anis710 Publish time 27-12-2004 11:39 AM

Emmm menyentuh pasal belacan

Mungkin ramai yang under estimate belacan ni..

Sambal letak belacan
Sambal tumis letak belacan
Laksa letak belacan
Kerabu letak belacan
Asam pedas letak belacan
Cecah ikan bakar letak belacan
banyak lagi...

Kena pulak kita tambah 'value added' pada belacan tu, campurkan skit Nutrilite ke, so its become a very nutritious belacan... non allergic belacan.. wow! mesti laku ni. Kena minta anak sedara aku di foodtech buat some reasearch. :nerd:

Actually i just give a worst senario to earn RM1000 a month, without wasting too much unnecessary time, banyak yang boleh diperniagakan, unless u all buat MLM for fun, itu i tak boleh kata apa la, tapi to most MLMers yang buat MLM sebagai kerjaya, we must be smart and know what is best for us. Memang betul setiap company nak untung, macam2 strategi, termasuk 'mislead' tactic, 'kasi dia masuk dulu, lepas tu kita cerita hal sebenar', tapi sepanjang aku buat MLM tak pernah guna taktik 'senang nak kaya' untuk recruit orang.

Pilihan di tangan masing2.... :solute:

[ Last edited by anis710 on 27-12-2004 at 11:58 AM ]

myway Publish time 29-12-2004 02:11 AM

Sepatah Dua Kata Tentang Reputasi

Tiada pengiklanan yang sehebat reputasi positif yang tersebar dengan pantas - Brian Koslow, penulis

Reputsi adalah penting.

Apabila kita melakukannya dengan betul, ia membantu perniagaan.... perniagaan setiap orang.

Tiada reputasi yang berpanjangan yang wajar disanjung boleh dibina berasaskan karakter yang lemah - R.C. Samsel, peguam

Kadang-kadang kita mendengar dari orang yang mempunyai pandangan negatif tentang kita dan kita berkata, "Kita tahu kita adalah lebih baik daripada itu.Mengapa orang lain tidak nampak?Kita patut menerima yang lebih baik."Ya, kita mungkin merasakan yang kita patut menerima yang lebih baik, tetapi percanggahan antara persepsi orang lain dan "realiti" kita adalah masalahyang terpaksa kita tangani.Ini adalah persoalan kita dan kita tidak boleh menyalahkan orang awam kerana begitu "jahil" atau kita tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana "tidak mahu bekerjasama".Kita mesti melihat kepada diri kita dan berkata - apakah yang kita perlukan untuk memastikan mesej baik ini tersebar?

Bina reputasi anda dengan membantu orang lain membina reputasi mereka - Anthony J. D'Angelo, penulis dan penceramah motivasi

Ia bermula dengan pemimpin.Dan apabila sampai kepada reputasi, kita semua adalah pemimpin.Adalah penting bahawa dengan setiap rali, dengan setiap mesyuarat, perhimpunan, danperbualan, kita membangun, memupuk, mewujudkan, dan memperkukuh reputasi yang kita semua percaya kita patut terima.Apabila kita efektif, kita memprojeksi mesej yang konsisten dan boleh dipercayai tentang kualiti Amway dan keprihatinan Amway di seluruh dunia.

Ia mengambil masa 20 tahun untuk membina reputasi dan lima minit untuk memusnahkannya. - Tanpa nama

Dan apabila kita berjaya, jangan pula kita terjebak dalam perasaan terjamin yang palsu.Itulah masa yang tepat untuk mencabar diri kita.Kita mempunyai sumber dan momentumnya dan kita boleh melihat potensi yang lebih besar, lebih luas untuk perniagaan ini kemudian nanti.

Jika kita boleh meyakinkan setiap orang yang kita temui bahawa kita layak mendapat sanjungan mereka, cuma fikirkan tentang apa yang boleh kita capai.

DICETAK SEMULA DENGAN KEBENARAN AMWAY (MALAYSIA) SDN BHD

myway Publish time 29-12-2004 02:39 AM

Ia Sama Seperti Kehidupan Ini

Saya sering mendapati cara anda mengendalikan perniagaan anda seharusnya tidak jauh berbeza dengan cara anda mengendalikan kehidupan anda.

Yakni, peraturan untuk mengekalkan perniagaan yang berjaya sebenarnya tidak jauh berbeza daripada peraturan untuk menjalani kehidupan yang berjaya.Tanggungjawab, integriti, keutamaan yang betul, pemikiran teliti, bersikap murah hati dan terbuka terhadap idea-idea baru serta yang paling penting, sikap optimis, adalah asas kepada kehidupan dan perniagaan yang mendatangkan kepuasan dan memberikan ganjaran.

Saya cuba menjalani kehidupan saya dalam rangka prinsip-prinsip ini.Ia boleh mencetuskan banyak perbezaan dalam kehidupan peribadi juga karier anda.Cubalah sendiri.Lihat sama ada tindakan yang diambil ini akan mencipta kejayaan dalam kehidupan peribadi dan profesional anda juga.

1.Fokus terhadap diri anda dan bertanggungjawab terhadap tindakan anda.Kejayaan bergantung kepada anda.

2.Memiliki tujuan dan pelan.Jika anda ingin mencapai kesemuanya, anda tidak akan mencapai satu apa pun.Kejayaan merangkumi penumpuan semua usaha anda pada setiap masa dengan satu matlamat pada satu-satu masa.

3.Terima nasihat.Bersikap terbuka dan responsif terhadap cara orang lain mencapai kejayaan.

4.Lakukan perkara-perkara yang penting. Tumpukan tenaga anda dan sumber anda untuk melakukan apa yang anda boleh lakukan dengan terbaik.Kemudian, agihkan yang lain.

5.Jangan takut untuk gagal.Kegagalan bukan bermakna jatuh tersungkur tetapi anda masih kekal di sana selepas anda jatuh.

6.Kekalkan pandangan yang positif.Jadilah seorang yang optimis tentang kebolehan anda untuk mencapai dan bersedia untuk melakukan yang terbaik walaupun anda mendapat yang terburuk daripadanya.

7.Berbanggalah membantu orang lain berjaya.Dengan rela hati, berikan orang lain sesuatu yang orang lain tidak boleh beri - sebahagian daripada diri anda.

Bunyinya mudah, bukan?Mungkin.Tetapi kejayaan sering datangkepada mereka yang mempraktikkan kerja keras dan pemikiran kreatif terhadap idea-idea yang ringkas.

Ia sememangnya benar dalam perniagaan dan juga kehidupan.


DICETAK SEMULA DENGAN KEBENARAN AMWAY (MALAYSIA) SDN BHD

myway Publish time 29-12-2004 09:33 AM

Originally posted by miau at 17-12-2004 14:46:
tak kisah la apa2 pendapat pun..miau join ni pun bcoz product nyer banyak yg sesuai dgn miau...terutama artistry tu.... suka sgt.... just guna product utk diri sendiri ajer... tak yah susah2 nak or ...


saya selalu order melalui Amway2U.com dan mereka hantar ke rumah atau office (ikut pilihan). Kadang-kadang je saya ke HQ bila ada urusan lain, sebab ramai sangat... tak sempat kalau pergi tengahari.Siap ambil nombor lagi....

duyong95 Publish time 4-1-2005 10:43 AM

Originally posted by myway at 29-12-2004 09:33 AM:



saya selalu order melalui Amway2U.com dan mereka hantar ke rumah atau office (ikut pilihan). Kadang-kadang je saya ke HQ bila ada urusan lain, sebab ramai sangat... tak sempat kalau pergi ten ...


myway, kalau order kut amway2u.com tu kan, barang mesti RM300 and abv kan?

Juju Publish time 5-1-2005 09:01 AM

Originally posted by duyong95 at 2005-1-4 10:43 AM:



myway, kalau order kut amway2u.com tu kan, barang mesti RM300 and abv kan?


duyong...bukan RM300 and above tapi RM200 and above...kalau less RM200 but more RM150 kena charge RM10 for delivery....

duyong95 Publish time 6-1-2005 12:30 PM

Originally posted by Juju at 5-1-2005 09:01 AM:



duyong...bukan RM300 and above tapi RM200 and above...kalau less RM200 but more RM150 kena charge RM10 for delivery....


thanks juju for the info.

blackpurple Publish time 6-1-2005 03:24 PM

Nak share pengalaman sikit... Aku join Amway ni sejak akhir 2001 di bwh bimbingan RAB, bekas celebriti yang terkenal suatu masa dulu. Aku ni more kepada active user tapi dah ada 3 active leg. Satu leg 12%, satu lagi 9% dan satu lagi 6%. Leg-leg lain 3% dan user...walaupun aku ni spara-aktif tapi Alhamdulilah bulan-bulan dapat jugak bonus...lepas jugak buat bayar instalment kereta.Buat masa sekarang walaupun aku masih sibuk menguruskan syarikat konvensional aku sendiri tapi Amway tetap aku pegang. InsyaAllah sampai bila-bila....

Sejak join Amway ni banyak membantu aku dalam personal development dan interpersonal relationship yang mana itu tersangat penting dalam apa bidang sekalipun apatah lagi dalam perniagaan konvensional yang aku buat sekarang.

Dan aku percaya walaupun aku ni agak slow dalam Amway tapi suatu hari nanti aku boleh ikut jejak langkah seperti Dr Ali Azman/ Dr. Rohana, Dr Aziz/ Saleha, dan Datuk Zul, CEO Bank of Tokyo tu........ CUBA FIKIRKAN APA SEBABNYA MILLIONAIRE SEPERTI DIA MASIH NAK BUAT AMWAY..?

It starts with a dream.....Nothing happen unless first a dream....

myway Publish time 7-1-2005 02:01 PM

Originally posted by duyong95 at 4-1-2005 10:43:



myway, kalau order kut amway2u.com tu kan, barang mesti RM300 and abv kan?


duyong95, kalau delivery mimimum RM200.Kalau cash RM150. Kurang pun boleh tapi amway charge RM10 utk penyelenggaraan.

myway Publish time 7-1-2005 02:03 PM

Originally posted by blackpurple at 6-1-2005 15:24:
Nak share pengalaman sikit... Aku join Amway ni sejak akhir 2001 di bwh bimbingan RAB, bekas celebriti yang terkenal suatu masa dulu. Aku ni more kepada active user tapi dah ada 3 active leg. Satu...



Setuju 300% :setuju::setuju::setuju:

rani Publish time 7-1-2005 09:02 PM

Originally posted by blackpurple at 6-1-2005 03:24 PM:
Nak share pengalaman sikit... Aku join Amway ni sejak akhir 2001 di bwh bimbingan RAB, bekas celebriti yang terkenal suatu masa dulu. Aku ni more kepada active user tapi dah ada 3 active leg. Satu...

income dah 5 angka sebulan, patut la tak berlakon lagi. bukan main ensem gambar
dia yg terpampang kat hall hq amway tu. bukan senang nak sampai ke tahap tu kan.
takpe, akan ku cuba juga sampai dapat title tu. :cak::cak:

myway Publish time 9-1-2005 10:30 PM

Originally posted by rani at 7-1-2005 21:02:


income dah 5 angka sebulan, patut la tak berlakon lagi. bukan main ensem gambar
dia yg terpampang kat hall hq amway tu. bukan senang nak sampai ke tahap tu kan.
takpe, akan ku cuba juga sampa ...


last mth, jumpa dia kat Seminar Nutrilite di D'Village Melaka, bawak Mers Sport warna merah. Dia memang hebat

blackpurple Publish time 10-1-2005 11:56 AM

RAB tu memang hebat... Merc. CLK sports tu dia bayar RM5000 sebulan. Skrg ni plan nak buat banglow mewah lagi kat Janda Baik.... HIDUP AMWAY...!!!

myway Publish time 10-1-2005 02:08 PM

Originally posted by blackpurple at 10-1-2005 11:56:
RAB tu memang hebat... Merc. CLK sports tu dia bayar RM5000 sebulan. Skrg ni plan nak buat banglow mewah lagi kat Janda Baik.... HIDUP AMWAY...!!!


skrg, dia nak ikut jejak Chelliah, lahirkan first generation.Anak RAB si Intan going to be Emerald. Betul tak blackpurpule?

Eh...minggu ni siapa pegi MUS kat Gold Course, Klang. Ada Dr Aziz, Dr Ali, Datuk Zul dan ramai lagi. Rugi siapa tak pergi...

blackpurple Publish time 10-1-2005 02:40 PM

Anak die semua start dr nama Intan kecuali yg sulung. Anak dia yg no 2 dan bongsu dah SIP Ruby..... yg no. 3 tgh fight silver producer......

[ Last edited by blackpurple on 10-1-2005 at 02:41 PM ]

anis710 Publish time 10-1-2005 06:37 PM

Wow hebat!

Dah dekat/lebih 10tahun dah aku dengar cerita pasal RAB and all the others tuuu. Congratulation to all of them. Tapi nama2 baru kenapa tak kunjung tiba :stp:

Mungkin semua masih jadi smart consumer:)

[ Last edited by anis710 on 10-1-2005 at 06:39 PM ]

rani Publish time 10-1-2005 11:59 PM

Originally posted by anis710 at 10-1-2005 06:37 PM:
Dah dekat/lebih 10tahun dah aku dengar cerita pasal RAB and all the others tuuu. Congratulation to all of them. Tapi nama2 baru kenapa tak kunjung tiba :stp:

Mungkin semua masih jadi smart consu ...

ada gak muka baru. tapi kebanyakannya bukan melayu. yang terbaru sekali,
doktor pakar tu la kot. tak ingat lak nama dia. :stp:

myway Publish time 12-1-2005 01:01 PM

Originally posted by rani at 10-1-2005 23:59:


ada gak muka baru. tapi kebanyakannya bukan melayu. yang terbaru sekali,
doktor pakar tu la kot. tak ingat lak nama dia. :stp:


Yg terbaru, Diamond Direct Dr Ali Azman & Dr Rohana

duyong95 Publish time 12-1-2005 02:14 PM

Originally posted by myway at 10-1-2005 02:08 PM:



skrg, dia nak ikut jejak Chelliah, lahirkan first generation.Anak RAB si Intan going to be Emerald. Betul tak blackpurpule?

Eh...minggu ni siapa pegi MUS kat Gold Course, Klang. Ada Dr A ...




myway, duyong pegi:pmuka:

blackpurple Publish time 12-1-2005 04:50 PM

Originally posted by rani at 10-1-2005 11:59 PM:


ada gak muka baru. tapi kebanyakannya bukan melayu. yang terbaru sekali,
doktor pakar tu la kot. tak ingat lak nama dia. :stp:

Tulah... kalau kita tengok setiap kali masa recognition kat PWTC balik2 yang naik pentas semua non-malay tak kiralah level apa pun. Berapa kerat sangat melayu yang naik atas pentas tu...Sedih bila tengok yang ramai naik samada silver pro ke....gold ke... DD ke... ramai chinese dan indian.. Melayu ada la 1- 2 orang...Bangsa lain muda-muda lagi dah ramai yang DD.

Kat PWTC 14 Jan. jumaat ni, kita tengok berapa ramai pulak orang melayu yang akan naik pentas.......
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: AMWAY -- Everything abt AMWAY


ADVERTISEMENT