Nonones Publish time 15-10-2018 04:14 PM

NASIHAT MAK AYAH UTK CERAI. BERDOSA KE?

Mak ayah aku dah dkt 10 tahun tak tinggal sebumbung. nafkah memang ayah aku langsung tak pernah bagi semenjak dulu2 lagi. mak aku je la dok bela ktorg dari kecik, nasib baik la mak aku kerja gaji pun byk la jugak nak tanggung ktorg anak beranak. memang mak aku susah payah sorg2. tp sejak 2008 ayah aku keluar dari rumah & tak balik2 sampai skg tp ktorg ada je contact dgn ayah aku tu. aku pun dah kawin, tahun dpn nak beranak dah. sampai skg belum settle lagi masalah mak ayah aku ni. aku pernah nasihat mak aku, mtk je cerai dgn ayah aku tp mak aku macam taknak. berdosa ke aku kalau aku suruh mak or ayah aku bercerai? aku pun tak sanggup dah tgk dorg mcm tu.

zulka Publish time 15-10-2018 04:26 PM

10 tahun???? dah kenapa dgn mak ko ni??

Ni utk yg nikah di selangor....negeri lain tak tau la ada ke tak, ni bukan lafaz ye, dibaca saja sebelum akad nikah.

Semasa akad nikah suami ada melafazkan taklik. Lafaz taklik sebenarnya akan dikira sah melalui dua perkara utama :

1. Berlaku perkara yang dilafazkan sebagai taklik seperti : “Sekiranya saya meninggalkan isteri saya selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah zahir dan batin”………..Iaitu berlakunya perbuatan meninggalkan isteri selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah.

2. Isteri tidak reda dengan keadaan tersebut dan telah membuat pengaduan ke pejabat kadi dan apabila sabit perbuatan tersebut ( perbuatan meninggalkan isteri ) maka tertalaklah isteri tersebut dengan talak satu.

manehnya Publish time 15-10-2018 04:27 PM

mak x nak cerai kanapa... syg lagi ke kt bapa tu

Nonones Publish time 15-10-2018 04:46 PM

zulka replied at 15-10-2018 04:26 PM
10 tahun???? dah kenapa dgn mak ko ni??

Ni utk yg nikah di selangor....negeri lain tak tau la ad ...

Aku tau tu, pernah pergi pejabat kadi tapi bapak aku plak tak muncul2. aku kesian tgk mak aku sebenarnya, dah la dia besarkan ktorg adik beradik sorg2. segalanya dia bagi ktorg, tp bpk aku plak mcm tu.

Nonones Publish time 15-10-2018 04:47 PM

manehnya replied at 15-10-2018 04:27 PM
mak x nak cerai kanapa... syg lagi ke kt bapa tu

Mungkin la syg. perempuan kan mcm tu la sygnya dia kat suami mcm mana pun suami tu buat tp kdg macam tak masuk akal dorg ni biar mcm tu je.

manehnya Publish time 15-10-2018 04:55 PM

Nonones replied at 15-10-2018 04:47 PM
Mungkin la syg. perempuan kan mcm tu la sygnya dia kat suami mcm mana pun suami tu buat tp kdg mac ...

teguhnya hati dia.. dah sepuluh tahun mcm tu pun still syg kan..

ayah nya kawein lain tak

klu dua2 maseh syg, usahakan lah utk bersama semula

zulka Publish time 15-10-2018 04:55 PM

Nonones replied at 15-10-2018 04:46 PM
Aku tau tu, pernah pergi pejabat kadi tapi bapak aku plak tak muncul2. aku kesian tgk mak aku sebe ...

tak muncul takpe, cukup 3 kali tak dtg...mahkamah syariah declare

merrissa Publish time 15-10-2018 04:56 PM

aku rasa bukan sayang....maybe mak dia malas turun naik mahkamah...malas orang bercerita sana sini

lagi2 mak dia jenis yang pangkat besar (aku assume sebab kata gaji besar)...lagi la malas, n takde masa

tapi if suami dia xde kaco minta duit ke apa....tak perlu pon nak turun naik mahkamah

cuma aku risau, if mak ko keje kerajaan....if dia mati....pencen dia dapat kat laki dia....free2

so, ko boleh guna alasan ni, untuk mak ko p minta cerai...lagipon dah 10 tahun, drama melayu tinggal 1 tahun pon dah kahwin lainnnnn ;P;P;P

Nonones Publish time 15-10-2018 04:59 PM

manehnya replied at 15-10-2018 04:55 PM
teguhnya hati dia.. dah sepuluh tahun mcm tu pun still syg kan..

ayah nya kawein lain tak


Tak pasti kawin lain ke tak, tak pernah pulak aku tanya. lgpn bapak aku tu bukan berduit pun nak kawin lain. kami anak beranak pun tak pernah bagi nafkah, macam mana nak kawin lain

CiliPadiSedap Publish time 15-10-2018 04:59 PM

kes ni dah jatuh taklik dah sis, refer ke pejabat agama.barang pun ada expired sis inikan pernikahan yang suami lari rumah

Nonones Publish time 15-10-2018 05:00 PM

merrissa replied at 15-10-2018 04:56 PM
aku rasa bukan sayang....maybe mak dia malas turun naik mahkamah...malas orang bercerita sana sini
...

Dulu masa mula2 baru keluar dari rumah tu, bapak aku ada je paw mak aku. sampai pnh ahlong dtg rumah kutip mtk hutang. mak aku jugak yang settlekan. tah mak aku ni pelik la.

Nonones Publish time 15-10-2018 05:03 PM

merrissa replied at 15-10-2018 04:56 PM
aku rasa bukan sayang....maybe mak dia malas turun naik mahkamah...malas orang bercerita sana sini
...

itu drama melayu noks, boleh la reka2 cerita :'( ni cerita realiti. aku dah pernah cakap dgn mak aku, bercerai je lah dari ayah dok buat mcm ni. & mak aku pun pnh cakap, dia taknak ktorg takde bapak. ehhh selama ni ktorg mmg takde bapak. ada tp mcm takde.

Nonones Publish time 15-10-2018 05:04 PM

CiliPadiSedap replied at 15-10-2018 04:59 PM
kes ni dah jatuh taklik dah sis, refer ke pejabat agama.barang pun ada expired sis inikan pernikah ...

Kalau aku sendiri ke pejabat agama mengadu sbg anak boleh ke? dah mak aku susah sgt nak pergi :'(

CiliPadiSedap Publish time 15-10-2018 07:06 PM

Nonones replied at 15-10-2018 05:04 PM
Kalau aku sendiri ke pejabat agama mengadu sbg anak boleh ke? dah mak aku susah sgt nak pergi
...

boleh tapi takut kecoh pula nanti ada baiknya bawa mak pergi pejabat agama sekali untuk sesi temu bual or kaunseling. tapi kalau nak pergi sorang ada baiknya minta pandangan, jangan buat aduan dulu.


kes sebegini banyak berlaku dalam kehidupan masyarakat kita, nikah tergantung bak kata sadiq sigaraga, jangan marah nanti kena jual;P

umbut Publish time 15-10-2018 07:20 PM

Cam kes makcik aku.. laki kahwin dua. Terus x balik.. makcik aku pun dah 50 lebih.. dia mcm x kisah.. kalau balik dia layan mkn minum cam biasa.. pastu hilang bertahun.. malas nak turun naik makhamah agaknya.. malas gaduh2

sarahmirza Publish time 16-10-2018 08:59 AM

Edited by sarahmirza at 16-10-2018 09:00 AM

Nonones replied at 15-10-2018 05:04 PM
Kalau aku sendiri ke pejabat agama mengadu sbg anak boleh ke? dah mak aku susah sgt nak pergi
...

Mengadu boleh tapi takde apa la yang jadi sebab tuan punya rumahtangga sendiri redho..

Boleh kesian kat mak tapi lagi kesian kat si bapak menanggung dosa sampai 10 tahun tak beri nafkah zahir batin kat mak..

Apa kata TT pergi ke bapak pula sedarkan dia tentang tanggungjawab suami? Minta dia pula jatuhkan talak kat mak TT instead of mak TT mohon cerai taklik.

Btw I rasa mak TT orang2 lama yang sering dimomokkan jatuh maruah bila bercerai dengan suami.. agaknya la..

Nonones Publish time 16-10-2018 09:09 AM

CiliPadiSedap replied at 15-10-2018 07:06 PM
boleh tapi takut kecoh pula nanti ada baiknya bawa mak pergi pejabat agama sekali untuk sesi temu...

Buntu jugak aku fikir masalah mak bapak aku ni, dah makan tahun dah. nak tlg tp aku sbg anak pun takut jugak. insyaAllah nanti aku try

Nonones Publish time 16-10-2018 09:10 AM

umbut replied at 15-10-2018 07:20 PM
Cam kes makcik aku.. laki kahwin dua. Terus x balik.. makcik aku pun dah 50 lebih.. dia mcm x kisah. ...

Lebih kurang mcm mak aku la tu kot, malas nak gaduh naik turun mahkamah.

want2bhappy Publish time 16-10-2018 09:11 AM

umbut replied at 15-10-2018 07:20 PM
Cam kes makcik aku.. laki kahwin dua. Terus x balik.. makcik aku pun dah 50 lebih.. dia mcm x kisah. ...

tabahnya makcik ... MACAM MANA LA DEPA MI ,ENYARA DIRI.. KALAU YANG TAK BEKERJA...habis ipar belah laki tak tahu ke ... tak pelik ke ...

Nonones Publish time 16-10-2018 09:11 AM

sarahmirza replied at 16-10-2018 08:59 AM
Mengadu boleh tapi takde apa la yang jadi sebab tuan punya rumahtangga sendiri redho..

Boleh...

Aku takut sebenarnya nak cakap dgn bapak aku tu, takut aku plak kena sembur balik :'(
Pages: [1] 2 3
View full version: NASIHAT MAK AYAH UTK CERAI. BERDOSA KE?


ADVERTISEMENT