CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2782|Reply: 2

Boikot PUMA, Ini Sebabnya!

[Copy link]
Post time 14-9-2021 11:44 PM | Show all posts |Read mode
Nadir Al-Nuri Mahu Netizen Boikot PUMA, Ini Sebabnya!


Tular di media sosial aktivis kemanusiaan Nadir al-Nuri yang memuatnaik iklan boikot jenama sukan terkemuka dunia Puma di Instagramnya hari ini.

Mahu Liga Bolasepak Malaysia Berhenti Guna Produk Puma

Dipetik dari Instagram Nadir, aktivis kemanusiaan ini menghantar surat terbuka kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan menyatakan bahawa Puma merupakan sebuah syarikat yang bersubahat dengan rejim zionis dalam melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Menurut MyAqsa Defenders, kempen memboikot Puma berlaku adalah kerana syarikat jenama sukan ini merupakan penaja utama Israel Football Association (IFA) yang mana persatuan tersebut menerima keahlian kelab bolasepak di penempatan haram di wilayah Palestin yang kini diduduki oleh Israel.



Netizen Bercampur-Baur, Ada Yang Sokong & Ada Yang Tidak
Melihat perkongsian di Instagram milik aktivis kemanusiaan itu, membuatkan orang ramai meluahkan pandangan yang berbeza di mana ada yang menyokong saranan Nadir untuk memboikot jenama tersebut dan ada pula yang mempersoalkan kempen boikot tersebut.

“Minta semua ambil bahagian sebarkan kesedaran…. Sejak perang hari tu memang nampak PUMA galak buat jualan dekat mana-mana je. Walau ramai boikot tapi ‘personal shopper’ dekat Malaysia rajin ‘promote’ PUMA terus ramai lupa balik apa PUMA buat pada orang Islam.”

“Kenapa Puma kenapa”


“Kenapa Puma. Dah terbeli dah macam mana ni.”

“Yeke. Sebab aku buat kajian Puma ni dari German dan dia tak ada kena mengena dengan Israel lancau tu yang bodoh tu lah.”

Nadir Jawab Kemusykilan Netizen Tentang Kempen Boikot Puma
Meski ramai yang mengatakan akan memboikot jenama pengedar alat dan pakaian sukan tersebut, namun masih ada yang meluahkan rasa tidak percaya mereka dan yakin syarikat tersebut tidak ada kena mengena dengan Israel.

Terbaru Nadir berkongsi jawapannya terhadap kemusykilan yang merungsingkan segelintir orang ramai tentang kempen boikot tersebut di Instagram Story.



“Yang iklankan boikot tu Kempen Antarabangsa BDS, selepas buat kajian. Kajian dan ketekunan. Mereka tak bodoh nak main terjah sebba akan ada isu undang-undang, mungkin kena saman sebagainya.

Kalau nak dengar cakap Puma tu sendiri ikut pandai hang la, tepuk dada tanya iman.”

Anda pilih mana, boikot atau sebaliknya?

Sumber:https://murai.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2021 01:17 PM | Show all posts
Boikot la...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi...antara semua jenama i pakai itk jogging, PUMA yang paling sedap dipakai dan tahan lama. Ringan pulak tu..anak2 ada yg pakai Adidas, Nike, Power...fan bila depa try kasut i depa kata sedap guna kasut mama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.052959 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list