LinguaFranca Publish time 5-9-2019 07:03 PM

https://belacangirlcheeseboy.com/2019/09/04/film-review-dendam-pontianak/
BelacanGirl / 1 day ago
It has been a while since CheeseBoy and I both last watched a movie at the cinema. I guess we are rather choosy these days. But when we received the invitation to watch the premiere of #DendamPontianak, we just knew that it was something that we don’t want to miss!If you know us well, you’ll know that we have been a long time fan of Fazura. We both have written her movies review, here (Kami Histeria) , here (Manisnya Cinta di Cappadocia and here (J Revolusi)When we found out that Fazura was about to play another Pontianak role, we can’t help to wonder how different is it going to be with her role of Cik Lang in Kami Histeria. But after watching the movie, we totally get why she decided to play the ghostly role. Mina (Fazura’s role) is quite different from Cik Lang. Cik Lang was a Pontianak (or Langsuir) with a twisted sense of humour, but Mina is full of anger and sadness.https://nozakamaruddin.files.wordpress.com/2019/09/revenge-of-the-pontianak-dendam-pontianak-by-glen-goei-and-gavin-yap-courtesy-of-tiger-tiger-pictures.jpg?w=700In general, I would say Dendam Pontianak is not another Pontianak movie. I am not going to talk much about the storyline, as I wouldn’t want to give away any spoilers. Unlike any other Pontianak movie where they are usuallyportrayed as soul-less evil entities without much of a background story, Dendam Pontianak, on the other hand will reveal what actually happened to Mina. This will make you understand her anger and believe it or not, you will actually sympathise with her.We were highly impressed by the production’s crew effort in re-creating the 1965 (year where the movie was set) atmosphere. Right from the props, to costume as well as hair and make-up. The cinematography are also amazing, with beautiful sceneries and shots.The cast of Dendam Pontianak are a dream cast! The ensemble each played their roles well. Both leads Fazura and Remy’s performance are believable and you can feel their anguish and terror in many scenes. Nam Ron’s performance also left an impression on the audience.Verdict: Fun movie to watch.Dendam Pontianak is coming to Malaysian cinemas on September 12, 2019.

amandel Publish time 5-9-2019 10:09 PM

Fazura looks very classy by wearing kebaya {:loveo

LinguaFranca Publish time 5-9-2019 10:35 PM

https://www.instagram.com/p/B1_bcuAHpJm/

LinguaFranca Publish time 6-9-2019 12:51 PM

https://kakimuvee.net/review-filem-dendam-pontianak-revenge-of-the-pontianak/
HomeReviewReview Filem: Dendam Pontianak / Revenge Of The Pontianak



[*]Review
[*]Slot Asia
Review Filem: Dendam Pontianak / Revenge Of The PontianakBy
Kakimuvee
September 5, 2019
Selain Pocong, Penanggalan dan Toyol, Puntianak merupakan salah satu legenda mitologi masyarakat dirantau ini yang sering ‘diajak’ berlakon dalam mana-mana filem seram, baik dari negara Indonesia ataupun dari negara kita. Namun sejak akhir-akhirnya, Puntianak jarang menerima tawaran berlakon dek kerana persaingan hebat dengan filem-filem ‘hantu’ dari barat serta kebangkitan filem-filem bertemakan ‘superhero’.Namun tahun ini, Puntianak berpeluang untuk kembali bersinar selepas dua produksi dari Malaysia dan Singapura bergabung dan menghasilkan sebuah filem berjudul Dendam Pontianak atau dalam bahasa Inggerisnya, Revenge of the Pontianak. Berlatarbelakangkan disebuah perkampungan kecil pada pertengahan 1960an, Dendam Pontianak dimulakan dengan majlis perkahwinan diantara dua pasangan sejoli iaitu Khalid (Remy Ishak) dan Siti (Shenty Feliziana). Majlis yang penuh meriah tetapi sederhana itu turut dihadiri Rais (Tony Eusoff), rakan Khalid yang telah lama terpisah. Tersentak dengan kisah lampau yang masih belum ditunjukkan diawal pengenalan filem, Khalid lantas mengukir senyuman dan berpelukkan dengan rakan lamanya itu.Dimalam hari, seperti adat masyarakat dulu, penduduk kampung bergembira melayan kugiran tetapi secara ala kadar di majlis persandingan Khalid dan Siti. Namun apa yang mereka tidak diketahui, terdapat tetamu – berpakaian kebaya merah dan tidak ber’high heal’ – telah muncul dimajlis tersebut, dan bakal menghuru-harakan penduduk kampung disebabkan dendam kesumat terhadap seorang pemuda yang telah menjahanamkannya.Dendam Pontianak merupakan sebuah filem yang bertemakan seram romantik, namun anda tidak perlulah terlalu percaya kepada tema-tema pada filemnya. Jangan terlampau berharap Dendam Pontinak sama seperti Pontianak Harum Sundal Malam walaupun terdapat sedikit persamaan, dan jangan cuba membayangkan kisah romantik dalam filem ini persis percintaan diantara Edward Cullen dan Bella Swan seperti dalam francais Twilight Saga. Plot filem ini boleh dikatakan di’compress’ dari filem Pontianak Harum Sundal Malam tanpa sebarang pembaharuan yang segar dan paparan masyarakat tradisional tanah melayu. Jalan ceritanya agak ‘linear’ dan disertakan sedikit ‘flashback’ mengenai kisah lampau Khalid. Penamatnya pula dibuat agak tergesa-gesa walaupun pengarahnya cuba memberi sedikit kelainan dengan memberikan sentuhan emosi diantara hubungan seorang ibu dan anaknya. Saya tidak pasti sama filem ini menerima kesan dari penapisan Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi apa yang saya perasan, terdapat beberapa ‘plot hole’ yang membuatkan saya tertanya-tanya disepanjang perjalanan filem, terutamanya pada ‘act’ ketiga filem ini.Namun dari segi keseraman, ianya agak menakutkan. Terdapat beberapa babak yang mampu membuat kejutan yang agak teruk kepada penonton. Runut bunyi serta suasana sekeliling semasa babak-babak ini banyak membantu membangkitkan bulu roma. Tapi sayang, elemen seramnya tidak digunakan dengan sebaik mungkin, tidak banyak ‘screen time’ dan gagal memberi tekanan kepada penonton. Babak kemuncak filem ini sepatutnya lebih menyeramkan dan ‘intense’, tetapi apa yang berlaku, ia menjadi seperti filem aksi dimana Puntianak ‘bersilat’ menentang para penduduk kampung yang ingin membunuhnya.Saya juga agak kecewa kerana Dendam Pontianak gagal memberi fokus kepada gangguan yang dihadapi oleh anak Khalid, Nik (Nik Harraz Danish) sedangkan watak kanak-kanak ini boleh memberikan lebih banyak debaran dan tekanan kepada watak utama. Kekurangan ini jugalah menjadi salah satu punca kepada ‘plot hole’ dalam penceritaannya. Jika ia diberi fokus, bukan sahaja keseraman itu dapat disampaikan, malah dapat mewujudkan emosi yang lebih hebat seiring dengan penamat filem ini.Selain itu juga, saya tertanya-tanya dimanakah elemen romantik yang cuba disampai oleh pembikin filem. Saya membayangkan kisah percintaan terlarang diantara Khalid dan Mina sehingga menyebabkan berlakunya Dendam Pontianak. Tetapi kisah romantiknya tidak sampai dan tidak memberi sebarang kekuatan kepada plot filem ini.Tiada apa yang boleh diperkatakan sangat tentang watak-watak dalam filem ini. Semuanya sekadar biasa-biasanya sahaja. Selain Remy Ishak dan Fazura, selebihnya tidak berfungsi 100%. Watak Siti sebagai isteri Khalid tidak banyak membantu, begitu juga Su’ut Din lakonan Nam Ron yang tiba-tiba hilang dipenghujung filem walaupun dia pada awalnya dilihat boleh menjadi antara karakter penting dalam menghalang kerakusan Puntianak. Satu lagi pelakon veteran, Wan Hanafi Su sekadar diberikan watak yang jika ada atau tiada, sama sahaja, tidak memberi kesan kepada plot. Sebagai Mina, Fazura tidaklah mengecewakan, tetapi sebagai Puntianak kurang memberi ingatan sepertimana Puntianak versi Maya Karin.Dari segi reka bentuk produksi tidaklah begitu mengecewakan, walaupun beberapa kesan fizikal dan solekan dibuat agak ‘cincai boncai’. Teknik sinematografinya cantik, suasana 60an pun dapat diterjemahkan walaupun saya terperasan beberapa ‘detail’ dari zaman ini.Secara keseluruhannya, Dendam Pontianak atau Revenge of the Pontianak mampu memberikan sebuah filem seram yang menakutkan kepada penonton meskipun dari segi penceritaan dan lakonan sedikit gagal. Saya percaya, jika ia diberi lebih tempoh durasi tayangan dengan penceritaan yang lebih fokus dan seram yang lebih jitu, Dendam Pontianak akan menjadi lebih menarik, lebih beremosi dan lebih menakutkan.Rating Kakimuvee: 6/10





LinguaFranca Publish time 6-9-2019 12:53 PM

https://stail.my/cerita/budaya/dendam-pontianak-review-fazura-remy/
#REVIEW DENDAM PONTIANAK, DENDAM YANG SEDIH & DUKAhttps://stail.my/wp-content/authors/zaidiche-14.png
6 SEPTEMBER 2019OLEH: ZAIDI CHE
DENDAM PONTIANAK ialah filem seram rawan yang diarah dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin, namun dibelenggu dengan pelbagai kejadian mistik, yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan dan pembunuhan.‘Pontianak’ dalam mitos Nusantara merujuk kepada roh atau hantu wanita mengandung yang meninggal dunia ketika sedang melahirkan anak. Kematian ini dipenuhi dengan dendam kesumat. Ia kisah hantu rakyat yang terkenal di Asia Tenggara dan paling digeruni, tetapi pada hakikatnya kisah Pontianak ialah sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan.‘Dendam Pontianak’ dirangka pada era 1950-60an, sebelum dan selepas Kemerdekaan Malaya. Bermula dengan babak perkahwinan antara Khalid (Remy Ishak) dan Siti (Shenty Feliziana) di sebuah perkampungan yang terpencil. Di sinilah ‘tetamu’ yang tak diundang – sosok perempuan berkebaya merah tak bersepatu – datang membuat kemunculan.DIA DATANG MEMBAWA DENDAM PONTIANAK YANG MEMBARAJalan cerita berjalan agak perlahan. Namun, sinematografi filem ini sangat cantik dan mengagumkan. Reka bentuk kostum dan produksi boleh diberi pujian. Susunan muzik dan pencahayaan wajar diberi tepukan.Intipati filem adalah tentang cinta dan apakah akibatnya jika cinta sejati itu dikhianati. Segala penceritaan dan tragedi, sama ada baik atau buruk yang menimpa watak-watak di dalam filem ini sememangnya bermula dari cinta. Bagusnya, filem ini lebih memberi fokus pada watak pontianak itu sendiri dan tentang kisah peribadinya.SIAPAKAH DIA DAN APAKAH YANG TERJADI SEBELUM DIA MENJADI PONTIANAK?Filem ini juga meneroka kebarangkalian sifat rakus dan jahat yang wujud dalam diri manusia. Jika diuji tahap kesabarannya, tidakkah manusia itu sendiri juga akan berubah dan memberontak?Namun ada beberapa cela dalam filem ini yang kelihatan sangat ketara. Pertama, entah mengapa lakonan mereka kelihatan janggal? Padahal nama-nama yang membintangi filem seram ini tidak kalah hebatnya. Namron dan Wan Hanafi Su. Watak Namron sebagai Su’ut Din, bomoh atau ustaz (saya pun tak pasti) terlihat tergesa-gesa. Wan Hanafi Su diberikan watak sebagai ketua kampung yang tiada banyak peranan.Mungkinkah kerana faktor arahan pengarah? Jalan cerita agak mendatar dan boleh dibaca. Paling menghairankan, babak orang kampung mengejar dan berlawan dengan pontianak (yang turut berlari dan berjalan). Bayangkan melawan pontianak dengan hanya kayu dan obor? Kamu fikir nak tangkap musang? Babak ini sangat tidak relevan. Asal kamu tahu, pontianak boleh terbang, ya anak-anak.Selain itu, saya kaget dengan cara pembunuhan pontianak yang disarankan oleh Su’ut Din. “Bukankah memaku paku di leher pontianak itu sendiri akan membuatnya berubah menjadi wanita yang cantik? Sejak bila cara ini digunakan untuk membunuhnya?” getus saya di kepala.Akhirnya, babak penutuplah yang menyelamatkan keadaan. Di babak ini saya benar-benar tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan Mina (Fazura) selaku pontianak. Lakonan Fazura pun agak ‘strong’. Babak ini membuat semua yang menonton pada hari tayangan perdana itu, mengalirkan air mata.Sebenarnya, filem ini ingin menyampaikan cinta sebenar Mina hanyalah kepada anaknya. Itu mesej utama yang ingin dibawa. Kasih ibu membawa ke syurga walaupun dalam bentuk bukan manusia.DENDAM PONTIANAK mula mengilai di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019 (12/9/19).






cicicumel Publish time 6-9-2019 11:44 PM

Byk negatif review film ni... haha

Perawankota Publish time 7-9-2019 02:10 AM

Adoii.. Nak tgk, tp ada bad review lak

LinguaFranca Publish time 7-9-2019 11:00 AM

Edited by LinguaFranca at 7-9-2019 11:02 AM

https://sg.style.yahoo.com/review-revenge-of-the-pontianak-has-a-fresh-take-on-the-monster-while-paying-homage-to-old-films-072100350.htmlMovies

REVIEW: 'Revenge of the Pontianak' has a fresh take on the monster while paying homage to old films

https://s.yimg.com/ny/api/res/1.2/V62etY4xGr8TKQ.i3OMKMQ--~A/YXBwaWQ9aGlnaGxhbmRlcjtzbT0xO2ZpPWZpbGw7dz04NDtoPTg0O2lsPXBsYW5l/http://l.yimg.com/os/creatr-images/GLB/2017-10-27/9f231bf0-bad8-11e7-b858-335c189753f6_DP-Square.jpg

Marcus GohContributor
Yahoo Movies Singapore6 September 2019

https://s.yimg.com/ny/api/res/1.2/cxW2V2CeqW9c0PjLNDNFoA--~A/YXBwaWQ9aGlnaGxhbmRlcjtzbT0xO3c9ODAw/https://media-mbst-pub-ue1.s3.amazonaws.com/creatr-uploaded-images/2019-08/696c70f0-ca36-11e9-b3f8-20ac399e6e98
PHOTO: Tiger Tiger Pictures
More
SINGAPORE – There's no denying the appeal of the pontianak when it comes to anything horror-related — she's probably the most famous supernatural creature we have in the country besides the Merlion. So it's no surprise that horror films like Revenge of the Pontianak are highly anticipated, because it's another chance to see the monster on screen again.Revenge of the Pontianak centres on a pair of newlyweds in a small kampung in ‘60s Malaysia. Their marital bliss is quickly interrupted by strange occurrences all around them. As they try to discover the source of their troubles, they learn that skeletons in the closet always return to haunt you — and secrets can tear a family apart.READ MORE:Glen Goei humanises a monster in 'Revenge of the Pontianak', and Nur Fazura saw a pontianak on setSingapore and Malaysia cinema's love affair with pontianakshttps://s.yimg.com/ny/api/res/1.2/UMQcsLlTJFuwx94glXjajg--~A/YXBwaWQ9aGlnaGxhbmRlcjtzbT0xO3c9ODAw/https://media-mbst-pub-ue1.s3.amazonaws.com/creatr-uploaded-images/2019-08/69612650-ca36-11e9-be7a-a938d83ea511
PHOTO: Tiger Tiger Pictures
More
It's difficult to comment on the effectiveness of the movie's titular spirit, Mina, played by Malaysia’s Nur Fazura. You don't actually see much of the pontianak for most of the film. Sure, she does haunt the villagers — but unless she's murdering them outright, her hauntings amount to little more than indirect inconveniences. But then, the film makes it clear that you're not meant to hate the monster, so perhaps that's the reason for her lacklustre hauntings?Co-directors Glen Goei, Singaporean theatre veteran, and Malaysia’s Gavin Yap, try their gosh darn hardest to make you sympathise with the pontianak by showing you what she was like in life and you can see where it's going with this storyline once it appears. Mina even waxes lyrical in the closing scenes as she tries to moralise to... the world in general. But can you really sympathise with an undead creature that has massacred so many people in cold blood?https://s.yimg.com/ny/api/res/1.2/CYc48YZA1ScUzhSOOj7XUQ--~A/YXBwaWQ9aGlnaGxhbmRlcjtzbT0xO3c9ODAw/https://media-mbst-pub-ue1.s3.amazonaws.com/creatr-uploaded-images/2019-08/69779480-ca36-11e9-bf1c-a3ca005ffbb3
Photo: Tiger Tiger Pictures
What makes the whole sympathetic pontianak angle even more incongruous is that pontianak's big reveal also culminates in the film's big action sequence, which has her facing off against her human attackers. She first picks them off one by one using stealth and speed, but eventually just gives up on that approach and faces her attackers en masse. That's when she transforms into this jump kicking, kungfu pontianak who swats people aside left, right and centre, making her more of an MMA fighter rather than a howling banshee. It's an image that you're not likely to forget, and that's probably the most memorable aspect of the pontianak.There is some artistic merit in the visual direction of the film, as modern stylistic choices are made to show the transformation of the kampung setting from an idyllic haven away from civilisation to a gritty shooting gallery for the pontianak. The set design and production values are on point. However, the beautiful sets do create an odd logic snarl in the film. Characters are often seen running into rooms and slamming the door shut behind them — but the design of the ground floor kampungs mean that there are often mini-balconies, with openings as large as a door, in the same shot where the character has just closed the door for safety. It negates the purpose and protection of a door, and undercuts the intended horror of the scene with unintended humour (can't the pontianak come in through the balcony?).https://s.yimg.com/ny/api/res/1.2/AfTB62HaNUSOEfgjeig5sA--~A/YXBwaWQ9aGlnaGxhbmRlcjtzbT0xO3c9ODAw/https://media-mbst-pub-ue1.s3.amazonaws.com/creatr-uploaded-images/2019-08/69dc97e0-ca36-11e9-9bf3-b3cabd23c354
PHOTO: Tiger Tiger Pictures
The movie does try to pay homage to its predecessorsin terms of style, but some decisions, like aping the closing iris transitions (where the scene fades to black through a rapidly narrowing circle) of yore, tend to break you out of that suspension of disbelief. It also overuses some shots, like a variation of the eye zoom transition, which does bring home the point that yes, this is a reference to older films. But all this is done in the spirit of honouring older pontianak films, and it's evident in the sheer (although somewhat misguided) enthusiasm of the execution.Thankfully, Revenge of the Pontianak has Remy Ishak to anchor the film as the protagonist Khalid, who has to deal with the pontianak's haunting him right after his wedding. As the straight man of the film, he manages to deal with the hauntings (and occasionally odd situations) with a believable realism, without taking the film too seriously. He's the one you root for, despite the Herculean attempts of the film to make you sympathise with the pontianak.Revenge of the Pontianak makes some drastic changes to the classic pontianak, with mixed results. What's clear though, is that we really needed to see more of the pontianak in the movie. Still, it's done with heart, which is what pulls it through some strange directorial decisions.Should you watch this at weekday movie ticket prices? Yes.Should you watch this at weekend movie ticket prices? No.Score: 2.9/5Running time: 92 minutesRevenge of the Pontianak is a Singaporean-Malaysian horror movie in Malay. It is also know as Dendam Pontianak.It is directed and written by Glen Goei and Gavin Yap. It stars Nur Fazura (Mina), Remy Ishak (Khalid), Hisyam Hamid (Reza), Shenty Feliziana (Siti), Nam Ron (Su'ut Din), Tony Eusoff (Rais), Nadiah M. Din (Aisha), Wan Hanfi Su (Penghulu), Nadia Aqilah (Ida), and Nik Harraz Danish (Nik). It is rated PG-13.Revenge of the Pontianak is out in cinemas:
- 29 August, 2019 (Singapore)
- 12 September, 2019 (Malaysia)Marcus Goh is a television scriptwriter who writes for “Crimewatch”, as well as popular shows like “Lion Mums”, “Code of Law”, “Incredible Tales”, and “Police & Thief”. He’s also a Transformers enthusiast and avid pop culture scholar. You can find him on social media as Optimarcus and on his site. The views expressed are his own.

LinguaFranca Publish time 7-9-2019 03:37 PM

http://www.gempak.com/artikel/24249/lakonkan-babak-intim-dengan-remy-ishak-shenty-feliziana-sedia-dikritik-netizen
Lakonkan Babak Intim Dengan Remy Ishak, Shenty Feliziana Sedia Dikritik Netizen
Pelakon Shenty Feliziana bersedia seandainya netizen mengkritik lakonannya dalam sebuah babak intim bersama Remy Ishak untuk filem Dendam Pontianak.

Menurut Shenty, pada mulanya, dia sendiri berasa terkejut ketika membaca skrip namun menerimanya sebagai satu tanggungjawab seorang pelakon.

"Tak dinafikan, ketika mula-mula dapat skrip, saya berasa terkejut dengan babak intim itu, namun saya menerimanya sebagai satu tanggungjawab seorang pelakon.

"Saya, Remy dan pihak produksi telah duduk berbincang mengenai hal itu, saya juga dinasihati agar tidak terlalu risau untuk melakonkan babak terbabit," katanya kepada Gempak.
Shenty berkata demikian ketika ditemui di malam gala filem Dendam Pontianak yang bertempat di eCurve malam tadi.

Tambah Shenty, Remy juga bersikap profesional dan sangat membantunya ketika berada di set penggambaran, dia juga bersedia seandainya netizen mengkritik lakonannya itu.




"Remy juga banyak membantu saya ketika berada di set penggambaran, dia sangat profesional dan serius untuk berlakon, sikap itu membuatkan saya selesa untuk berlakon dengannya.


"Saya juga bersedia jika netizen mengkritik lakonan saya itu, mereka berhak menyarakan pendapat mereka, tetapi sebagai pelakon saya tahu batasan saya,"ujarnya lagi.

Filem Dendam Pontianak yang diedarkan secara rasmi oleh Primeworks Studios itu menampilkan Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Namron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara bermula 12 September ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

LinguaFranca Publish time 8-9-2019 09:14 AM

Edited by LinguaFranca at 8-9-2019 09:16 AM

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/09/604417/bukan-mudah-nak-jadi-pontianak-maria-menado
https://assets.bharian.com.my/images/articles/Maria_MALAM_GALA_DENDAM_PONTIANAK_1567827008.jpg
Bukan mudah nak jadi pontianak - Maria MenadoBukan mudah nak jadi pontianak - Maria Menadohttps://assets.bharian.com.my/images/author/bobosquare.jpg
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my

PETALING JAYA: Primadona filem Melayu klasik, Datuk Seri Maria Menado, masih ingat cabaran mengubah wajahnya daripada cantik menjadi buruk ketika membintangi filem seram, Pontianak dan Dendam Pontianak, lebih enam dekad lalu.Menurut Maria, 87, proses berkenaan bukan sesuatu yang mudah, malah mengambil masa panjang untuk dilakukan.“Watak Comel dilakonkan dalam filem itu memerlukan saya melalui proses transformasi sebanyak tiga kali. Ia bermula dengan wanita bongkok yang menjadi cantik selepas meminum sejenis ramuan ditemui dalam sebuah buku. Dia bagaimanapun bertukar menjadi buruk apabila melanggar pantang, iaitu terkena darah.“Bagi mengubah wajah saya, semuanya dilakukan secara alami yang memerlukan saya berbaring dan disolek. Bukan sekadar perlu menunggu lama untuk menyiapkan kerja solekan, babak transformasi pula harus dirakamkan satu demi satu supaya perubahan itu nampak jelas di layar.“Memang saya kena banyak bersabar, namun hasilnya memuaskan apabila ada yang ketakutan sebaik sahaja melihat wajah saya di set penggambaran,” katanya kepada BH Online.Bintang veteran itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Dendam Pontianak, di Mutiara Damansara, di sini.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/MALAM_GALA_DENDAM_PONTIANAK_1567827002.jpgPELAKON, Nur Fazura bersama seniwati, Datuk Seri Maria Menado (kanan) dan Salmah Ahmad pada Malam Gala Dendam Pontianak di MM Cineplex, Damansara. - NSTP/Aziah Azmee
Seniwati Salmah Ahmad turut berkongsi pengalaman sama dengan memaklumkan, ada kala mereka tidak sempat pulang ke rumah kerana tempoh penggambaran yang sangat panjang.“Selalunya, penggambaran bermula pada jam 6 petang dan berakhir keesokan harinya. Kadang kala, kami tidak sempat balik dan terpaksa mandi di lokasi sahaja kerana jadual penggambaran yang ketat,” katanya yang turut membintangi filem klasik terbitan 1957 itu bersama Maria.Mengulas mengenai filem terbaru edaran Primeworks Studios itu, Maria memuji karya arahan Glen Goei dan Gavin Yap berkenaan.“Filem ini bagus dari segi lakonan dan aspek teknikalnya. Saya sangat menyukai filem ini, terutama dari segi warnanya,” katanya.Dendam Pontianak yang menggabungkan elemen drama dan seram menampilkan lakonan hebat Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Namron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.Ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara bermula 12 September ini.





just_fighter Publish time 8-9-2019 04:42 PM

hDlj3gjOIVU

LinguaFranca Publish time 10-9-2019 05:01 PM

Edited by LinguaFranca at 10-9-2019 05:04 PM

https://www.buzzingmalaysia.com/single-post/2019/09/09/ULASAN-FILEM-FAZURA-TONJOLKAN-SISI-BERBEZA-DALAM-DENDAM-PONTIANAK

WayanG

ULASAN FILEM : FAZURA TONJOLKAN SISI BERBEZA DALAM DENDAM PONTIANAK
September 9, 2019
https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_d90f962f2df24fb18c15ff54ed44aab0~mv2.jpg/v1/fill/w_710,h_1069,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01/50a2d9_d90f962f2df24fb18c15ff54ed44aab0~mv2.webp

Filem terbitan Tiger Tiger Pictures dan edaran Primeworks Studios yang menggandingkan Nur Fazura dan Remy Ishak buat pertama kalinya di layar perak bakal menemui penonton mulai 12 September 2019 ini di Malaysia.
MB berpeluang untuk hadir ke tayangan perdana baru-baru. Pada mulanya MB tidak sabar melihat jauh manaseramnya kisah pontianak ini. Seperti mana masyarakat melayu sedia maklum, kita juga sering menonton filem atau pun mitos berkaitan perempuan yang mati beranak akan digelar pontianak dan seterusnya pontianak ini akan menganggu kehidupan orang kampung yang ingin menuntut bela atas kematiannya.
Akan sedikit kelainan yang dibawakan oleh 'Dendam Pontianak', ialah sebuah filem yang diarahkan dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan 'Dendam Pontianak', yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.
Selepas menonton hampir 95 minit, MB berpendapat watak pontianak yang dilakonkan oleh Fazura ini serta berlatar belakangkan elemen klasik tahun 50-an dan 60-an menonjolkan sisi yang berbeza dari segi penceritaan dan idea yang lebih segar.
Tambahan pula, watak Khalid yang dilakonkan Remy Ishak lebih berani dan terdapat unsur dewasa apabila babak pengantin baru yang dilakonkannya akan membuatkan pandangan anda terpana. https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_b6cc6094955a452dae3cd11b7f8e5f9b~mv2.png/v1/fill/w_352,h_267,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01/50a2d9_b6cc6094955a452dae3cd11b7f8e5f9b~mv2.webp


Sekitar foto barisan pelakon Dendam Pontianak di malam gala tayangan perdanahttps://static.wixstatic.com/media/50a2d9_b4c4537e79594657a3d1928ccfe8be0c~mv2.png/v1/fill/w_352,h_267,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01/50a2d9_b4c4537e79594657a3d1928ccfe8be0c~mv2.webp Keseluruhan MB bagi:
https://static.wixstatic.com/media/50a2d9_fa2e3cc5c7814272a2f9d2a1ff19e967~mv2.jpg/v1/fill/w_568,h_117,al_c,lg_1,q_80/50a2d9_fa2e3cc5c7814272a2f9d2a1ff19e967~mv2.webp

TENTANG FILEM DENDAM PONTIANAK
Bahasa: Bahasa MelayuSari Kata: English / MalayGenre: SeramDurasi: 95 minit (1 jam 35 minit)Pengarah: Glen Goei & Gavin YapProduksi: Tiger Tiger PicturesDistributor: Primeworks StudiosPelakon : Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wa Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish

LinguaFranca Publish time 10-9-2019 09:59 PM

https://www.instagram.com/p/B2O2oPYl0aB/

cmf_honeysweet Publish time 11-9-2019 03:47 PM

aku tak rasa filem ni akan jadi filem hangat kat malaysia ni... lagipun yang menerbit adalah produksi dari singapura..tapi kalau mendapat sambutan, of course sebab peminat faz n remy ishak... dari review aku baca pun byk plot hole... n rating pun tak sampai 4 bintang... bertabah jelah...

fairy_fairy Publish time 13-9-2019 06:59 PM

Dah tengok dan apa yang iols boleh cakap, IT COULD HAVE BEEN BETTER! Much much better. What a waste on talents! :curse: Skrip pun longgar dan tak best sebab bila baca subtitle dalam English kemudian dengar dialog dalam Melayu, nampak sangat skrip tulis dalam English barulah translate to Malay. Contoh: dialog Su'ut Din dalam Melayu, "Gelap sudah datang! Gelap sudah datang!!". Baca English subtitle, "Darkness has come upon us!" Kecewa sangat dengar sebab kalau iols, iols akan tulis skrip Melayu macam ini, "Kegelapan sudah datang menyelubungi kampung kita!" Kan lebih sedap dengarnya....

Sayanglah skrip tak sedap, plot pun just average tapi pelakon semua boleh dikatakan power. That Singaporean guy Hamid something tu boleh berlakon tau. Ada satu scene yang nampak natural from him, yang masa kena rasuk oleh Mina :lol: . Fazzy, no need to say lah, her eyes spoke volume masa tengok ex-lover dengan bini baru.

The Singaporean directors should have read all the stories on pontianak from the best selling Russel Lee's Singapore ghost stories early volumes from 1-5. The earlier volumes have more frightening and realistic stories. Volumes lepas tu, macam try hard sangat nak buat cerita menakutkan.

lostfaith Publish time 15-9-2019 11:32 AM

Skrip teruk. Scene yg tak menarik panjang, kisah orang kampung. Scene yg sepatutnya panjang dipendekkan. Kisah percintaanmina n khalid tak mencapai emosi.sebab pendek sgt. Cerita tak logik tang mengapa khalid tak nak kawin mina. Katanya sebab maruah keluarga. Sedangkan khalid bukanlah darikeluarga bangsawan. Orang kampung.Adakah mina penari joget. Sapa mina sebenarnya...Serius pembinaan cerita out....menyesal tengok pun ada. Harap ada fazura yg cantik jerlah....yg lain out out out....

lostfaith Publish time 15-9-2019 11:36 AM

Skrip skema nak mati. Cam alih bahasa jer. Kalau skrip tak bagus. Camana pelakon nak deliver. Memang nampak cam kelakar. Pelakon okay tapi namapak kayu semua sebab skrip yg sgt teruk.

LinguaFranca Publish time 15-9-2019 09:19 PM

https://www.malaysiakini.com/hiburan/492013
Dendam Pontianak tampil hantu berwajah jelitaRamieza Wahid|Diterbitkan Hari ini 2:05 tengahariULASAN | Penulis merasakan pelakon Nur Fazura memang sesuai untuk membawakan watak utama filem Dendam Pontianak.Raut wajah dimiliki Fazura mungkin boleh membuat mana-mana penonton terus terpaku di tempat duduk masing-masing untuk terus menonton filem berkenaan sehingga selesai.Menurut Fazura, kisah pontianak kali ini membawa pendekatan hantu yang berlainan daripada biasa.“Hantu tidak semestinya memakai baju putih dan mempunyai solekan wajah gerun,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton Dendam Pontianak di kompleks beli-belah, Mutiara Damansara baru-baru ini.Sebagai pelengkap kisah suspens - romantik itu, Fazura pula digandingkan dengan aktor yang menjadi idaman segelintir wanita, Remy Ishak.Lantaran itu, pontianak ini tetap kelihatan cantik walaupun selepas memaparkan aksi membunuh mangsa-mangsanya.Pada latar waktu era tahun 1965, Mina, watak pontianak dipegang oleh Fazura, menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya Khalid (Remy).Ada impian Mina yang gagal terlaksana di tengah jalan membuatkan pontianak itu bangkit dan kemudian menghuru-harakan penduduk kampung.Namun, jika disingkap jalan cerita Dendam Pontianak, penulis berasakan filem ini seakan tidak ada bezanya dengan filem-filem pontianak sebelum ini.Penulis juga teringat cerita Pontianak Harum Sundal Malam, karya disutradarai pengarah Suhaimi Baba yang pernah ‘menghantui’ penonton pada tahun 2004 lalu.Terdapat babak filem dimana terjadi pada zaman lampau iaitu Meriam lakonan Maya Karin yang dijumpai mati ketika hamil anak sulungnya dan ingin membalas dendam kepada pembunuhnya.Klise bukan? Ya jalan cerita filem ini juga hampir sama seperti tepat pada judul filem itu sendiri.Tambahan pula, pemilihan lagu Kasihku Selamanya nyanyian Siti Nurhaliza kurang memberi impak gerun kepada filem tersebut berbanding lagu Pulangkan yang dialunkan oleh Misha Omar dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam.Selain itu, imej Mina pada penghujung cerita membuatkan fikiran penulis mengimbau watak filem komedi - seram Hantu Kak Limah, arahan Mamat Khalid.Mengenai dialog dalam Dendam Pontianak, penulis merasakan ia tidak digarap secara realisme berdasarkan latar waktunya pada era 1960-an.Pengarahnya, Gleen Goei dan Gavin Yap menjelaskan ada sebab tertentu mengapa mereka tidak menggunakan sebutan bahasa seperti yang sepatutnya di era tersebut.“Kami tak gunakan bahasa itu kerana tak mahu penonton keliru. Kami nak semua generasi dapat tonton filem ini selain cuma mahu mengambil mood era berkenaan,” katanya.Namun, pujian diberikan untuk busana pakaian dan set penggambaran yang berjaya menimbulkan suasana ala 60-an.Di sebalik kisah seram Dendam Pontianak, tersulam unsur romantik serta nilai kekeluargaan yang tinggi.Ini dapat dilihat melalui babak kasih sayang Pontianak Mina (lakonan Fazura) yang juga merupakan seorang ibu kepada anaknya yang dilakonkan oleh Nik Harraz Danish.Kasih sayang luhur seorang ibu kepada anaknya itu dapat dilihat melalui babak Mina yang begitu menyayangi anaknya sehingga sanggup melepaskannya kepada Siti (lakonan Shenthy Feliziana) untuk dijaga.Mina turut rela dipaku oleh Siti supaya dapat bebas untuk ke dunia abadi.Watak Pak Din Su’ut iaitu lakonan Namrom sebagai dukun pula membawa warna dalam cerita tersebut. Ini dapat disaksikan apabila Pak Din sebenarnya bukan dukun 'wayang' sebaliknya mempunyai kesaktian yang tidak dapat dilihat orang lain.Dapat difahami zaman dulu memang kebanyakannya wanita gemar berkemban, jadi apabila pengarah menyelitkan adegan intim suami isteri antara Remy dan Shenthy Feliziana diharap penonton dapat menerimanya dengan berlapang dada dan tidak terlalu kritikal.Pelakon Maria Menado yang boleh dikatakan pelopor kepada watak pontianak dalam sejarah filem Melayu turut memuji pembikinan filem Dendam Pontianak yang diterbitkan Tiger Pictures dan diedarkan Primeworks Studios itu.“Selepas menonton filem itu, saya berasakan ia bagus dari sudut tenikal dan juga lakonan. "Cuma ia kurang seram mungkin kerana yang mahu ditonjolkan adalah elemen dramanya,” kata bintang filem masyhur era 1950an dan 60an itu.Maria yang pernah diiktiraf sebagai wanita tercantik Malaya oleh majalah Times turut berkata filem itu sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangannya dalam melakonkan filem Pontianak pada1957.Filem berkenaan merupakan filem seram klasik Malaysia yang dilakonkan oleh Maria, seniman veteran M Amin dan Mustaffa Ma’roff yag membawa penceritaan hampir sama dengan filem Dendam Pontianak.Untuk rekod, filem Dendam Pontianak diberi rating P18 oleh Lembaga Penapis Filem yang bermaksud filem itu mempunyai adegan seram yang mungkin tidak sesuai ditonton oleh penonton bawah 18 tahun.Ia mungkin sesuai disaksikan penonton yang baru mula berjinak-jinak dengan genre seram. Bagi penulis, penonton mungkin akan menjerit sederhana dalam konteks sejauh mana tahap kesan gerun daripada filem ini.Dendam Pontianak sudah mula menjengah layar perak di seluruh negara sejak 12 September ini.Jika anda merupakan seorang penakut tegar namun tetap ingin menonton filem seram, Dendam Pontianak boleh jadi langkah pertama untuk mencabar keberanian diri anda.

Fettybombom Publish time 15-9-2019 10:32 PM

Masa tgk vc lagu yg siti nyanyi nmpk promising...tp tgk trailer xmenarik langsung,lakonan remy dlm trailer tu pon nmpk xnatural cth masa dia masuk rumah pegi kt isterinya ..byk hype psl pontianak cntekk..plizzla..mgkin tu je cara utk attract penonton

aza Publish time 16-9-2019 12:27 AM

Edited by aza at 16-9-2019 12:28 AM

serius wei aku tengok cita ini banyak gelak dari takut... mengarut gila cerita...emosi tak sampai..pelakon semua best tpi garapan cerita fail gila.. plot cerita kelam kabut.. apa laa mengarut2.. dari 5 aku bagi 1 sebab tak sampai hati nak bagi 0.. hahahhahaha
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9
View full version: REVENGE OF THE PONTIANAK [Nur Fazura, Remy Ishak, Shenty Feliziana, Hisyam Hamid


ADVERTISEMENT