mencaricahaya Publish time 28-8-2020 12:57 PM

Cadangan kaunseling

Assalamualaikum, Soalan: kat mana nak pergi kaunseling free? untuk sorang ke berdua? kalau jabatan islam, siapa tahu proses dia?

Ok saya cerita intro:
Saya dah kawen lebih dari 5 tahun kurang 10tahun. Saya ada dua anak lelaki. Sebelum saya kawen, saya baru putus dengan someone. So, saya kenal A ni, sebab nak lupakan sesorang. Tapi bila beberapa bulan, saya macam rasa kesian dekat A dan taknak kecewakan hati orang lagi, sebab sebelum ni saya asyik couple dan clash. Tapi to be fair, saya pon banyak kali kena dump. so, saya nampak A ikhlas, saya pon terima la untuk kawen.

Secara jujur, 2tahun pertama tu sangatlah susah sebab agak dingin hubungan ni. Saya punya ego masa tu, saya rasa, saya bagi chance dekat dia walaupon saya boleh pilih yang lain, kenapa dia tak hargai saya. Dia pulak fikir, ko dah jadi isteri aku, ko takde hak nak cakap ape2. Isu berbangkit ialah, isu mak bapak dia, isu adik beradik dia, panas baran, isu kewangan. So, saya ingat, kalau dah ada anak, mungkin dia akan appreciate saya lebih. So, saya plan la untuk ada anak lepas setahun. Tapi sama jugak


Dan anak kedua ni, sebab saya ingat dah berubah, pon sama jugak.. Dia tak rasa dia kecikkan hati saya. Macam mana ek nak buat selamba bila dia kalau tak puas hati, dia akan tengking. dan kalau dia buat salah, dia susah mintak maaf dan dalam beberapa hari, saya yang pujuk atau start bercakap balik. saya buat camtu sebab kita duduk dalam satu rumah, dan ada urusan bersama macam anak-anak.

Banyak benda saya pon dah lupa, tapi walaupon saya lupa, bila benda ni berulang, saya rasa semakin tawar hati. Normal ke? sebab saya selalu baca, kalau orang tu dah suka kat orang lain (maksud sini curang, baru dia tawar hati dekat pasangan dia). Tapi saya sekarang ni takde perasaan kat sesiapa dan saya rasa tawar hati sangat2 dengan dia.

mencaricahaya Publish time 29-8-2020 10:28 AM

Edited by mencaricahaya at 29-8-2020 10:31 AM

anakmak replied at 29-8-2020 10:15 AM
Dek

Ini bukan masalah isteri derhaka


anakmakkk.. i termiss baca post you yang ni...rasa nak peluk....:'(

ok noted on manak tu..

CiliPadiSedap Publish time 28-8-2020 12:59 PM

B dengan C orang mana?


CiliPadiSedap Publish time 28-8-2020 01:00 PM

moga urusan sis dimudahkan ye

mencaricahaya Publish time 28-8-2020 01:07 PM

A ni mula2 kawen, dia rasa saya nak ambil kesempatan dekat dia. Contoh dia akan cakap banyak kali suruh saya belanja. Saya pon belanja je la. Tapi mula2 ada anak, kitorang memang kongsi perbelanjaan sebab financial dia ada masalah. Tapi saya memag bekerja pon jadi tak jadi masalah.

Sekarang, gaji dia dah stabil, saya mintak dia bayar semua komitment (tanggungjawab) termasuk anak-anak walaupon tak berapa cukup, saya ada topupkan. Kadang2 saya cakap, kadang2 saya malas nak cakap. Sebab bila saya cakap, dia rimas, bila saya tak cakap, dia tak tau saya banyak keluar duit jugak.

jujur cakap, saya ok je cuma saya ada terkilan, bila kadang2 saya spend barang untuk anak2 guna budget diberikan dia marah. Dia suruh saya guna duit saya. Saya guna je la dah ada budget. Dia nak barang keperluan (makanan, pampers ngan susu je). Yang selebih tu saya kena guna duit saya. Hurmm entah la

mencaricahaya Publish time 28-8-2020 01:14 PM

Dari segi hubungan suami isteri, saya cuba banyak kali berbaik. macam ambik hati, berbincang, menangis, dan dia akan ok. Tapi lepas beberapa bulan, dia akan lupa dan buat balik. Benda ni berulang2 sampai la sekarang saya tak tau la.

Saya ada seorang kawan, dia pon bosan dengar banyak kali saya meluahkan perasaan, lepas tu baik, lepas tu saya sakit hati, hahah adoi. Ok berbalik pada kaunseling. Saya pernah pergi kaunseling secara tak sengaja dengan suami. So, saya cakap la, kenapa dia nak kena bagi duit dekat abang dia, sedangkan saya terpaksa kerja tampung perbelanjaan.
Dia bising sebab bila saya balik kerja, saya baring dekat sofa. Sebabnya, saya penat dan sakit pinggang (time tu mengandung).Dan macam2 lagi, saya kongsi. Counselor tu cakap, saya nak putus ke, nak berbaik ke atau nak bertahan.

Saya cam terkejut, oh ada part untuk bertahan rupanya. Tapi nak dijadikan cerita, lepas habis session tu tak jadi ape pon. Nan hado jer. Last2, saya nangis kuat2, sebab time tu mengandung. Baru la dia pujuk, dan dia layan saya yang baik.

mencaricahaya Publish time 28-8-2020 01:20 PM

Lepas bersalin, gaduh baik,gaduh baik, sampai la sekarang ni sebulan lepas. Dia tengking saya depan anak2, dan saya geram sangat dan kami cam dingin. Dia tak mintak maaf pon. Dan sekarang selepas sebulan, bila saya fikir balik kalau dia mintak maaf pon, saya macam dah tak kesah.

Dalam 2 minggu ni saya rasa malas nya nak buat kerja, nak improve skill baru. Dari segi hubungan intim, serious la tak de mood langsung.Saya rasa saya tak produktif, anak2 pon saya layan secara terpaksa, sebab diorang tak bersalah. Saya ni jenis bersemangat nak hidup. Saya cam hairan, kenapa ada orang nak bunuh diri, hidup ni best. Tapi padan muka saya, sekarang saya rasa hidup ni takla best mana. Tapi saya takde la nak bunuh diri.

mencaricahaya Publish time 28-8-2020 01:28 PM

Kadang tu saya fikir, kan bagus, kalau dia curang ke kaki pukul ke, senang la kita bawak haluan masing2. Tapi torturesecara mental saya takde bukti pon. Saya taknak la bercerai nanti pejabat ugama mesti marah sebab bercerai atas alasan tak musabah. Tapi sekarang ni saya rasa, hati saya dah mati sangat2.

Bila tengok muka anak-anak. Saya rasa kesian pulak dan saya cuba paksa suka/sayang dekat A. Sebab banyak kali saya cuba selama ni bila ada pergaduhan or selisih faham, saya akan mengalah. Jadi cam suggestion goda2, ambik hati suami tu saya dah pernah buat,. Cumanya entahla, sekarang ni nak fikir pasal goda2 ke ape ke tak mampu. rasa tawar hatii sangat2.

mencaricahaya Publish time 28-8-2020 01:33 PM

Sekarang ni saya nak tanya macam mana proses nak mintak kaunseling? kalau berbayar, mahal tak? saya ada usha kat tempat saya satu sesi rm150, one on one. Tapi saya tak tau la berbaloi ke tak. Saya nak pergi sorang, sebab saya nak betulkan dalaman saya. Nak ubah dia, saya tak mampu, dan tengok result yang sebelum ni cam takde ape2 pon kesan.

mencaricahaya Publish time 28-8-2020 01:39 PM

Part dalam diri saya nak berpisah, dan hidup sendiri jaga anak2 sendiri. Nanti anak2 dah besar, saya pergi travel the world ke, buat charity ke, setengah part saya ialah, boleh ke saya survive kalau bercerai. Dari segi emosi terutama anak-anak.

Ataupon, saya stay je dalam marriage, dan anggap dia macam housemate saya. (Tapi takde la sampai open relationship). Saya tak terfikir nak kawen lain or start semula sekarang ni.Dan saya taknak masuk neraka.

Tapi kalau stay dalam marriage ni, saya rasa berdosa jugak sebab saya tak fulfill my duty as wife. Maksudnya sini, saya pura-pura gembira / nothing happend.

rayriff Publish time 28-8-2020 03:46 PM

CiliPadiSedap replied at 28-8-2020 12:59 PM
B dengan C orang mana?

hahaha kaka cili adehh

prettyuglybabe Publish time 28-8-2020 04:17 PM

kalau u rasa kuat dan lebih bahagia hidup sendiri, then pilih kebahagiaan u..
buat apa pilih derita kalau ada jalan untuk gembira..

yuki812 Publish time 28-8-2020 05:08 PM

U pergi kaunseling tu tuk apa sebenarnya?
Sebetulnya...u nak apa ye??
Nak cerai ke...
Nak bertahan hidup bersama ke..
I rasa u nak kesempurnaan ke. Perjalanan hidup kita ni bkn kisah dongeng tau. Seolah segala2 nya indah belaka..mcm takde masalah. Hidup ni seumpama ada kos melepas. U nak camni bahagia..tapi dlm masa yg sama u kena korbankan yg itu pulak.

U tanya diri u..apa yg u nak...
Kebahagiaan camne yg u nak cari..

anakmak Publish time 28-8-2020 06:50 PM

Edited by anakmak at 28-8-2020 06:53 PM

Adoiiiiii

Kenapa lah kita2 ni pilih membodohkan diri menghambakan diri atas nama mmmm kasih sayang?!? mmmm suami isteri!!?!

Dek
Kau besarkan anak kau sendiri kemudian kau go round the world

Dunia ini terlalu Indah
Hidup ini kita yg pilih
Jadi dek
Kau pilih lah utk bahagia bukan jadi hamba bukan jadi bodoh utk org lain lebih2 lagi manusia yg bersama suami


Walaupun
Bersepah isteri secara sedar atau tidak,
merelakan diri masing2 jadi BARUA suami
Kita yg tadah utk dibaruakan
Kemudian kita pulak ungkit diri kita jadi barua suami.
Kita yg tadah nak jadi bodoh
Kita pulak cakap suami membodohkan kita
Macam mana tu?!

Macam mana kita..., bini2 ni... KOMPOM yg laki kita memang akan bertanggungjawab zahir dan batin... bertanggungjawab secara mental physical n emosi ke atas kita?!?!?!

Ngak ada dekkkk
Ngak ada setakat ini sbb kita semua baik lelaki baik perempuan
We r not perfect
X sempurna drpd segala perkara

Jadi
Jika kau rasa kau mangsa dalam isu ini
Kau buat keputusan kau sendiri
Berdasarkan keperluan mental physical n emosi kau sendiri
If u r not happy
Then u walk away freely

Kalau kau rasa kau nak bertahan
Punnnnnn
It’s up to u
Bertahan dlm konteks ini adalah membodohkan menghambakan diri kau ya dek bukan org lain bukan anak2 jua, kepada laki kau
Terpulang... kau pilih kau hadap

Apatah lagi kalau kau kata kau nak stay
Akk tumpang happy sbb teori akk mmg betul dan tepat sekali



MeghanK Publish time 28-8-2020 10:00 PM

kenapa la hidup tak bahagia camni pon masih bertahan..alasan kesian anak2 tapi tak kesian ke mental anak menderita tengok ayah duk menengking dalam rumah..bahagia ke gitu

abcdotcom Publish time 29-8-2020 05:40 AM

Dingin punya dingin dpt 2 boy tu ..jk x dingin mahu sedozen aku rasa .

m.a.n.a.kautau Publish time 29-8-2020 08:51 AM

yuki812 replied at 28-8-2020 05:08 PM
U pergi kaunseling tu tuk apa sebenarnya?
Sebetulnya...u nak apa ye??
Nak cerai ke...


morning setazah

:lol::lol:

m.a.n.a.kautau Publish time 29-8-2020 08:52 AM

Edited by m.a.n.a.kautau at 29-8-2020 08:53 AM

abcdotcom replied at 29-8-2020 05:40 AM
Dingin punya dingin dpt 2 boy tu ..jk x dingin mahu sedozen aku rasa .

Mulut atas chochatchochet...mulut bawah tadah ngangkang....

Tadaaaaaaaaaa

:lol::lol::lol:

m.a.n.a.kautau Publish time 29-8-2020 08:55 AM

anakmak replied at 28-8-2020 06:50 PM
Adoiiiiii

Kenapa lah kita2 ni pilih membodohkan diri menghambakan diri atas nama mmmm kasih sayan ...

Istilah jadi barua suami tuh mellow down kan sikit intonasinya....sentap nanti saramiza...

{:1_506:}

{:1_563:}

mencaricahaya Publish time 29-8-2020 09:29 AM

CiliPadiSedap replied at 28-8-2020 12:59 PM
B dengan C orang mana?

:lol::lol: hehe takde kak cili, A je la watak dalam ni. mertua, adik beradik kawan2 tu saya anggap bawah 10%.

mencaricahaya Publish time 29-8-2020 09:30 AM

CiliPadiSedap replied at 28-8-2020 01:00 PM
moga urusan sis dimudahkan ye

Aminn.. hopefully
Pages: [1] 2 3
View full version: Cadangan kaunseling


ADVERTISEMENT