NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:25 PM

[kompilasi] PASTA

Cara Merebus Spaghetti

Petua utk masak spaghetti supayalembut dan lemak

Mula-mula Jerang air dalam periuk.
Kandungan air kita agak-agak dengan kuantiti spageti
Kemudian masukkan secubit garam dan sesudu minyak masak
Apabila menggelak air , masukkan spageti
Kacaulah dengan senduk
Kalau nak tahu bila spageti kita dan masak, keratlah spageti tersebut dengan senduk
Dan kalau ianya senang dikerat, maka dah masaklah spageti itu.
Toskan spageti dengan tangguk
Kemudian lalukan di bawah air merata.
Toskan sedikit air kemudian gaulkan spageti dengan minyak masak 1 sudu.
Gaulkan rata.Dan toslah.
Apabila sudah cukup kering kita akan dapat nikmati rasa spageti yanglembut, lemak dan sedap di makan.


Petua utk masak spaghetti supaya air dia tak membuak-2

kalau kita masak spaghetti nie kenalah letak air banyak sikit supaya semua spaghetti masuk ke dalam air,
tetapi kekadang kalau kita masak dan terlupa jaga dia ......
tengok-2 air dah membuak

so nak elakkan air daripada membuak nie, senang jer .......
.sebelum panaskan air masukkan kat dalam itu ashtray (cari yang baru lah .....)
dan letakkan dia secara terbalik .........kemudian baru panaskan air .........

tapi tak semua ashtray nie boleh guna,
cari yang berat (supaya selalu tengelam, yang paling baik cari yang dibuat dari kaca)
dan kat tepi-2 dia itu ada lobang (lekuk sikit jer kekadang ......) utk selitkan rokok .....
kalau tak der lobang/lekuk dia ...........
hmm tak leh guna .......
sebab lobang itu nanti berguna utk kawal bebola-2 udara yang keluar semasa masak tu ..

sila cuba dan insyaAllah air takmembuak lagi

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:26 PM

Lasagne Verdi [ Lacoste ]

Ingredients A

http://img.photobucket.com/albums/v670/memasa/P3030001.jpg

~can use only chicken if dont like meet or both
~mixed herbs n xtra flavour (chicken cube) are optional

Ingredients B

http://img.photobucket.com/albums/v670/memasa/P3030002.jpg

~if cant find white sauce...its very easy to do....refer to fnr archive.
~for pomodoro sauce we can choose with any xtra stuffs we like such as mushrooms,peppers n onions.

Step One

http://img.photobucket.com/albums/v670/memasa/P3030005.jpg

Layer by layer

http://img.photobucket.com/albums/v670/memasa/P3030007.jpg

http://img.photobucket.com/albums/v670/memasa/P3030008.jpg

ready for oven

http://img.photobucket.com/albums/v670/memasa/P3030009.jpg

ready to eat
http://img.photobucket.com/albums/v670/memasa/P3030018.jpg

WHITE SAUCE

Group A

~butter n plain flour (tepung gandum)



Group B

~whole milk+salt+pepper



then dah siap white sauce...bukan payah pun....kalau nak bagi cair, kurang kan tepung....kalau nak pekat banyakkan tepung n butter

Lasagna

ingredients:
lasagne sheets
mushroom soup
minced meat
pasta sauce
bawang putih/bawang merah
grated cheese

cara buat:
1. Tumis bawang merah/bawang putih.
2. Masukkan mince meat, then masukkan pasta sauce
3. Pas tuh selang-selikan letak lasagne sheets, pasta sauce, mushroom soup dlm bekas.
4. Top it with grated cheese

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 08:42 PM ]

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:28 PM

Lasagna 3

Bahan A : White Sauce
100 ml fresh milk
2 sudu butter
sedikit tepung gandum

Bahan B : Red Sauce
3 ulas bawang putih cincang halus
1 tin tomato puree
Daging cincang
cendawan butang dalam tin
Daging ayam / udang / apa saja ikut suka hati
mix herb
garam secukup rasa

Bahan C : Lasagne Pasta
Lasagne Pasta
Cheese

CARA

Perst skali buat lah white sauce dia. Senang je..
panaskan butter.. masukkan susu.. masukkan tepung..
kacau sampai dia pekat sikit..
tapi AWAS !! berhati-hatilah ditakuti tepung berketul-ketul dalam tu..
jadi make sure kacau rata.

Seken... buat red sauce.
Senang sangat. Tumis je bawang putih,
campak bahan-bahan dedaging tu.. campak tomato puree.. sesayur bagai..
masuk garam, masuk mix herb.. pastuh kalau nak masuk cheese pun leh masuk cheese gak.


Dah siap sumer sauce tu..
then sediakan baking tray.
Memula masukkan selapis red sauce..
pastuh selapis lasagne pasta..
pastuh ratakan white sauce lak kat atas dia.
Buat lagi selapis..
tengok lah.. kalau suka tebal buat lah berlapis-lapis.
Atas sekali tabur grated cheese... salu orang letak mozarella or cheddar..
tapi saya suka philadelphia... ikut suka lah..

Pastuh bakar.. nak tau dah masak ke tak.. cek macam cek kek

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:28 PM

Mac n' Cheese

1. panaskan butter sket..then masukkan sedikit tepung gandum..
2. kacau2 kejap biar rata ..
3. masukkan lada hitamn sedikit garam ..
4. masukkan susu..kacau biar jadi pekat, smooth n jgn lumpy..
5. masukkan grated/finely chopped onion n cheddar cheese yg telah siap diparut ..
6. masak sket lagi agak2 cheese tu macam nak larut
7. masukkan pasta n sedikit lagi butter..
8. leh dihidangkan camtu aje [sprinkle dgn chopped parsley/daun bwg n lada hitam n
9. bubuh sayuran yg dicelur- brocoli/carrot/asparagus] atau bakar kejap dlm oven..
10.kalau nak bakar bleh tabur croutons sket atas mac n cheese
then bakar sampai atasnya golden..


Macaroni Bakar

Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Macaroni

Bahan-bahan lauk
Ayam
Udang (nak ganti ngan sotong boleh, daging boleh aper saja la asal lauk :bgrin:)
Sayur Campo
Cendawan Butang.
Stok Ayam (kalau ada - boleh digantikan dengan cube Ayam tue)

Telur
Mozarella Cheese (yang dah dicincang...)

Cara-caranya.
1. Rebus macaronie tue sehinggalembut (cam spegeti gak la). Ketepikan,
2. tumis bawah merah ngan bawang putih,
3. bila dah naik bau masukkan ayam ngan udang tadi tue, biar sampai masak.
4. Kiranya campokan seme bahan2 berlauk tue.

Kalau nak asing ngan sayur, boleh jugak..cara tumis sama jek.
1. Masukkan stok ayam kalau tak de stok ayam masukkan cube ayam tue (penyedap masakan).
2. Rasalah kalau dah cukup rasanya tak yah masukkan garam lagi,
tapi kalau tak cukup rasa boleh ler tambah garam.
3. Bila dah masak ketepikan.

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:29 PM

Macaroni and Cheese

Ingredients:

5 cups cooked macaroni
(approx 4 cups uncooked)
5 tbsp butter
2 eggs
1/2 tsp salt
1/2 tsp pepper
3 cups milk
2 cups shredded mozarella cheese
4 cups shredded cheddar cheese

Cook the macaroni until done as usual.
Do not overcook it. Drain macaroni in
strainer.

Place macaroni, butter, salt,pepper,
milk, mozarella cheese, and 3 cups of
cheddar cheese in casserole dish. Mix
eggs in a bowl first and then stir into
mixture.

Cover everything with aluminum foil and
cook for 45 minutes at 350 degrees.

Uncover and add extra cup of cheddar
cheese across the top. Bake uncovered
for another 15 minutes.

Macaroni Cheese

INGREDIENTS:
3/4 cup evaporated milk
1 cup finely grated process American cheese
pepper, to taste
paprika

PREPARATION:
Heat milk in a heavy saucepan until steaming hot; do not boil. Stir in cheese, heating and stirring until cheese starts to melt. Remove from heat; stir until all cheese is melted and sauce is smooth. Add pepper and paprika, to taste.
Serve hot with macaroni. Makes about 1 cup of cheese sauce.

Macaroni & Cheese

BAHAN
1/2 paket macaroni
1 cawanCheddar cheese parut
1 cawan mozzarella cheese parut
1 cawan susu segar atau 1/2 cawan butter
air secukupnya
sedikit garam dan pepper to taste


CARA
masukkan garam dlm air dan didihkan,apabila mendidih masukkan macaroni
tggu sehingga macaroni masak dan toskan

dalam pan yg lain masak susu/butter atas api perlahan dan masukkan keju
apabila keju cair masukkan pepper
kalau tak cukup masin tambah garam
curah di atas macaroni

[ Last edited by NoorMasri at 20-9-2005 09:30 PM ]

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:31 PM

Makaroni Goreng

http://www.siamorchidrestaurant.com/Food/macaroni.jpg

Bahan A:

1 cawan daging cincang Ramly tu atau ayam cincang
1 tin cendawan butang.. hiris /potong 2
1 biji cili hijau benggala/capsicum....potong dadu
1 biji cili merah caksicum...............ppotong dadu
1 batang carrot...........................potong dadu
2 biji tomato...............................potong dadu
3 sudu tomato sos
garam

bahan tumis;
1 labu bawang besar...........potong dadu
2 ulas bawang putih............potong dadu
cili mesin...kalau nak pedas
2 sudu minyak masak

Cara memasak

1.Panaskan minyak, masukkan bahan tumis.Biarkan wangi dan garing.

2. Masukkan bahan A dan makaroni dan gaul rata.

3. Rasa garam dan hidangkan.

4. Hiaskan dengan hirisan daun pasli...jika suka



macaroni goreng sardin

makaroni
sardin
bawabg besar + bawang putih
sawi
garam + perasa

Cara
tumis bawang besar + putih..
taruk sardin.. hancur2kan ikan tuh..
masuk macaroni yg dah direbus dan ditoskan tuh..
last skali masuk daun sawi..
jgn lupa taruk garam+perasa


Makaroni Goreng

400g marcanoni(di rebus hingga kembang, toskan)

minyak untuk goreng
500g udang(dikopek kulit)
300g daging kisar
300g fish ball (potong 2)
400g sayur sawi(dipotong)
atau
200g mix vegetables
40 sen daun sup dan daun bawang (di hiris)
3 biji telur ayam

garam
serbuk perasa

bahan kisar
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
100g lada kering

bahan kisar kena agak

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:31 PM

Makaroni sup

Sesuai juga untuk anak kecil...sebab tak pedas..

Caranya...

Makaroni direbus macam biasa...biarlembut sikit....

Supnya...
1. Tumiskan bawang merah dan putih dan halia sikit...
2. masukkan rempah sup...hirisan ayam atau ayam potong kecil...
3. masukkan juga lobak merah & kentang kecil..
4. rasakan masinnya dan biarkan mendideh & naik minyak...
5. Hidangkan bersama makaroni yang direbus tadi
6. taburkan bawang goreng dan hiringan daun sup & bawang...

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:32 PM

Tuna Macaroni Casserole

From: Jean-Claude B., Montreal, Quebec, Canada
Comments: Oven: 700 watts
Preparation time: 8 minutes
Cooking time: 8 minutes
Waiting time: 5 minutes
To vary, use any desired cream soup.
Servings: 3


Ingredients Preparation
2 cups macaroni elbows
1 teaspoon salt
4 cups boiling water
1 can flaked tuna fish
1 small onion, finely chopped
2 tablespoons chopped parsley
1/2 teaspoon curry powder
1 can cream of chicken soup
1/2 cup breadcrumbs

Method
1. Diced butter
2. Pour macaroni into an 8-cup casserole.
3. Salt and pour in boiling water.
4. Microwave, uncovered, for 6 to 8 minutes on 'MEDIUM-MAXIMUM'.
5. Leave to rest for 5 minutes.
6. Drain pasta.
7. In casserole, well mix together tuna fish,
chopped onion and parsley, curry powder and cream of chicken soup.
8. Well mix in cooked macaroni.
9. Sprinkle mixture with breadcrumbs; dot with butter dices.
10. Microwave, uncovered, for 6 to 8 minutes, on 'MEDIUM-MAXIMUM'.
11. Leave to rest for 5 minutes, before serving.

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:32 PM

Pasta with Mushroom and Garlic

Bahan:

225 gm pasta (makaroni boleh ... apa2 shape pun boleh .. asalkan pasta)
25 gm butter
225 gm button mushroom (hiris nipis atau potong dua)
25 gm tepung gandum
300 ml susu
150 ml krim
Bawang putih (2 ulas, cincang halus)
Garam
Lada putih @ hitam (secukup rasa)
225 gm daging ayam (potong kecik2)

Cara:

1) Didihkan air dalam periuk. letak garam sikit, masukkan pasta.
masak sampai pasta masak. bila dah masak, toskan.
2) Cairkan butter, tumiskan bawang putih sampai naik bau. pastu masukkan ayam.
3) Masukkan cendawan. masak dalam 2,3 minit.
4) Campurkan tepung. Pastu letak susu, krim, garam, lada.
5) Bila dah mendidih (make api sederhana je) ....
terus letak atas pasta. nak sedap cincang daun parsley ..
taburkan ... pastu makan panas2

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:34 PM

Spaghetti dengan Kerang

Bahan:
800 gr kerang, cuci bersih
400 gr tomat masak, buang kulit dan bonggolnya dan cincang halus
400 gr spaghetti
2 sdm seledri, iris halus
1 siung bawang putih, iris halus
3 sdm minyak zaitun
garam dan merica secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masak spaghetti sesuai dengan petunjuk bungkusan,
angkat dan sisakan 5 sdm air perebus dalam spagheti dan biarkan hangat.
2. Taruh kerang dalam panci dan beri air hingga semua tertutup air.
3. Tutup pancinya dan masak dengan api sedang selama kurang lebih 10 menit.
4. Buang kerang yang tetap tertutup (untuk menghindari keracunan).
5. Angkat sisa kerang dan sisakan air bekas merebus sebanyak 1 dl dan saring.


Panaskan minyakdan tumis bawang putih hingga harum,
masukkan tomato, aduk rata dan biarkan selama 5 minit.
Masukkan kerang, air sisa rebusan, seledri, garam dan merica.
Masak dengan api sedang hingga mendidih dan saus berkurang (kurang lebih 10 menit).
Angkat dan campur dengan spaghetti dan hidangkan

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:35 PM

Spagetti

Bahan-Bahan:
1 paket spagetti
1 bungkus daging cincang Ramly
1 tin Prego pasta sauce
2 biji tomato yang dibuang kulit (cincang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bwg besar (dimayang)
Butter & minyak masak
Cendawan butang tin
Pepper
Oregano
Garam
Sedikit gula
Mayonis
Grated cheese

Cara:
Didihkan air dlm periuk dan masukkan sesudu minyak masak dan sedikit garam
Masukkan spagetti dan masak hinggalembut
Angkat dan toskan dlm tapis
Utk mengelakkan spagetti melekat, campur sedikit butter.

Kuah:
Panaskan butter yg dicampur dgn sedikit minyak
Tumiskan bwg besar dan bwg putih hingga garing
Masukkan daging cincang dah masakkan hingga daging masak
Masukkan 1 tin Prego pasta source, cendawan butang, peeled tomato,
Kacau.
Masukkan oregano, pepper, garam, gula, kacau.

Letakkan spagetti dlm pinggan,
tuangkan kuah di spagetti,
letak sedikit mayonis dan taburkan cheese.

Kalau nak buat kuah tu cair, tambahkan air.




Spagetti Kaw-Kaw

bawang besar+bawang putih dicincang halus
sedikit lada hitam di tumbuk kasar
minced beef
tomato puree - recommended brand duchef
cendawan butang hiris nipis2
oregano leave
basil leave
parsley - nak menambah aroma
grated parmesan cheese

cara2:
1. tumis segalabawang.
2. Lepas tu masukkan daging..
3. masuk lada hitam..masuk tomato puree secukup rasa.
4. masuk oregano dan basil secukupnya. last masuk cendawan. Reneh seketika..
5. kalau rajin buat laaa bebola daging..
jadikla spaghetti meatballs.. senang.. rasa pun best..
tak yah beli prago yang mahal tu.. rasa pun orait..
terangkatlah..
macam korang tahu, daun parsley hidang masa nak makan tu..
saya suka hiris halus2 dan ditaburkan atas spaghetti tu bersama cheese..

p/s- boley gak tambah tomato cincang.. tapi jgn banyak sangat kaang masam..

Spaghetti malaysian stail -

1) kalau nak goreng..buat cam nak goreng mee tu..( spaghetti kena rebus dulu), + daging kisar..then + oregano sikit. kalau nak pedas tambah serbuk paprika..

2) untuk anak2 depa suka makan spaghetti cheese...beli cheese blok yang kecik2 tu. tumis ayam/daging + bawang putih + oregano sikit...then letak cheese blok....udahhhh...!!!


Spaghetti Italian

Bahan-Bahan:

1 packet Spaghetti (direbus bersama sedikit minyak)
1 packet Daging/Ayam Cincang *Ramly (basuh/toskan)
1 tin (sederhana) Cendawan Butang (dibelah 4/dadu)
2 tin (sederhana) Tomato Puri (boleh beli Pasta Sauce PREGO)
6 biji Bawang Besar (Hijau) (dipotong dadu)
7 biji Buah Tomato (dipotong dadu)
1

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:35 PM

Spaghetti Meatsball

meatsballs
--------------

1/2 kg mince meats
dice 1 onion
dice 2 ulas garlic


1. gaul dengan daging hancus tuh, buat bola kecik2,
2. panaskan pan, buh skit je minyak skit butter je..
3. guren sampai btul masak, medium api

spagetti cooking
----------------------

1. didih pot with water..

2. bila dah didih..buh satu packet spagetti style
aku buh setitik dua minyak lam pot tuh agar depa tak lekat dan stir.
dalam 10 minit amik satu strip dari pot test skit..kalo agak kenyal skit..
tapi tak macam mentah..perfect la tuh off api

3. bukak paip sink running cold water under tap tu buh tapis,
buh spagetti bio air sejukk runs on top of it..
purpose dia nak kasik stop heat takmo kasik mee spagetti tu overcooking with its own heat..

4.kemudian drained buh satu dua titik minyak masak..
gaul2 sama rata takmo kasik lekat, sprinkle skit garam dan black pepper..put aside

spagetti sauce
--------------------

2 tin peeled tomato
1 bijik bawang
2 ulas garlic

1. dice bawang seme tuh dan tumis

2. peeled tomato dalam tin tu kamu blend
kemudian masuk dalam pan yang kamu tumis bawang seme tuh..medium fire..

3. agak pekat masuk meatballs a bit salt dan pepper...

4.gaul mesra dan sajikan..

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:36 PM

Spaghetti

2 paket spaghetti (500g)
Setin sos pasta (prago pun boleh, apa2 jer lah..)
Sepaket parmesan cheese (kira2 500g)
Sepaket minced beef (500g)
Sos tomato atau pekatan tomato (optional)

1. Rebus spaghetti sampai lembik (jgn lembik sangat, nanti tak sedap lak).
Kalau pasta, make sure rebus jgn sampai melekat.
Lagi satu, time rebus tu, masukkan sesudu atau lebih minyak masak, supaya tak melekat bila menggoreng nanti.
Kalau suka, masukkan garam.. kira2 sesudu ler. Jgn banyak sangat, nanti darah tinggi.

2. Goreng minced beef dalam kuali.
Sukat agak2 jer dia punya minyak. G
Oreng sampai kehitaman sikit, bukan hangus aa...

3. Pastu, masukkan sos pasta dan pekatan tomato.
Taruk la seberapa banyak yg u all suka.
Bagi aku, setin cukup.
Pastu, jgn lupa taruk garam sikit.

4. Then, boleh masukkan spaghetti. Biarkan sampai kering.

5. Last2, tutup api, masukkan parmesan cheese. Gaulkan.
Kalau takut ader org tak suka cheese, jgn taruk cheese dulu. Taruk asing2.



Spaghetti alle vongole
spaghetti dengan kerang(ganti dng lala /remis baru best )

Bahan:

800 gr kerang ,cuci bersih
400 gr tomato masak, buang kulit dan bonggolnya dan cincang halus
400 gr spaghetti
2 sdm seledri, iris halus
1 siung bawang putih, iris halus
3 sdm minyak zaitun
garam dan merica secukupnya

Cara membuatnya:


Masak spaghetti sesuai dengan petunjuk bungkusan,
angkat dan sisakan 5 sdm air perebus dalam spagheti dan biarkan hangat.


Taruh kerang dalam panci dan beri air hingga semua tertutup air.
Tutup pancinya dan masak dengan api sedang selama kurang lebih 10 menit.
Buang kerang yang tetap tertutup (untuk menghindari keracunan).
Angkat sisa kerang dan sisakan air bekas merebus sebanyak 1 dl dan saring.


Panaskan minyakdan tumis bawang putih hingga harum,
masukkan tomato, aduk rata dan biarkan selama 5 menit.
Masukkan kerang, air sisa rebusan, seledri, garam dan merica.
Masak dengan api sedang hingga mendidih dan saus berkurang (kurang lebih 10 minit).

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:37 PM

PASTISSIO


cooking oil spray
1 onion, chopped
2 cloves garlic, crushed
500g daging cincang
700g tomato puree
1/4cup parsley, chopped
salt and pepper
250g penne pasta

Low-fat white sauce:
2 tbsp low-fat spread
2 tbsp plain flour
2 cups skim milk
salt and pepper
1/4cup parmesan cheese

1 preheat oven to 180 degree. spray a saucepan with oil, add onion and garlic and cook for 2 minutes

2 add mince and cook for 5-10 minutes, breaking up the lumps with spoon. add tomato puree and simmer for 10-15 minutes.stir thru parsley and season with salt and pepper. set aside

3 while mince is simmering, cook pasta in plenty of boiling water for 10-12 minutes till tender. drain.

4 combain meat sauce with pasta and spoon into a 20cm round baking tin

5 to make white sauce, heat spread in a small saucepan. add flour and stir till thick. remove from heat and gradually add milk, stirring till smooth. return to stove-top and cook for 5 minute, stirring occasionally till thick. season with salt and pepper and stir thru cheese

6 top pasta with white sauce and bake for 25-30 minutes till golden.

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:37 PM

MAKARONI ISTIMEWA

Bahan-bahannya:-

-1 Bungkus makaroni
-Segenggam isi udang
-Segenggam isi ayam
-Segenggam irisan daging
-2 batang daun bawang dipotong kecil
-2 batang lada besar dimayang-
-lobak merak dipotong ikut suka
-Sedikit kobis bunga
-2 sudu bawang goreng
-2-3 biji limau kasturi dibelah dua
-Sedikit cili boh/cili kisar sendiri

Bahan-bahan tumbuk :-

-2 biji bawang kecil
-1 biji bawang putih
-Serbuk ikan bilis

Cara-Menyediakannya:-

1.Rebuskan makaroni, masa merebus tu masukkan sedikit planta dalam 2
   sudu kecil untuk menyedapkan lagi dan supaya tidak melekat.

2.Tumiskan pulak bahan tumbuk tadi bersama cili boh,bila dah kekuningan
   dan naik baunya

3.Masukkan isi ayam,udang dan daging gaul rata masukkan juga sedikit air
   supaya ramuan itu tidak kering.

4.Kemudian masukkan lobak merah, kobis bunga dan makaroni gaul rata-
   rata masukkam sedikit garam dan perasa bila dah masak tutuplah api


* hidangkan makaroni dengan taburan daun bawang,bawang goreng, lada
   besar yang dimayang,hirisan telur dan beberapa biji limau kasturi.

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:40 PM

Makaroni bakar

actually mcm cara utk pelbagaikan macoroni bakar..
yg penting..cukup moisture n 'bahan' perekat utk nak bagi macaroni tu bleh set.

any kinda pasta boleh digunakan utk buat baked macaroni..ikut ape yg kita suka..tp yg paling common org gunakan elbow pasta atau penne pasta
celur aje mcm biasa..then sedia utk dibakar bersama filling

pilihan filling..pun boleh ikut creativity
cara paling mudah..buat inti sebijik cam karipap..then gaulkan dgn pasta yg telah dicelur tadi..
pastu curahkan telur yg telah dipukul bersama susu cair..
gaul rata2..make sure adunan tu cukup lembab..
pastu boleh tuangkan ke dlm acuan yg telah digriskan dgn mentega
taburkan dgn daun sup/bwg yg dihiris n lada hitam kisar
nak tabur keju parut sket pun boleh gaks
pastu boleh terus bakar
nak gunakan bahan filling mcm kita buat sos utk spaggethi tu pun boleh gak
lebihkan sayur2 seperti zuchinni, carrot atau mushroom

utk taruk filling ni pun ade 2 cara..
kita boleh gaulkan aje semua bahan..then bakar
satu lagi cara..kita boleh layerkan filling dgn pasta
cth:
dlm bekas yg dah kita griskan dgn mentega...letakkan 1/3 pasta yg telah dicelur..pastu layerkan dgn 1/2 inti..taburkan hirisan daun bwg/sup dan sedikit keju parut..pastu layerkan semula dgn pasta
ulang hingga bahan habis..
tuangkan campuran susu cair n telur secukupnya..pastu bakar


Makaroni bakar

1 pkt makaroni dimasak selama 20 minit dan toskan
1 paun daging cincang
1 gelas susu cair
1 sudu kecil lada sulah
4 biji telur dipukul
1/2 sudu garam dan msg
2 camca besar mentega
serbuk roti
3 auns keju
2 biji telur rebus keras
sepokok kecil daun sadri
2 biji bawang besar didadu
1/4 inci halia dihiris

1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia sehingga wangi. Masukkan daging cincang.
2. Masukkan garam, msg, lada sulah dan sedikit air. Biar kering sedikit, masukkan susu, makaroni, telur rebus dan keju.
3. Akhir sekali masukkan daun sadri.
4. Lenserkan mentega pada acuan pembakar. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi.
5. Siramkan telur yang telah dipukul dan akhir sekali taburkan serbuk roti di atas adunan.
6. Bakar selama45minit sehingga 1 jam dan hidangkan



MAKARONI BAKAR

Bahan
1 kotak sederahana makaroni
250 gm sayur campur
6 biji telur ayam
200 gm udang
200 gm isi ayam/mince meat
1 pokok daun sup dan daun bawang
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji cili kapsikum hijau [potong dadu
1 s/t lada hitam
2 biji tomato buah yg keras
1 s/b sos tomato
2 s/b keju pamesan
garam
minyak

Cara
1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi. Masukkan udan g dan ayam. Kacau rata.
2. Masukkan sos tomato, sayur campur, garam dan lada hitam. Kacau rata dan biarkan sebentar.
3. Masukkan makaroni dan semua sayuran yg dipotongkan.
4. Angkat dan masukkan daun sup dan daun bawang.
5. Masukkan dalam loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
6. Ratakan telur ke atas makaroni dan taburkan keju pamesan.
7. Bakarkan dalam suhu 180'C selama 15 -20 minit.
8. BIla telah masak sejukkan dahulu baru dipotong dan hidangkan.

MAKARONI BAKAR

http://img.photobucket.com/albums/v220/noormasri/pastabake30.jpg

250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti:

500 g daging cincang

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:41 PM

MAKARAGNA (MAKARONI+LASAGNA)

Bahan A
400 gm Makaroni (semalam I pakai yg spiral.. tapi rasanya lebih sedap yg dan lembut pakai makroni yg penne tu

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:45 PM

FUSILLI GORENG

Bahan-bahan:

500 g Fusilli} direbus sehingga lembut dan toskan kemudian digaul dengan sedikit minyak
1 cawan daging/isi ayam dipotong dadu atau dicincang
1 labu bawang besar    } dipotong dadu
3 ulas bawang putih   } dicincang halus
minyak masak untuk menumis
1 tin cendawan butang    } dibelah dua
1/2 biji capsicum hijau   } dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah} dipotong dadu
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
Masukkan daging/ayam , goreng sebentar sehingga masak.
Masukkan sos tomato, sos tiram , sos cili , kicap cair, lada sulah dan semua sayur di atas dan gaul rata.
Masukkan fusilli, gaul sebati serta rasakan garamnya dan bolehlah dihidangkan.

Nota: kalau nak lagi pedas masa tumis boleh juga masukkan cili kisar sesudu dua terpulang kpd selera masing2.

NoorMasri Publish time 20-9-2005 08:47 PM

PASTA GORENG BERSAMBAL SARDIN

Bahan-bahan:

500 g makaroni atau apa2 bentuk pasta yg lain
3 sudu besar minyak masak utk menumis
1 labu bawang besar } tumbuk
2 ulas bawang putih } tumbuk
2 sudu besar cili kisar - nak lagi pedas boleh tambah lagi
2 sudu besar cili sos
425 g sardin dlm tin
200 g sawi } potong kecil
1 kiub pati ikan bilis dihancurkan - jika suka
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

Hiasan:

1 tangkai daun ketumbar} hiris
1 biji cili merah } hiris

Cara membuat:

Pasta direbus hingga lembut kemudian toskan dan digaul dgn sedikit minyak

Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar bersama sos cili, kacau sehingga terbit minyak dan cili garing.
Bubuh sardin bersama sosnya dan kiub ikan bilis kemudian gaul sebati ( jgn hancurkan sardin, hanya potong kecil2 saja)
Masukkan sawi dan kacau lagi
Apabila sawi masak, masukkan pasta kacau sehingga pasta bersalut rata.
Bubuh garam jika perlu dan serbuk lada sulah secukup rasa
Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar dan cili merah


MAKARONI/PASTA GORENG

Bahan A:

1 cawan daging cincang Ramly tu atau ayam cincang
1 tin cendawan butang.. hiris /potong 2
1 biji cili hijau benggala/capsicum
1 biji cili merah capsicum
1 batang carrot
2 biji tomato
3 sudu tomato sos
garam

bahan tumis;
1 labu bawang besar...........potong dadu
2 ulas bawang putih............potong dadu
cili mesin...kalau nak pedas
2 sudu minyak masak

Makaroni/pasta...

Cara memasak

1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis.Biarkan wangi dan garing.
2. Masukkan bahan A dan makaroni dan gaul rata.
3. Rasa garam dan hidangkan.
4. Hiaskan dengan hirisan daun pasli atau daun sup...jika suka


PASTA CURRY MERRY

375 gm pasta - rebus air hingga didih, then masukkan pasta, bubuh garam sikit dan minyak sesudu je... ikut selama mana yg tertera kat peket tu... 10 minit ke, 13 minit ke...

Bahan2: (semua main agak2)

daging/ayam cincang - lebih baik cincang sendiri, hiris je pun takpe
1 tin cendawan butang - hiris kasar2
udang / sotong / kerang- optional
4 ulas bawang putih - tumbuk hancur
5 ulas bawang kecil (optional)
5 cili merah di mesin
lada bangla merah dan hijau - di potong dadu besar2
1 biji tomato potong dadu kasar (optional)
serbuk lada hitam - ikut suka (kalau den curah je...)
tomato puree - tin kecil
sedikit serbuk kari
sedikit garam
daun basil & oregano - ini rahsia untuk spaghetti yg sedap...
cheese parmesan (parut) - optional - maklang jgn bubuh ni, nanti tak lalu makan, hihihi...

CARA MEMASAK:

1.Tumis bawang putih, bwg merah dan cili mesin sehingga wangi.

2.Masukkan daging, kacau sehingga empuk dan kering air.

3.Masukkan udang ke sotong ke, kerang ke...

4.Masukkan lada bangla, serbuk lada hitam, tomato puree dan garam, dan kacau lagi.

5.Masukkan pasta dan kacau rata2.

4.Sebelum tutup api, masukkan daun basil dan oregano dans erbuk kari... then kacau rata2.

5.Semasa menghidang, taburkan cheese parmesan... siap untuk di makan

NoorMasri Publish time 29-5-2006 09:14 PM

Lasagna

http://img123.imageshack.us/img123/5519/lasagna5cf.jpg
Foto sumbangan zul_khaleeda

white sauce
1. 1 sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. garam secukup rasa
4. lada hitam
5. susu segar atau susu UHT/ low milk or full cream secukupnya
6. keju mozarella secukupnya - barang 2 sudu

caranya:

1. panaskan butter hingga cair.
2. masukkan tepung & kacau. matikan api. kacau hingga rata.
3. pasang api, masukkan susu & kacau rata.
4. masukkan garam, lada hitam serbuk & keju.
5. kacau hingga keju cair & sauce jadi pekat.

meat sauce
1. 3 ulas bawang putih cincang
2. 1 labu bawang besar dadu
3. 1 biji tomato dadu
4. 2 carrot parut halus
5. 1/2 peket daging cincang
6. 1 tin kecil tomato puree
7. 1/3 botol sos spagethi (botol besar)
8. 1/2 tin cendawan butang hiris nipis
9. udang & sotong (kalau suka)
10. lada hitam & garam secukup rasa
11. 1 sudu besar cili blender

caranya:
1. panaskan butter dalam 2 sudu.
2. tumis bawang putih cincang hingga kekuningan.
3. masukkan cili blender dan tumis hingga pecah minyak.
4. masukkan tomato puree.
5. masukkan cendawan, tomato, bawang besar.
6. masukkan daging cincang & kacau rata hingga daging masak sedikit.
7. masukkan carrot & sos spagethi.
8. masukkan garam & lada hitam. didihkan.
9. masukkan seafood. agak2 cukup masak. tutup api.

penyediaan:

1. sediakan loyang. untuk resepi ni, shida guna loaf ukuran 8" x 4".
2. letak lasagna sheet di bawah.
3. tutup dengan meat sauce.
4. taruk lasagna sheet.
5. lapis dengan white sauce.
6. lasagna sheet
7. meat sauce
8. akhirkan dengan white sauce.
9. taburkan dengan keju campuran dan bakar suhu 150 lebih kurang 25-30 minit.
10. sedia dihidangkan.

* untuk meat sauce, shida suka buat berkuah sikit supaya dapat menyerap ke dalam lasagna sheet. pasal lasagna sheet tu instant punya. pas tu, masa membakar pun suka lama sikit sebab nak bagi lasagna sheet tu betul2 masak & lembut.
Pages: [1] 2
View full version: [kompilasi] PASTA


ADVERTISEMENT