kaypo Publish time 21-10-2005 10:39 AM

buku yang boleh mengalirkan airmata/memberi kesan

kaypo ni sebenarnya....tak berapa gemar & tak pernah beli buku cerita melayu...kalo terbaca pun pasal pinjam member punye...tapi entah mengapa semenjak dua menjak...beralih arah lak...terminat pula pada karya karya tempatan....

Rasanya sekarang ni ramai penulis penulis baru memasuki pasaran dengan gaya cerita & bahasa tersendiri....

oops...ni dah :off: dari apa yang kaypo nak sampaikan...

sebenarnya kaypo baru menghabiskan 2 buku yang berjaya membuat kaypo sebak sayu & mengalirkan airmata.

1.Masih ada rindu - Mimie Afinie
   Mengisahkan bagaimana Syafika,seorang student terpaksamembelakangkan mak sendiri semata mata nak kahwin dengan pilihan hati dan tak sampai 3 berbulan ditinggalkan suami atas jemputan illahi...macamana kehidupan Syafika seterusnya...
   
2.Seindah Memori - Ilani Mysara (sedap betul nama pena ini)
   Cerita ni sebenarnya flash back ke zaman 60an....cerita hidup Dayang yang mengejar cita citanya menjadi ustazah..yang berpegang pada janji. terperangkap dalam percitaan bersegi segi dan di noda, difitnah sehingga terpaksa membawa diri semata mata kerana janji mas kahwin iaitu Al-quran.

Kaypo pada mula baca buku...terasa boring nya...susah sikit bahasanya...sebab kaypo jenis suka baca cerita ringan ngan gaya bahasa yang santai...tapi entah mengapa teruskan jua sebab dah beli...alahai pertama kali berjurai jurai airmata membaca terutama masa nak ending....

Yang pasti...megikut biodata penulis, cerita ini adalah kisah benar....
Cuma ada adengan yang rasa kaypo macam tak logik jer..terutama bila ceritanya megisarkan orang yang belajar agama...menjadi ustazah...berpegangan tangan berpelukan dengan bukan muhrim...:hmm:..atau mungkin zaman itu kejadian seperti itu adalah perkara biasa???

Korang ada terbaca tak cerita cerita ni?

[ Last edited bymardhiah12 at 23-8-2007 09:33 PM ]

tieyramisu Publish time 21-10-2005 02:41 PM

For me : Fitrah. Lupa author dia. I'm still looking for this novel. (Masa tu pinjam library punya)

footieken Publish time 21-10-2005 06:26 PM

hmmm..buku melayu yang kasi sedey ek...er..um.. aku dapat fikir 2 jer..

1. aidil ikhwan (lupa nama penulis)

2. Tangisan Bulan Madu 1 ~ samsiah md. noor (tak silap aku la)

kalo buku inggeris:-
1. p.s. i love you ~ barbara conklin
2. flowers in the attic ~ virginia andrews
3. roots - alex haley
4.uncle tom's cabin ~ harriet beecher stowe
5. blood ties ~ gloria murphy

btho Publish time 21-10-2005 08:03 PM

susah dah nak cari sweet dream the first novel ...
paul strobe I love you....best!
eh!aku criter benda yg samer kan????

lurza Publish time 21-10-2005 08:10 PM

aku ada baca buku pendoa yg ikhlas oleh azizi hj abdullah dlm tu byk citer yg menyayat hati...azizi memang pandai bermain
dgn bahasa..sama gak dgn novelnya seorg tua di kaki gunung...memang nostalgia dan mengusik jiwa...

juanalisa81 Publish time 22-10-2005 04:00 AM

a walk to remember...
dvd dia pon best....10 kali tengok...10 kali meleleh air mata ni

KRUfan Publish time 22-10-2005 12:16 PM

Originally posted by btho at 21-10-2005 08:03 PM
susah dah nak cari sweet dream the first novel ...
paul strobe I love you....best!
eh!aku criter benda yg samer kan????
saya pon pernah bace buku tu..sweet dreams novel..ps i love you..palm springs i love you..

shada Publish time 22-10-2005 12:32 PM

kasihku abadi - -shanika latisha
princess - bikash nur idris

KRUfan Publish time 22-10-2005 01:22 PM

nak cari buku princess tu..ramai yg kata best..

shada Publish time 22-10-2005 11:55 PM

princess - sedih & kesian
*dapatkan di pasaran sekarang juga...

redapple Publish time 23-10-2005 01:04 AM

tangisan bulan madu 1..
diari sayang..
buat seorang kekasih...kalau tak silap la..penulis sabariah araur..yg tebal giler buku die..
ade lg..tak igt la..nanti bl igt bgtau kat sini..

Hana Publish time 23-10-2005 12:25 PM

Originally posted by shada at 22-10-2005 11:55 PM
princess - sedih & kesian
*dapatkan di pasaran sekarang juga...

cerita la full sinopsis..:cak:

mayutaka Publish time 23-10-2005 02:59 PM


Hi!!

Lama dah tak baca novel melayu....suggest lagi yg besh2x

hehehehehe

:)

KRUfan Publish time 23-10-2005 04:15 PM

IYERLA..BEST GAK DPT TAU TITLE YG BAGUS..

cicikwani Publish time 24-10-2005 11:13 AM

meh cicik suggest kan satu buku... tajuk RINDU YANG PERGI penulis Fazie Hana... keluaran Alaf 21...
sedih giler citer dia... buku nih cicik pinjam kakak nyer sbb dia kata kwn-kwn dia baca. suma nangis-nangis tak kira lelaki atau pompuan... bila cicik baca, mmg sedih... lagi-lagi part dah nak abih tu... sebak rasa... huhuhu... try la beli... mmg tak rugi baca... nih cicik ada copy sinopsis dia dari website alaf 21...

Sinopsis : RINDU YANG PERGI
Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.

Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.

Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia, membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang mendatang.

Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi....

limau_nipis Publish time 24-10-2005 03:52 PM

a walk to remember by nicholas sparks... serius mmg bergelen nangis bila baca buku tu

and another one..

the five people you meet in heaven by mitch albom... really touching

seribulan Publish time 24-10-2005 05:17 PM

The Promise...Danielle Steel...

KRUfan Publish time 24-10-2005 10:26 PM

5 people u meet in heaven..nak beli..

Remy_3D Publish time 25-10-2005 02:37 AM

novel paling hampeh ialah kalau pengarangnya lupa lak namanya dia, yang tulis bukan puteri lindungan bulan tu....

limau_nipis Publish time 25-10-2005 07:47 AM

Originally posted by Remy_3D at 25-10-2005 02:37 AM
novel paling hampeh ialah kalau pengarangnya lupa lak namanya dia, yang tulis bukan puteri lindungan bulan tu....

penulis novel 'bukan puteri lindungan bulan' tu liana afiera malik kan? ;)
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: buku yang boleh mengalirkan airmata/memberi kesan


ADVERTISEMENT