Lelli Publish time 13-12-2019 07:16 AM

Kehilangan..kekosongan dalam diri
Kematian..sesuatu yang pasti
Setiap yang hidup pasti akan mati
Pemergian yang mampu diredhai
Ajal maut,jodoh pertemuan,rezeki
Semuanya telah tertulis di luth mahfuz lagi.

Sakit dan ralat kehilangan insan yang dikasihi hidup amat perit..tiba-tiba menjauh dan terus hilang tanpa khabar berita..kita akan tertanya-tanya apa,kenapa,mengapa ianya terjadi..adakah silapnya dari kita..

Di akhirnya kita sedar,tiada yg kekal abadi di dunia ini
Kematian bukan tiket menjamin sesuatu perpisahan
Tak guna kita terus meratapi menangisi
Semuanya hanyalah pinjaman sementara tidak berkekalan

“People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you figure out which one it is, you will know what to do for each person….”.
Don't take anything for granted.




berakit2kehulu Publish time 14-12-2019 10:36 AM

Lama tak menjenguk puisi2. Boleh claim tacang yg ketinggalan ke mod? Hehe

seribulan Publish time 14-12-2019 12:19 PM

berakit2kehulu replied at 14-12-2019 09:36 AM
Lama tak menjenguk puisi2. Boleh claim tacang yg ketinggalan ke mod? Hehe

Boleh. Dah bagi bonus hujung tahun ;P

berakit2kehulu Publish time 15-12-2019 12:54 AM

seribulan replied at 14-12-2019 12:19 PM
Boleh. Dah bagi bonus hujung tahun

Hehehehe...seronok kalau dapaf bonus

orgsepang Publish time 16-12-2019 10:15 AM

seribulan replied at 14-12-2019 12:19 PM
Boleh. Dah bagi bonus hujung tahun

Ada bonus hujung tahun ke? Nak juga le ;P:lol:{:1_545:}{:1_545:}

seribulan Publish time 16-12-2019 10:18 AM

orgsepang replied at 16-12-2019 09:15 AM
Ada bonus hujung tahun ke? Nak juga le

Ada ada :) tingkatkan produktiviti, kurangkan kontroversi, berdiri di atas kaki sendiri...

mdhelmi Publish time 16-12-2019 11:02 AM

Nukilan penulis mengenai seseorang yg amat disayangi telah pergi meninggalkan dunia ini.
Amat sukar utk penulis melupakan si dia kerana sudah sekian lama bersama dan sentiasa berada jagaan rapi penulis seperti menatang minyak yg penuh.
Walau dijaga rapi sekalipun, tetap tidak boleh menidakkan takdir Illahi.
Pemergian seseorang yg sangat berharga dalam hidup membuatkan diri penulis sentiasa dalam keadaan sedih dan sentiasa meratapi kerana melalui situasi yg tidak dijangka sama sekali.
Namun akhirnya penulis mula menerima hakikat yg hidup pasti akan mati dan mensyukuri pemberian sementara tersebut.
Kini penulis lebih tabah mengharungi hari2 yg mendatang.

* perkataan 'seseorang' juga boleh disamakan dgn 'seekor' bermaksud binatang peliharaan yg sgt disayangi oleh penulis.

JibboTheCat Publish time 16-12-2019 02:43 PM

kehilangan sebelum mati jugak boleh memberi maksud perpisahan yang terjadi dalam hidup. contoh macam perceraian, putus cinta atau putus tunang.

walau dijaga macam mana sekalipun, kalau dh tiada jodoh, tetap tak dapat bersama.
akhirnya kita semua berserah, redha dan terima semua ketentuanNya

seribulan Publish time 17-12-2019 11:46 AM

Closed :)



.
Pages: 1 [2]
View full version: [Takwil Puisi 39] Kehilangan...


ADVERTISEMENT