sherrina Publish time 10-2-2007 12:42 AM

Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society

ini kelab abang Renjer ni. Renjer, citer le lebih lanjut pasal Mares. Mares juga badan sukarelawan :)
http://mares.org.my/

ranjer Publish time 13-2-2007 12:23 PM

Apa Itu Mares?

MARES adalah nama singkatan kepada Malaysian Amateur Radio EmergencyService society atau Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio AmaturMalaysia. Angota-angota Mares terdiri dari pengemar Radio Amatur.

Apakah Tujuan Dan Matlamat MARES?

Menyediakan perkhidmatan komunikasi dari sumber tindakbalasyang luas semasa keadaan kecemasan dan bencana alam saperti banjirbesar, angin puting beliung, kemalangan yang mengancam ramai nyawa,kebakaran dalam bentuk besar/luas dan insiden hazmat kepada kapalterbang terhempas sehingga jalur komunikasi biasa samaada tidakberfungsi atau sudah terlalu padat kegunaanya. Menyediakan sisteminteregasi komunikasi kecemasan antara jabatan kerajaan saperti Bomba& Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), PDRM, Bulan Sabit,Hospital, TUDM, DCA dan lain-lain lagi yang terlibat dalam kerja-kerjamencari dan menyelamat (SAR) Matlamat disini adalah untuk menyediakansatu sistem komunikasi yang efisyen.
Menggalakkan perkembangan am sains dan penggunaan Komunikasi Radio/ Satelit & Digital disemua peringkat masyarakat tidak mengiraumur, pangkat atau keturunan terutama sekali kepada golonganpenuntut-penuntut sekolah, Kolej, IPT dan juga golongan remaja secaratidak langsung. Mares membantu kerajaan menuju wawasan 2020 danmenyediakan remaja yang berkualiti.

Mengeratkan tali silatul rahim antara ahli2 Radio Amatur Malaysiatidak mengira bangsa agama dan keturunan sesuai dengan etika RadioAmatur.

   Apa itu RADIO AMATUR?

Radio Amatur ataupun juga dikenali 揜adio Amateur / Ham Radio攊alah satu hobi berkenaan membina,menguji-kaji dan berkomunikasimelalui radio, satelit, digital dll. Pengguna-pengguna radio amatur inisaling berhubungan dengan rakan-rakan mereka di seluruh dunia melaluibeberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan. Di Malaysiaterdapat lebih kurang 1,200 pengemar Radio Amatur yang berlesen. Untukmendapatkan lesen Radio Amatur seseorang itu harus menduduki ujianRadio Amatur yang di kendalikan oleh Suruhanjaya Muntimedia DanKomunikasi Malaysia. Terdapat lebih 100,000 Radio Amatur di Amarika,Jepun , Indonesia, Thailand dll Ahli2 Radio Amatur telah banyakmembantu dalam Komunikasi Kecemasan contoh bila berlaku banjir besar,Gempa Bumi, kejadian 11 Sep WTC di Amerika dan lain-lain lagi

   Siapa yang boleh membantu saya?

Kelab-kelab Radio Amatur terdapat diseluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda antaranya ialah.

      1. MARES (Malaysian Amateur Radio Emergency Service)
      2. Di Utara ialah ASTRA (Persatuan Radio Amatur Utara Melayu Semenanjung Malaysia)
3. Di KL kita ada MARTS yang telah lama berdaftar iaitu semenjak tahun1952 ia itu satu2nya badan induk yang telah banyak membantu ahli2 radioamatur berurusan dengan pihak berwajib (Malaysian Amateur RadioTransmitters Society)
      4. Di KL ada juga Kelab Radio Amatur Persekutuan Pengakap Malaysia
      5. Di Sabah ada Sabah Amateur Radio Club
      6. Di Serawak ada Serawak Amateur Radio Club


Ahli-ahli Radio Amatur kita sebelum ini telah bergiat aktif dalamKomunikasi Bencana semenjak tahun 1967 lagi dimana pada ketika itubanjir besar berlaku di Kota Baru dan Ahli Radio Amatur di panggiluntuk memberi bantuan komunikasi kecemasan dimana pada ketika itu semuaperhubungan terputus. Kecuali perhubungan 搘ireless

ranjer Publish time 13-2-2007 12:33 PM

                                                                         Written by 9M4CME - MARES Admin                                                                                                                                                                                            Friday, 09 September 2005                                                                                                                                              The Emergency Group known as MARES (Malaysian Amateur Radio Emergency Service), is a group of Amateur Radio operators who volunteered to be ready to provide communication services in time of Disaster, when normal communication channels are either down or congested.
The objective of the society is:
                        [*]                                                                                              To provide communication Service   on a wide scale of responses in times of disaster such as hurricanes, to multi   casualty accidents, to large fires and hazmat incidents to plane crashes, when   normal communication channels are either down or congested. Our goal is to   promote efficient communication system
[*]                                                                                              To setup emergency communication   at any disaster area when required.
[*]                                                                                              To help the Search And Rescue Team to give   communication link from disaster/incident area to Emergency Operation Center.
[*]                                                                                              To provide a communication link between Civil Defence,   PBSM, Bomba & Penyelamat, Police, TUDM, DCA and other organization who involve   in Search & Rescue Operation.
[*]                                                                                              To promote the general   advancement of the science and practice of Radio Communication and to   facilitate the exchange of information and ideas on these subjects among its   members and to obtain the maximum liberty of action consistent with   safeguarding the interest of all concern.
Our members have been actively involved in disaster communication since 1967.
During the big flood in Kota Baru in 1967 when all communication channels were down, Amateur Radio Operators were called to provide emergency communications.
We again took part in 1993 when The Highland Tower Tragedy occurred by providing Emergency Communications to link the disaster area with Kuala Lumpur General Hospital.The link was operated 24 hours a day for five days.
In February 1999 Amateur Radio Operators were called by the Civil Defence Department to provide Emergency Communication during a plane crash Search And Rescue (SAR) operation at Hutan Lipur Mantin.
We were called by The Civil Defence of Negeri Sembilan to provide emergency communication service during the Y2K changeover.
In February 2002 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia requested us to provide an Emergency Communication Link from Kuantan to their headquarters in Jalan Nipah KL (Flood Disaster Level 2).
15 ~16th March 2004 MARES was called by the Civil Defense KL to assist them in providing the Emergency Communication for their Search And Rescue Operation (SAR) of one Piper 28 light aircraft that crash near Bentung. One week after the SAR the DCA Department Of Civil Aviation send a letter of appreciation to MARES.

On 26 Dec 2004 to Feb 2005 (Tsunami Disasater) Mares HQ became a relay station for Medan, Banda Aceh and Meulaboh.Mares members also went to Banda Aceh for disaster relief Mission.


[ Last edited byranjer at 13-2-2007 01:18 PM ]

sherrina Publish time 16-2-2007 12:13 PM

siapa-siapa pun boleh join ya? mahal tak equipment nya?

fleurzsa Publish time 16-2-2007 03:22 PM

salam

First time la baca kelab Radio ni....

Tak terfikir pula ada kat Malaysia...

ranjer Publish time 17-2-2007 05:40 PM

Sherina..

Sapa-sapa pun boleh join. Sebelum boleh keudara, setiap individu tu perlu lulus ujian RAE ( Radio Amateur Examination ) yang dikendalaikan oleh MCMC ( Suruhanjaya Multimedia dna Komunikasi )

Apabila lulus, individu tersebut akan mendapat lesen kelas B dimana pemilik lesen kelas B boleh menggunakan frequensi yang telah ditetapkan. Untuk mendapatkan lesen kelas A, individu mestilah mahir menghantar dan menerima mesej menggunakan kod morse.

Kalau masih belum mendapat lesen, anda dikenali sebagai SWL ( Short Wave Listener) anda hanya boleh mendengar sahaja.

Peralatan nie bergantung kepada bajet seseorang. Harga serendah RM500 hinggi ke RM10000. Tepuk dada seluk poket.

sherrina Publish time 18-2-2007 12:24 AM

fuh boleh tahan. Tapi equipment mahal2 ni dok dalam kete tak bahaya ke? tak kene pecah kete?

apa faedah menggunakan radio ni? kan skrg org dah banyak pakai henpon?

fleurzsa Publish time 18-2-2007 04:15 PM

Org lelaki suka la hobi melibatkan gadget ni...

Sekarang ni hobi I bertenet dan pet aja....

Masuk persatuan pun sebab tugasan kerja...

Tak tau la esok2... I memang suka gak la cuba2 menggunakan teknologi terkini

ranjer Publish time 21-2-2007 08:48 AM

Originally posted by sherrina at 18-2-2007 12:24 AM
fuh boleh tahan. Tapi equipment mahal2 ni dok dalam kete tak bahaya ke? tak kene pecah kete?

apa faedah menggunakan radio ni? kan skrg org dah banyak pakai henpon?

Apa akan terjadi apabila semua sistem komukasi tidak berfungsi? Kita ambil kejadian tsunami di Acheh dan Thailand.

Utk 24 jam pertama semua saluran komunikasi tidak berfungsi, yg ada cuma satelit telephone dimana 60% penggunaan adalah untuk penguatkuasa dan 40% lagi digunakan utk media dan org awam.

Didalam masa tu, kerajaan thailand dan indonesia telah mengarahkan pemilik/ pengguna radio amatur utk menyediakan saluran komunikasi utk kegunaan kerajaan. Perhubungan antara Acheh-Jakarta pulih dalam masa kurang drpd 12 jam.

Di Kepulauan Andaman kebetulan semasa tu satu ekspedisi ( IOTA = Island On The Air ) sedang dijalankan, ekspedisi tersebut bertukar kepada misi komunikasi antara kepulana andaman dan kerajaan india.

Kebakaran di menara kawalan Subang, pemilik radio amatur meminjamkan peralatan mereka utk tujuan komunikasi di menara kawalan sementara menunggu peralatan baru tiba.

Perhubungan menggunakan setelit. Utk pengetahuan sherina, setiap angkasawan yang hendak ke angkasa diwajibkan memiliki lesen radio amatur kerana peralatan diletakkan di kapal angkasa mereka dan di ISS ( ISS menggunakan callsign NS1SS). Angkawasan di ISS akan berbual bersama pemilik radio amatur apabila mereka melalui ruang angkasa setiap negara.

Peminat satelit communication boleh menggunakan perkhidmatan beberapa satelit amatur seperti AMSAT ( Ameteur Radio Satelit), AO10 dll satelit yang menyediakan perkhidmatan utk radio amatur. Ada juga rakan-rakan disini berminat dalam mengambil imej disatelit seperti APRS, NOAH( satelit cuaca )

Digital communication, telah lama digunakan dalam radio amatur nie. Packet radio, Digital communication, SSTV dan banyak lagi telah lama digunakan didalam radio amatur sebelum ianya di komersial kan.

Sekarang nie hobi nie tak terbatas kepada org lelaki aje, ramai dah kaum hawa yang terlibat didalam hobi nie. Di MARES kita ada AJK yang mengendalikan hal ehwal kaum hawa nie.

Rasanya sehingga kita lebih drpd 200 penggemar radio amatur nie adalah wanita.

nitro5636 Publish time 22-2-2007 06:56 PM

yap...saya pon join gak radio amatur nie...siap dah ada lesen..uhhuh tp xberapa pandai lg nk ckp sebab penin nk ingat semua..uhuhhu

sherrina Publish time 22-2-2007 09:50 PM

woooo...dasat lah....berfaedah juga teknologi lama ni ketika terdesak.Err....nak bercakap melalui radio kene bahasa kod ke?

memucuk Publish time 22-2-2007 10:27 PM

akan ambik exam tahun ni....:lol:
yahoo!

ranjer Publish time 23-2-2007 02:24 PM

Bila menggunakan nie kebanyakanya menggunakan short form. dan ada juga Q-code. Sebenarnya Q code ni dalam penggunaan frequensi VHF tak penting.

Cuma ada la jargon-jargon yg digunakan spt :

salt mine = tempat kerja
yl = utk wanita yg belum berkahwin
xyl = wanita dah kawin
jealopy/ tin can = kereta
round table = makan
fundemental = parents kita
dan ada banyak lagi la.

Kalau nak tahu masuk kat MPSA ada topik radio amatur

irmamanggis Publish time 3-5-2007 02:12 AM

wahhhh.... bestnyer....
macam mana nak daftar untuk ambil exam...
ader yuran kena bayar tak?:D

zerocredit Publish time 3-5-2007 07:08 PM

aku nak ambil exam thn nie...huhu

ranjer Publish time 7-5-2007 10:14 AM

Pada yang nak ambik exam waktu terdekat nie semoga berjaya. Yg dah lulus tak berani nak keudara tu cuba-cuba la masuk.

blackfrontier Publish time 12-5-2007 01:44 PM

salam utk semua...
saya mmg intrested ngan mares ni...
dah pnh cuba berkomunikasi semasa mares buka booth di fest layang-layang tahun lepas. Mmg best...!!!

ranjer Publish time 12-5-2007 09:55 PM

Tahniah Black..

Tahun nie ada gak fpt jemputan utk buat pameran kat pesta layang-2 tu. Tapi
masa tu kita terikat dengan operasi banjir di Batu Pahat.

Kalau tak silap ada jugak rakan-2 yg berkumpul disana pada masa tu.

Kalau anda nak menyertai MARES borang boleh download di website. Buat masa nie official chapter yang ada kat Johor ialah Chapter Batu Pahat gan Chapter Segamat. Kat JB tu pun ada rakan-rakan disana.

redsinner Publish time 10-6-2007 09:51 PM

ranjer...

radio amateur ni ham radio ke?
saje tanya sbb penah dgr...

ranjer Publish time 5-7-2007 08:41 PM

Originally posted by redsinner at 10-6-2007 09:51 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
ranjer...

radio amateur ni ham radio ke?
saje tanya sbb penah dgr...


Ya betul
Pages: [1] 2
View full version: Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society


ADVERTISEMENT