mysara Publish time 10-3-2006 10:22 AM

sara baru saja habis membaca buku "Sally Hemings" kisah cinta antara hamba dgn tuannya iaitu Presiden USA Thomas Jeffersons berdasarkan kisah benar melalui memoir, catatan, diari dan hasil bancian keluarga oleh mr. president itu sendiri.

drpd kisah itu, sara merumuskan :

cinta itu membebaskan hamba tetapi menghambakan tuan,
cinta itu suatu kebebasan
namun
cinta itu juga memenjarakan

Mr. Jafferson tidak mampu utk membebaskan kekasihnya atau isteri hitamnya (pada realitinya Sally seorg berkulit putih, berambut hitam ikal hingga ke pinggang, digambarkan oleh penulis sbg sgt cantik krn ayah dan datuknya berkulit putih, matanya hazel)

beliau bimbang, jika sally dibebaskan dia akan meninggalkannya,maknanya, sbg tuan dia berhak sepenuhnya ke atas Sally, namun jika Sally bebas, dia tak yakin dgn keutuhan cinta Sally
manakala Sally pula tidak begitu mementingkan kebebasan krn melalui cinta dia dpt menakluk jiwa seorg lelaki penting
walapun sally ada peluang utk bebas semasa mereka di Paris, demi cintanya kpd mr Jaffersons, Sally tidak berbuat demikian, sebaliknya 'menghadiahkan' 7 org anak kpd mr. president itu. :)

intan Publish time 21-3-2006 08:23 AM

Originally posted by mysara at 10-3-2006 10:22 AM
sara baru saja habis membaca buku "Sally Hemings" kisah cinta antara hamba dgn tuannya iaitu Presiden USA Thomas Jeffersons berdasarkan kisah benar melalui memoir, catatan, diari dan hasi ...
kita juga ade banyak cerita dan kisah cinta...


seperti kisah uda dan dara
kisah seri mersing
kisah tuah dan puteri gunung ledang

dari kisah2 begini lahirnya banyak pantun dan perbahasa tauladan
seperti

nasik lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan


dari mana punai melayang
dari sawah turun kepadi
dari mana datang nya sayang
dari mata turun ke hati


anak punai anak merbah
turun mari buat sarang
anak sungai lagikan berubah
inikan pula hati orang

kalau padi katakan padi
tidaklah hamba tertampi2
kalau jadi katakan jadi
tidaklah hamba ternanti

kalau roboh kota melaka
papan dijawa hamba dirikan
kalau sungguh bagi dikata
badan dan nyawa hamba berikan

banyak lagi...:)

seribulan Publish time 28-3-2006 05:25 PM

kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati...

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolok jolokkan
saya budak baru belajar
salah dan silap tolong tunjukkan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hnacur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga...

yang tiga klasik ni boleh menjadi contoh
juga...

joe1983 Publish time 4-4-2006 10:38 PM

walaupun budi hanya setitik
langit dan bumi ada didalam

p/s:lirik lagu kaparinyo

intan Publish time 5-4-2006 09:19 AM

Originally posted by seribulan at 28-3-2006 05:25 PM
kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati...

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolok jolokkan
saya budak baru be ... terima kasih bulan..:)
pantun diatas memang klasik...
bahasanya mudah...
maksudnya indah..halus dan merendah hati
kerna itu intan sungguh kagum dengan pekerti pantun2 begini...

intan Publish time 5-4-2006 09:19 AM

Originally posted by joe1983 at 4-4-2006 10:38 PM
walaupun budi hanya setitik
langit dan bumi ada didalam

p/s:lirik lagu kaparinyo
apa maksudnya yer...;)

ajinomotonosuga Publish time 5-4-2006 09:58 AM

Originally posted by intan at 5-4-2006 09:19 AM

apa maksudnya yer...;)


saya bawak cik intang pi reban ayam tenguk seme ayam ayam tu kiokk kiokkkk gumbira then saya tunjuk cik intang satu bijikkkk tloqqq...tloq ayamm laaaa

paham?

or saya bawak cik intang masuk hutan pkok besorrrrrrr tingggggiiiii then saya tunjuk cik intang satu batanggg...aaa batang pokok tu laaaaaaa..dan saya tunjuk sama satu bijik benih dari mana asal pkok tuh..

aaaaa paham?

last but not the least metaforanya ni dari maksud kata kata tuhan..manusiaaaaaaaa berkoyan2 nih seme asalnya dari SETITIS MANI aaaa paham?

kalo buleh bila kita observe, kita soroti sejarah, masa depan, dan kini tu in one bundle..kene blajo caranya camna lah yer

kalo cik intan ni soang ibu..dulunya kanak2 togel berlarik2 ingus meleleh..sudah pasti kerna lazimnya cenggitu hihihi asalnya bak maksud kata tuhan setitis mani tapi dalam satu titik itu cerita dunia langit seme adaaa..depa jadik saksi..langit tu bumbung bumi tu lantai..dunia ni kire rumah woyang gitu..pentas lakunan..bermula satu titik jek aaaa gitu..paham?

budi tu cuma nak kata perbuatan baik manusia jek..nak ukur susah so kita ibaratkan satu titik, satu langkah, satu suara, satu pandangan seme tu aksi or perbuatan baik or budi.

langkah ini langkah maut
tidak kecut berkerut atau kedut
langkah ini selalu menyahut
tidak luput berbarut atau melukut

cuba teka saya cite apa tu?

[ Last edited byajinomotonosuga at 5-4-2006 10:04 AM ]

joe1983 Publish time 30-4-2006 05:09 PM

one of the best my peberet malay old song lyric:nerd:

-- TAN SRI DATO' S M SALIM --
Tak Seindah Wajah

Ku sangka aur di pingir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
( 2X )

( Lagu : Ibrahim Bachik - Lirik : Rosli Hj Ahmad

joe1983 Publish time 30-4-2006 05:17 PM

another peberet lyric:nerd:

-- SITI NURHALIZA --
Kaparinyo

Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar
Jikalau sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar (2X)

Belum tersurat dalam hikayat
Ayam keluar mencari musang
Belum tersirat di dalam adat
Bunga keluar mencari kumbang (2x)

Semenjak lembah bertambah dalam
Nampaknya gunung tinggi bertuah
Semenjak sejarah hawa dan adam
Alam berkembang berubah-ubah (2x)

Hasrat nak beli dulang bertepi
Barulah moleh untuk hidangan
Hajat nak cari yang sama sehati
Barulah molek makan sepinggan (2x)

Sungguhlah harum si bunga tanjung
Hati nak petik si bunga mawar
Rindu dan dendam tidak tertanggung
Budi setitik jadi penawar (2x)

Sungguh melati senang dipetik
Harumnya mashyur seluruh alam
Sungguhpun budi hanya setitik
Langit dan bumi ada di dalam (2x)

( Lagu : Copyright Control - Lirik : Copyright Control )

evita_ina Publish time 2-5-2006 01:37 AM

ina suka sgt papatah melayu..:)

intan Publish time 5-5-2006 08:40 AM

Originally posted by joe1983 at 30-4-2006 05:17 PM
another peberet lyric:nerd:

-- SITI NURHALIZA --
Kaparinyo

Orang berinai berhitam kuku
Mandi dijirus si air mawar
Jikalau sampai hasrat hatiku
Racun ku minum jadi penawar (2X)

Be ...
sungguh halus dan menarik lagu ini
pantun2 dicipta atau diambil dari pantun asli..?...

intan Publish time 5-5-2006 08:42 AM

Originally posted by joe1983 at 30-4-2006 05:09 PM
one of the best my peberet malay old song lyric:nerd:

-- TAN SRI DATO' S M SALIM --
Tak Seindah Wajah

Ku sangka aur di pingir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Ku sangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Ku kira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Ku kira puji seikhlas budi
Ku lupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
( 2X )

( Lagu : Ibrahim Bachik - Lirik : Rosli Hj Ahmad
...
Indah sungguh bait2 lagu tersebut...
Patah perkataan pantun dicipta dari perkataan yang mudah...
namun maksud yg tersirat sungguh dalam maknanya...

tikusmakmal10 Publish time 18-3-2021 02:35 PM

byk info iolls belajar dari sinu
Pages: 1 2 [3]
View full version: Betapa Halus dan Indahnya Pepatah dan Peribahasa Melayu Kita..


ADVERTISEMENT