Kak-Leen Publish time 28-10-2019 04:25 PM

orgsepang replied at 28-10-2019 10:01 AM
Inilah pucuk bayam brazil tu. Letak bawah mentari daun dia warna begini.

Letak tempat redup warna ...

Come on.. Kat pasar awam Kluang pun ada jual bayam brazil tau!

lututputih Publish time 28-10-2019 07:54 PM

Pucuk daun limau purut...yg hijau mudaaa tu..saya suka...bunga betik, pucuk kari , pucuk betik, bayam brazil, segala mak nenek pucuk lah saya layan..pucuk paku buat kerabu + kerang + taugeh yummehh..

blurp Publish time 30-10-2019 08:02 AM

family i menggelar diri sendiri kambing sbb suka segala jenis pucuk dan sayuran..
favourite pucuk paku, pucuk ubi, pucuk betik, pucuk beruas dgn pucuk kaduk.
pucuk ubi masak lemak putih letak tempe lawan dgn sambal belacan and ikan masin, wallaaa...

Kasutumitinggi Publish time 30-10-2019 02:34 PM

Sedapnya pucuk.Saya baru mkn pucuk ubi masak lemak semalam.Hasil tanaman sendiri. Daun kunyit, kunyit,cili api dan pucuk ubi.

Catpaw Publish time 30-10-2019 10:32 PM

Pucuk2 ni pelbagai rasa, ada yg kelat, kelat2 lemak macam pucuk gajus, wangi macam serai kayu, tak pahit macam daun selom, ulam raja, sabung nyawa. Semua ada rasa yang tersendiri. Hari ni makan pucuk2 buat ulam sebab tak menyayur hari ni. Dulu2 belajar makan ulam jangguih tu sikit2 sebab dia kelat.. lama2 dah boleh makan dengan batang dia yang lembut tu ;P sedap kelat2 lemak :$

Catpaw Publish time 30-10-2019 10:38 PM

Biabetik replied at 27-10-2019 07:15 AM
Pucuk jering yg warna coklat tu mkn dgn sambal belacan. Buat ulam. Sedap wooo... Kelat2 gitu.
Pucu ...

Pucuk jering boleh makan ke? Tak pernah lagi ni saya cuba... tengok oun tak pernah...apa rasanya?

Eric.n9 Publish time 31-10-2019 04:36 AM

Antara list pucuk pucuk yang aku suka.

Pucuk paku, buat gulai lomak cili api,hehe
Pucuk ubi, pun buat gulai lomak cili api.
Pucuk betik, rebus kasi cecah dgn belacan.
Pucuk pegaga, pun rebus je, tp ni lebih pada minum air dia.
Pucuk gajus, rebus, kawin dgn belacan, hahaha.
Pucuk manis, masa lemak putih je, tp kena ada sambal, baru terangkat.

Biabetik Publish time 31-10-2019 07:38 AM

Catpaw replied at 30-10-2019 10:38 PM
Pucuk jering boleh makan ke? Tak pernah lagi ni saya cuba... tengok oun tak pernah...apa rasanya?

Boleh. Yg warna coklat2 tu. Rasa kelat2 rangup gitu. Cuba la. Tp susah nk jumpa dah pokok jering ni. Klu ada pun dh tinggi melangit pucuknya

Afie13 Publish time 31-10-2019 02:52 PM

Edited by Afie13 at 31-10-2019 02:55 PM

Kalu sebelah pantai timur pucuk pakis biasa kitaorg suka masak kering.

Rebus pucuk pakis lepas tu toskan lepas tu rebus plk ikan kembung smpai masak. Tumbuk bwg merah, lada hitam, garam n gulan masukkan ikan rebus tadi. Tambah sikit perahan limau nipis. Lepas tu gaulkan bersama kelapa goreng n masukkan pucuk pakis yg dh direbus tu. 6t boleh la tmbah bwg besar n lada. Ada stengah org masukkan santan tpi klu x masukkan pun xpe

MenteriWanita Publish time 31-10-2019 09:15 PM

Pucuk paku pakis masak lemak + nasi panas + sambal belacan + ikan goreng, makan time hujan dengan air sirap ais, nostalgia betul, kalau makan macam ni di zaman sekarang terus teringat zaman kanak2, senyum sorang2.

Lengkong Publish time 5-11-2019 09:39 PM

Siang tadi masak lemak kuning pucuk pegaga campur ikan kembung campur tempoyak. Makan pulak dengan sambal belacan. Puas makan. Dah banyak hari teringin makan pucuk pegaga. Dah lama jugak tak makan pucuk kaduk dan pucuk mengkudu celur. Kalau dapat pucuk keledek goreng belacan best jugak. Sabtu nanti nak masak pucuk rebung masak lemak cili api campur ikan keli salai.

greantea Publish time 12-11-2019 03:28 PM

segala jenis pucuk i makan. biasa la org kg. y mana jumpa dalam semak, tepi sungai, tepi umah la jadi lauk. cicah ngan budu, ada ikan grg, mmg berpinggan la peginya

seribulan Publish time 13-11-2019 08:47 AM

Dah beli pucuk betik, pucuk labu dan pucuk gajus {:1_152:}

pisang_tanduk Publish time 14-12-2019 04:18 PM

Pucuk manis memang banyak terdapat atau tumbuh di Asia Tenggara. Setiap tempat atau bangsa mempunyai panggilan tersendiri .Dalam bahasa Cina dipanggil "mani Cai","Sweet Shoot" dalam Bahasa Inggeris dan di Vietnam ia di panggil "Rau Ngot". Sayur ini dikatakan mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan terutama kepada ibu yang ingin menambah susu badan bagi yang masih menyusukan bayi.


So untuk ibu yang lepas bersalin boleh la amalkan makan pucuk manis. Sumber asli dari tumbuhan sebagai milk booster.

sojambu Publish time 24-1-2020 09:30 AM

Fun Fact: Pucuk paku (fern leaves) are packed with iron, one of the most important minerals for our body. Some health benefits of iron includes; promoting the production of red blood cells, ensuring proper circulation of oxygen in our body and boosting our immune system.

Pucuk Paku Goreng Sambal
Bahan bahan:
1 ikat pucuk paku
Garam

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4-5 tangkai cili padi hijau & merah - ikut pedas disukai
Sejemput ikan bilis
Belacan - jika mahu lagi sedap

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk yang ditumbuk kasar sehingga naik bau. Masukkan pucuk paku yang telah disiang dan kacau rata.
Masukkan sedikit air untuk melembutkan pucuk paku dan juga garam secukup rasa. Kacau rata sehingga pucuk paku lembut. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Pages: 1 2 3 [4]
View full version: Lets TALK pucuk..


ADVERTISEMENT