Sarirsa Publish time 30-4-2019 10:50 AM

"Tak Bertudung Layak Dizina, Dicabul"- Ustaz Beri Kenyataan 'Panas' Di

Kursus pra-perkahwinan memang sudah menjadi kewajipan untuk dihadiri pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Kalau dapat penceramah yang baik dan berilmu, pasti menghiburkan.


Tapi, kalau dapat penceramah yang tidak tentu arah, pasti pening dan tak membawa faedah. Seperti cerita yang tular di Twitter mengenai seorang penceramah di kursus pra-perkahwinan yang menyebarkan perkara tidak sepatutnya.


Ustaz ini dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa wanita tidak bertudung layak dizina dan dicabul. Astaghfirullahalazim!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/29/220120jmsxn59sns85mxe3.jpg
Kredit foto: Twitter




Lihat video di bawah ini untuk lebih jelas.




https://twitter.com/IsacScherbs/status/1122608060965371904


Rata-rata netizen geram dengan ustaz terbabit dan meminta pihak JAWI supaya memantau kursus pra-perkahwinan agar tidak tercemar dengan pengaruh tidak elok.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/29/220644ll5dw4d4d5l7if10.jpg
Kredit foto: Twitter




Tolonglah pantau orang yang memberi ceramah sebegini.- CARI

saviour_09 Publish time 30-4-2019 11:04 AM

aku dulu kursus kahwin
penceramah aku hakim syariah yg memang well known dgn gatal namampos
masa berceramah pun tak habis2 selit pasal sex

mujur nak kan sijil kursus tu je
kalo ikut kan darah muda dulu nak aje aku bertekak :lol:

sekarang zaman socmedhaaa hadap la
slack sikit je terus viral la ko

RatuDunia94 Publish time 30-4-2019 11:20 AM

Nonsense. Kalau iols ada dlm kuliah tu.. iols terus keluar..

fushimi Publish time 30-4-2019 11:32 AM

saviour_09 replied at 30-4-2019 11:04 AM
aku dulu kursus kahwin
penceramah aku hakim syariah yg memang well known dgn gatal namampos
masa b ...

lobai sistur kalau ceramah modal apo lagi nak guna


saviour_09 Publish time 30-4-2019 11:37 AM

fushimi replied at 30-4-2019 11:32 AM
lobai sistur kalau ceramah modal apo lagi nak guna

kheennn

tak bebird, ketet
tak ketet, pepet

tu je la modal
yg mendengar pun payung gelak sekali
terkekek jadi bahan


munchkin Publish time 30-4-2019 11:37 AM

Tak nak tepuk tepuk tangan dan sokong ke? Geng bungkus kepala lain terdedah?

sarahmirza Publish time 30-4-2019 11:39 AM

Ramai ustaz ustazah bodoh dari dulu..
Hidup tak berkembang..
Masa i kursus kawin dulu, ustaz sorang tu siap bagi tau siapa ada hati nak poligami boleh contact dia..
Bila tajuk lain, ustaz lain pulak.. dia selamba tanya sorang lelaki dh kawin pergi kursus teman gf dia..
Kenapa nak poligami? Mamat tu jawab sebab nak anak.
Ustaz tanya, dengan isteri skrg ada anak tak? Ada..
Dah tu, anak apa lagi yang takde? Tersipu2 mamat tu..

Kursus kahwin ni tak payah ada pun takpe..
Sebab ada pun tetap berduyun2 orang kahwin cerai jugak..
Saja adakan untuk menyusahkan orang sambil depa yg berkaitan kumpul duit nak hidup.

munchkin Publish time 30-4-2019 11:42 AM

Tempat aku pi kursus kawin takde plak sentuh aurat. Ustaz tu dok suruh lelaki tolong bini. Tolong basuh pinggan tolong basuh baju lipat kain. Pokoknya tolong bini. cepat habis haaaaaaaa katanya. Asyik ketawa je.

Next session penceramah pompuan masuk. Dia tanya tadi yg pencermah sebelum ni kata apa. Kita orang kata dia suruh tolong bini. Sebab cepat haaaaa. Selamba penceramah tu kata itu suami saya.

Takde buat rasa tak selesa pada peserta. Peserta punk pompuan laki pun ada. Elok dari awal sampai akhir duduk takde nampak depa tak selesa.

Melorqe Publish time 30-4-2019 11:44 AM

aku pergi kursus kahwin tak da benda2 merepek.
tempat korang ni ambil ustaz tangkap muat ja kut.
kalau ustaz yg berilmu aku rasa masa dia penuh berucap hal ilmu takda nak cerita mengarut2.

CiliPadiSedap Publish time 30-4-2019 12:08 PM

munchkin replied at 30-4-2019 11:42 AM
Tempat aku pi kursus kawin takde plak sentuh aurat. Ustaz tu dok suruh lelaki tolong bini. Tolong ba ...

hahahaha itu memang kelakar.. laki takut bini

airmineral Publish time 30-4-2019 01:46 PM

Melorqe replied at 30-4-2019 11:44 AM
aku pergi kursus kahwin tak da benda2 merepek.
tempat korang ni ambil ustaz tangkap muat ja kut.
k ...

setuju dengan ko
kursus kawen ni kalau jenis penganjur yang tangkap muat je penceramahnya
isi kandungan kursus mmg melencong
end up, kursus x mencapai objektif

duri_durians Publish time 30-4-2019 03:07 PM

relevan lagi ke kursus kahwin ni?

kadar perceraian makin hari makin meninggi kan?

dua_chzy Publish time 30-4-2019 03:27 PM

Besalah ustad setok klas blakang. Masa akak gi kursus nikoh pon segala hadis pelsu, fatwa berunsur kelentong, kuar.

dua_chzy Publish time 30-4-2019 03:29 PM

airmineral replied at 30-4-2019 01:46 PM
setuju dengan ko
kursus kawen ni kalau jenis penganjur yang tangkap muat je penceramahnya
isi ka ...

Hakak pon stujuh. Karna ex hakak gi kursus di bandar, kemain bagus contents yang disampaikan. Penceramah pon helok takda kuar topik or cakap macam insan retard. Di daerah akak, penceramah setok klas blakang tak abis2 melucah dan cakap stended bebudak klas blakang. Hada sorang ja yang hokeh tekankan pasal tanggungjawab suami terutama bab kewangan segala.

batu kikir Publish time 30-4-2019 04:09 PM

Tak bosan ke dengar "temberang' Ostad.
Enuff la

Asdan Publish time 30-4-2019 11:49 PM


apa maksud dizina ? rela atau paksa ?

munchkin Publish time 1-5-2019 12:59 AM

Bila dia kata layak dizina tu meaning? Mana jakim dan badan agama lain? Tak nak tangkap ke mamat yg terang teramg suruh zina?????

hasniey Publish time 1-5-2019 04:17 AM

Asdan replied at 30-4-2019 11:49 PM
apa maksud dizina ? rela atau paksa ?

Haruslah paksa.nk lapik sikit ayat dirogol agaknye
Gile punya ustaz.abes yg psngn "zina" dia tu xdosa ke?buat perempuan mcm xde harga

onexox97 Publish time 1-5-2019 10:18 AM

Orang bagi saya kursus kawen dulu dah cerai
Dah kawen lain pun dia

fairy_fairy Publish time 1-5-2019 10:38 AM

I was lucky sebab masa I pergi kursus kahwin, ustaz-ustaz tu lebih banyak tekankan pasal tanggungjawab lelaki kepada isteri. I think para lelaki pun tak sangka diorang kena grill macam tu. Maybe dah selalu dengar yang kursus kahwin banyak cerita lawak lucah jer untuk gelak-gelak and dapat sijil.
Pages: [1] 2
View full version: "Tak Bertudung Layak Dizina, Dicabul"- Ustaz Beri Kenyataan 'Panas' Di


ADVERTISEMENT