-adnil- Publish time 16-7-2019 09:25 AM

rembulan tengelam di wajahmu by tere liye...jalan cerita yang sangat berlainan...penulis bijak kaitkan kebetulan2 yang berlaku...nangis baca:'(

ciknam Publish time 16-7-2019 04:40 PM

Novel Merah-merah Semarak Api.. tulisan Shahriza Abdul Rahman.

Kisah pasal gadis nama Nurayumi, anak kacukan melayu jepun. bapak dia melayu, mak dia jepun. tapi bapak dia meninggal. so dia tinggal kat kampung dengan tok abah & nenek dia. tok abah dia bekas askar.. memang anti sangat dengan jepun. so secara tak langsung, tok abah dia pun benci Nurayumi sebab ada darah Jepun.

bestlah cerita ni. tapi novel ni i pinjam kawan punya. nak cari balik, memang tak jumpa.. even kawan i tu pun i dah lost contact dengan dia.

xtahumenahu Publish time 16-7-2019 07:40 PM

Iols lupaaaa....

Minat sgt novel karya Habiburrahman El shirazy
Disaat2 cerita novel melayu ni mengecewakan,
Iols baca novel2 karya beliau...boleh kata semua novel menyentuh hati..tangkap leleh..huhuhu
Penulis mmg buat kita rasa ada dalam cerita tu...keinsafan sungguh...

Ayat-ayat Cinta
Ketika Cinta Bertasbih
Bumi Cinta
Dalam Mihrab Cinta

Sume habis kecuali Bumi Cinta sbb buku kena air masa banjir...keras dah..sekarang dah bz x dapat nak baca buku
sume iols da bace...Bumi Cinta x abes

ikastacia Publish time 17-7-2019 08:19 AM

Novel bukan puteri lindungan bulan..tp lupa dah sape penulis die..bace masa duduk asrama dolu2..giler tebal novel die..nak baca sambil baring tu mmg lenguh abis tangan sebab nak pegang novel tu ke dah sekian hahaha

uori Publish time 17-7-2019 11:46 AM



Norwegian Wood oleh Haruki Murakami. Novel ini pertama kali diterbitkan tahun 1987 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 2000. Lagu Norwegian Wood oleh The Beatles kalau dibaca liriknya, nampaknya Murakami sangat terinspirasi dari lagu ini.

Kisahnya berlatarkan tahun penghujung 1960-an sehingga awal 1970-an. Ceritanya adalah flashback watak utama Toru Watanabe ketika berusia antara 18-20 tahun. Kematian kawan baik, kekasihnya, Naoko yang sakit jiwa (akhirnya bunuh diri) dan Midori wanita lain yang mencintainya adalah inti dari cerita Norwegian Wood.

Apa yang membuatkan saya suka novel ini adalah bagaimana Harukami membuat deskripsi dengan terperinci. Saya seperti dapat membayangkan lokasi-lokasi yang ada dalam cerita walaupun belum pernah ke sana. Murakami juga berjaya membuatkan saya rasa tersentuh dan sedih walau ada unsur-unsur lucu juga dalam novel. Mungkin sedikit saranan, ketika membaca novel ini, kita tak perlu susah-payah nak tahu misteri dan meneka, cukup nikmati saja dan biarkan jalan cerita membawa kita hanyut mengikuti kisah Watanabe.


“What happens when people open their hearts?"
"They get better.”
― Haruki Murakami, Norwegian Wood

Sydasyda Publish time 18-7-2019 03:56 PM

Salinaaa baca 10x pon nagis:'(:'(

cik_kuntum36 Publish time 19-7-2019 11:06 AM

Novel Ombak Rindu... baca time tu gah belajar waktu Diploma... mmg masa baca tu menusuk perasaan la dan antara novel yang paling diingati antara banyak2 novel yang pernah baca... jalan cite dia kesian sgt dan sedih... bila baca tu feel dia mcm kite mengalami keadaan tu... tp bila di adaptasi ke filem terus potong feel novel tu...

saujana3186 Publish time 19-7-2019 12:17 PM

Iman Markisa dari penulis Aminah Mokhtar.

Kisah tentang perjuangan seorang wanita Islam yang bukan Melayu dalam mempertahankan iman dan agama.



saujana3186 Publish time 19-7-2019 12:23 PM

bajusejuk replied at 13-7-2019 02:40 PM
novel Plain Jane by Nurul Syuhada

jarang baca novel. tp dr page pertama dah melekat terus kasi kh ...
Plain Jane {:1_132:}{:1_132:}{:1_132:}{:1_132:}{:1_132:}{:1_132:}

Dengan gigihnya cari novel ni lepas baca Aku Kan Novelis.

Terhibur dengan karenah Babang Bandek tu :lol::lol:


bajusejuk Publish time 19-7-2019 06:13 PM

saujana3186 replied at 19-7-2019 12:23 PM
Plain Jane

Dengan gigihnya cari novel ni ...

oo nnt nk try cariklah novel Aku Kan Novelis tu. tq2

Intanterpilih09 Publish time 20-7-2019 01:26 PM

Novel yg masih igt jln ceritaseorang tua di kaki gunung, menongkah arus n tenggelamnya papal van der wyck.cari Dah x jumpa novel hamka ni.novel khadijah hashim pun best tp x igt tajuk.novel sekarang Dah x best mcm dulu.bnyk sgt novel cinta.jln crita pun sama ja.

Sydasyda Publish time 20-7-2019 10:06 PM

saujana3186 replied at 19-7-2019 12:23 PM
Plain Jane

Dengan gigihnya cari novel ni ...

Ehhh i pon peminat nurul syahida, dia punya novel lain dari lain kan

mawardia Publish time 20-7-2019 10:25 PM

P/S I Love You, Ombak Rindu, Kau yg satu

Tarragon Publish time 21-7-2019 01:06 AM

Contengan Jalanan by Hlovate.
byk pengajaran novel ni.. tapi sedih sbb novel ni dah hilg dri simpanan.
tak tau la sapa pinjam. Klau ada yg nk jual mmg nk beli balik.
1 quotes yg plg diingati "The man that decided to change on the 12th hours died at the 11th".
kalau nk berubah, nak buat baik jgn tangguh2..
sebab ajal & maut kita xtau bila.

Husna Publish time 22-7-2019 11:25 AM

meols suka koleksi Ramlee Awang Murshid (RAM).. bermula dari koleksi Sunan sampai la ke fiksyen yang lain.. tap yang paling berbekas dekat hati novel Ungu KArmila.. sampai la ni terasa keseraman bila baca novel tu..

meols baca novel ungu karmila masa meols dekat asrama dekat U. lepas baca novel tu seminggu meols tido bukak lampu.. tak tau pasal ape tp rase seram je.. tp novel tu memang best

AuraAnggun Publish time 22-7-2019 09:47 PM

Antara novel yang berbekas di hati

Jendela Hati - Aisha Sofea
Kau Laksana Bulan - Aina Emir

miss_oreo14 Publish time 23-7-2019 03:46 PM

Semua novel karya rehab makhtar... :'(

redfox Publish time 23-7-2019 07:55 PM

Novel dari penulis Nurul syahida. Kebanyakan novel dia boleh katakan genre chic-lit dan dia have a wicked sarcastic humor. Masa baru nk puberty, novel dia banyak membantu dari segi kata-kata semangat, influence my view in this world dan bnyk lagi.

"Apis Milo bukan lelaki paling sempurna dan dia juga bukan si lurus bendul. Bukan ulat buku tapi bukan juga ulat bulu. Dia juga bukan Mr Darcy.Tetapi, aku tidak lagi menghakimi seseorang dengan cara itu kerana dia sendiri tidak menghakimiku. Aku tidak perlukan fantasi itu.Semudah itu untuk menjadi diriku." -Balqis

miss_oreo14 Publish time 24-7-2019 04:49 PM

Namaku Khadijah by Pena Kayu
Cerita tentang seorang Shin yg mempunyai kisah hidup yg sedih. Selepas 12 tahun dia kembali sebagai seorang Khadijah. Selama 12 tahun menghilang Fahri bertemu kembali dengan Shin iaitu Khadijah.Mereka bekerja dibawah 1 bumbung tapiKhadijah kembali ketika Fahri telah menjadi tunang kepada Ariana pilihan ibu nya.
Kedua-dua mereka memendam rasa sedih dan kehadiran Khadijah tidak disenangi oleh ibu Fahri, Ariana dan Hafez kawan baik Fahri.
Hafez nipartner Fahri dan bos Khadijah yang x suka Khadijah yg berjubah dan berpurdah. Layanan dia pada Khadijah dingin tapi lama kelamaan dia tertarik pada Khadijah. Walau pun Khadijah ni bukan la taste dia, tapi demi menyelamatkan hubungan kawan baik dia dan Ariana, Hafez terima lamaran Khadijah. Khadijah lamar Hafez sebab nak lari dari Fahri, Fahri pulak terasa dikhianati.
Cerita ni best sebab terkesan dihati. Sepanjang malam ku hadap bace. Sis #teamHafez.
Hafez ni bad boy yg x suka ada komitmen tapi Khadijah terima dia seadanya..

Khorkina Publish time 29-7-2019 02:18 PM

armin replied at 13-7-2019 05:33 PM
Novel Jalur-jalur Jingga. Sampai sekarang teringat novel tu

sy baru je beli novel ni... karya sabariah araur yg best juga tajuk die buat yang terakhir...
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9
View full version: Novel yang berbekas di hati anda


ADVERTISEMENT