mysara Publish time 21-1-2006 09:42 PM

Reply #53 ninjamerah's post

memperkatakan novel HAMKA.. tak seronok jika tak membicarakan novelnya yg berjudul MERANTAU ke DELI...
best cerita nih.. langgam indonesia dia kurang sikit sbb tuan haji nih guna bhs Melayu tinggi
byk persoalan dlm novel ini iaitu:
- persoalan kahwin muda - tua (isteri tua, suami muda)
- zuriat
- kahwin muda
- poligami
dsb..

dan novel ini segar lagi sbb tema yg diutarakan adalah tema sejagat yg sentiasa segar sepanjang zaman.

mysara Publish time 21-1-2006 09:43 PM

Reply #55 raeshad's post

SAGA yg pertama, sara suka.... SAGA kedua... dah mcm tak fresh dah.. tak sehebat SAGA pertama...
kita harus kaji sbbnya... A.Talib Hassan dpt anugerah utk SAGA pertama, tapi yg seterusnya, sara sifatkan lebih terarah kpd novel popular ajer..

SHAHKAMIL Publish time 23-7-2006 05:57 PM

Novel yg tak dapat dilupakan sehingga sekarang

Ini novel yg pernah kubaca dan tak dapat dilupakan sehingga sekarang, betul-betul meninggalkan kesan.

1) Gadis Kecil di Jendela- terjemahan dari karya Jepun ke Melayu.

2) Tempat Jatuh Lagi dikenang- novel kisah hidup penulisnya sendiri, Adibah Amin

3) Salina- novel Melayu bertaraf antarabangsa karya A. Samad Said

4) Rumah Ini Duniaku- lupa nama penulisnya, karya zaman dulu-dulu, terbitan DBP dan sangat romantis

ada banyak lagi tapi lupa tajuk

Kamu pula bagaimana?

noraidil_06 Publish time 24-7-2006 12:42 PM

gadis kecil di jendela tu, my favorite tu.tapi i cuma ingat tajuk. jalan cerita semua dah x ingat

alycia Publish time 25-7-2006 11:58 AM

Bagi alycia, novel yang paling meninggalkan kesan dan tak jemu ulang-ulang baca ialah :
1. Ombak Rindu - Fauziah Ashaari
2. Pesanan Terakhir Seorang Lelaki - Norhayati Berahim

shidaaziz Publish time 25-7-2006 06:57 PM

shida teringin nak baca buku2 zaman sekolah rendah dulu. oliver twist, mengelilingi dunia dalam masa 80 hari, kisah shakespeare dan macam2 lagi.

zorroe Publish time 26-7-2006 06:25 AM

zorroe tengah mencari buku cerita Si Pitak keluaran DBP. Pernah baca mase zaman skolah rendah dulu. memang menarik. sampai la ni belum jumpa2 jgk lagi.

A380 Publish time 26-7-2006 05:58 PM

Into Thin Air by Jon Krakauer.

Not quite a novel, more like his personal account of a disastrous Mount Everest climb.

Gripping. With pictures too.

puterikhaleeda Publish time 27-7-2006 09:51 AM

nancy drew - siri penyiasatan - fav masa sekolah dedulu - tak pernah miss baca each siri.

ahadiat akashah - budak setan - fav masa remaja dedulu - belakang cover gambar dia ngan red sport car - sampai lunyai buku tu round satu kelas

hmm skang nih..... tak sempat nak baca novel / story books

puterikhaleeda Publish time 27-7-2006 09:53 AM

ni masa sekoalh dulu ada pernah baca:

siri cerpen - hari kemerdekaan -pekan kecil bernama semporna --> ingat sampai skang plot cite dia.

senjakala - watak dasima (ehehehhe sapa tah nama suami dia yg mati masa nak tangkap ayam denak)

ninjamerah Publish time 27-7-2006 11:32 AM

Originally posted by shidaaziz at 25-7-2006 06:57 PM
shida teringin nak baca buku2 zaman sekolah rendah dulu. oliver twist, mengelilingi dunia dalam masa 80 hari, kisah shakespeare dan macam2 lagi.

boleh baca di http://www.litrix.com/titles.htm

buku_ink Publish time 27-7-2006 02:15 PM

novel seredup kasihmu- nia azalea
ombak rindu-fauziah ashari
hati seorang wanita, inferior -norhayati berahim

Arianna_Muchtar Publish time 27-7-2006 03:04 PM


ana takleh lupa bukuhttp://fajarnovels.com.my/images/Jibam.jpg
kisah Jibam, nama sebenar ashraf
ingat lagi dialog org kampung : ape name anak ko? urat saraf?
ayah jibam : ashraf la
hehhe
abang dia fakir, yg bercinta ngan anak dara tok ngah sudin
belajar kat unibersiti sama sama *abih best la mas tu masuk U :P
abg dia yg panas baran tu ape kenama
asal jibam balik rumah jer muka lebam lebam
kena tumbuk tok ngah sudin la, jatuh la

kisahnye, tok ngah sudin tu tolak ayah jibam masuk gaung dulu dulu
so jibam ni cam mistik2 selalu nyakat tok ngah sudin
tok ngah sudin beli cat
jibam tolong catkan reban ngan beskal tok ngah
kekeke...aduih la...jibam jibam
memang boleh mengalirkan air mata seorg budak darjah 5 *kecik2 dah sensitif :P

http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif

http://i3.photobucket.com/albums/y73/snsuraya/bannermlk_1-2.jpg

Arianna_Muchtar Publish time 27-7-2006 03:15 PM

Originally posted by buku_ink at 27-7-2006 02:15 PM
novel seredup kasihmu- nia azalea
ombak rindu-fauziah ashari
hati seorang wanita, inferior -norhayati berahim

ana ada buku Hati Seorang Wanita ni
dulu suka la, 4 tahun lepas
tatau la kenapa
bila baca balik skrg kan, ana jadi tak suka
macam geram kat perempuan yg sikit sikit nangis, sikit sikit lembut
ergh...tekanan perasaan jadinya
maksudnya buku kegemaran ni berkadar langsung dengan mood
kalau takde masalah, happy, tenang, sesuai la buku centa
kalau dah keje, pk kete, umah, keje bla bla,
sesuai baca buku yg tak menensenkan

eh...jangan marah tau..tu pandangan ana jer..hehe :)

Joi-ah Publish time 31-7-2006 10:43 AM

Originally posted by Arianna_Muchtar at 27-7-2006 03:04 PM

ana takleh lupa bukukisah Jibam, nama sebenar ashraf
ingat lagi dialog org kampung : ape name anak ko? urat saraf?
ayah jibam : ashraf la hehhe...

Yup.. itu pun fav joi gak tu... 2 kali beli 2 kali member pinjam tak pulang... haaaa skrang no pinjam-pinjam..

Ada unsur sedih dan humor dalam novel tu..

paling best.. bila larut malam ditukar jadi lagu jibam... ini antara karya terbaikKartunis UJANG

limau_nipis Publish time 31-7-2006 11:21 AM

Originally posted by shidaaziz at 25/7/06 06:57 PM
shida teringin nak baca buku2 zaman sekolah rendah dulu. oliver twist, mengelilingi dunia dalam masa 80 hari, kisah shakespeare dan macam2 lagi.

cuba cari classic literatures yang penguin terbitkan.. murah je.. less than rm20, siap ada abridged dengan unabridged edition

Jiddin Publish time 31-7-2006 12:11 PM

Originally posted by limau_nipis at 31-7-2006 11:21 AM


cuba cari classic literatures yang penguin terbitkan.. murah je.. less than rm20, siap ada abridged dengan unabridged edition


Classic literature isi dan tema best tapi letih skit dengan langgam bahasa.

stokin Publish time 31-7-2006 01:49 PM

aku akan paling igt satu buku ni karya vc andrews. flowers in the attic. dulu ada buat filem citer ni. mmg best. dia actually ada 5 series. dulu waktu baca first series, aku sekolah menengah...pas tu last 2 years tetiba teringat and carik serata ceruk sumer sampai kenal la junk book store kat tun hs lee nak dptkan kelima-lima series sumer. dah dpt, baru start baca drpd mula. start dgn flowers in the attic, sambung plak petals on the wind, pas tu if there be thorns dan seeds of yesterday. waktu ni lead character mati and aku nangis mcm org mati laki sbb sedih giler. rasa mcm dah kenal dia sgt dah tetiba kehilangan...sedihhh......last2 baca gardens of shadow whereby dia citer mcm mana sumer start...nenek moyang sumer rahsia2....bacaback to back mmg tak boleh buat apa2 sbb addicted giler. sampai skang kalau org tanya citer apa, aku akan rekomen citer ni sbb mmg meninggalkan kesan yg teramat dlm bagi aku. characters sumer rasa mcm hidup. bagus la vc andrews. skang dia dah mati tp still ada lagi keluarkan novel dia (based on dia punya draft) tp satu pun tak boleh tanding series folowers in the attic, dollanganger family.

A380 Publish time 31-7-2006 02:14 PM

Ni ada lagi buku yg aku sampai la ni tak boleh lupa :

1) Roots by Alex Haley.

2) The Soong Sisters by Emily Hahn.

mysara Publish time 31-7-2006 04:55 PM

Reply #1 SHAHKAMIL's post

sara suka novel-novel popular.. yg paling digemari ombak rindu oleh fauziah shaari :)
tapi kerna terpaksa.. sara juga membaca novel-novel sastera... ermm.. novel imam dan salina pernah jadi teks kajian sara utk sem lepas.. novel imam utk course sastera bandingan dan novel salina utk kritikan.. berpinau mata kepala sara nak memahamkannya :geram:
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: buku yang boleh mengalirkan airmata/memberi kesan


ADVERTISEMENT