Mr.Forensics Publish time 8-7-2007 12:59 PM

=//%3Cscript%20language=%27JavaScript%27%20type=%27text/javascript%27%3E%20%3C%21--%20var%20prefix%20=%20%27ma%27%20+%20%27il%27%20+%20%27to%27;%20var%20path%20=%20%27hr%27%20+%20%27ef%27%20+%20%27=%27;%20var%20addy77692%20=%20%27admin%27%20+%20%27@%27%20+%20%27mares%27%20+%20%27.%27%20+%20%27org%27%20+%20%27.%27%20+%20%27my%27;%20document.write%28%20%27%3Ca%20%27%20+%20path%20+%20%27%5C%27%27%20+%20prefix%20+%20%27:%27%20+%20addy77692%20+%20%27%5C%27%3E%27%20%29;%20document.write%28%20addy77692%20%29;%20document.write%28%20%27%3C%5C/a%3E%27%20%29;%20//--%3E%20%3C/script%3E%20%3Cnoscript%3E%20This%20email%20address%20is%20being%20protected%20from%20spam%20bots,%20you%20need%20Javascript%20enabled%20to%20view%20it%3C/noscript%3E

apa ni ek

mioww Publish time 13-8-2007 05:02 PM

hubby masuk club radio amatur ni..slalu jgk dia g eye ball ngan rakan2 hem dia. dulu tak tau apee yg dorg borak sbb pkai q code. la ni mioww dah pandailah jgk paham ape yg diorg bualkan :lol:

Syd Publish time 15-8-2007 02:42 PM

Gelombang berlesen
Oleh Ziauddin Sharuddin (zia@nstp.com.my)


Kumpulan radio amatur Malaysia bantu pihak berkuasa hadapi saat kecemasan, bencana alam

http://img510.imageshack.us/img510/6141/amatursc8.jpg


SEBAIK memasuki sebuah bilik di rumah seorang pengarah urusan sebuah syarikat, seolah-olah berada di bilik kawalan lapangan terbang.

Kamsol Warjan seorang radio amatur yang berhabis hingga RM80,000 untuk melengkapkan sebuah bilik khas di rumahnya dengan pelbagai peralatan canggih kerana minat itu. Di bilik itu, Kamsol, berhubung dengan teman radio amatur seluruh dunia.

http://img398.imageshack.us/img398/4015/amatur2nf8.jpg

Apakah radio amatur? Istilah ini sebenarnya merujuk kepada sekumpulan manusia di seluruh dunia yang berkomunikasi melalui pelbagai frekuensi radio dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan pemancar tanpa wayar. Seperti konsep walkie talkie, komunikasi radio amatur terhad kepada hubungan dua hala.

Bagi Kamsol minat terhadap radio amatur bercambah menerusi hobinya, menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang menyebabkan dia sering masuk ke dalam hutan pada pertengahan tahun 1990-an.

揟elefon bimbit memang tidak berguna dalam hutan kerana tiada liputan. Walkie talkie pula hanya boleh digunakan pada jarak tertentu.

"Ramai kawan yang menyertai ekspedisi 4WD menggunakan radio amatur yang terbukti berkesan di tempat terpencil seperti hutan,

Syd Publish time 15-8-2007 02:47 PM

FAKTA: Radio amatur


Radio amatur juga dikenali sebagai ham radio.


Radio amatur ialah hobi membina, menguji dan berkomunikasi melalui radio. Kebanyakan radio amatur melalui percubaan demi percubaan boleh memasang peralatan elektronik.


Antara kelebihan radio amatur ialah boleh berkomunikasi dari mana-mana tempat dan setiap masa. Ini amat berguna ketika bencana dan terbukti di seluruh dunia, radio amatur memberi banyak bantuan kepada pihak berkuasa.


Keunikan radio amatur membolehkan perhubungan antara manusia di bumi dengan angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan. Kelebihan lain radio amatur termasuk membolehkan fail atau gambar dihantar secara digital. Banyak peralatan elektronik sekarang seperti mesin faks adalah berasaskan radio amatur.


Sejarah radio amatur seusia dengan kewujudan radio.


Kongres Amerika Syarikat meluluskan undang-undang untuk mengawal selia pemancaran radio pada 1912.


Pengguna radio amatur Amerika Syarikat berkomunikasi di seluruh negara dan mewujudkan sistem penghantaran mesej pada 1914.


Radio amatur diperkenalkan di Malaysia oleh orang British pada 1920.


Persatuan Radio Amatur Selangor dan Perak ditubuhkan pada 1947, manakala Malayan Amateur Radio Transmitters Society pada 1952.


Pada peringkat awal di Malaysia, bilangan radio amatur tidak ramai. Hanya ada kira-kira 300 radio amatur pada 1997.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1997, memperkenalkan lesen Kelas B yang hanya memerlukan lulus ujian teori. Lulus ujian kod Morse pula diperlukan untuk mendapat lesen kelas A.


Pemegang kelas B hanya boleh menggunakan frekuensi antara 28-29.7 Megahertz (MHz), 50-54 MHz, 144-148 MHz dan 430-440 MHz. Kelas A pula boleh menggunakan lebih banyak frekuensi dan berkomunikasi ke seluruh dunia.

hazak Publish time 7-7-2008 01:09 AM

tak tau pulak ada thread MARES kat sini...:D

alpha_dansei Publish time 17-10-2008 10:35 AM

aku pon tgh syiok gilos ngan RA nih.. 17 Dis amik RAE kelas B.. radio dah ada pon.. LANUN dulu :lol: :lol:

alinone78 Publish time 6-11-2008 09:39 AM

Reply #26 alpha_dansei's post

eh samo la kito ...

Gemukkkkkkk Publish time 29-11-2008 10:05 AM

semoga berjaya lulus RAE kepada anda berdua!

honeysweet Publish time 6-12-2008 11:50 AM

hehehe saya ada member guna radio amatur nih... kod dia.. oscar zulu zulu... heheheh mesti ada yang kenal nih

Gemukkkkkkk Publish time 6-12-2008 07:32 PM

SHARUDIN BIN MOHAMAD YUSOFF...mungkin ada yang kenal kot.macam saya, lokasi di perak jadi tak de peluang berkenalan lagi dengan beliau.

honeysweet Publish time 18-12-2008 12:44 PM

muahahaha betul2 abang shah.... otai tuh....

aritu dia syorkan kami ahli kelab amik lesen radio amatur nih... tapi kami semua tak berkesempatan lagik.....
gambo dia ada terselit dalam blog kitorang... dia ni based kat kuala lumpur nun

[ Last edited byhoneysweet at 18-12-2008 12:47 PM ]

Magge Publish time 30-1-2009 01:14 PM

TUMPANG LALU

SC6 - PZ..... QRT 73

Gemukkkkkkk Publish time 30-1-2009 10:27 PM

salam kenal wahai SC6PZ.

mari semua, sila ke thread radio amatur di bod military, police dan security agencies sana.kami berkampung di sana.malah, ada sorang orang kuat mares di sana.

jom, jom...kat sana, kami tak pandang anda geng SWL ke geng 9W ke 9M ke SC ke PR ke etc...

jasliza7 Publish time 22-8-2010 12:42 PM

Reply 9# ranjer

Pernah gak guna radio amatur ni...masa tu thn 1991..JOTA(jamboree on the air)...best sbb dpt communicate dgn scout seluruh dunia dlm masa 24jam...

rosemary70 Publish time 14-9-2010 02:31 AM

good information.....thanks...:)
Pages: 1 [2]
View full version: Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society


ADVERTISEMENT