Ipo Publish time 17-11-2018 09:38 PM

Bunga Telang

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:03 PM

BUNGA TELANG

http://4.bp.blogspot.com/-6cA6tqn5EIs/TfG2jZ0no9I/AAAAAAAAHv0/5fN9W0Gw268/s1600/bunga%2Bkacang%2Btelang.JPG
Juga dikenali dengan nama saintifik Clitoria ternatea. Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunga ini juga dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai 'Butterfly-Pea', Blue Pea dan juga Crpdofan pea.
Clitoria ternatea, commonly known as Asian pigeonwings, bluebellvine, blue pea, butterfly pea, cordofan pea and Darwin pea, is a plant species belonging to the Fabaceae family.
Scientific name: Clitoria ternatea

Higher classification: Clitoria

Rank: Species



Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun.

Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.

http://spmodels.net/nature/wp-content/uploads/2017/05/Bunga-Telang-Blue-Pea-Flower-Clitoria-ternatea.jpg

Ciri-ciri bunga Telang :
Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia.


Khasiat :
Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.
Selain daripada itu, bunga telang juga dikatakan boleh mengurangkan stress dengan meminum air bunga telang bersama lemon dan madu. Sama ada minuman panas atau pun sejuk.
https://alibaba.kumpar.com/kumpar/image/upload/c_fill,g_face,f_jpg,q_auto,fl_progressive,fl_lossy,w_800/vvtuleo9iqy9rwkcu0v1.jpg   https://karangkraf-asset-files.s3-ap-southeast-1.amazonaws.com/Impiana/f7ae81804bada654497d5cbfb2b2fe85/bunga-telang2.jpg


Air minuman bunga telang juga dikatakan untuk kesuburan wanita dan melancarkan haid. Juga untuk memberikan penglihatan yang cerah dan memberikan wajah yang berseri. Air rebusan bunga telang juga boleh digunakan untuk basuh rambut (pertumbuhan rambut) dan bunga telang disapu pada kening untuk lebat dan hitamkan bulu kening.


https://media.beritagar.id/2017-12/shutterstock-507361414_1514735739.jpg


Bunga telang juga banyak digunakan dalam masakan sebagai pewarna. Pewarna kuih, nasi kerabu dan juga pewarna pasta (termasuk bihun dan mee)


https://1.bp.blogspot.com/-DBJ7OiQSvNA/W3EkJV68e9I/AAAAAAAAC1k/YuyDvkzN-kYSeveHWUWTPzsFmESBg_OPQCLcBGAs/s1600/15.jpg

Sekarang banyak bunga telang yang kering telah dijual di pasaran. Dengan harga serendah RM5 sepaket, bunga telang kering ini sudah boleh dibeli sama ada di kedai atau online.(Shopee atau Lazada).

https://media.karousell.com/media/photos/products/2015/07/08/natural_sun_dried_bunga_telang_1436358611_19f881fe.jpg
Bunga telang kering


Saya dah minum. Awak awak semua tak nak cuba?{:loveo

https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/46287843_2227571504235377_7797709500382707712_n.jpg?_nc_cat=109&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=7368f76e36df106147bb3c9d526fc86e&oe=5CAF6DC7

https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/46154984_2227571530902041_3715842014705614848_n.jpg?_nc_cat=108&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=1f4ecea8e7cae905a25cbb42a09ab432&oe=5C6B733D
Yang ni saya campurkan dengan madu saja.



NamaKuMawar Publish time 17-11-2018 09:57 PM

Rasa camne ye air tu..

Ipo Publish time 17-11-2018 10:17 PM

NamaKuMawar replied at 17-11-2018 09:57 PM
Rasa camne ye air tu..

tak ada rasa apa yang spesifik.;P
kalau hanya bunga saja direndam, rasa air tu agak tawar
sebab tu dicampur madu dan lemon untuk perisa:loveliness:

Catpaw Publish time 17-11-2018 10:18 PM

Sedap tak      

NamaKuMawar Publish time 17-11-2018 10:21 PM

Ipo replied at 17-11-2018 10:17 PM
tak ada rasa apa yang spesifik.
kalau hanya bunga saja direndam, rasa air tu agak tawar
sebab...

Ooo..camtu ye..

Mmg selalu dgr org kata bunga telang utk pewarna nasi kerabu je..ni baru tau ada kelebihan lain..

Thanks sudi share..

Ipo Publish time 17-11-2018 10:41 PM

Catpaw replied at 17-11-2018 10:18 PM
Sedap tak

sedap. kalau diminum sejuk lagi sedap

Ipo Publish time 17-11-2018 10:41 PM

NamaKuMawar replied at 17-11-2018 10:21 PM
Ooo..camtu ye..

Mmg selalu dgr org kata bunga telang utk pewarna nasi kerabu je..ni baru tau ad ...

sama-sama:)

Nurul8001 Publish time 17-11-2018 11:16 PM

Inilah dia pewarna nasi kerabu tu ye..Byk manfaat lain rupa2nya
Betul ke cuma boleh hidup kat Kelantan je..
Tanam kat KL boleh hidup tak?

Ipo Publish time 17-11-2018 11:34 PM

Nurul8001 replied at 17-11-2018 11:16 PM
Inilah dia pewarna nasi kerabu tu ye..Byk manfaat lain rupa2nya
Betul ke cuma boleh hidup kat Kel ...

eh boleh je tanam kat mana-mana pun.
asal tanam dalam tanah dan pokok ni perlukan banyak air

Catpaw Publish time 18-11-2018 12:00 AM

Nurul8001 replied at 17-11-2018 11:16 PM
Inilah dia pewarna nasi kerabu tu ye..Byk manfaat lain rupa2nya
Betul ke cuma boleh hidup kat Kel ...

Biar betik hidup kat kelantan je ;P sapa pemainkanchuols ni. Merata negeri iols jumpa pokok ni chuols

Catpaw Publish time 18-11-2018 12:02 AM

Dalam bahasa cina dikenali sebagai lan hua.
Lan = biru
hua= bunga

Seiring dengan warna bunga tu sendiri :loveliness:
Sebab tu iols ingat ;P

misc Publish time 18-11-2018 12:58 AM

Terima kasih tt. Sgt informative. Baru tahu ada jual online.

aku nak sgt cari bunga ni.Nak try buat nasi kerabu. kenal pun dari kawan kelantan. Ada juga nampak tumbuh melata kat pagar rumah org. tak sure bunga ni atau bunga kembang pagi. Salah makan bunga karang termeninggal naya je.

insulin Publish time 18-11-2018 01:15 AM

misc replied at 18-11-2018 12:58 AM
Terima kasih tt. Sgt informative. Baru tahu ada jual online.

aku nak sgt cari bunga ni.Nak try...

Carilah benih dia dan tanam dalam pasu. Pancangkan kayu supaya dia tumbuh melilit ke atas. Tanam tepi pagar pun cantik.

misc Publish time 18-11-2018 01:33 AM

insulin replied at 18-11-2018 01:15 AM
Carilah benih dia dan tanam dalam pasu. Pancangkan kayu supaya dia tumbuh melilit ke atas. Tanam t ...

Boleh tanam dlm pasu ke pokok ni? ok la senang jaga kalau mcm tu. kalau terjumpa benih pokok ni boleh la try nanti. Tq bagi tips!
Tapi dah tgk Shopee tadi, kalau beli yg kering pun tak mahal sgt. Byk pulak tu.:lol:

insulin Publish time 18-11-2018 01:46 AM

misc replied at 18-11-2018 01:33 AM
Boleh tanam dlm pasu ke pokok ni? ok la senang jaga kalau mcm tu. kalau terjumpa benih pokok ni bo ...

Tanam la pokok ni. Bunga dia cantik sangat. Best renung waktu pagi sebab warna bunga ni sangat "pekat". Pokok ni semacam pokok liar. I ada beri mak i benih pokok ni. Ambil kat semak-samun parking lot. Haha....

munchkin Publish time 18-11-2018 02:05 AM

Kat bens grocer ada jual fresh dan kering bagi sesiapa nak beli

Nurul8001 Publish time 18-11-2018 02:01 PM

Catpaw replied at 18-11-2018 12:00 AM
Biar betik hidup kat kelantan jesapa pemainkanchuols ni. Merata negeri iols jumpa pokok ni c ...

Hahahah..
Memang dah kena game ni rasanya..

Kawan sy kata, nasi kerabu kat kelantan je tak pakai pewarna..pakai bunga..

Kalau tempat lain, nasi kerabu pakai pewarna sbb bunga tu tak subur kalo tanam kat luar kelantan..

Catpaw Publish time 18-11-2018 02:11 PM

Nurul8001 replied at 18-11-2018 02:01 PM
Hahahah..
Memang dah kena game ni rasanya..



Merepek betul;P Nanti u tanam kat negeri selain kelantan tgk tumbuh tak

makneng Publish time 18-11-2018 08:15 PM

Baru mak tau nama saintifik bunga ni :$

misc Publish time 18-11-2018 08:25 PM

insulin replied at 18-11-2018 01:46 AM
Tanam la pokok ni. Bunga dia cantik sangat. Best renung waktu pagi sebab warna bunga ni sangat "pe ...

pernah kwn ofis bagi bunga ni. mmg kaler dia cantik. hahaha ok la insulinkenal pokok tu senang la nak rembat biji benih dia kat parking lot lagi. I takut salah pokok je;P
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Bunga Telang


ADVERTISEMENT