itachiuchiha Publish time 26-12-2019 08:41 PM

Sambungan..
Sakitnye hati sy akibat dirampas itu.. Smpai skrg terasa. N sukar utk maafkan dia walaupun cinta pertama sy tidak berakhir dgn dia.
Cinta pertama saya. Dalam nama sy ade nama dia. Sukar utk sy lupakan. Rs hati telah mati agaknya. Xmampu utk syg org lain slps cinta pertama sy.

krimkraker Publish time 27-12-2019 06:33 PM

Cinta pertama seringkali dikatakan cinta monyet. Cinta yang tidak serius, tidak matang. Kerana selalunya cinta pertama terjadi dikalangan remaja yang masih muda dan mentah. Lebih-lebih lagi di kala usia itu jiwa mudah memberontak, ingin mencuba dan merasai sesuatu.

Biarpun begitu, masih ada juga yang berharap cinta pertama itu adalah cinta sejati. Kekal hingga ke akhir hayat. Namun, hujan menyinggah di tengah hari, panas tidak berpanjangan ke petang. Cinta pertama itu berakhir dengan perpisahan jua.

Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan. Mungkin ia bukan cinta sejati, namun ada pengajaran dari pengalaman itu. Cinta yang sudah berdekad lalu, belum tentu luntur dari ingatan.

takayama Publish time 29-12-2019 06:32 PM

@seribulan kaka nak claim ni;P

orgsepang Publish time 29-12-2019 09:58 PM

Macam sibuk sangat akak minggu ni sampai lupa nak klaim hadiah @seribulan

orgsepang Publish time 29-12-2019 10:09 PM

Puisi minggu ini tentang cinta yang hampir semua orang mengalaminya termasuk akak. Heheheh, akak punya versi tak kesampaian.

Cinta pertama biasanya dialami waktu usia masih remaja jadi belum cukup matang untuk menghadapi cabaran yang datang. Ada yang melalui farsa indah, ada juga yang hanya menganggapnya sebagai angin lalu.
Pada yang cinta pertamanya mendalam dan berjaya membawa ke farsa seterusnya pasti berasa bahagia, pada yang gagal pasti lukanya sangat mendalam. Jika dapat pengganti memori suka dan duka pada cinta pertama tetap ada.

JibboTheCat Publish time 30-12-2019 08:26 AM

JibboTheCat replied at 26-12-2019 04:53 PM
puisi ni mengisahkan cinta pertama. penulis berharap cinta pertama adalah cinta terakhir. tapi putus ...

Terimah kasih @seribulan

Snack_Fruit Publish time 30-12-2019 09:37 PM

Tq momod bagi iolls menang puisi lepas. excited takwil puisi baru sampai lupa nak claim credit puisi lepas{:loveo

Vassss Publish time 30-12-2019 11:19 PM


Puisi kali nie berkenaan cinta pertama.maybe pengalaman penulis..iols takwil ya

Kenapa cinta pertama sukar di lupakan.Kerana ianya
sentiasa menjadi yg pertama.Cinta pertama tidak sama seperti cinta monyet.yg lebih kepada main2 tiada masa depan sdgkan cinta pertama kita sudah membayangkan untuk bersama si dia hingga ke akhir hayat.Namun tak semua cinta pertama dpt dilafazkan dan dpt memiliki.kadang terkubur bersama impian yg tdak mungkin jadi kenyataan.akhirnya penulis hanya mampu berdoa semoga cinta pertama itu trus bahgia meskipom bkn bersamanya

blurp Publish time 31-12-2019 07:24 AM

Orang selalu mengaitkan cinta pertama itu sebagai cinta monyet dan untuk dapatkan pengalaman.
Tapi ramai mengharap agar cinta pertama itu menjadi cinta terakhir mereka tapi kadang apa yang kita rancang tak selalunya menjadi.
Yang pasti cinta pertama itu tetap akan berbekas di hati dan akan dikenang sampai bila2 sebagai guru pertama dalam percintaan.

johan-adx Publish time 31-12-2019 08:12 AM

cinta pertama.slalu harapan tinggi dan mengunung.
tp tak semua akan jadi mcm yg diharapkan.

seribulan Publish time 31-12-2019 10:51 AM

Closed





.
Pages: 1 [2]
View full version: [Takwil Puisi 41] CINTA PERTAMA


ADVERTISEMENT