.. dia yang bagi novel tu kat mak

best sangat :loveliness:

limau_nipis Publish time 7-6-2007 08:40 AM

Reply #31 silencez's post

filem mira edora tu dah tengok.. sama cam novel interpretation..
best sangat kan buku tu

polar Publish time 7-6-2007 10:36 AM

Nampaknye kita ni sebaya le minahleter:lol:
Cerita Ismail Sarbini ni yg aku masih ingat cite dia mendung semalam, bingkisan rindu ngan jalinan kasih. Sedih..Kalo penulis 80 an ngan 90 an yg aku masih ingat lagi Ghazali Ngah Azia, Zaharah Nawawi, Aripin Said, Azmah Nordin, Khairudin Ayip, Azizi Hj Abdullah. Novel diorang walau nipis tapi teringat ingat la... Apalagi Hizairi Othman.. misterila pulak...

polar Publish time 7-6-2007 10:38 AM

mira edora ni memang glamer time sekolah dulu... Memasing berangan mira edora;PKalo Budak Setan lak terbayang bayang...

minahleter Publish time 7-6-2007 09:38 PM

Originally posted by limau_nipis at 7-6-2007 08:38 AM
ha-ah tak pernah tengok pulak yang dalam tv tu.. aku baca novel masa darjah 4, khadijah hashim tu kawan mak aku.. dia yang bagi novel tu kat mak

best sangat :loveliness:
wah limau.. class banget..:D :Dkhadijah yg fofular tu kawan mak limau... fuyooo.. kalau minahle bangga gile tu....:lol: :lol:

minahleter Publish time 7-6-2007 09:41 PM

Originally posted by polar at 7-6-2007 10:36 AM
Nampaknye kita ni sebaya le minahleter:lol:
Cerita Ismail Sarbini ni yg aku masih ingat cite dia mendung semalam, bingkisan rindu ngan jalinan kasih. Sedih..Kalo penulis 80 an ngan 90 an yg a ...


tak per...kita ni tak berapa tua kan....:lol: betul tu.. citer orang dedulu meresap sampai tulang sum sum! tu yang terkenang kenang... tapi rasa tak seronok sebab ramai yg dah tak tulis.. em, hizairi tu.. memang mcm ghaib tak bernisan kan....:'( :'(dia tu handsome, anak org bijakpandai, dia pun educated... lengkap serba serbi... rugi hilang cam tu jer:mad:
Pages: 1 [2] 3 4 5
View full version: Menjejaki penulis lama..


ADVERTISEMENT