CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4396|Reply: 32

[Emosi] Hubungan antara Siblings

[Copy link]
Post time 20-6-2019 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Salam Syawal to all,


Dalam kehidupan kita, ada yang selesa dengan apa yang mereka ada, manakala yang lain berusaha keras untuk mencapai tahap kejayaan atau kesenangan yang berbeza dengan mereka yang lain.

Namun, kesenangan atau kejayaan ini seolah - olah merupakan satu kesalahan atau dosa bagi mereka yang tidak mahu berusaha.

Dan bila berkumpul terutamanya musim cuti perayaan akan terpacul lah kata - kata seperti;

"Hang tak pa lah, hang kaya. Rumah besau, keta beso"
"Pegi salam dengan makngah cepat, mesti duit raya RM50"
"Ni barang - barang nak masak esok ni, ko la pegi beli semua"

Adik beradik pulak susah nak bergurau - senda sebab takut nanti ada yang tersentap. Contohnya,

"Kami tak mengaji tinggi macam hang, sebab tu la tak tau"
"Alah, ini bukan pejabat la, semua nak kena buat macam tu, macam ni. Kat opis boleh la hang bos"

Sedih bila mengenangkan bila usia makin meningkat, masih ramai minda yang merosot kematangannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2019 10:17 AM | Show all posts
buat hal hang je..toksah nk bedek beradik sgt..diorg susah kita jgak yg tolong cerita byk tak guna..yg penting prestasi kita baik dan buruk so diorg ada respek kt kau jadilah. set your boundary and be the boss to yourself..gituuww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2019 10:27 AM | Show all posts
Susah atau senang itu adalah pilihan. Bukan senang nak senang. Banyak cabaran getir yang perlu dilalui. Ada yang bersusah payah tinggalkan keluarga untuk sambung study dan sebagainya.

Hubungan kekeluargaan tetap perlu dijaga. Tambahan lagi kalau masih ada ibu dan bapa dikampung.

Ada kala bila ada anak - anak yang mungkin dapat bonus, maka diberi lebih kepada ibu bapa dikampung untuk sama - sama menikmati.

Dan akhirnya sebahagian wang itu pula diberi kepada anak yang lain yang lebih memerlukan katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:32 AM | Show all posts
biasa adik beradik jadi gini bila mak bapak dah tak ada..
for now adik beradik kami masih ok la sebab mak ayah masih ada..
and thank god tak ada or belum ada sikap ko kaya ko lebih ko bos ko kuli..
kalu nak keluar makan bagitau awal-awal nak belanja ke apa..
or ajak kongsi-kongsi bayar..
ada duit jom makan..
takde duit tak payah makan mahal-mahal gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:32 AM | Show all posts
Banunro replied at 20-6-2019 10:27 AM
Susah atau senang itu adalah pilihan. Bukan senang nak senang. Banyak cabaran getir yang perlu dilal ...

kalu mcmtu terima sajalah dgn redha..anggapla pemberian pada ibu tu sbgi cara utk membahagiakan dia walo duit yg kita bagi dia bagi pulak kt anak yg lain..been there done that.

ada satu masa tu aku berhabis segala penat dan lelah semata nk bagi anak esayangan dia blik pada dia agar dia bahagia..padahal anak kesygan tu lah musibat ngikis reta mak aku. aiii geram la nk igt..tapi Allah itu maha adil..mendengar setiap apa yg kita rasa..maka redhala pada ibu insyaallah kamu diberi ketenangan. dalam lembut itu kita bertegas.

yg penting jga hati kamu serta hubungan kamu dgn allah maka hubungan sesama manusia(keluarga ) juga terpelihara. wallahuallam.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 10:34 AM | Show all posts
sian nyaaa... adik beradik ko ni mmg nye malas ke ape?
klu malas lantak akan aje...

mak aku ada cousin perangai negatif mcm ni... aku mmg cukup meluatlah dgn pompuan ni
sikit2 dia ckp "Kak long (Mak aku punye gelaran) tak pe lah, anak2 dah kerja dah besar. mimah ni anak2 sekolah lagi"
masa zaman kitaorg sekolah dulu dia ckp kat mak aku "Kak long xpe lah, ada umah sana sini. duit sewa pon banyak"
aku masa tu... mcm nak cili aje mulut dia... tgk perangai dia yg klu dpt duit aje makan luar lah, shopping sentiasa lah...
mmg mak ayah aku giler beli umah sana sini masa diaorg muda2... tp bukan bermakna kitaorg kaya. umah2 tu pon bukan beli cash. bayar ansur2 kot. sewa tu pon dpt la seratus dua aje lebihan... shopping pon bukan selalu... yg penting perut kitaorg kenyang


pada aku, lantakan aje lah org2 yg negatif2 ni... biar pi la dgn depa ni
bukan nya merugikan kau pon... pasal hati kau tu... klu ko dah xtahn xyah lah balik jumpa diaorg. senang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2019 10:45 AM | Show all posts
It's not my family alone. Ada office mate ni, tiap kali parent dia ajak pegi kenduri ke yang perlu bermalam, adik - adik yang dah ber family mesti nak ikut. Lepas tu siap demand, homestay mesti nak bilik yang ada aircond semua. Tapi cost tak nak share. Takkan nak minta dengan parent pula? So, berkorban la bayar semua sebab tak mau minta dengan parent yang dah tua.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasenye anak2 kesyangan yg bnyk ngikis reta mak bapak sdg yg xdipandang ni la yg sentiase menolong..tp Allah maha adil..jgn pernah lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2019 11:22 AM | Show all posts
buat baik berpada pada.. sampai masa besok kalau kita memerlukan bantuan atau sampai satu situasi kita tak mengungkit tapi kedengaran mengungkit pada mereka, akan keluarlah dari mulut mereka.. awak yang nak bagi, kami tak minta pun

orang macam ni mereka tak rasa apa apa.. aku sudah kena..




Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Air dicincang tak akan putus tapi tulah dia yg susah cincang tak putus2 sebab ada pertalian darah. Nak tak nak, suka tak suka, perangai adik beradik ni kita telan aje lah. Kalau menjawab dgn yg lebih tua kata kita ni kurang ajar biadap, kalau menegur yg lebih muda nanti sentap tak nak balik raya, left  group whatssap family. Memang serba salah kalau fikir perangai adik beradik boleh makan hati. Jadi penyelesaiannya, kita bagi yang terbaik je untuk mereka. Yang mana boleh sabar kita telan aje sebab bila fikir dorg je yg ada akan sedekah doa untuk kita bila kita tak ada nanti. Tu aja adik beradik kita jadi sabar je ya tt
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 11:40 AM | Show all posts
Edited by Genkidesuka at 20-6-2019 11:41 AM

Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Yg senang tolong yg susah ikut kemampuan.  Takat tu je dah la.  Baik yg susah atau yg senang, jagalah mulut, jagalah hati masing2.   Sbb yg paling susah hati nanti ialah ibubapa yg melihat anak2 tidak rapat dan tidak mesra sesama mereka.  Walaupun ibubapalah punca anak2  jd mcm tu, kita sebagai anak yg sudah dewasa hendaklah bersikap matang dan jgn berdendam.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Genkidesuka replied at 20-6-2019 11:40 AM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Yg senang tolong yg susah ikut kemampuan.  Takat tu je dah ...

Ya betul.. kdg2 tu mak bpak yg tak matang dlm control keadaan. Suka lebihkan yg lain drp yg lain. Kesian kat anak yg teraniaya.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2019 11:49 AM | Show all posts
antidote replied at 20-6-2019 11:23 AM
Air dicincang tak akan putus tapi tulah dia yg susah cincang tak putus2 sebab ada pertalian darah. N ...

Bukan takat left group malah ada yang block Whatsapp dan unfriend di FB semata - mata satu soalan yang langsung tidak menghina atau mencerca.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
potpetpotpet replied at 20-6-2019 12:10 PM
apa yang awak buat utk jadi redha?
sy alami inilah.
contoh, hari raya kita saving awal2 untuk ba ...

Sedih nya baca. Sakitnya hati mcm kena siat siat ya i paham. Kdg2 org tua kita pun buat sesuatu, tindakan nya tu mcm tak matang. Mesti you rasa frust kan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 12:59 PM | Show all posts
potpetpotpet replied at 20-6-2019 12:10 PM
apa yang awak buat utk jadi redha?
sy alami inilah.
contoh, hari raya kita saving awal2 untuk ba ...

terpaksa menerima berlapang dada..dia ibu kita..setelah byk mengguris hati seorg anak ini..kita masih tidak layak melawan dan diperlakukan tidak adil. harus bgimana? menangis sudah segalanya sudah..berdoa sajalah agar hati kita tenang..berfikir positif bahawa ini bahagian kita di uji utk berlapang dada dgn sikap ibu. ada org lain di uji penyakit musibah dan mcm2. anggap jua..dgn ujian bgini kita diberi nikmat lain yg lebih byk..diprmudahkan serta anak2 yg tidak menyusahkan kita. kadang org igt ya..kau tu perangai teruk tu psal org smua buat kau. mulut manusia..pedulikan..dari jauh pun bole hidu.
apapun..ibu juga manusia biasa..dia tidak sedar melakukan perkara yg melukakan hati anak yg amat menyayangi dia..selalulah berdoa utk ibu walo dia telah tiada.



Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2019 01:03 PM | Show all posts
biaslah adik beradik macam tulah... macam2 peel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2019 01:13 PM | Show all posts
potpetpotpet replied at 20-6-2019 01:06 PM
frust you.
my eldest sister cakap, takpelah bahagian kita dah selesai (bagi duit kt mak ayah)
ap ...

Hanya orang yang mengalami perkara sebegini yang faham sedalam - dalamnya kekecewaan yang dirasai.
Entahlah, mak - bapak pun kadang - kadang menjadi punca perbalahan anak - anak juga.

Contoh, cucu dengan cucu bergaduh, tetapi cucu yang dari anak - menantu tak berapa disenangi teruk dibelasahnya. Sebagai mak dan ayah tentu berasa sedih. Mungkin akan jadi jauh hati dan merajuk tak mau balik kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan iols seorang je yg rasa macamni rupanya ramai jugak. Yang iols notice adalah anak perempuan selalu dilayan macamni dan anak lelaki dilebihkan. Which is sepatutnya adalah sebaliknya. Tapi mungkin culture orang melayu yah. Regardless anak lelaki tu tak berguna malah menyusahkan. Ntahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 12:45 AM | Show all posts
biasalah dlm adik beradik mmg ada lah 1-2 org perangai mcm tu..
kami ni bila ada mak ja skrg ni byk tolak ansur jaga hati mak kami..
apa2 ada nak ckp,ckp kat grup kami adik beradik tak nak depan mak
baru nak gaduh2 ke apa..sian mak kita dah tua2 ni dia nak semua anak2
berbaik tak nak gaduh2 ka kecik2 ati ka..nak kenduri ke doa selamat ka mana2
yg mampu bg lbh yg mampu bg duit kira bagi tenaga lah.dtg awal tlg2 mana2 yg
ptt..masa tu takde lah nak masam2 muka bagai..semua fikir sbb mak saja..bukan
lah pasni minta dijauhkan mak dah takde semua keluar perangai apa tp lbh pada
dah tua2 semua ni tak pyh lah nak gaduh2..sll ingat pesan arwah bapa .gaduh2 ka
apa2 ka tp bila salah sorang adik beradik kene jentik ke org lain semua kene bantu.
jadi itula yg diamalkan sampai skrg..alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2019 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah bisa tegal biasa..
Biasala adik beradik.. Peel mcm2
Dlm family i, anak2 lelaki xleh sentuh..
Mak i back up mcm2. Weols 2 beradik pompuan ni la yg byk mengalah.. Mcm kita plak anak lelaki..
Lama2 dh lali, weols lynkan aja mak. Asalkan mak bahagia sudah. So far, so good. Duit bln2 yg kasi kt mak, trrpulang pd mak nk buat apa. I don't bother.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.467109 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list