BarbiePink Publish time 22-1-2021 05:34 PM

koko2 replied at 18-1-2021 07:53 PM
check in..
dah lama sgt hilang jejak kat FD ni sejak haku menjanda tahun 2016



Iols terhibur baca komen2 chouls
3 rasa how about dat.wakaka;P

BarbiePink Publish time 22-1-2021 05:35 PM

ziara replied at 22-1-2021 04:02 PM
syukur alhamdulillah.. thn ni usia perkahwinan dah nak masuk 23 thn.
suami sgt bertanggungjawab.
t ...

Standing ovation buat chouls
Semoga bahagia hingga ke jannah

cmf_blingblings Publish time 22-1-2021 06:37 PM

Ok nak cakap alhamdulillah. Tak kaya, tak miskin, ada makanan cukup, rumah dan kereta boleh bercucuk tanam sepasu dua. Dlm dunia ada bermacam manusia dan kehendak. Aku rasa aku simple ja. Duduk pulau tak stress kot. Yg risau laki tak pandai-pandai mengaji lagi. Sesiapa yg ada kaedah baru utk dia belajar Quran tu bagitahulah..

Aku boleh naik angin kalau aku ajar mengaji dia lambat ingat. Laki aku ni otak dah karat...hiiiiii geram..gerammm

cmf_blingblings Publish time 22-1-2021 06:42 PM

My Cik Gayah dah boleh kahwin dah tapi I tak bagi...:'(:'(

farhani87 Publish time 25-1-2021 12:37 PM

iols syukur dan alhamdulillah. tapi kadang-kadang stress aku. but afterall, iols tak menyesal kahwin. cannot imagine hidup tanpa suami dan anak-anak.

mynameisdot Publish time 26-1-2021 06:08 PM

3rd marriage lmao

tapi yg last ni boleh rasa mmg akan tahan lama..

masa 1st dgn 2nd tu masuk tahun kedua kawin hati ni rasa mcm tak boleh settle down..

Kak-Leen Publish time 29-1-2021 11:58 PM

Kalau boleh pilih dua, akak pilih syukur Alhamdulillah dan inilah kebahagiaan yg ku cari.

Dah 28 tahun kami bernikah dan berkahwin selepas berkawan selama 5 tahun . Manis pahit dah rasa dan banyak ujian nak sampai ke sini. Apa yg akak boleh katakan ialah sentiasa berkomunikasi, teruskan bercinta & bertolak ansur tu sangat penting. Lagi satu, sama2 perbaiki diri. Apa agamapun kita, kena jaga agama juga.

Akak doakan jodoh dan kebahagiaan kita semua berkekalan sampai ke akhir hayat..

Kak-Leen Publish time 30-1-2021 12:04 AM

Kami masih berpegangan tangan. Masih berpeleseran dan masih lagi bergurau dan kejar2 mcm masa muda dulu walau kejar2 tu dlm mode slowmotion atas sebab diri yg makin berat dan makin tua. Akak rasa ni antara yg buat kami bahagia.
Jgn rasa dah lama kahwin dah x perlu lagi benda2 ni. It brightens up the marriage.

Kak-Leen Publish time 30-1-2021 12:05 AM

Satu lagi, kalau gaduh besar atau gaduh kecil sekalipun, jgn tunjuk kat org lain waima anak2 sendiri sekalipun. Nak merajuk manja tu x apa .Gaduh hanya dalam bilik sahaja.:lol:

Kak-Leen Publish time 30-1-2021 12:19 AM

cmf_blingblings replied at 22-1-2021 06:37 PM
Ok nak cakap alhamdulillah. Tak kaya, tak miskin, ada makanan cukup, rumah dan kereta boleh bercucuk ...

Akak dulu register kitorng kat masjid utk kelas mengaji dewasa. Akak kelas advanced. Dia kelas beginners. Tp classmates kami tu ada je dqri yg pandu Range Rover baru sampai la yg pandu Kancil. Akak kena enroll sekali kat masjid tu sebab akak x boleh ajar dia mengaj dan nak kasi semangat kat dia je.Sejak kecil dia banyak dah hafaz surah dan pernah join tabligh. Jadi zikir2 pun dia hafal tp bila buka Quran, memang merangkak. Akak suka sebut makhraj depan dia dan kadang2 tu akak ajak dia duduk buka Quran Tp tu la.. X buat hari2 jadi minggu ni ingat, minggu depan dah kena tunggu dia sebut baca dgn perlahan. Sabar je la.Mudah2an suami2 kita dapat mengaji dgn lebih lancar lagi..
Set ALQuran yg pakai pen tu antara hadiah harijadi utk dia yg akak pernah beri. Sampai la ni dia masih imamkan akak tp kekal dgn surah2 yg dia dah hafal dari kecil saja. Tp kira banyak la juga.. Syukur Alhamdulillah masih mampu imamkan kami sefamily. Tu sebab dia nak anak2 belajar mengaji dan agama betul2 supaya anak2 x ada

Kak-Leen Publish time 30-1-2021 12:31 AM

makadek replied at 15-1-2021 07:49 PM
Allhamdulilah...duk dlm kg ..kerja kebun je

Syok la Makadek! Akak suka je kalau dapat duduk dalam kampung dan bebas hutang ni. Hati tak risau apa dah.

Kak-Leen Publish time 30-1-2021 12:32 AM

chinta89 replied at 15-1-2021 09:06 PM
Tanya trisnalovezul cmna

Dia sentiasa berada di puncak bahagia dgn suami 5K dia..

Kak-Leen Publish time 30-1-2021 12:47 AM

makadek replied at 16-1-2021 11:27 AM
Kisah rumah tangga..jgn tengok...boleh mentol

Dulu2 masa baru created page tu, akak baca juga. Dah lepas tu x larat nak baca sebab akak x tahan jiwa baca kisah2 yg dikongsi. Memang toxic level tinggi..

cmf_blingblings Publish time 1-2-2021 05:26 PM

Kak-Leen replied at 30-1-2021 12:19 AM
Akak dulu register kitorng kat masjid utk kelas mengaji dewasa. Akak kelas advanced. Dia kelas beg ...

Terima kasih share. Suami saya mmg ada kelas sebelum ni seminggu 2 kali tapi sejak pandemik ni kelas semua dah dibatalkan. Dia dah liat nak belajar sendiri.
Macam nak jemput ustaz datang rumah tapi nanti jadi forum tengok bola pulak dah ler Liverpool makin naik dia punya semangatpun makin naik.
Agaknya kalau masukkan dia ke sekolah pondok org org dewasa boleh dak?:L

Ada satu organisasi, Hidayah Foundation in contact dgn dia tapi sekarang macam agak slow lah. SOP semua makin ketat, kitapun faham.

Kak-Leen Publish time 1-2-2021 07:09 PM

cmf_blingblings replied at 1-2-2021 05:26 PM
Terima kasih share. Suami saya mmg ada kelas sebelum ni seminggu 2 kali tapi sejak pandemik ni kel ...

Ada kelas online personal juga. Tp tu la.. Berguru dalam maya ni x sama dgn berguru face to face..
Skrg PKP memang leceh sikit nak enrol kelas2 ni.Nak ustaz datang, waktu tgh x sesuai. Nak online, org tua ni payah belajar online. Kena tunggutamat PKP. Huhuhu

Hidayah Foundation di mana?

suweet Publish time 22-2-2021 04:49 PM

Baru kahwin 3 bulan. Tak banyak yang boleh diulas. Walaupun PKP, alhamdulillah kami masih belum diuji dugaan kewangan lagi. Harap-harap lepas ni pun okay2 jer.

Acikgomen Publish time 23-2-2021 12:04 PM

Taun ni usia perkahwinan acik dah 24thn
Dah mcm2 fasa dah lalui
Ada fasa syok bersinar mutiara khorsani memanjang:$
Ada fasa aku nak terajang je dia ni biar tepelanting ke hiway sana sampai kena gilis lori treler:mad:
Ada fasa astaga apekehei busuk nak mampuih niiiiii:I
Ada fasa ohhh inilah wangian di syurga yg kudambakan kelak (emoji muntah jugak) :I
Ada fasa eh kalo aku ada jantan lain cemana ek perasaan bedebar ke idakkk:funk:
Ada fasa ni kalo dia beselingkuh memana, kurela undur diri biar lah dia guna segala duit titik oeluhku utk betina birah ittewww supaya aku boleh nangis tapi cantik mcm pasah sendat:lol:

La ni fasa nak ketaq melepaskan anak2 jadi org dewasa
Anak bujang acik dah slowtalk dgn acik dia rasa lepas abis exam final year ni dia mcm nak serious in his relationship. Dok tgh kira2 nak serious dgn sapa sbb katanye ada 3 budak pompuan tgh baik2 dgn dia:shakehead3:

Bila anak kita bincang dgn keadaan serious, so acik laki bini rasa mcm heols dah besar sgt, and soon we will need to let him fly and bear with his choices of life and support his decisions and nurse his ill heart if any:'(

Anak dara acik masih dlm kepompong. We shall prepare ourselves to focus on her pulak

Fasa nak sakit jiwa dgn in law acik dah abis. Cuma ada saki baki fasa aku menyampah dgn perangai bewak certain adik ipar je sket lagi;P

Lelain acik tak risau sgt. Kewangan alhamdulillah sangat stabil. Urusan harta benda pun dah siap buat hibah apa patut. Nak kata acik nak jeles kot ada pencaras, haku dah tak heran sbb cinta pada nafsu nafsi dah tak menarik perhatian acik skang ni







Jom makan nasik goreng pekasam daging:lol:

m.a.n.a.kautau Publish time 28-2-2021 08:42 AM

Acikgomen replied at 23-2-2021 12:04 PM
Taun ni usia perkahwinan acik dah 24thn
Dah mcm2 fasa dah lalui
Ada fasa syok bersinar mutiara kho ...

Fasa dgn skandal hang sendirik????

m.a.n.a.kautau Publish time 28-2-2021 08:43 AM

mynameisdot replied at 26-1-2021 06:08 PM
3rd marriage lmao

tapi yg last ni boleh rasa mmg akan tahan lama..


Org hobby memancing , kumpul setem...hang pulak collections suami ...

:shutup:

;P;P

nowhite Publish time 28-2-2021 09:48 AM

Syukur alhamdulillah..gaduh sikit2 tu biasa la...asam garam rumahtangga kan
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Soalan jujur berapa lama dh korang berkahwin?apa korang rasa sekarang


ADVERTISEMENT