adila39 Publish time 26-2-2021 12:05 AM

dulu masa kecik kecik saya ingat lagi xperlu pun pasang aircond.. naik kereta there is no aircond. Angin pun still sejuk.. perlis ni negeri yg cantik.. now kat mana mana pun panas.. and musim durian

seribulan Publish time 26-2-2021 01:28 AM

ipes2 replied at 22-2-2021 12:45 AM
adakah selangor ke melaka ke lebih sejuk?
johor macam mana ye?
lebih sejuk?


Fwd- Pada 3 Jan lepas, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21 hingga 22 darjah Celsius dan keadaan itu adalah biasa apabila hujan serta mendung berlaku sepanjang hari.
Justeru orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca, melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MetMalaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.
-- BERNAMA

ipes2 Publish time 28-2-2021 06:57 AM

seribulan replied at 22-2-2021 09:16 AM
Sekarang ni suhu 30 above...bayangkan

alah 30c tak lah panas.. ratu lilin awok nih
sy salu dalam 30+ kat kelate dulu2 tuh

seribulan Publish time 28-2-2021 06:59 AM

ipes2 replied at 28-2-2021 05:57 AM
alah 30c tak lah panas.. ratu lilin awok nih
sy salu dalam 30+ kat kelate dulu2 tuh

{:smileo tqvm, saya memang ratu...Itu paling rendah suhu...yg tinggi 36 ke atas...cayo, kome...

ipes2 Publish time 28-2-2021 07:03 AM

adila39 replied at 26-2-2021 12:05 AM
dulu masa kecik kecik saya ingat lagi xperlu pun pasang aircond.. naik kereta there is no aircond. A ...

kan dulu2 mmg gitu kan
alhamdulillah rumah sy masih nyaman sbb byk pokok2
sy dapati, byk pokok2 di tebang di hutan pahang
biarlah, obe day bila sudah terlambat, mereka akan tahu mengapa negara barat import balak2 dari negara org tetapi menanam berpuluh ribu hectares pokok2 dan mengahlang pokok2 yg sedia ada dari ditebang

seribulan Publish time 28-2-2021 08:24 AM

ipes2 replied at 28-2-2021 06:03 AM
kan dulu2 mmg gitu kan
alhamdulillah rumah sy masih nyaman sbb byk pokok2
sy dapati, byk pokok2...

Nape ye CARI ni cam pening...noti x dpt...dpt pun x betul tunjuk post :o

seribulan Publish time 1-3-2021 06:53 PM

ipes2 replied at 22-2-2021 12:38 AM
memang panas sgt ke .. mungkin hari tu saja kot
rasanya kelantan tu dah cukup panas
tetapi seben ...

Patutlah cuaca panas semacam!
    myMetromutakhir
BERNAMA


Kuala Lumpur: Sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat jam 4.30 petang semalam.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, lokasi membabitkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak, manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.


Status gelombang haba yang sama turut dikesan di Tampin, Negeri Sembilan serta Tangkak dan Kluang di Johor.


Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.


Bagi status tahap jingga atau 'heatwave' pula ialah suhu maksimum harian 38 hingga 40 darjah Celsius dan tahap merah (kecemasan) untuk suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.


Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.


Sebelum ini, Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan bulan ini, dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri-negeri utara.


Bagaimanapun MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini. - Bernama.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 6:24 PM

seribulan Publish time 6-3-2021 06:47 PM

ipes2 replied at 22-2-2021 12:38 AM
memang panas sgt ke .. mungkin hari tu saja kot
rasanya kelantan tu dah cukup panas
tetapi seben ...

Cuping dah masuk antara yg terpanas...

Cam berjerebu ni...

adila39 Publish time 14-3-2021 10:27 PM

ipes2 replied at 28-2-2021 07:03 AM
kan dulu2 mmg gitu kan
alhamdulillah rumah sy masih nyaman sbb byk pokok2
sy dapati, byk pokok2...

Wahh.. Seronokla.. Kampung ada itik ayam kucing semua tu... Negara kita ada semua tu, tapi sayang execution and control takde... So adalah yg irresponsible tu buat secara haram.Hopefully negara kita akan sedar how important ekosistem and nature conservation ni penting

evataso Publish time 17-3-2021 10:29 AM

Tak pernah sampai Perlis lagi

seribulan Publish time 17-3-2021 10:33 AM

evataso replied at 17-3-2021 09:29 AM
Tak pernah sampai Perlis lagi

Bulan 4 ni ada musim mangga Harum Manis {:thumbo

evataso Publish time 17-3-2021 10:35 AM

seribulan replied at 17-3-2021 10:33 AM
Bulan 4 ni ada musim mangga Harum Manis

Tak boleh rentas negeri. Melayang 10k

seribulan Publish time 17-3-2021 10:58 AM

evataso replied at 17-3-2021 09:35 AM
Tak boleh rentas negeri. Melayang 10k

Tunggu tahun depan le, kome...cuaca pun paneh pijor sekaghang ni :)

mawaria Publish time 16-4-2021 09:52 AM

macam aku lahir and stay johor. kalau pergi selangor/KL pon rasa beza panas nya. dengan johor selalu hujan lagi.

ipes2 Publish time 18-4-2021 07:33 PM

mawaria replied at 16-4-2021 09:52 AM
macam aku lahir and stay johor. kalau pergi selangor/KL pon rasa beza panas nya. dengan johor selalu ...

ya, ramai kata KL panas
ada sebab tertentu dari segi geography yg buatkan area di Perlis tu panas


adila39 Publish time 23-4-2021 01:47 PM

ipes2 replied at 18-4-2021 07:33 PM
ya, ramai kata KL panas
ada sebab tertentu dari segi geography yg buatkan area di Perlis tu panas ...

Tapi perlis covid paling rendah..aman damai perlis tu

seribulan Publish time 23-4-2021 02:16 PM

ipes2 replied at 18-4-2021 06:33 PM
ya, ramai kata KL panas
ada sebab tertentu dari segi geography yg buatkan area di Perlis tu panas ...

Sekarang semua tempat panas...musim hujan kan...tempat awak je sejuk {:1_141:}

ImpianSeroja Publish time 30-5-2021 01:30 PM

Belum pernah sampai Chuping..tp di Port Dickson ni pun panas..sejuk bila hujan n bila pakai ekon jer

ipes2 Publish time 1-6-2021 12:04 AM

adila39 replied at 23-4-2021 01:47 PM
Tapi perlis covid paling rendah..aman damai perlis tu

aha memang rendah
sebab penduduk sikit kot
susah covid nk hinggap

ipes2 Publish time 1-6-2021 12:05 AM

seribulan replied at 23-4-2021 02:16 PM
Sekarang semua tempat panas...musim hujan kan...tempat awak je sejuk

ye, dgr2 nya sgt panas mesia now nih
kat mana2 pon
nnt kita tgk statistic climate hujung tahun
Pages: 1 [2] 3 4 5
View full version: [ILMU MUDAH]: DIMANAKAH TEMPAT PALING PANAS DI MALAYSIA?


ADVERTISEMENT