CardiGans85 Publish time 13-7-2019 12:50 PM

Terima kasih kekasih..by norhayati berahim.

Kisah kerjaya, persahabatan dan cinta.

anarina Publish time 13-7-2019 12:57 PM



My favourite ever! Baca dr sekolah rendah - really making impact and cultivate my habits for reading. Famili i dulu2 tak mampu nak belikan buku cerita sgt yg suit for my age , either i go to lib atau baca buku2 mcm ni yg ada dlm simpanan keluarga. 1 more thing i suka - Salina. Suka gila!

Lepaskan kembali aku ke laut ada adaptasi ke drama tapi cam tah hape2 lah.

noraidil_06 Publish time 13-7-2019 01:21 PM

izwan_izi replied at 13-7-2019 11:11 AM
1.Hujan Pagi oleh A.Samad Said..
Novel yg heavy...pslorg yg menghidapi split personality...skizop ...

Hujan pagi tu, cikgu sy hadiahkan.
Ms baca sy lsg x faham. Tp sy ingat watak utama buka peti ais n termenung depan peti ais.

noraidil_06 Publish time 13-7-2019 01:25 PM

Banyak novel yg membekas.
Yg cross my mind now is perahu kertas, yg sy baca dalam bahasa asal (Indonesia). Even cara sy membeli novel tersebut juge membekas di hati.

Yg kedua that cross my mind is daun yang jatuh tidak pernah membenci angin.

Twirlyhoo Publish time 13-7-2019 01:35 PM

Novel tajuk Amelia kot, terbitan Fajar Bakti. Tak tahu siapa authornya.Mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Amelia yg kematian kedua ibu bapa dan dihantar ke kampung utk tinggal bersama neneknya. Di situ dia kenal seorang budak lelaki yg miskin, depa jadi kawan baik. Ending dia Amelia ni mati kot sebb accident. First time baca buku ni masa form 1 di asrama. Menangis baca endingnya. Memang terkesan lah di hati ni.

nono86 Publish time 13-7-2019 01:58 PM

Aku first baca "SEORANG TUA DIKAKI GUNUNG". sedih ending dia

Cookingholic Publish time 13-7-2019 02:10 PM

seribulan replied at 13-7-2019 09:35 AM
Konserto Terakhir

Sama! Mmg mengusik emosi baca novel ni. Baca dulu masa zaman sekolah tapi masih teringat2 sampai skrg.

seribulan Publish time 13-7-2019 02:13 PM

Jalur sinar di celah daun. Penulis :Zaharah Nawawi

seribulan Publish time 13-7-2019 02:17 PM

@KILL_NANCY @MeghanK
@admin6 @ hibernation
@himun_hino @AceHand
@winpamp05 @aleX_S
@Acikgomen @KimK
@Foxey @matkpop

pinklepie Publish time 13-7-2019 02:31 PM



Sinopsis:Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.-Sumber Goodreads

Novel ni saya baca masa zaman sekolah rendah. Pinjam kat perpustakaan awam. Kisah mengenai perbezaan kasih sayang seorang ibu terhadap anak kembar lalakinya. Seorang ditatang bagai minyak yg penuh manakala seorang lagi dibenci kerana mempunyai minat terhadap seni lukis. Sedih kisah ni saya baca sambil lap air mata kat bucu bantal;P;P

bajusejuk Publish time 13-7-2019 02:40 PM

novel Plain Jane by Nurul Syuhada

jarang baca novel. tp dr page pertama dah melekat terus kasi khatam. mase tu balik kampung nenek pinjam novel makcik. lamaa sudah

sharlenetexas Publish time 13-7-2019 02:40 PM

jas7512 replied at 13-7-2019 09:55 AM
Semuanya novel lama walaupun x tebal mcm novel skrg tapi ada isi...suka baca buku seroja masih di ko ...

Iols pun suka buku2 khadijah hashim. Nipis tapi padat dengan penceritaan. Tak meleret dan meleweh. Senang masuk dalam handbag.

lee_haru Publish time 13-7-2019 02:41 PM

rumah kecil di tepi danau..pinjam novel kawan..kisah anak2 pesawah...dan pengorbanan si ayah...novel masa sekolah sgt best...
Masa sekolah rendah dapat cikgu BM baru lepasan maktab...sgt berkobar2 nak ajar anak bangsa....bagi kumpulan berdasarkan nama novel...badai semalam, keluarga gerilya, bukit srengenge...pastu ckigu buat kuiz...cari buku dalam pusat sumber..cari sapa nama penulis..cari sinopsis...terangkan cite pasal apa...zaman tu xde internet....mmg kene cari kat pusat sumber..seronok sgt.....cite novel dulu x sama mcm sekarang....kisah kehidupan..kepayahan..perjuangan....syukur Allah hadiahkan pengalaman manis tu...ingt sampai bila2...sori terOT..huhuhuhu

seribulan Publish time 13-7-2019 03:00 PM

@nuryakmal
@FanTasyCreaTioN

seribulan Publish time 13-7-2019 03:11 PM

Edited by seribulan at 13-7-2019 02:17 PM

MoonRise replied at 13-7-2019 11:06 AM
Contengan Jalanan by Hlovate

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th".

Nak berubah susah sebab hati busuk dengki @ sukakan maksiat :) jenis tak sedar diri..

matkpop Publish time 13-7-2019 03:31 PM

Alamak. Saya jarang baca novel lah mod seri.

Majalah Ujang boleh kira tak?

Ekekek gurau2

nolya Publish time 13-7-2019 03:41 PM

Ada sbhgn buku2 novel yg masyhur citenya dulu dah jdi sebuah kesah yg bertaraf antik dn susah nak dapat.Antara koleksi novel Indonesia yg saya masih simpan ialah karangan HAMKA: Tenggelamnya Kapal Vanderwyck, juga Siti Nurbaya. Itupun yg soft kopi dn cetak ulang yg ke berapa dah, beli di Gramedia, ID.

Saya suka baca Ind. novel keranabahasa dn sasteranyacukup indah.Karangan Abuya HAMKAmengetengahkan adat, budaya, bahasa, cinta dn agama..... seiring.Bercinta tapi tetap menjaga adat,batas sopan muda-mudi dulu,budaya dijaga dn tetap dlm batas agama.Bahasanya cantik/puitis, semuanyadiolah dlm sebuah kesah yg cukup menarik.Tenggelamnya Kapal VDW saya anggap sebuah novel the best I ever read.

biskutraya Publish time 13-7-2019 03:42 PM

Novel Ahadiah Akashah paling banyak aku layan.. Siap beli then biase la time kt hostel sesipinjam meminjam last2 hilang.. Lagi 1 novel yang aku suka baca pasal anak2 yatim, sorang tu suka main biola.. Then dorang kantoikn yang tukang masak rumah anak yatim seludup barang.. Lupa la tajuk dia..

nolya Publish time 13-7-2019 03:47 PM

Terfikir juga, apakah karya2 ternama drp penulis2 M'sia spt A. Samad Said, Khadijah Hashim, dll, apakah mereka tak ingin menerbitkannovel2 mereka dlm bentuk digital.Barangkali dgn kemudahan IT,penerbitan spt ini boleh difikirkan.Oradakah ianya sesuatu yg praktikal, mungkin dari segi hakciptadanpendapatan kpd penulis?

seribulan Publish time 13-7-2019 03:54 PM

matkpop replied at 13-7-2019 02:31 PM
Alamak. Saya jarang baca novel lah mod seri.

Majalah Ujang boleh kira tak?


Oy :P marah tuantanah @fahdramli...
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Novel yang berbekas di hati anda


ADVERTISEMENT