CiliPadiSedap Publish time 15-2-2020 05:51 AM

Resipi Ketuk2 Signal 4G (belum ramadhan)


https://i.imgur.com/hV5HfjO.jpg
kaka payung speed kaka, 5G++:lol:



https://i.imgur.com/PX1VSuS.jpg


asallamuallaikum, hari ni kaka nak share resipi ketuk2signal 4G :lol:

kat malaysia ni , ada dua jenis band, band slow, band laju, contoh maxis band 3 untuk band slow speed bawah 30mbps, dan band 7 untuk lebih 30mbps (4G, 4G+) . smartphone di malaysia yang mahal2 contoh samsung galaxy S, note, huawei p30 pro, dan flagship biasanya support band2 laju senang nak membawang kat cariforum kalau ada internet laju.


https://i.imgur.com/49AgBF5.jpg
(https://www.cellmapper.net/)


ni contoh internet umobile ada band 3,7,8,20..... band 3,7 (2.4ghz) kategori slow yang mana banyak digunakan pada smartphone cap ayam iaitu iphone dino... band 8, 20 pula laju guna (5ghz ).. setiap telco tower pada titik merah ada band tertentu..tak semua tower telco support high speed..


sebagai cendawan graduan oxford, bila kita tahu telco dekat rumah kita tak de band laju apa perlu kita buat? cari telco dekat rumah ada band laju. atau call centre telco untuk suruh upgrade band dekat tower mereka. bila kita tahu umobile ada band 2.4ghz( speed slow) apa perlu kita buat? guna telco lain yang lebih laju .

bagi heavy user cam kaka yang asyik live streaming agak penting internet stabil, bagi kaki gamer pula carilah telco yang bagi ping rendah.. band rendah ni biasa line congested, normal congested sebab semua smartphone ada basic 2.4ghz band slow. jadi bila orang guna plan unlimited confirm congested, lepas tu tower telco xbanyak, peak hour.

siapa yang untung? mereka2 yang ada bajet beli smartphone mahal atau modem bangsawan yang mahal.mereka2 ini akan nikmati internet yang laju tahap super saiyannn. sebab device mahal ni mampu lock band dan ada banyak features. contoh modem bangsawan ialah b618 sebab ada 4 x 4 mimo.. mimo ni macam 4 wheel drive. kira nya masuk hutan boleh lalu..

mimo ni kiranya penyedut signal telco tower. smartphone mahal ada 4x4 mimo, smartphone murah sikit je mimo. lagi banyak mimo lagi tinggi kualiti signal dapat. ada bajet boleh beli tp harga range sekarang market price bawah RM 600 beli je.. jangan tersalah beli lock.

Lock modem ni apa? lock ni maksudnya modem tu hanya boleh guna simcard yang telco berikan. contoh b618 22d lock celcom, jadi jangan beli modem ni sebab tak boleh guna simcard umobile,maxis, unifi.. manakalah b618 65d ada lock unifi. kalau modem bawah harga RM 400 biasanya lock jangan tertipu dengan harga murah. dah salah beli menyesal berjoget tak berguna. ingatlah pepatah orang2 tua, terlajak perahu boleh uturn, terlajak kata tak boleh reverse.

market price b618 -65d - RM650 kebawah unlock -2nd secondhand
market price b618 - 22d - RM 600 ke bawah unlock -2nd secondhand



in feature portable internet jadi demand, berkat tukar kerajaan harga internet jadi lebih murah dan affordable. actually teknologi nak murah kan internet dah ada by google, facebook, korea. kaka malas nak bising. teknologi is there.. but somehow mungkin costing setup infra masih belum cover jadi coporate terpaksa jadi capitalism . pe2pun syabas menteri PH bantu kemudahan internet kepada rakyat


Moga perkongsian ni dapat menjawab kenapa internet2 smartphone tak laju dan line sesiput sedut.. kaka ada jurus ghaib untuk lajukan internet. ilmu dragon ball ni kaka makan sorang{:smileo






CiliPadiSedap Publish time 15-2-2020 06:23 AM

Perlu ke beli modem mahal? bergantung sebab ianya subjektif. kalau ada bajet ye kaka cadangkan kalau tiada bajet beli modem ada dual band. atau 4x4 mimo

https://static.tp-link.com/Archer_C2_UN_1.0_package_large_1505901945497d.jpg
ni contoh model dual band support 2.4 ghz dan 5 ghz . biasanya modem camni automatik. tak boleh setting manual.setting manual bagus sebab kita dapat lock band yang laju

https://cf.shopee.com.my/file/59a0ee239107e97676cc4a4274ba5276&quot
ni contoh modem b618. harga memang keras mahal.

bagi kawasan yang tiada unifi dan sewaktu dengannya menjadi kesukaran untuk dapatkan internet yang berpatutan. pilihan anda modem b618 terbaik{:loveo

sarah82 Publish time 15-2-2020 06:45 AM

Makna kata dari beli Samsung A71 baik beli Samsung 10 lite;P

CiliPadiSedap Publish time 15-2-2020 07:19 AM

sarah82 replied at 15-2-2020 06:45 AM
Makna kata dari beli Samsung A71 baik beli Samsung 10 lite

tgk gsm arena phone support band apa? baru boleh komen. samsung note samsung galaxy confirm support majoriti band laju

sarah82 Publish time 15-2-2020 07:56 AM

CiliPadiSedap replied at 15-2-2020 07:19 AM
tgk gsm arena phone support band apa? baru boleh komen. samsung note samsung galaxy confirm suppor ...

Tgk s10 lite mcm ok sgt... Harga pulak yahudi.. Tapi a71 camera cantik..

CiliPadiSedap Publish time 15-2-2020 08:03 AM

sarah82 replied at 15-2-2020 07:56 AM
Tgk s10 lite mcm ok sgt... Harga pulak yahudi.. Tapi a71 camera cantik..

beli smartphone membazir xbuat duit, beli modem , beli smartphone realme cetak duit. tu baru betul. smartphone hanya alat, modem hanya alat:lol:

sarah82 Publish time 15-2-2020 08:19 AM

CiliPadiSedap replied at 15-2-2020 08:03 AM
beli smartphone membazir xbuat duit, beli modem , beli smartphone realme cetak duit. tu baru betul ...

Hahaha..pernah guna oppo.. Realme under oppo.. Jadi x berapa minat.. Baru ni celcom offer vg Huawei 5T free kalau upgrade plan.

lostnfaun Publish time 15-2-2020 08:31 AM

CiliPadiSedap replied at 15-2-2020 06:23 AM
Perlu ke beli modem mahal? bergantung sebab ianya subjektif. kalau ada bajet ye kaka cadangkan kalau ...

Mcm mana nak tau dekat kwsn tue line guna band berapa? Ada apps bole cek ke kak?

CiliPadiSedap Publish time 15-2-2020 08:38 AM

lostnfaun replied at 15-2-2020 08:31 AM
Mcm mana nak tau dekat kwsn tue line guna band berapa? Ada apps bole cek ke kak?

cellmapper.net.. apps ada juga tp kaka xpandai guna.. kaka noobs:lol:

CiliPadiSedap Publish time 15-2-2020 01:05 PM

sarah82 replied at 15-2-2020 08:19 AM
Hahaha..pernah guna oppo.. Realme under oppo.. Jadi x berapa minat.. Baru ni celcom offer vg Huawe ...

mi 10 pro masyuk.. camera terbaik awal tahun ni. tp harga rabak. so the best redmi note 10 pro, RM 2100.. tunggu harga turun rm 1800 insya allah beli.. teringin juga nak pakai hp mahal dah bertahun tahan hawa nafsu:'(

sarah82 Publish time 15-2-2020 01:09 PM

CiliPadiSedap replied at 15-2-2020 01:05 PM
mi 10 pro masyuk.. camera terbaik awal tahun ni. tp harga rabak. so the best redmi note 10 pro, RM ...

Mahaiiiiiii.. X nak beli phone 2k ke atas

trunks Publish time 15-2-2020 01:50 PM

. kaka ada jurus ghaib untuk lajukan internet. ilmu dragon ball ni kaka makan sorang
inilebih dari kamehame la ni   hehe
pergh dah 5G.. dengan speed begitu,boleh terbang ni meleleh air liur

tengok kat shopee tadi.. okla harga kena dengan speed. yang ini ke ?
katalah kita beli modem ni..saya guna digi unlimited speed adalah 34mbps
sayaakan dapat speed macam awak tu ke? fuh hehe atau kena ada setting2
lain lagi.


CiliPadiSedap Publish time 15-2-2020 02:13 PM

trunks replied at 15-2-2020 01:50 PM
inilebih dari kamehame la ni   hehe
pergh dah 5G.. dengan speed begitu,boleh terbang ni meleleh ...

saya kat site 5G, 5G belum dapat satu malaysia, bulan depan official di penang. suku ketiga tahun ni baru official. digi paling tinggi boleh 210mbps kena check telco tower, lepas tu kira jarak. baca signal snr RSRG RSRP , kalau tak ok dah cuba ubah posisi modem. kena pakai toyol tembak tower. nak tembak tower pula tengok band apa ada, kalau band slow juga tak perlu lah tembak membazir current je. biasa mereka guna ldpa (kat shopee ada jual) toyol untuk bagi bacaan signal stabil.



yup speed cmni boleh dapat kalau tiada orang guna lagi:lol:





lostnfaun Publish time 15-2-2020 10:05 PM

CiliPadiSedap replied at 15-2-2020 08:38 AM
cellmapper.net.. apps ada juga tp kaka xpandai guna.. kaka noobs

Kak, hp apa yg bawah 1k tapi support internet laju, bole bg suggestions?

CiliPadiSedap Publish time 16-2-2020 03:06 AM

lostnfaun replied at 15-2-2020 10:05 PM
Kak, hp apa yg bawah 1k tapi support internet laju, bole bg suggestions?

:lol: gsm arena ada google kan ada?

ikut step ni :
> nak pakai line apa?
> check line stabil tak melalui apps dan website
> check band laju ada tak telco tower berdekatan
> kalau semua ok baru cari hp yang sesuai

> kalau cari hp yang canggih manggih tapi your location tak support internet laju? tetap slow jua. nak2 lagi kalau line congested. masa tu segala zikir haiwan keluar

lostnfaun Publish time 16-2-2020 10:07 PM

CiliPadiSedap replied at 16-2-2020 03:06 AM
gsm arena ada google kan ada?

ikut step ni :


Ooo...ok kak baru faham & clear sgt..hehe

CiliPadiSedap Publish time 16-2-2020 10:15 PM

lostnfaun replied at 16-2-2020 10:07 PM
Ooo...ok kak baru faham & clear sgt..hehe

:lol:kalau internet heavy beli je modem mode ( modem ni ada toyol);P.. terbaik ambil b618.. hp pakai murah xpe.. setakat kaka tahu hp yang adagalaxy s dan galaxy note

https://www.slashgear.com/galaxy-note-7-shown-to-be-first-phone-supporting-4x4-mimo-10451338/

hp pertama ada 4x4 mimo note 7.. sebab tu hp mahal2 kalau masuk thailand mereka masih dapat internet malaysia tanpa perlu roaming. mereka boleh sedut internetdari tower malaysia. kuat xkuat hp mahal2.



JohnnyLever Publish time 19-2-2020 05:53 PM

aku pakai unifi prepaid sekarang ni, area cover average 4mbps hingga 6 mbps, nak maintain 8mbps pun tak dapat, tengok ip masih lagi webe

CiliPadiSedap Publish time 19-2-2020 06:03 PM

JohnnyLever replied at 19-2-2020 05:53 PM
aku pakai unifi prepaid sekarang ni, area cover average 4mbps hingga 6 mbps, nak maintain 8mbps pun...

>unifi prepaid rm20 mingguan ada cap speed> 8mbps
>unifi pek jaksa ada cap speed berperingkat > 30gb turun 30mbps> lepas 30gb lagi turun sampai ke threshold level ( yang ni tak pasti berapa maksimum threshold level pek jaksa mungkin sama 8mbps)
> unifi pek jaksa dah ada kes over usage kena ban dan buat akuan sumpah, boleh baca sejarah p1 wimax:lol: p1 wimax bertukar webe bertukar unifi;P
> unifi air unifi tak semua support area ada sebab guna band 40 ( iaitu frequency 2300mghz yang mana frequency ni highspeed tetapi sukar tembus rumah dinding dan jarak coverage sangat rendah berbanding band 5)
> untuk dapat kan unifi kelajuan tinggi wajib ada band 40 radius below 2KM dari rumah kediaman, letak modem dekat tingkat dan baca jampi banyak2 moga signal unifi melekat ke modem:lol:
> modem terbaik modem ada dualband dan modem yang boleh lock band. modem boleh lock 40 akan beri kelajuan maksima berbanding modem guna band 5.

kesimpulannya unifi prepaid memang ada cap speed walaupun plan unlimited sebab coverage unifi prepaid guna band 5 bukan guna band 40..:lol:

CiliPadiSedap Publish time 19-2-2020 06:06 PM

siapa nak beli modem bangsawan kawan kaka ada jual. harga agak keras tp unlock version yang mana kalau jual semula ada harga market berbanding modem lock.

modem lock- modem boleh guna simcard telco tertentu contoh modem unifi guna simcard unifi sahaja , masuk simcard lain internet tak hidup

modem unlock- modem ni harga pasaran dan sangat stabiluntuk jual semula
Pages: [1] 2
View full version: Resipi Ketuk2 Signal 4G (belum ramadhan)


ADVERTISEMENT