CARI-MAL Publish time 10-9-2021 09:14 AM

"Berkesan Ke Spray Gun Lawan Covid-19?" - Dr Izzar

Sejak negara dilanda pandemik, rata-rata produk yang dijual bertujuan untuk memerangi wabak COVID-19 laris di pasaran.


Ini temasuklah hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, pelitup muka, topeng muka, sarung tangan dan sebagainya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/10/091005iz4seocxf7ofsois.jpgGambar hiasan




Terbaru, timbul pula tentang keperluan penggunaan spray gun atau alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.


Bagaimanapun, penerangan Dr Sashini Seeni di forum kesihatan Malaysia, Doctor On Call, tiada kajian yang menujukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.


“Oleh itu, anda digalakkan agar mengunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizerdengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas.


“Selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/10/091239lsp1smk53q1pkpvm.png



“Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci. Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19.


“Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang. Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin. Pakai pelitup muka di tempat awam,” jelasnya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/10/091005xh51kliii50qhiqh.jpgKredit foto: IG Izzar




Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari juga menasihatkan agar orang ramai memahami risiko penggunaan Spray Gun.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/10/091005bcm3u2wwc0gpa3ms.pngKredit foto: IG Izzar




Dalam perkongsian yang sama, Dr Izzar juga memaklumkan mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah memadai untuk mengurangkan COVID-19.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/10/091006ay1rdeezfwlqz0mq.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/10/091006bod8dfsbl2f0dr0f.png





Sumber: Gempak

Kurex Publish time 10-9-2021 09:17 AM

Iols tengok ig sorang ni.. badan dappppp..

Dia spray 1 badan dia. Dalam hati iols, tak bahaya ke sebab masuk mulut, masuk hidung, kena mata.. tapi persoalan tu terhenti bila dia bukak baju dia..

sarah82 Publish time 10-9-2021 09:40 AM

Aku dah beli dah.. Sampai kat lex alor setar tgg depa mai antar sajork;P;P;P

Aku beli nak spray parcel2 aku.. Malas aku nak lap guna disinfection wipes

RatuDunia94 Publish time 10-9-2021 12:20 PM

Mmg xde kajian keberkesanan. Tp iols pakai utk sedapkan hati je.. huhu.. ala2 ikhtiar juga la

zulka Publish time 10-9-2021 03:34 PM

statement yg menjahanamkan bisnes je ni

AdamHaris Publish time 11-9-2021 08:57 PM

KKM rasanya ada keluar kenyataan pasal spray tu..tak berkesan katanya..

downiey Publish time 12-9-2021 06:21 AM

kalo gune air dgn sanitizer pon x berkesan ek

LadyCarefree Publish time 12-9-2021 07:43 AM

Makin sakan dia nak jd aeriljapril.

chinta89 Publish time 12-9-2021 12:43 PM

yg diorang jual skli ngn air dlm tuh bekesan ke tak..

MelahJanda Publish time 12-9-2021 03:24 PM

bahaya sbb aerosol..bercampur kuman virus di ruang udara

hyie Publish time 12-9-2021 03:52 PM

bos meols beli bebaru ni, pastu time iols tengah prepare makanan untuk kucing yang meols bela kat belakang opis, dia boleh datang pi sembur kat meols pastu dia sembur kat kawasan makanan yang meols tengah prepare tu, apekebodonya bos meols tu ye...cecepat meols tutup wetfood tu. Cam bodo je tetiba pegi sembur kat orang...satu hari nanti meols nak ambik benda tu dan buang, pastu cakap tatau dah hilang agaknya :lol: matilah confession sangat :lol:

KamikuP Publish time 13-9-2021 02:19 PM

Alamak wife meolls dah beli camno?

dua_chzy Publish time 13-9-2021 11:55 PM

Akak baru nak puji lawanya bini dia, rupanya bini dia Unmi Nazeera. Choi.

kakigojes Publish time 14-9-2021 04:29 PM

Kurex replied at 10-9-2021 09:17 AM
Iols tengok ig sorang ni.. badan dappppp..

Dia spray 1 badan dia. Dalam hati iols, tak bahaya ke...

Alamak, siapa tu

nora_balqis Publish time 14-9-2021 04:39 PM

kadang pelik tgk org spray habis 1 badan. tue kan chemical, kita tgk pun takut. blh menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan organ lain
Pages: [1]
View full version: "Berkesan Ke Spray Gun Lawan Covid-19?" - Dr Izzar


ADVERTISEMENT