Raline Publish time 4-8-2021 08:07 PM

Petai Udang Tempoyak Janda! nasi pasti tambah ooiiiii


https://media.myresipi.com/2021/08/sambal-tempoyak-udang-petai-11.jpg

Penggemar sambal tempoyak munculkan diri anda! Pelbagai menu boleh dibuat dengan menggunakan tempoyak. Salah satu menu yang paling digemari ramai iaitu resipi sambal tempoyak udang petai.

Makan dengan nasi panas memang tak toleh kiri kanan dah. Satu lauk ini pun sudah cukup untuk menaikkan selera.

Kalau ada yang mahu mencuba, boleh ikuti langkah demi langkah cara membuat sambal tempoyak udang petai hasil perkongsian oleh Azlina Ina di bawah.


Cara Buat Sambal Tempoyak Udang Petai
Bahan-bahan:


10 ekor udang
4-5 sudu besar tempoyak
Cili padi (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)
Ikan bilis halus (wajib ada supaya sambal lebih berlemak)
2-3 batang serai yang dititik
3-4 sudu besar gula.

Cara-cara:
Tumbuk cili bersama ikan bilis.
Apabila sudah lumat, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama serai dengan minyak sederhana sehingga agak garing.

https://media.myresipi.com/2021/08/sambal-tempoyak-udang-petai-5-225x300.jpg

Masukkan pula tempoyak dan gula. (jika tempoyak manis, kurangkan gula)

https://media.myresipi.com/2021/08/sambal-tempoyak-udang-petai-6-225x300.jpg

Masukkan 1/4 air ke dalam lesung sisa cili dan ikan bilis tadi. Kalau suka berkuah, lebihkan air. Kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi.

https://media.myresipi.com/2021/08/sambal-tempoyak-udang-petai-7-225x300.jpg

Biarkan sehingga mendidih dan naik minyak.

Kemudian masukkan udang sehingga bertukar warna merah. Letakkan garam dan perasa.

https://media.myresipi.com/2021/08/sambal-tempoyak-udang-petai-8-225x300.jpg

Akhir sekali masukkan petai.
https://media.myresipi.com/2021/08/sambal-tempoyak-udang-petai-9-225x300.jpg

Kalau suka berkuah, letakkan lagi sedikit air.
Sedia untuk dihidang, selamat mencuba!

https://media.myresipi.com/2021/08/sambal-tempoyak-udang-petai-1-300x225.jpg
Kredit gambar & resipi: Azlina Ina

None68 Publish time 6-8-2021 03:32 PM

Tq bg resipi..mmg ada tempoyak dgn sambal hijau..boleh dilaramkan.

None68 Publish time 6-8-2021 08:54 PM

Tq bg resipi boleh buat esok

Lengkong Publish time 14-8-2021 11:03 AM

Banyak makan nasi ni

chevrole Publish time 18-8-2021 03:06 PM

Musim durian memang menu tempoyak laa yang banyak skang. Walaupun duiran dah tak bermusim.

maduhoney Publish time 18-8-2021 08:53 PM

Edited by maduhoney at 18-8-2021 08:54 PM

chevrole replied at 18-8-2021 03:06 PM
Musim durian memang menu tempoyak laa yang banyak skang. Walaupun duiran dah tak bermusim.Paduu, sedap pulak nak makan tapi nak membuat nye tu mmg takde masa lah citer.
Paduu, sedap pulak nak makan tapi nak membuat nye tu mmg takde masa lah citer.

purplered Publish time 18-8-2021 09:05 PM

maduhoney replied at 18-8-2021 08:53 PM
Paduu, sedap pulak nak makan tapi nak membuat nye tu mmg takde masa lah citer.
Paduu, sedap pulak n ...

tak ado maso takpo, buleh usha2 foodpanda haha. untung2 yo den dapat coins sbb guno boost. voucher lg. sonang takyah masak

maduhoney Publish time 18-8-2021 09:15 PM

purplered replied at 18-8-2021 09:05 PM
tak ado maso takpo, buleh usha2 foodpanda haha. untung2 yo den dapat coins sbb guno boost. voucher ...

Macam mana tu, beli kat kedai yang boleh bayar boost ke macam mana, aku mmg pakai tapi tak pernah dga plak.


purplered Publish time 18-8-2021 09:24 PM

maduhoney replied at 18-8-2021 09:15 PM
Macam mana tu, beli kat kedai yang boleh bayar boost ke macam mana, aku mmg pakai tapi tak pernah...

iyo bang, smlm den baru yo oder. tp kono bayar pake boost la pastu shake2 beratus coins. tokojut den

Pages: [1]
View full version: Petai Udang Tempoyak Janda! nasi pasti tambah ooiiiii


ADVERTISEMENT