seribulan Publish time 25-12-2019 12:45 AM

[Takwil Puisi 41] CINTA PERTAMA

Pemenang Masa
- Semua pentakwil {:1_152:}

Maksud sajak-

masa itu emas...
jgn bazir dan sia2 kan masa
hargailah masa sebaiknya

Puisi minggu ini,

CINTA PERTAMA

Cinta pertama
Mereka kata main main
Ada juga kata cinta monyet
Cinta yg saja saja
Gelodak remaja yang mau mencuba

Tapi bagi aku
Cinta pertamaku
Cinta yang ku harap menjadi cinta terakhir
Tapi itu semua dusta
Kerana kau yang berubah sikap
Dan aku yang berubah laku

Lalu ia hanya menjadi
Cinta pertama yang sering org katakan
Main main
Tapi kenapa rasa itu masih ada?
Rasa itu masih tersimpan
Walaupun di lubuk hati paling dalam
Kadang aku selam
Untuk pastikan cintaku yang pertama ini
Tidak hilang.

Oleh,
@ati2027


@johan-adx
@berakit2kehulu
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi

Pakis Publish time 25-12-2019 08:26 AM

{:1_152:}{:1_152:}menarik puisi minggu ni.Ambik mood dulu nal takwil

ati2027 Publish time 25-12-2019 08:35 AM

Thank you @seribulan

chicozinn Publish time 25-12-2019 10:19 AM

Hmm..sedihnya puisi kali ni..tetiba nak nangis sebab cinta pertama saya ni dah sampai ke jinjang pelamin tapi kadang2 stres jugak kerap gaduh psal benda2 kecil..hmm

Untuk tak OT, penulis sebenarnya menceritakan kisah pengalaman cinta beliau..Ada orang yang jenis berkawan tapi mungkin ketidakserasian dalam perhubungan maka mereka memilih jalan untuk berpisah dan mencari cinta baru yang mungkin mereka beranggapan bersesuaian dengan mereka..Ada yang pertama kali mengenal cinta dan akhirnya bersama sampai bila-bila.

Penulis berharap agar cinta pertama yang beliau telah temui akan berkekalan sehingga hujung nyawa. Saya dapat merasakan yang penulis sayang akan cinta pertamanya sehingga kini sebab penulis masih terkenang akan si dia walaupun si dia telah melukakan hati penulis..Saya doakan agar penulis akan berjumpa dengan cinta hati yang dapat mengubat duka si penulis..

**Thanks mod @seribulan tagged saya..selamat bercuti ye

kuzaime Publish time 25-12-2019 10:56 AM

Cinta pertama, dari usia remaja, mungkin dari zaman sekolah.
Tak ada orang yg bercinta yg nak cinta putus di tengah jalan, yg nak cinta tak kesampaian. Semua mesti impikan cinta kekal bertahan walau berzaman2.

Cinta masa di usia muda, banyak rintangan, boleh juga dari akal yg masih belum matang.

Walau lama dah berlalu, mungkin sampai saat bahagia dengan pilihan baru hatta telah bahagia dgn keluarga baru, tapi jauh di lubuk hati cinta pertama masih ada di situ:$:$ Dia istimewa, dia yg mengajar apa itu erti cinta meski takdir tertulis tidak akan terus bersama :(

tandelta1 Publish time 25-12-2019 12:10 PM

Izin kan saya tafsirkan mengikut pemahaman marhaens:

Macam sesuatu yg di lalui pertama kali (ie pergi sekolah kali pertama, mula berkerja kali pertama, dapat gaji pertama), ia akan selalu berbekas di hati, rasa nya mungkin sudah bukan seperti dulu. Bukan pahit (jika ditinggalkan), bukan sesalan (jika yg meninggalkan) tetapi sekadar rasa yg sesekali datang bila memori

Ada orang rezeki nya cinta pertama adalah yg terakhir, tapi macam puisi ini, cinta pertama

KIM.K Publish time 25-12-2019 12:11 PM

Huhu pretty straight forward ni mod

tandelta1 Publish time 25-12-2019 12:18 PM

tandelta1 replied at 25-12-2019 12:10 PM
Izin kan saya tafsirkan mengikut pemahaman marhaens:

Macam sesuatu yg di lalui pertama kali (ie p ...

Sorry, tertekan reply awal.

Sambung...

Ada orang rezeki nya cinta pertama adalah yg terakhir, tapi puisi ini mengisahkan cinta pertama yg tidak kesampaian, both kerana kedua dua pihak. Mungkin timbalan siapa yg salah siapa yg berubah tidak dinyatakan secara jelas, tampak kekesalan di pihak penulis kerana cinta tidak kesampaian.

Jelas terbit cuitan rasa dari cinta pertama sekali sekali bila memori menggamit hati penulis. Mungkin bukan rindu, bukan juga dendam, tapi sekadar rasa tentang insan pertama yg pernah memiliki hati penulis

krimkraker Publish time 25-12-2019 01:14 PM

Tahniah para pemenang...:loveliness::loveliness:
Puisi yg menarik dari @ati2027 ...nanti free kite takwil yaa

mu@h@h@ Publish time 25-12-2019 02:42 PM

Cinta pertama yg bnyk mengajar segalanya....
Wlau ada yg kedua dan seterusnya...
Yg pertama pasti akan diingati.. krn ia ialah permulaan segalanya tntang cinta.

ati2027 Publish time 25-12-2019 03:45 PM

krimkraker replied at 25-12-2019 01:14 PM
Tahniah para pemenang...
Puisi yg menarik dari @ati2027 ...nanti free kite ...

Thank you. Thank you. Sila takwil @krimkraker. Sis tunggu.

ati2027 Publish time 25-12-2019 03:45 PM

krimkraker replied at 25-12-2019 01:14 PM
Tahniah para pemenang...
Puisi yg menarik dari @ati2027 ...nanti free kite ...

Thank you. Thank you. Sila takwil @krimkraker. Sis tunggu.

Pakis Publish time 25-12-2019 03:57 PM

Penulis menceritakan tentang cinta pertamanya.Cinta pertama yang berlaku di usia muda.Sehingga ada yang melabel cinta monyet dan cinta yang main main.Bukan cinta yang sebenar cinta.

Tapi bagi penulis cinta pertamanya adalah cinta yang diharap menjadi cinta terakhirnya.Cinta sejatinya.Tapi sayangnya tiada jodoh antara mereka.
Cinta mereka tak kesampaian.Cinta yang diharap tidak kekal lama kerana kesilapan masing-masing.Mereka sama sama berubah sikap dan tingkah laku.

Dan cinta pertama penulis menjadi seperti cinta pertama yang orang lain perkatakan.Cinta monyet dan cinta yang tidak kekal lama.Cinta alam remaja yang manisnya hanya sementara.   Tapi bagi penulis kalau cinta pertamanya hanya cinta sementara, cinta monyet, cinta yang main-main kenapa rasa cinta itu masih ada.Di sudut hati paling dalam.Dan sehingga ke hari ini rasa itu tidak hilang cuma tersimpan rapi dalam lipatan perasaan.Dan perasaan indah cinta pertama itu penulis simpan rapi dan menjadi memori indah yang penulis akan kenang

Tetiba teringat quotes ni,first love remains forever.

hiddenfigure Publish time 25-12-2019 07:36 PM

Bila baca sajak ini, saya teringat buku kanak-kanak “The Tadpole’s Promise” yang mengisahkan seekor berudu dan ulat beluncas yang jatuh cinta. Mereka terlalu muda untuk mengetahui bahawa mereka akan mengalami proses perkembangan secara berperingkat hinggalah bertukar menjadi dewasa.

Mungkin persona dan kekasihnya jua begitu. Dua remaja yang berbeza dan menjadi dewasa yang lebih berbeza dek pengalaman hidup dan keadaan sekeliling.

Walaupun pengakhiran buku tidak sama dengan sajak ini tetapi mesejnya nyata, kita menerima seseorang bukan kerana keadaannya pada waktu itu sahaja tetapi harus bersedia menerima perubahan jiwa dan tingkahlaku peribadi pasangan barulah itu cinta yang mendewasakan.

Rangkap akhir menunjukkan persona masih teringat igauan rasa cinta pertama bukan kerana ingin kembali bersama tetapi mengenangkannya sebagai salah satu pengalaman yang pernah memanusiakannya, seorang manusia yang punyai rasa ingin mencintai, merindui, dicintai dan dirindui.

Vassss Publish time 26-12-2019 08:58 AM

Yayy semua menang.tq kaka @seribulan   
Ok jap lg sy takwil :$

takayama Publish time 26-12-2019 12:26 PM

okay kaka try takwil

dlm puisi ini penulis menyatakan ttg cinta monyet yg biasanya berlaku pd remaja
penulis mengharapkan yg cintanya tidak begitu namun penulis x menjangka yg dia bersama pasangannya juga melalui frasa cinta monyet tersebut gara2 hati memsg berubah

[Kerana kau yang berubah sikap
Dan aku yang berubah laku]
cinta pertama biasanya meninggalkan kesan yg sgt mendlm dlm jiwa bak kata satu quote ni "First love is special because it is the most innocent and pure form of love" dan disbbkan itu penulis msh igt akan kisah cinta pertama beliau


kesimpulannya cinta pertama walau ianya terputus di tgh jln dan agak sakit dihati namun sgt istimewa dlm hati



JibboTheCat Publish time 26-12-2019 04:53 PM

puisi ni mengisahkan cinta pertama. penulis berharap cinta pertama adalah cinta terakhir. tapi putus di tengah jalan.

pada kita cinta pertama memang indah. tapi pengalaman pahit manis cinta pertama itulah yang mematangkan kita, mengajar banyak benda mengenai kehidupan.

sesungguhnya kenangan cinta pertama akan sentiasa kekal terpahat di ingatan.

Snack_Fruit Publish time 26-12-2019 05:25 PM

Iolls cuba ye

Puisi ni menggambarkan penyajak yang makan hati dengan cinta pertama beliau. Mungkin penyajak mengimpikan sampai ke jinjang pelamin

Tapi dia masih sayangkan cinta pertama tu. So masih lagi berharap lagi

kuihbakar Publish time 26-12-2019 08:31 PM

Takwilan saya.

Rasanya tt masih teringat cinta nya yang pertama. Mungkin ada rasa terkilan di hati bila cinta pertama yang tak kesampaian. Memang benar cinta pertama yang tidak boleh dilupa.


Cinta pertama yang paling lejen. Kadang2 hati terusik dengan kenangan lama.


Cuma, berilah kebahagiaan pada diri sendiri. Mungkin cinta pertama tidak kesampaian, cinta yang ada sekarang membawa ke Syurga insyaAllah

itachiuchiha Publish time 26-12-2019 08:33 PM

1st time msuk thread puisi ni.
Tp sbb cinta pertama. Jd berminat utk membaca & memahami nye.
Byk kali ulang bace puisi kt atas.
Sbb pernah mgalaminye.
Iye..cinta pertama..jika tidak berakhir di jnjg pelamin, memori pahit akn terpahat selamanya.
Lebih pahit dirampas kwn sndri.
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 41] CINTA PERTAMA


ADVERTISEMENT