CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5564|Reply: 32

Tips mendapat PhD dalam tiga tahun

  [Copy link]
Post time 4-7-2021 11:32 PM | Show all posts |Read mode
Tips mendapat PhD dalam tiga tahun
July 2, 2021


SAYA diminta untuk berkongsi pengalaman bagaimana boleh berjaya mendapat Ijazah PhD tanpa pindaan dan mengikut tempoh pengajian. Saya akan bermula dengan Bab 1: Pendahuluan terlebih dahulu untuk posting pertama dalam bab ini.

Bab 1: Pendahuluan

Beberapa persoalan mesti dijawab terlebih dahulu sebelum memulakan pengajian PhD:

1. Kenapa anda mahu membuat PhD?
2. Apakah ia merupakan sebahagian kehendak universiti atau organisasi tempat anda bekerja?
3. Apakah ia untuk kepuasan diri anda?
4. Apakah ia untuk kerjaya akademik anda?
5. Apakah kerana anda mahu gelaran ‘Dr’?

Ini kerana, menurut Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim:

“PhD merupakan suatu proses unik. Ramai yang mencuba untuk mendapatkannya, tetapi ramai yang kecundang. Mereka yang berjaya pula melalui pelbagai halangan. Ada orang mengatakan ia suatu proses yang cukup perit dan meletihkan.”

Sambung Prof Dr Muhd Kamil lagi:

“Terlalu sedikit yang dapat menyiapkan pengajian mereka tepat mengikut jadual. Apatah lagi untuk mencari mereka yang tamat kurang daripada tiga tahun. Ia boleh bilang dengan jari.”

Memang benar, bilangan mereka yang memperolehi PhD dalam masa 3 tahun amat sedikit. Lazimnya, ia mengambil masa sehingga 4 tahun. Tetapi ramai juga yang mengambil masa lebih lama. Setahu saya, ada yang mengambil masa sehingga 10-12 tahun!

Saya tiada data terkini tetapi semasa sebelum saya dipinjamkan ke IAIS dari UiTM pada tahun 2013, terdapat beberapa pensyarah semasa itu yang berjaya menyiapkan PhD mereka kurang atau dalam tempoh 3 tahun. Antaranya ialah Prof Kamil (siap PhD 24 bulan tetapi serah tesis dalam masa 32 bulan di University of Bongor, Wales, UK), Prof Faizah Darus dalam tempoh 36 bulan dari Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam, Prof Ismail Masiron, Fakulti Kejuruteraan Elektrikal, UiTM dalam masa 36 bulan dan Prof Roshidi Hassan, UPM dalam tempoh 33 bulan.

Saya sendiri tidak dapat mencapai rekod ini kerana bertukar penyelia di awal tahun ketiga pengajian di SOAS, University of London. Prof Andrew Harding memaklumkan bahawa beliau akan berhijrah ke Canada semasa saya bermula bab terakhir penutup tesis PhD saya. Terkejut dan takut menerima berita ini kerana ia akan melambatkan lagi tempoh pengajian saya dengan penyelia baru.Tetapi Allah Maha Besar, penyelia baru Ian Edge seorang Barrister cum lecturer in Islamic Law di Law Department, SOAS, telah mengambil tugas dengan baik walaupun agak sukar untuk berjumpa dengannya mengikut jadual dek kerana beliau sibuk dengan kes-kes dengan anak guamannya.

Beliau memohon saya menyerahkan tesis yang telah siap satu bab setiap kali pertemuan yang memakan masa selama 6 bulan. Saya masih ingat penyelia saya berkata, ‘I can’t read the entire thesis within a month’. Akhirnya, saya dapat menyerahkan tesis saya melalui sahabat karib saya Dr Basaruddin Ahmad Ahmad USM ke Senate House, University of London pada 13 Julai 2005. Asalnya saya mahu menyerahkan tesis itu pada 7 Julai 2005 tetapi kota London lumpuh akibat terdapat beberapa kejadian bom di stesen Tube London dan beberapa bas dua tingkat. Saya tidak boleh keluar ke kota London akibat bom tersebut. Tiket untuk balik ke Malaysia telah dibeli oleh UiTM pada 9 Julai 2005 dan saya terpaksa balik juga atas sebab yang tidak boleh dielakkan.

Untuk mendapat kejayaan PhD tanpa pindaan tesis yang dibuat adalah rezeki dari Allah. Saya pun tidak menduganya. Mungkin kerana faktor untuk mencari pemeriksa luar dan dalam yang memakan masa yang lama dan juga penukaran penyelia di awal tahun ketiga pengajian, penantian 10 bulan untuk viva, Allah anugerahkan kejayaan tesis saya tanpa pindaan, Alhamdulillah.

Saya mengenali beberapa kawan lain yang turut berjaya memperolehi PhD tanpa pindaan terhadap tesis mereka. Antaranya ialah Prof Kamil (dulu Fakulti Perakaunan,UiTM dan Universiti Taibah, Madinah, kini UniKL) dan Dr Mohammad Rizal Salim (dulu Fakulti Undang-undang, UiTM kini University of Notingham Malaysia).

Mungkin kita tidak mengetahui bahawa Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Merican (dulu UiTM, kemudian UTP dan USM, kini ISTAC-UIAM) juga tidak kurang hebatnya. Saya mengikuti ruang penulisan mingguannya dalam NST suatu masa dulu yang sungguh bernas. Beliau bukan sahaja dapat menyiapkan tesis PhDnya kurang dari 3 tahun, malah lulus tanpa pindaan dengan viva yang hanya mengambil masa 35 minit. Perlu ditekankan bahawa beliau membuat PhD secara sambilan bukan sepenuh masa.

Tip untuk berjaya dalam tempoh tiga tahun dan tanpa pindaan akan saya kongsi dalam posting yang lain.

Nukilan oleh Prof Kamil saya akhiri untuk posting kali ini:

“Proses mendapat PhD merupakan suatu kisah kehidupan. Ia mengakibatkan pelbagai perubahan sama ada fizikal mahupun emosi. Rambut yang hitam boleh menjadi putih atau yang lebat menjadi jarang. Ada yang pergi bersama keluarga, tetapi pulang bersendirian. Ada yang kehilangan suami dan ada pula yang terpaksa mencari isteri baru. Ada yang pergi mempunyai seorang isteri, balik dua isteri. Ada yang pergi punya ayah ibu, bila balik jadi yatim piatu”.

Bersambung di Bab 2: Langkah Pertama – Memilih PhD Yang Betul.

PROFESOR MADYA DR, MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Penulis buat phd di luar negara..kalau buat kat oversea jauh lagi mudah berbanding di Malaysia. Kena masukkan juga tips ni. Kenapa lebih mudah? 1) tesis senipis buku ABC, kat Malaysia setebal encyclopaedia. Oversea appreciate the new knowledge itself, kat Malaysia pentingkan bunga2 penceritaan. 2) ada uni oversea tk perlu viva 3) lebih focus berbanding buat kat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Australia x viva tesis tapi dia viva waktu proposal so klu proposal cantik maka selamatlah di situ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 5-7-2021 07:13 AM
Penulis buat phd di luar negara..kalau buat kat oversea jauh lagi mudah berbanding di Malaysia. Kena ...

Sbb budaya berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 5-7-2021 07:13 AM
Penulis buat phd di luar negara..kalau buat kat oversea jauh lagi mudah berbanding di Malaysia. Kena ...

Lagipun bukan research based. Mmg la setahun boleh siap..sapa tu tulis siap2 10 paper baru register for phd. Publications semua lepas reg mau tak abis sekelip bulu tiak

Research based 5-10tahun
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung la 3 tahun je. Kawan i research based siap dlm masa 3 -4 tahun, tapi ni mmg rajin betullah, wlpun ada family.

Ni kakak iols dah 8 tahun tak siap lagi. Dari pregnant sampai anak dah masuk darjah 2. Nasib baik SV jenis supportive.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu masukkan jugak no 1 pastikan tak tersalah pilih SV tak berguna... Untuk yg mampu boleh lah tukar uni terus... kalau yg tak mampu, sama ada ko hadap sv tak guna tu ataupun tukar sv sambil dicerca secara umum oleh sv lama dan kawan2 beliyau kat opis...

Apa fungsi sv kalau bukan untuk komen research kita dan bagi cadangan penambahbaikan, tak gitu? Bukan push student buat paper pastu bila siap tiba2 jadi 10 nama dekat paper tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 5-7-2021 07:13 AM
Penulis buat phd di luar negara..kalau buat kat oversea jauh lagi mudah berbanding di Malaysia. Kena ...

Ye ker? Tp aku lg respek dgn org yg buat phd kat luar negara. Ko buat phd dlm negara ntah2 supervisor tu pun dikalangan kawan2 ko or org yg dikenali. Conflict of interest disitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 5-7-2021 01:39 AM
Ye ker? Tp aku lg respek dgn org yg buat phd kat luar negara. Ko buat phd dlm negara ntah2 supervi ...

Ooo... real case ke? I pernah dengar sendiri drpd kawan baik jadi renggang di sbb kan pengadu adalah student phd dan sv dia adalah bestfriend dia sendiri. Sampai skrg tak habis, separuh jalan.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 4-7-2021 11:53 PM
Sbb budaya berbeza

Betul. Cth nya kalo kat sana bagi ucapan tak perlu nk susun tan sri, datuk sri, tuan, puan, cik.. kalau kat sini, kena susun elok2 ikut darjat
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-7-2021 01:06 AM
Lagipun bukan research based. Mmg la setahun boleh siap..sapa tu tulis siap2 10 paper baru registe ...

Ya, study smart kata nya. Siap2 dpt grant, publish paper baru register. Mmg grad on time.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 5-7-2021 10:21 AM
Betul. Cth nya kalo kat sana bagi ucapan tak perlu nk susun tan sri, datuk sri, tuan, puan, cik..  ...

Kat sini protokol berbeza.. deme takde sbb nak bg isi teruih.. hahahah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 12:23 PM | Show all posts
IPTA sponsor sampai max 4 tahun ja kan
kalau tak siap jugak
pakai duit sendiri la byr yuran etc

lagipun IPTA dh letakkan syarat
pensyarah mesti ada PhD sebelum umur 40 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:44 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 5-7-2021 10:23 AM
Ya, study smart kata nya. Siap2 dpt grant, publish paper baru register. Mmg grad on time.

semua tu tergantung pada sv bukan student. Student boleh rempit laju only if sv buat kerja dia. research tajuk relevan, buat proposal, cari geran.

masa aku apply master dulu aku prepare proposal mock-up tajuk minyak kelapa dara. Sv aku takda geran lagi baru nak apply guna mockup tu.
Halfway tulis proposal sheol bagi tajuk proposal lain yang dia nak, suruh aku buat free of charge. Belum register apa2, upah takda aku buat proposal tu sendiri dan dia dapat geran.

So kalau betina ni sembang pasal aku, all her proposals aku yang prepare. Mana ada org bagi servis tak berbayar tanpa apa2 sign agreement. Main phone call je  
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-7-2021 04:44 AM
semua tu tergantung pada sv bukan student. Student boleh rempit laju only if sv buat kerja dia. re ...


Banyak dah dgr kes sv sejenis ambik kesempatan dgn student under his/her supervision. Dari gèran, reserach paper, publication.. demi mengejar kenaikan pangkat. You pun pernah jadi mangsa juga ye.. dia tau sbb student ada kebergantungan dgn sv. Anyway, nama you ada tak dlm geran tu.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 5-7-2021 04:40 PM
Minami2013 replied at 5-7-2021 02:14 PM
Banyak dah dgr kes sv sejenis ambik kesempatan dgn student under his/her supervision. Dari gèra ...


I think first geran takda my name sebab i bukan registered student. That proposal was rejected. Then I registered, pakai same proposal, grant approved sebab sv dah ada student.
Zaman tu muda, taktahu ttg hak dan etika
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 5-7-2021 02:14 PM
Banyak dah dgr kes sv sejenis ambik kesempatan dgn student under his/her supervision. Dari gèra ...

Betulll i taktau tu mmg worldwide punya problem atau kat uni malaysia jek? Adakah budaya kita mmg suka pijak orang bawahan sbb i rasa sv tu berperangai bodo sebegitu sbb dia jugak disuruh mcm itu suatu masa dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaf replied at 5-7-2021 11:13 PM
Sepatutnya ada tips mencari sv yang membantu

Tips dia ialah jangan daftar dulu... buat contract jadi RA 3 bulan untuk nilai prestasi sv tu kahkah kawan i kat UM ada sorang buat gini... Bila dia tengok ok je sv tu mcm tak berperangai siyel dan tak gunakan student, baru heols daftar jadi student... Tapi research dia tgh hold sbb lab tak boley access skrg ni kesian jgk la
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 5-7-2021 03:40 PM
Betulll i taktau tu mmg worldwide punya problem atau kat uni malaysia jek? Adakah budaya kita mmg  ...

Tu la, i rase mcm common practice sbb sv ni tk rase bersalah pun. Byk i dgr kes mcm ni berlaku kat org2 yg i kenal.

Sorang kwn i padahal dah settle research dia, publication pun dah settle, tp tiba2 sv tukar uni, dia dpt sv baru. Sv baru push dia suruh buat paper publish lagi dan adjust research dia. Kesian dia. I baca komen you psl kepentingan sv ni, ya betul. Kena bagi tips psl sv sbb dia juga penentu utk tamat on time.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai xbaca..tp ikut laa cara datuk belon dan datuk masterchef..cpt je dorg dpt phd,xperlu tggu 2thn pn..tibe2 dah grad n ada sijil.. kekeke~
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.063133 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list