intan Publish time 23-2-2006 08:23 AM

Betapa Halus dan Indahnya Pepatah dan Peribahasa Melayu Kita..

Masyarakat kita amat kaya dengan pepatah dan peribahasa. Kalau lkita amati kita akan dapat struktur ayat dan patah kata begitu indah dan teliti disusun bagi menggambarkan makna yang tersirat secara tepat namun penuh tertib, sopan, indah dan halus. Biarpun ramai generasi muda kita kengkadang mempertikaikan maksud ayat pepatah atau peribhasa tersebut, namun kalau kita halusi dn teliti, kita akan dapati betapa halus indahnya cara masyarakat kita dulu2 menyampaikan nasihat atau teguran secara lembut dan tidak secara terus. Keadaan ini membuktikan betapa halus dan kaya budi bahasa masayakat kita pada waktu itu.

Mungkin ada antara pepatah atau peribahasa yang dapat kita bincangkan dan rungkaikan bersama.

Bagaimana dengan pepatah "biar mati anak, jangan mati adat" sebab pepatah ini semakin dipertikaikan.

:):):)

tina^^ Publish time 23-2-2006 08:50 AM

orang dulu anak berderet2...
anak ader 12, mati sorang, ader 11 lagik....tak kesahlah kot depa kata biar mati anak. anak depa ramai berderet....ekekekekk

nowadays...fuuuhh...anak boleh kira dgn jari tangan kanan...biar mati anak? tak rela ah!mengandong bukannyer senang....

ehehehe

intan Publish time 23-2-2006 09:03 AM

Originally posted by tina^^ at 23-2-2006 08:50 AM
orang dulu anak berderet2...
anak ader 12, mati sorang, ader 11 lagik....tak kesahlah kot depa kata biar mati anak. anak depa ramai berderet....ekekekekk

nowadays...fuuuhh...anak boleh kira dgn ...
hahahaha...:lol
tu yg kita heran tuh...
zaman dulu hospital takde...tapi orang mengandung beranak senang je...:bgrin:

tina^^ Publish time 23-2-2006 09:37 AM

Originally posted by intan at 23-2-2006 09:03 AM

hahahaha...:lol
tu yg kita heran tuh...
zaman dulu hospital takde...tapi orang mengandung beranak senang je...:bgrin:


saper kater mengandung dan beranak tue senang??

ikot rezeki beb!
tak kiralah zaman dulu ker zaman sekarang.......

:kant:

mysara Publish time 23-2-2006 09:49 AM

Bagaimana dengan pepatah "biar mati anak, jangan mati adat" sebab pepatah ini semakin dipertikaikan

sara mahu ambil pendekatan yg menyongsang arus perdana, yakni sara bersetuju dgn pepatah ini.

namun pendekatan adat, mestilah sinonim dgn pendekatan agama.
cth: jika anak kita berzina, hendaklah kita bersetuju dia dihukum mengikut undang2 Islam dan adat setempat (mcm dlm cerita semerah padi) yakni disebat.

Namun, jika adat itu menyalahi hukum agama, maka dengan sendirinya peraturan agama itu menenggelami hukum adat dan hendaklah disirnakan adat itu.Tak perlu le biarkan anak kita mati kerana adat yg pelik2 dan tak tentu hujung pangkal itu.

tina^^ Publish time 23-2-2006 11:05 AM

perasa tak kadang2 adat-adat nie yg byk 'membunuh' jiwa anak anak???

cth mcm kahwin : hukum agama yg wajiba hanya nikah shj sudah menhsohihkan perhubungan antara seorang perempuan dan lelaki itu sbg suami isteri yg sah.

tp tgklah camana procedure nak kawen ikot adat melayu? dalam islam cakap mas kawen, tp adat melayu siap tambah dgn wang hantaran lain, mas kawen lain, barang hantaran berdulang2 tue sumer lain. sayer rasa ramai anak2 muda yg berkeinginan utk kawen tp menangguhkan perkahwinan kerana belum mampu nak sediakan tuntutan yg memenuhi adat melayu nie.....

ini salah satu contoh yg saya nampak la...kadang2 adat melayu nie lebih menyusahkan berbanding hukum hakam agama....

mysara Publish time 23-2-2006 01:40 PM

Reply #6 tina^^'s post

sara setuju itu, susah juga nak buang adat yg menyusahkan krn masing2 mempunyai 'ego;. lagi pun dalam Islam mewarwarkan kahwin tuh sunat :)

blackpurple Publish time 23-2-2006 01:42 PM

'biar mati anak, jangan mati adat"

Pepatah ni sebenarnya perumpamaan yang menegas dan menekankan pentingnya adat dalam masyarakat melayu terdahulu yang taksub kepada adat budaya dan sosionya.... secara sinisnya mereka lebih rela dan sanggup berkorban untuk mempertahankan adat dari berkorban untuk anak sendiri.... disampaikan dalam simbolik yang sebegitu bagi mengagungkan adat walaupun adat hanyalah tradisi yang dicipta bukan tertulis dalam mana2 nas......Bukankah anak itu anugerah dan amanah Tuhan..

Bagi masyarakat melayu hari ini terutamanya yang berfikiran lebih moden dan lebih 'urban' pepatah ini sebegini mungkin tak diterima pakai lagi terutamanya yang melibatkan adat2 yang menyongsang dari ajaran agama dan pemikiran yang logik. Apatah lagi majoriti masyarakat generasi melayu moden hari ini lebih berpandukan kpd fakta2 saintifik dalam membuat keputusan.

Pendapat ini lebih merujuk kepada pepatah "biar mati anak, jangan mati adat"...mungkin pepatah2 yang lain masih ada relevannya bagi masyarakat melayu, bergantung kepada kesesuaian situasi dan zaman....

intan Publish time 23-2-2006 02:08 PM

'biar mati anak, jangan mati adat"

Rasanya perkataan adat dalam konteks masyarakat melayu dulu amnya lebeh menjurus kepada kanun atau undang2 atau pegangan. jadi selepas kedatangan Islam, adat yang dimaksudkan disini adalah hukum ugama. Kerana itu bagi masayarakat zaman tersebut, pepatah tersebut bermakna, biar bagaimanapun sekalipun hatta terpaksa menghadapi kematian anak namun hukum agama tetap dijunjung. Keadaan ini sebagaimana yang diperkatakan oleh mysaramysara Post on 23-2-2006 09:49 AM
Bagaimana dengan pepatah "biar mati anak, jangan mati adat" sebab pepatah ini semakin dipertikaikan

sara mahu ambil pendekatan yg menyongsang arus perdana, yakni sara bersetuju dgn pepatah ini.

namun pendekatan adat, mestilah sinonim dgn pendekatan agama.
cth: jika anak kita berzina, hendaklah kita bersetuju dia dihukum mengikut undang2 Islam dan adat setempat (mcm dlm cerita semerah padi) yakni disebat.

Namun, jika adat itu menyalahi hukum agama, maka dengan sendirinya peraturan agama itu menenggelami hukum adat dan hendaklah disirnakan adat itu.Tak perlu le biarkan anak kita mati kerana adat yg pelik2 dan tak tentu hujung pangkal itu.


Tapi adat yang seperti contohnya yang dipraktikkkan dalam urusan perkahwinan spt bersanding dsb itu...itu adalah resam atau kebiasaan.seperti pendapat sedara pepel Post on 23-2-2006 01:42 PM
'biar mati anak, jangan mati adat"blackpurple


Pepatah ni sebenarnya perumpamaan yang menegas dan menekankan pentingnya adat dalam masyarakat melayu terdahulu yang taksub kepada adat budaya dan sosionya.... secara sinisnya mereka lebih rela dan sanggup berkorban untuk mempertahankan adat dari berkorban untuk anak sendiri.... disampaikan dalam simbolik yang sebegitu bagi mengagungkan adat walaupun adat hanyalah tradisi yang dicipta bukan tertulis dalam mana2 nas......Bukankah anak itu anugerah dan amanah Tuhan..

Bagi masyarakat melayu hari ini terutamanya yang berfikiran lebih moden dan lebih 'urban' pepatah ini sebegini mungkin tak diterima pakai lagi terutamanya yang melibatkan adat2 yang menyongsang dari ajaran agama dan pemikiran yang logik. Apatah lagi majoriti masyarakat generasi melayu moden hari ini lebih berpandukan kpd fakta2 saintifik dalam membuat keputusan.

Pendapat ini lebih merujuk kepada pepatah "biar mati anak, jangan mati adat"...mungkin pepatah2 yang lain masih ada relevannya bagi masyarakat melayu, bergantung kepada kesesuaian situasi dan zaman
yakni bukan adat seperti yang ditegaskan dalam pepatah tersebut.

:)

intan Publish time 23-2-2006 02:11 PM

Bagaimana pula dengan pepatah:

1. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai

atau

2. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga

atau

3. rezeki secupak takkan jadi segantang


apa kaitannya. Nampak macam negatif pun ye...positif pun ye. Apakah ianya suatu amaran atau pesanan...:)

intan Publish time 23-2-2006 02:12 PM

Originally posted by tina^^ at 23-2-2006 09:37 AM



saper kater mengandung dan beranak tue senang??

ikot rezeki beb!
tak kiralah zaman dulu ker zaman sekarang.......

:kant:
sampai mengah macam tu sekali...:lol

tina^^ Publish time 23-2-2006 02:20 PM

Originally posted by intan at 23-2-2006 02:12 PM

sampai mengah macam tu sekali...:lol


mana tak mengah intan oiii....

ko imagine ko bawak 10kg beras ikat kat perot ko 24jam selama 9 bulan 10hari.

nak berak, nak beromen, nak aper, ko mesti bawak guni beras 10 kilo tue tokleh tinggal tinggal walau sesaat...

mengah seh! :kant: series nie tak tipu.........ehehehhe:2lol:

blackpurple Publish time 23-2-2006 02:28 PM

Agree with u intan........# 9 tuh....

Pepatah Melayu banyak berasaskan perumpamaan....metafora....suatu simbolik bagi memperkuatkan sesuatu isu.. cuma kekadang perumpamaan tsb disampaikan secara 'superlative degree' yang melampaui pemikiran logik yang biasa......apatah lagi bagi pemikiran masyakakat generasi moden hari ini.

Banyak pepatah yg sediada perlu dianalisa secara halus untuk memahami dan mentafsir apa yg tersurat dari yang tersirat menggunakan metadologi berasaskan sejarah bangsa dan bahasa sesuatu masyarakat di mana pepatah itu berasal bukan secara saintifik...

intan Publish time 23-2-2006 03:06 PM

Originally posted by blackpurple at 23-2-2006 02:28 PM
Agree with u intan........# 9 tuh....

Pepatah Melayu banyak berasaskan perumpamaan....metafora....suatu simbolik bagi memperkuatkan sesuatu isu.. cuma kekadang perumpamaan tsb disampaika ...
Terpempanseketika kita membaca reply sedara pepel. Begitu tertib halus dah indah gaya bahasanya. namun begitu dalam dalam dan spesifik sekali jawapannnya..:) :)

intan Publish time 23-2-2006 03:07 PM

Originally posted by tina^^ at 23-2-2006 02:20 PM



mana tak mengah intan oiii....

ko imagine ko bawak 10kg beras ikat kat perot ko 24jam selama 9 bulan 10hari.

nak berak, nak beromen, nak aper, ko mesti bawak guni beras 10 kilo tue tokl ...
:lol :lol
baca post tina ni pun kita dah terlopong termengah2..:2lol:

atira Publish time 23-2-2006 04:00 PM

Originally posted by tina^^ at 23-2-2006 02:20 PM



mana tak mengah intan oiii....

ko imagine ko bawak 10kg beras ikat kat perot ko 24jam selama 9 bulan 10hari.

nak berak, nak beromen, nak aper, ko mesti bawak guni beras 10 kilo tue tokl ...


kalau setakat nak bawak 10kg tu tak pe gak ekk..
ni dgn loya laa.. muntah la... cramp laaa.... panas laaa... macam2.. hehehe

ajinomotonosuga Publish time 23-2-2006 05:21 PM

bidalan peribahasa fable metafora perumpamaan kata mutiara...seme ni duk cite kontra dalam idup..persoalan paradok

the paradoxes in life..agar jangan dikelabui mata kasar tu jek..looks can be deceiving so look deeper..berusaha to discern, decipher, digest renung observe think.

tenguk cite ari tu..mamat kat mana ntah tu pakistan kut..dia semelih anak pompuan dia..malah adik2 pompuan dia pun dia semelih pasal dia kata takmo adik2 tu macam akak dia..akak ni anak tiri dia, yakni anak dari bapak lain. ni cite pasal adat honor killing dalam society ORANG ORANG ISLAM.

tuhan maha pengampun, peyayang , pengasih..but how good bab cam tu di tanam oleh meke2 yang bertanggungjawap pada meke2 yang johil? esp yang uneducated, yang susah idup makan kais pagik petang?

so persoalan bila masa perumpamaan itu terpakai jadik satu pemikiran ler.

at any time..pergerakan dimulakan oleh kontradiksi, or perselisihan so disini muncul penggunaan bidalan dalam urusan harian manusia. kita tahu amal or perbuatan manusia itu part of movement. dan asas movement to me ialah sifat kontra..push pull..tarik lepas sehingga terbit balance or status quo dan ianya akan jadik 'norm' or kebiasaan manusia. tapi satu masalah kene tahu , untuk menjana perubahan setelah kontra ini wujud , kontra ni jugak wajar 'sama' or bersatu, disini terletak kepentingan identiti..asal word IDENTICAL.

once kita faham aspek kontra and yet being identical then baru kita buleh faham bab reformation in sef then in society.

ibarat bahagian berlainan di bawah satu sistem sama. bekeje dalam fungsi memasing demi untuk sistem lebih besar.baik misal pada kete or pada jasad manusia or in society..konsep hologram. memang tak boleh larik pun dari stail natural cam nih. adat tu to me macam seni. and anak tu to me ialah product seni.

adat tu intangible while product is intangible. kereta tu product but buat kereta mandu kereta hemah membawanya adat pakai tali pinggang kereta pecut kereta basuh kereta jaga kereta..seme ni seni or adat. bior hancus kete brapa banyak pun, seni tu tetap ada malah bertukar milik, bleh sharing.

now the purpose bior mati anak jangan mati adat sebagai mana seperti quran hadis mutiara kata kata hikmat pesanan oang tua tua dan apa pun..ialah peringatan bahwa BAHAGIAN LAIN dalam satu sistem itu memerlukan pihak lain untuk di identify as who or what those sistem or kes disini bangsa puak tribe itu. ianya KEPERLUAN..necessity. nak lahir pun perlu ibu....nak duduk dalam perut tuh..perlu ayah nak semai benih dan dah mati nantik perlu oang tanamkan bukan masuk kubur sendiri but kenapa saat ini kamu takmo keperluan manusia lain misal bab nikah takmo adat seme tu? kalo kamu takmo adat ..nak stail kamu..apa IDENTITI kamu, bangsa puak jenama kamu? kawin KOBOI?

i think antara word paling penting lam quran tu term BERLEBIH LEBIHAN, or melampau batas. tu kene ingat. adat ni IDENTITI kaum. anak or individu tu cuma unit2 cama atom positif atom negatif jek. kalo depa musna pun identiti atom positif or negatif tu still ada. selagi ada MINDA manusia dalam hidup or selagik ada manusia ADAT takkan hilang walo manusia melayu ni pupus ini jam gak. masuk buku sejarah ler cam kita tau adat tamadun yang manusia depa dah pupus.

so ikutkan perumpamaan ni tepat pada observation sapa yang duk cipta term tuh. wisdom oang lama ler tu. salu depa cipta based on instinct..tu pasal salu tepat kut. cam tu gak bila tun tuah kata 'tak melayu hilang di dunia'...maksud dia IDENTITI MELAYU..kalo manusia dikatakan melayu ini jam pupus pun takkanhilang identiti melayu tuh. jenama melayu ni macam arab or english.....terlalu muda kalo nak banding cina india yahudi seme tuh bukan kelas klasikal but modern. and yet macam arab or english walo muda tapi kualiti ni dulu tinggi sampai nusantara tu bahasa melayu jadik lingua franca..bab maintain jek tu larik skit.

blackpurple Publish time 23-2-2006 06:19 PM

Originally posted by intan at 23-2-2006 03:06 PM

Terpempanseketika kita membaca reply sedara pepel. Begitu tertib halus dah indah gaya bahasanya. namun begitu dalam dalam dan spesifik sekali jawapannnya..:) :)

tq sdri intan,

"bahasa jiwa bangsa"

:):):):):):):)

redsinner Publish time 26-2-2006 09:43 PM

kebanyakan pepatah melayu diambil daripada perkara yg berlaku disekelilingnyer. maksudnye org dolu2 amik example dari perkara alami, perkara semulajadi.
rasanya dulu ada kat Dewan Bahasa Pustaka nyer website... dbp.gov.my

mysara Publish time 27-2-2006 09:12 AM

Reply #17 ajinomotonosuga's post

agree with you onyang.. :)

jika kuasa dan hukum diletak pada tangan manusia yg tak berakal budi dan singkat akal, maka berlakulah ketidakadilan.
Pages: [1] 2 3
View full version: Betapa Halus dan Indahnya Pepatah dan Peribahasa Melayu Kita..


ADVERTISEMENT