ipes2 Publish time 28-11-2021 02:50 AM

seribulan replied at 27-11-2021 06:50 PM
Best island hopping...sekarang cuaca tak panas

kata asyik hujan je, siap petir petir sekali
lama dah tk dengar petir
syukur jugak kan sebab electricstorm ini merbahaya sebenarnya

seribulan Publish time 28-11-2021 06:06 AM

ipes2 replied at 28-11-2021 01:50 AM
kata asyik hujan je, siap petir petir sekali
lama dah tk dengar petir
syukur jugak kan sebab elect ...

Semalam hujan lebat on off...xde petir...berlalu cuaca panas...

ipes2 Publish time 29-11-2021 04:39 AM

seribulan replied at 28-11-2021 06:06 AM
Semalam hujan lebat on off...xde petir...berlalu cuaca panas...

my sister hantar video hujan kat kampung ie rumah mak kat pasir mas
lebat nya macam dicurah2, dan berterusan pula
now dah ingat balik masa childhood dimana hujan tu turun few days tanpa nmpk matahari pun
mana tk banjir kelantan tu

seribulan Publish time 29-11-2021 07:32 AM

ipes2 replied at 29-11-2021 03:39 AM
my sister hantar video hujan kat kampung ie rumah mak kat pasir mas
lebat nya macam dicurah2, dan...

Semalam berita maklumkan takkan banjir di Kelantan katanya...dihighlight Pasir Mas juga {:1_141:}

Berlalu cuaca panas...ni sejuk beku ala winter sini dah {:coldo


ipes2 Publish time 30-11-2021 06:04 AM

seribulan replied at 29-11-2021 07:32 AM
Semalam berita maklumkan takkan banjir di Kelantan katanya...dihighlight Pasir Mas juga
...

pasir mas tak banjir?
hish mana boleh
itu kejadian tahunan kami
if tak banjir, something wrong lah

seribulan Publish time 30-11-2021 07:22 AM

ipes2 replied at 30-11-2021 05:04 AM
pasir mas tak banjir?
hish mana boleh
itu kejadian tahunan kami


Takde le songkran tahun ni {:smileosemalam panas betul...rupanya hujan lebat pas tu sini...

aina_shaira Publish time 25-12-2021 03:54 PM

chuping, perlis...

ipes2 Publish time 3-1-2022 08:45 PM

aina_shaira replied at 25-12-2021 03:54 PM
chuping, perlis...

pernah pergi kah?
atau menjawb soalan :lol:

aina_shaira Publish time 4-1-2022 04:25 PM

ipes2 replied at 3-1-2022 08:45 PM
pernah pergi kah?
atau menjawb soalan

mestilah pernah, saya belajar di perlis dulu:loveliness:

ipes2 Publish time 6-1-2022 07:11 AM

aina_shaira replied at 4-1-2022 04:25 PM
mestilah pernah, saya belajar di perlis dulu

saya pegi untuk makan2 ari tu
pastu kawan drivekan ke suatu tempat..
rupanya dah Kedah!
sempat bukak threadCafe2 menarik di Perlis

seribulan Publish time 17-2-2024 09:46 AM

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam suatu kenyataan bertarikh 13 Februari 2024, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding sebelum ini susulan ketiadaan hujan dalam tempoh lama.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutama di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan. Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

MetMalaysia turut memaklumkan dalam tempoh berkenaan, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang. Suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MetMalaysia adalah 36.9 darjah Celsius iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu.

Berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda dunia, dijangkakan suhu maksimum harian negara boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air. Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas. Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Sumber: MetMalaysia
Pages: 1 2 3 4 [5]
View full version: [ILMU MUDAH]: DIMANAKAH TEMPAT PALING PANAS DI MALAYSIA?


ADVERTISEMENT