aleX-S Publish time 1-5-2019 06:08 PM

Ramadan: Aku Yang Puasa, Aku Yang 'Panas'...

Edited by aleX-S at 23-5-2019 03:15 PM



Ramadan (ejaan baru DBP), secara etimologi, berasal dari kata ra-mi-dha yang merupakan fi’il madhi. Kata akar ini bererti “panas” atau “panas yang menyengat”.

Kata ramadhan terdiri dari lima huruf:

https://i.ibb.co/MR3w71v/IMG-20190501-174925.jpg

1) Ra - rahmah (kasih sayang)
2) Mim - maghfirah (ampunan)
3) Dha - dhaman lil jannah (jaminan surga)
4) Alif - aman min an-nar (selamat dari neraka)
5) Nun - nur min al-Allah (cahaya dari Allah)

Sebab dinamakan Ramadhan juga kerana pada masa puasa mula difardhukan ia berlaku pada kemuncak musim panas. - Assamin Alhalabiy

Ada pula yang berpendapat bahawa kerana kepanasan perut orang berpuasa kerana kehausan

Di sini, dapat kita simpulkan bahawa Ramadhan itu adalah kepanasan. Kita merasai suasana yang panas, yang memerlukan kita menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa

Kita letak tepi perihal panas ni, sebab sekarang memang panas...scroll down...

Mari berkongsi, apa yang kawan2 buat, resepi untuk berbuka dan bersahur, menu berbuka dan bersahur selama sebulan, tips untuk mengekalkan kecergasan tubuh semasa berpuasa di bulan Ramadan

Semoga bermanfaat :)

https://i.ibb.co/k4CcnB4/IMG-20190501-180608.jpg
https://i.ibb.co/GVXbF5Q/Photo-makanan-buka-puasa.png

Selamat berpuasa, may Allah accept all our prayers this Ramadan



aleX-S Publish time 1-5-2019 06:17 PM

@KILL_NANCY nak tips kecergasan di bulan puasa :)

Dr @ipes2 mohon menyumbang di sini

@seribulan letak laa gambar steamboat yong tau fu tu

@AlterEgo harap share gambar juadah berbuka di sana :loveliness:

@hibernation
@kuihbakar
@NamaKuMawar

aleX-S Publish time 1-5-2019 06:41 PM

Homemade Susu Kurma
- petua untuk atasi letih di bulan puasa

Rendam 5 kurma dibuang biji semalaman, masa sahur tu blend dengan fresh milk, crushed almond, nak lagi sedap letak vanilla beans



Voila...


Nak bagi dapur berbau wangi, masak dulu susu tu dengan vanilla beans atas dapur, nescaya seharian dapur berbau macam kat kedai pastry ;P

aleX-S Publish time 1-5-2019 06:47 PM

Senaman to relieve back pain di bulan puasa



Golongan mak2, mereka yang selalu duduk buat kerja kat dapur boleh buat yoga. It helps a lot. Sambil duduk, baring pun boleh buat, tak perlu berlari-lari ;P

aleX-S Publish time 1-5-2019 06:50 PM

@Catpaw
@MeghanK
@fixit

seribulan Publish time 1-5-2019 06:53 PM

First


:)

kristalbaby000 Publish time 1-5-2019 06:58 PM

Beberapa tips menghadapi bulan Ramadhan.

1. Bina Stamina.
Tingkatkan stamina dengan biasakan diri untuk mengurangkan pengambilan makanan mulai sekarang. Latih diri untuk berasa sedikit lapar setiap hari kerana bulan Ramadan juga memberi peluang untuk umat Islam menghayati kesusahan dan keperitan golongan yang kurang bernasib baik. Selain itu, melakukan senaman ringan juga boleh meningkatkan stamina ketika berpuasa.

2. Menahan Sabar
Dengan waktu berpuasa yang dirasakan begitu panjang, ada sahaja perkara yang akan menguji tahap kesabaran dalam diri. Berpuasa bukan sahaja menahan diri daripada makan atau minum malahan ia juga menyuruh umat Islam untuk menahan sabar daripada berkata perkara yang tidak berfaedah.

3. Zikir dan Doa
Senaraikan doa-doa yang ingin diamalkan sepanjang bulan Ramadan. Sementara menunggu waktu berbuka ataupun ketika menunggu masuknya waktu Isyak, amalkan diri dengan membaca doa atau berzikir untuk mengelakkan diri daripada membuang masa.

4. Menu Iftar dan Sahur
Rancang menu Ramadan sebelum menghadapinya. Beli dan simpan barang kering yang diperlukan dalam menu seharian. Ini akan membantu dalam menjimatkan masa, tenaga dan duit. Sediakan dan bekukan barang masakan seperti daging atau ayam sekurang-kurangnya 15 hari sebelum Ramadan.

AlterEgo Publish time 1-5-2019 07:07 PM

Wheee!

Assalamualaikum Ramadannnnnn! In shaa Allah ada jodoh kita jumpa soon.. :$

Nanti share juadah yang maybe lain sikit kat sini.. Heheh

seribulan Publish time 1-5-2019 07:12 PM

aleX-S replied at 1-5-2019 05:17 PM
@KILL_NANCY nak tips kecergasan di bulan puasa

Dr @ipes2 mohon menyumbang di sini


Shabu shabu. Aci :)

ninja boy Publish time 1-5-2019 08:13 PM

1-2 hari sblm puasa Latih perut berlapar mkn sedikit. 1st day perut kurang terkejut

KILL_NANCY Publish time 1-5-2019 08:25 PM

thanks kak pah.{:1_149:}

hibernation Publish time 1-5-2019 10:37 PM

Dijangkakan bermula mei ni cuaca panas dan kering terutama pantai timur dgn taburan hujan amat sedikit....mcm pembaca berita pulak:$

Semoga bertabah wahai anak2

aleX-S Publish time 1-5-2019 10:43 PM

@mamarock share laa menu untuk berbuka yang mama buat hari ni :$

@makneng

Kak @noor2

Kak @adila39

aleX-S Publish time 1-5-2019 10:44 PM

Ada kawan, ayah beliau meninggal, nak sedekah on behalf of beliau punya ayah tapi tak de duit. So buat this planner ni as sedekah. Share guys. Mana tahu dapat manfaat and comel laa planner ni. Terima kasih :loveliness:

Ramadan 2019 Planner pdf

https://i.ibb.co/CMGfgw6/R1.jpg

https://i.ibb.co/1KFfNhX/R2.jpg

https://i.ibb.co/whBhMvH/R3.jpg

https://i.ibb.co/L1qXqPJ/R4.jpg

https://i.ibb.co/vwNCHf9/R5.jpg

https://i.ibb.co/s1tJTWD/R6.jpg

https://i.ibb.co/j4CcDMW/R7.jpg

https://i.ibb.co/N2qHGfW/attachment-page-008.jpg

https://i.ibb.co/K0M4Jtt/attachment-page-009.jpg

https://i.ibb.co/F0qThbf/attachment-page-010.jpg

https://i.ibb.co/HB71HP1/attachment-page-011.jpg

https://i.ibb.co/s2kTGvq/attachment-page-012.jpg

https://i.ibb.co/pWzcyLd/attachment-page-013.jpg
https://i.ibb.co/hsx7Q4g/R14.jpg

https://i.ibb.co/HgVTXk4/attachment-page-015.jpg

https://i.ibb.co/CvNPTTq/attachment-page-016.jpg

https://i.ibb.co/hmZZSQP/attachment-page-017.jpg

https://i.ibb.co/jWgwqF9/attachment-page-018.jpg

https://i.ibb.co/7K5KtGS/attachment-page-019.jpg

https://i.ibb.co/Z62TYfP/attachment-page-020.jpg

https://i.ibb.co/5Tj60FX/attachment-page-021.jpg

Al-Fatihah

aleX-S Publish time 1-5-2019 10:45 PM

kristalbaby000 replied at 1-5-2019 06:58 PM
Beberapa tips menghadapi bulan Ramadhan.

1. Bina Stamina.


Terima kasih sis baby :loveliness:

aleX-S Publish time 1-5-2019 10:46 PM

seribulan replied at 1-5-2019 07:12 PM
Shabu shabu. Aci

Thank you seribulan. Kalau dah buat menu untuk sepanjang puasa, boleh sharing is caring kat sini :$

aleX-S Publish time 1-5-2019 10:48 PM

AlterEgo replied at 1-5-2019 07:07 PM
Wheee!

Assalamualaikum Ramadannnnnn! In shaa Allah ada jodoh kita jumpa soon..


Sila2. Bagi nama juadah sekali tau, boleh google resepi ;P

aleX-S Publish time 1-5-2019 10:49 PM

ninja boy replied at 1-5-2019 08:13 PM
1-2 hari sblm puasa Latih perut berlapar mkn sedikit. 1st day perut kurang terkejut

Terima kasih. Ada tips dari segi kecergasan di bulan puasa tak? Tengah2 panas ni

aleX-S Publish time 1-5-2019 10:50 PM

KILL_NANCY replied at 1-5-2019 08:25 PM
thanks kak pah.

Nak kredit berjuta2 lemon ;P share gambar dan nama juadah berbuka ok

aleX-S Publish time 1-5-2019 10:51 PM

hibernation replied at 1-5-2019 10:37 PM
Dijangkakan bermula mei ni cuaca panas dan kering terutama pantai timur dgn taburan hujan amat sedik ...

Semoga akak diberikan kesihatan yang baik untuk mengimarahkan Ramadan
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Ramadan: Aku Yang Puasa, Aku Yang 'Panas'...


ADVERTISEMENT