Ipo Publish time 30-1-2020 06:19 PM

bianglala replied at 30-1-2020 01:08 PM
mmm sedappppp... resepi ada?

Ada lala.

Kek Bunga Telang velvet cheese;P
Kemain namaaaa:lol:

Bahan-bahan:
Bahan A
Satu setengah cawan tepung gandum
Satu sudu kecil baking powder
Setengah sudu kecil baking soda
Dua sudu besar serbuk koko
Setengah sudu kecil garam
*semua bahan di atas digaul dan diayak
******
Bahan B
Satu cawan gula pasir
Setengah mentega (kalau boleh unsalted) dripada 250gm
Dua biji telur
Vanilla
*semua bahan di atas dipukul sampai gebu;P

Bahan C
Buttermilk
Satu cawan susu penuh krim dicampur dengan dua sudu cuka (apa-apa cuka putih) untuk hasilkan buttermilk.

Bahan D
Topping cheese
250 gm cream cheese (saya guna tatura)
250 gm mentega
Setengah cawan gula icing
Satu sudu besar perahan lemon
Satu sudu kecil vanilla
*semua bahan dipukul hingga gebu.

Pewarna dicampur dengan satu sudu besar cuka

Cara-cara:
Masukkan bahan A ke dalam bahan B berselang seli dengan bahan C. Pukul rata.
Masukkan pewarna
Bakar pada suhu 160 C selama 40 minit atau
Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

Belah dua kek dan disapu tppping cheese tadi. Sapu topping cheese keseluruhan kek. Tabur sedikit kek yang dihancurkan ke atas topping tadi.

Note:
1.tunggu kek betul betul sejuk dulu baru sapu topping cheese kalau tak cheese akan cair.
2. Telur tu masukkan satu satu dan dipukul.
3.Cuka tu untuk rising up kan kek.

Selamat mencuba{:1_152:}




bianglala Publish time 4-2-2020 07:30 PM

Ipo replied at 30-1-2020 06:19 PM
Ada lala.

Kek Bunga Telang velvet cheese


nextttt ...agar-agar bunga telang pulak. :$

Ipo Publish time 26-3-2020 09:23 PM

Agar-agar bunga telang sebagai pencuci.mulut buat buka puasa tadi.

Ipo Publish time 27-3-2020 06:38 PM

Agar-agar yang dah dipotong

bianglala Publish time 27-3-2020 09:20 PM

Ipo replied at 26-3-2020 09:23 PM
Agar-agar bunga telang sebagai pencuci.mulut buat buka puasa tadi.

cantiknya... {:mlshy:} lawa pulak, memang tertarik nak makan la ceritanya... hehe. ni kalau jual, confirm laku

Ipo Publish time 30-3-2020 12:00 PM

bianglala replied at 27-3-2020 09:20 PM
cantiknya...lawa pulak, memang tertarik nak makan la ceritanya... hehe. ni kalau jual,...

buat makan sendiri je lala;P
musim pkp ni, banyak resipi dah buat
nanti nak try buat apam bunga telang

bianglala Publish time 31-3-2020 08:15 PM

Ipo replied at 30-3-2020 12:00 PM
buat makan sendiri je lala
musim pkp ni, banyak resipi dah buat
nanti nak try buat apam bunga...
yesss... apam nasi? nanti letak gambar sini tau . stay safe, Ipo :loveliness:

MissyMolly Publish time 1-4-2020 10:30 PM

Ipo replied at 26-3-2020 09:23 PM
Agar-agar bunga telang sebagai pencuci.mulut buat buka puasa tadi.

mcm cantik sangat nak makan agar-agar ni..

MissyMolly Publish time 1-4-2020 10:37 PM

ada kwn molly tak pernah makan nasi kerabu...molly cerita la ni bunga ungu ni (tak taw nama dia telang) buat warna nasi tu biru...kwn tu tak pernah nak mkn nasi kerabu tp sebabkan bunga tu punya pasal,dia pun beli.dan semenjak itu terus menjadi pencinta nasi kerabu...hehehee...pokok tu molly dgn kwn nmpk kt pagar belakang sekolah

Ipo Publish time 2-4-2020 10:24 PM

bianglala replied at 31-3-2020 08:15 PM
yesss... apam nasi? nanti letak gambar sini tau . stay safe, Ipo

Tq lala. Stay safe jugak ya.

Dah buat tau apam nasi bunga telang tapiiiiii....tak ada rupa apam:lol:
Rasa ada, rupa tiada;P
Nak tepek kat sini, buruk beno ghupernyer

Ipo Publish time 2-4-2020 10:25 PM

MissyMolly replied at 1-4-2020 10:30 PM
mcm cantik sangat nak makan agar-agar ni..

Macam blue acean gituuu:loveliness:

Ipo Publish time 2-4-2020 10:27 PM

MissyMolly replied at 1-4-2020 10:37 PM
ada kwn molly tak pernah makan nasi kerabu...molly cerita la ni bunga ungu ni (tak taw nama dia tela ...

Wahhh..{:1_152:}
Anyway, ada tau yang tertukar bunga telang ni dengan bunga seru pagi. ;P

So, jangan pulak ambik bunga seri pagi buat pewarna nasi kerabu:lol:

MissyMolly Publish time 2-4-2020 11:22 PM

Ipo replied at 2-4-2020 10:27 PM
Wahhh..
Anyway, ada tau yang tertukar bunga telang ni dengan bunga seru pagi.



hahaa...bff yg kenalkan...tp masa ty tak tahu namanya telang...bff tu pindah ikut ayah tukar tmpt kerja...rumah dia yg tanam pokok ni

bianglala Publish time 4-4-2020 09:06 PM

Ipo replied at 2-4-2020 10:24 PM
Tq lala. Stay safe jugak ya.

Dah buat tau apam nasi bunga telang tapiiiiii....tak ada rupa apam ...

ala, Ipo cuba lagi. ahaha.. kasi jadik. :$

Ipo Publish time 4-4-2020 10:15 PM

Donut dan roti bunga telang

Rupa tak semenggah;P

bianglala Publish time 29-4-2020 06:57 AM

Ipo replied at 4-4-2020 10:15 PM
Donut dan roti bunga telang

Rupa tak semenggah

dua-dua ni favourite... menjadi la Ipo buat roti dan donut.. hehehe.. biasa tengok orang buat donut pandan, kali ni donut bunga telang.. {:thumbo

selamat berpuasa Ipo

Ipo Publish time 2-5-2020 06:12 PM

bianglala replied at 29-4-2020 06:57 AM
dua-dua ni favourite... menjadi la Ipo buat roti dan donut.. hehehe.. biasa tengok orang buat donu ...

bolehlah makan walaupun rupa tak semenggah:lol:

Sasa28 Publish time 11-5-2020 03:34 PM

Ni bunga klitoris

Ipo Publish time 12-5-2020 11:52 AM

Ni onde-onde atau buah melaka warna bunga telang.Dah lama buat kuih ni. Baru nak tepek kat sini.:loveliness:

https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/94883681_2671395139853009_5215489206847012864_n.jpg?_nc_cat=111&_nc_sid=110474&_nc_ohc=K0ns0npsWJAAX-f7UBA&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&oh=f15c7df8cc029b2b703e9a755b851201&oe=5EDE3149

bianglala Publish time 19-5-2020 03:55 PM

Ipo replied at 12-5-2020 11:52 AM
Ni onde-onde atau buah melaka warna bunga telang.Dah lama buat kuih ni. Baru nak tepek kat sini.:lov ...

hari tu ada nampak kat facebook orang buat badak berendam bunga telang
Pages: 1 2 [3] 4
View full version: Bunga Telang


ADVERTISEMENT