Tunakimchi Publish time 13-11-2023 04:51 PM

5 tahun lebih kahwin. Anak nak masuk 4. Happy je sbb husband i jenis romantik dan rajin jaga anak.

rina0602 Publish time 22-12-2023 04:07 PM

Tahun ke 13 dgn 3 ketul anak. Kejap je ye masa berlalu tak rasa 13 tahun. Sekarang dah rasa tenang2 aman bahagia ;P

rumahbiru Publish time 22-3-2024 02:09 PM

9 tahun, takde anak

kepompong Publish time 8-5-2024 10:57 PM

dah kawen 28 tahun. terlampau byk drama dlm marriage i. Like seriously i kesian nak tinggalkan hb tak tahu lah kenapa, drp sblm kawen lagi perasaan kesian ni ada.

Pernah la rasa bahagia dulu2... gaduh/drama camne pun tetap rasa bahagia sgt sgt. Sehinggalah 1 hari mak mertua meninggal, terus berubah segala-galanya... tiba2 hb rasa kehilangan, rasa bersalah kat (arwah) mak, rasa tak cukup balas jasa mak, rasa berdosa ngan mak sbb tak ikut nasihat dia, & macam2 rasa lah (yg negatif & tak best) .... guess what, selain dari dia menyalahkan i penyebab dia jadi gitu, hb juga tiba2 rasa i juga penyebab dia akan masuk neraka {:stresso .... berbelas tahun i fight hak i & marriage , akhirnya ok lah jugak terkawal keadaan walaupun tergadai segala ... pindah randah, jual property, savings habis, anak2 terbiar etc. i nak tinggalkan dia byk kali tapi hati ni betul2 tak sampai hati nak tinggalkan dia

Now, i dah ok dgn hb, just ok. Nak kata bahagia sgt tu taklah... sbb luka lama tu berparut, takkan ada plastic surgeon yg boleh licinkan balik buang semua parut tu... susahnya i nak maafkan hb sbb apa yg dia buat lepas mak dia meninggal tu. Ada masa2 i ter-lepas ckp juga , dan akan jadi gaduh tak bertegur sapa 2,3 hari jugak la... i wish i boleh lupakan kejadian dari2013 sampai 2019 ... lepas 2020 walaupun ada tapi tak seteruk 2013-2019

i mengharap dpt balik kebahagiaan macam dulu2 sblm mak mertua meninggal. tapi tak tahu la boleh dpt ke tak, tkde tanda2 akan berlaku....Dulu i rasa sedih sgt , tapi skrg i nak belajar bersyukur sbb hb sbnrnya ada byk effort jugak utk berubah.
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13]
View full version: Soalan jujur berapa lama dh korang berkahwin?apa korang rasa sekarang


ADVERTISEMENT