seribulan Publish time 10-12-2019 03:13 PM

[Takwil Puisi 39] Kehilangan...

Edited by seribulan at 11-12-2019 07:46 PM

Pemenang KILL THAT ALBATROSS...
{:1_152:}@chicozinn @mdhelmi @Vassss{:1_152:}

Maksud penyajak-



Puisi minggu ini,

Kehilangan


Mati itu pasti
kehilangan yang diredhai
kehilangan sebelum mati
sakitnya tidak terperi

Kutatang kujagai
agar subur harmoni
siratulrahim kekal abadi

Mati itu pasti
kehilangan sebelum mati
sukar dimengerti
andai sebabnya tidak dijelasi
terus sepi

Sekian lama menangisi
kehilangan sebelum mati
kini aku menyedari
kini aku mempelajari
untuk berterima kasih dan mensyukuri
sesungguhnya hanya Allah berkuasa mengambil dan memberi.

Oleh,
@orgsepang





@berakit2kehulu
@krimkraker
@orgsepang
@nurrlisa
@chicozinn
@KILL_NANCY
@MeghanK
@TalibanRock
@kuzaime
@-adnil-
@sapeka
@salmon-suki
@aleX-S
@fahdramli
@orgsepang
@Snack_Fruit
@digger
@Rob07
@takayama
@meisapoya
@ati2027
@krimkraker
@KahPahJ
@seller6183
@mdhelmi

chicozinn Publish time 10-12-2019 03:21 PM

Thanks mod @seribulan tak sangka plak tekaan tu jawapan yg tepat..;P;P

orgsepang Publish time 10-12-2019 03:48 PM

Terima kasih seribulan pilih puisi akak yang tak seberapa ni.
Selamat cuba men takwil semua.

fahdramli Publish time 10-12-2019 04:17 PM

Mengisahkan tentang kebenaran tentang kematian kematian yang pasti da tidak boleh dielakkan tapi kematian sebelum kematian sebenar itu sangat menyakitkan.
Penulis berasa sedih kerana orang yag rapat dengannya tiba2 pergi tanpa pesan dan penjelasan. Pada akhirnya penulis redha dengan ketentuan .

takayama Publish time 11-12-2019 07:44 AM

kaka cuba takwil puisi ini

pemuisi memfokuskan mengenai kematian dlm puisinya, perpisahan abadi dgn org yang rapat amat memeritkan namun penulis sedar bahawa ini semua ketentuan Allah yang tidak boleh ditolak dan penulis redha atas ketentuan ini

sapeka Publish time 11-12-2019 08:09 AM

Mati itu pasti
kehilangan yang diredhai
kehilangan sebelum mati
sakitnya tidak terperi
-kematian pasti ditempuh oleh setiap yg bernyawa
-kematian yg terjadi akan diterima dengan redhawalaupun terlalu pedih untuk diterima

Kutatang kujagai
agar subur harmoni
siratulrahim kekal abadi
-walaupun telah berlaku kematian org yg dicintai,hubungan silaturahim dengan ahli keluarga yg lain tetap dijaga harmoni

Mati itu pasti
kehilangan sebelum mati
sukar dimengerti
andai sebabnya tidak dijelasi
terus sepi
-mati itu pasti,cuma masa yg menentukan
-bersemuka dengan kematian yg tiada punca sukar untuk diterima,yang diketahui punca agak mudah untuk dicerna,yg tiada penjelasan berlalu sepi

Sekian lama menangisi
kehilangan sebelum mati
kini aku menyedari
kini aku mempelajari
untuk berterima kasih dan mensyukuri
sesungguhnya hanya Allah berkuasa mengambil dan memberi.
-masa memberi pengajaran untuk memahami dan belajar untuk lebih redha dan bersyukur diatas nikmat nikmat lain yang dikurniakan tuhan
-Allah yg maha kuasa memberi dan mengambil

Vassss Publish time 11-12-2019 08:53 AM

Kita terlahir dengan pelbagai cara.Namun kematian menjemput dgn pelbagai cara.Tiada yg akan kekal berpanjangan.Bila kt telah merasai kehilangan barulah kita hargai apa dan siapa yg masih ada.Dan apabila kita telah redha dengan kehilangan baru kita faham kehilangan itu adalah ujian dari Maha Esa untuk hambanya yang beriman.Di sebalik kehilangan akan ada sesuatu yang lain akan di gantikan. Maka redha dan bersabarlah

awanysss Publish time 11-12-2019 10:07 AM

Mati itu pasti
kehilangan yang diredhai
kehilangan sebelum mati
sakitnya tidak terperi

(penulis bermaksud perpisahan oleh kematian boleh diterima dgn redha, tp perpisahan semasa hidup ini sakit utk diterima)

Kutatang kujagai
agar subur harmoni
siratulrahim kekal abadi

(penulis bermaksud dia telah usaha sehabis baik utk menjaga keharmonian agar hubungan kekal dan bahagia)

Mati itu pasti
kehilangan sebelum mati
sukar dimengerti
andai sebabnya tidak dijelasi
terus sepi

(penulis bermaksud kecewa/terkilan dengan perpisahan yang berlaku tanpa penjelasan, hilang begitu sahaja)

Sekian lama menangisi
kehilangan sebelum mati
kini aku menyedari
kini aku mempelajari
untuk berterima kasih dan mensyukuri
sesungguhnya hanya Allah berkuasa mengambil dan memberi.

(akhirnya, penulis move on, sedar dan bersyukur tentang segalanya. penulis sedar Allah lah yg merancang segalanya.)

Pakis Publish time 11-12-2019 11:06 AM

Sakit kehilangan kerana meninggal dunia tak sesakit kehilangan berpisah hidup.Sakit kehilangan meninggal kita boleh belajar redha kerana mati itu pasti, tapi sakit kehilangan berpisah hidup ni,kita akan mencari sebab kenapa dia pergi sedangkan silaturahim telah kita jaga tapi dia tiba tibapergi tanpa kita tahu apa salah kita.Tapi akhirnya penulis redha, datang dan pergi manusia dengan izin dan takdir Allah dan kena bersyukur dengan apa yang di miliki.

kuihbakar Publish time 11-12-2019 11:12 AM

Mati itu pasti
kehilangan yang diredhai
kehilangan sebelum mati
sakitnya tidak terperi

Kutatang kujagai
agar subur harmoni
siratulrahim kekal abadi

Mati itu pasti
kehilangan sebelum mati
sukar dimengerti
andai sebabnya tidak dijelasi
terus sepi

Sekian lama menangisi
kehilangan sebelum mati
kini aku menyedari
kini aku mempelajari
untuk berterima kasih dan mensyukuri
sesungguhnya hanya Allah berkuasa mengambil dan memberi.

Takwilan :

Setiap manusia akan mati, itu ketetapan dan kita redha. Tetapi tidak seperti kehilangan yang bukan kematian. Perit bila yang tersayang meninggal kan kita hilang entah ke mana tanpa berita.

Walaupun perit ditinggalkan, hati buntu memikirkan, silaturrahim tetap dijaga, hubungan tetap diteruskan walaupun hati tertanya kemana si dia pergi.


Segala hakikat diterima walaupun pahit untuk ditelan mengapa si dia pergi, kita tetap menerima ketentuan Allah hati manusia adalah milik Allah. Yang kita sayangi tidak semestinya memiliki. Pahit ditinggal kan hanya Allah sahaja yang tahu





miss_wawa Publish time 11-12-2019 12:59 PM

Penulis menceritakan tentang kehilangan secara spesifik mengenai pemergian seseorang dari hidup Penulis.

Jika pemergian akibat kematian (meninggal dunia), Penulis redha kerana mati itu adalah pasti dan tidak boleh diubah. Namun kehilangan bukan kerana kematian, tetapi telah menamatkan perhubungan dengan Penulis baginya adalah amat menyakitkan.

Penulis menjaga hubungan dengan seseorang itu dengan baik sekali tanpa menjangkakan beliau akan ditinggalkan pergi tanpa penjelasan.

Penulis terlalu bersedih dengan kehilangan tersebut namun kini beliau menyedari bahawa segalanya telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Kuasa.

miss_wawa Publish time 11-12-2019 12:59 PM

Penulis menceritakan tentang kehilangan secara spesifik mengenai pemergian seseorang dari hidup Penulis.

Jika pemergian akibat kematian (meninggal dunia), Penulis redha kerana mati itu adalah pasti dan tidak boleh diubah. Namun kehilangan bukan kerana kematian, tetapi telah menamatkan perhubungan dengan Penulis baginya adalah amat menyakitkan.

Penulis menjaga hubungan dengan seseorang itu dengan baik sekali tanpa menjangkakan beliau akan ditinggalkan pergi tanpa penjelasan.

Penulis terlalu bersedih dengan kehilangan tersebut namun kini beliau menyedari bahawa segalanya telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Kuasa.

Snack_Fruit Publish time 11-12-2019 05:33 PM

Iolls cuba ye

Puisi ni pasal kita kena menghargai semua yang ada depan kita. Jangan sesekali take for granted. Tak semestinya hilang sebab ajal je. Kadang2 kita pun boleh hilang sebab 90% of our attitude jugak. Masa tu dah mmg tak de la turning back.

Jangan lepas 18 kali chuolls buat bodoh je orang tu depan mata. Kali ke 19 bila dia hilang, aura diaaaa..

Ops!

meisapoya Publish time 11-12-2019 09:01 PM

Penulis menceritakan bahawa mati itu bakal memutuskan segala hubungan antara manusia. Dan juga kehilangan persahabatan adalah perit. Oleh itu, hargailah perhubungan persaudaraan dan persahabatan yang ada sementara masih hidup.

*lama dah tak mentakwil :lol:

mdhelmi Publish time 12-12-2019 08:17 AM

terima kasih @aleX_S sbb pilih takwilan saya yg xseberapa mengarut ke laut sbg pemenang
tp mmg pernah tgk dokumentari pasal org yg belayar kat laut dgn cite pasal albatross

terima kasih @seribulan utk coki2

seribulan Publish time 12-12-2019 09:00 AM

mdhelmi replied at 12-12-2019 07:17 AM
terima kasih @aleX_S sbb pilih takwilan saya yg xseberapa mengarut ke laut sbg pemenang
tp mmg pern ...

Sedapkan choki2 :)

Haaa...sila takwil yang ni pula...

Vassss Publish time 12-12-2019 09:20 AM

Yayyyy akhirnya {:1_152:}..xsia2 memerah otak ;P..tq kaka seribulan yg cantik muah {:1_149:}

seribulan Publish time 12-12-2019 09:23 AM

Vassss replied at 12-12-2019 08:20 AM
Yayyyy akhirnya ..xsia2 memerah otak ..tq kaka seribulan yg cantik muah

{:kisso muah muah dindaku sayang {:smileo

krimkraker Publish time 12-12-2019 09:44 PM

Mengisarkan tentang penulis yang telah menangisi pemergian seseorang yang amat bermakna dalam hidupnya. Seandainya berpisah kerana kematian, mungkin penulis akan pasrah dan menerima ketentuan Illahi. Namun, jika berpisah ketika masih hidup, sakitnya di hati tidak terkata.

Penulis menerangkan betapa dia menitikberatkan soal hubungan dengan si dia. Betapa sungguhnya penulis menjaga ukhwah persahabatan atau percintaan mereka agar kekal berpanjangan.

Hubungan itu akhirnya tiba di noktah. Sayangnya, bukan kematian yang memisahkan. Banyak persoalan bermain di minda, namun tiada jawapan ditemui, kerana yang terlibat tidak lagi sudi menjelaskan puncanya.

Bagaikan tersedar dari lena, akhirnya penulis mengakhiri ratapan sayunya. Membuka pintu hati dan berlapang dada. Menerima ketentuan Illahi yang sudah tertulis. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap kejadian atau musibah yang berlaku, pasti ada hikmah sebaliknya.

aleX-S Publish time 13-12-2019 12:43 AM

mdhelmi replied at 12-12-2019 12:17 AM
terima kasih @aleX_S sbb pilih takwilan saya yg xseberapa mengarut ke laut sbg pemenang
tp mmg pern ...

Sikit lebih kurang ler, ikutkan pengertian line by line, phantasmagoria terus ;P

Tahniah!
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 39] Kehilangan...


ADVERTISEMENT