Cari-suzy Publish time 18-7-2018 04:45 PM

Doktor Sahkan Iklan Arang Pemutih Gigi Adalah Scam Semata-mata!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/18/161529qbllttrt11lf91lk.png




Ada pembaca di sini yang sudah membuat tempahan membeli serbuk arang pemutih gigi? Boleh batalkan sahaja tempahan itu!


Kenapa? Ini kerana seorang pengguna Twitter telah menyebarkan satu tangkap layar yang memaparkan muat naik pelajar cemerlang Malaysia, Dr Amalina Bakri di akaun Instagramnya memberikan info mengenai produk itu.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/18/161616d2kv79ns51ts5i7f.png
Foto: Uncle Barry




Paparan itu menyatakan, ramai netizen telah bertanya kepada Dr Amalina mengenai status serbuk arang yang dikatakan boleh memutihkan gigi.


Bagi menjawab persoalan itu, Dr Amalina telah bertanyakan rakannya yang merupakan seorang doktor gigi. Menurut rakannya itu, dakwaan bahawa arang berkenaan boleh memutihkan gigi adalah penipuan semata-mata!


Rakan Dr Amalina menyatakan hanya terdapat dua cara memutihkan gigi iaitu dengan cara memberus gigi dan kedua, menggunakan gel hidrogen peroksida. Rakannya turut yakin dengan kenyataannya dan menganggap dakwaan produk itu mampu memutihkan gigi adalah tidak masuk akal.




https://twitter.com/fuzirbarry/status/1019069469316935680


Netizen yang membaca muat naik tersebut turut mengakui serbuk arang itu akan merosakkan gigi.


Seorang pengguna Twitter berkongsikan kenyataan sama yang menafikan bahawa serbuk arang mampu memutihkan gigi. Faktor psikologi juga dikatakan menjadi punca ramai mempercayai ia mampu memberi impak memutihkan. Bukan itu sahaja, bahan ini juga dikatakan mampu menipiskan lapisan gigi.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201807/18/161812ts7imt766weewtsi.png
Foto: Twitter Bella




Sementara itu, ada juga yang memberikan petua memutihkan gigi seperti menggunakan kulit oren, kayu sugi atau kayu miswak.


Bagi yang gemar membeli produk pemutih ini, tidak usahlah mudah terpedaya. Ramai yang sudah tertipu dengan sabun pemutih viral dan pelbagai produk lagi. Selepas ini kita perlu lebih berhati-hati ya. - CARI

mieymiey Publish time 18-7-2018 05:02 PM

Siapalah yang 'pandai' sangat percaya dengan benda macamni :doh3:

Artemesiaa Publish time 18-7-2018 05:08 PM

Sebab tu ada eloknya rujuk pada Dr dulu sebelum beli atau guna apa2 product.Peniaga agak pandai guna dummy testimoni dan sebagainya untuk tarik bakal pembeli yang kurang pengetahuan pasal sesuatu benda tu.

sapeka Publish time 18-7-2018 05:36 PM

sapa la punya idea yang menjual menda alah produk timbang kilo ni?

yang beli pon tak agak2 ramai jugak
harga pon boleh tahan kelas jugak

umbut Publish time 18-7-2018 05:49 PM

Hahaha... sapu2 hitam pas tu putih lelas kumur
Psyko otak

EvieWanKenobi Publish time 18-7-2018 10:20 PM

hari tu tengok kat IG si Kinah ting tong
gosok gigi dengan ubat gigi arang
macam ni ler..

pearl.silver Publish time 19-7-2018 07:47 AM

Ubat gigi darlie charcoal claim whitening

Tp bkn charcoal tu yg whitens kot{:dot

buapakperut Publish time 19-7-2018 09:34 AM

suka tengok kim kardashian walaupun bimbo tapi bila die jadi duta promo suplement /ubat die akan letak caption "ask your doctor" mengenai productnya.maknanya dia tak claim benda tu memang berkesan , siap bagitau side effect. iols tgk iklan charcoal ni macam bodoh and mainkan costumer je

whadda Publish time 19-7-2018 10:35 AM

ramai dah artis dok promot benda alah ni..

Eva_yy_Ellin Publish time 19-7-2018 04:12 PM

Ada petua orang tua-tua, nak putihkan gigi gosok dengan arang.
Mungkin founder ambil daripada petua ni la kot, jadikan ubat gigi arang.

nuralisa Publish time 19-7-2018 04:47 PM

Eva_yy_Ellin replied at 19-7-2018 04:12 PM
Ada petua orang tua-tua, nak putihkan gigi gosok dengan arang.
Mungkin founder ambil daripada petua ...

yess.. sbb dikatakan kaum india punya gigi putih2 belaka
sbb guna arang..
tapi sbb ada kontra 'hitam' mmg nampakla gigi tu putih...:2lol:

234126 Publish time 19-7-2018 07:14 PM

Hydrogen peroxide tu mmg jadi.just celup je berus gigi (wajib dilute dulu) pastu gosok ikut suka hati sampai lenguh tangan pun boleh haha pastu baru guna ubat gigi mcm biasa.make sure 2-3x seminggu je tak boleh hari2 sebab rosak gusi/ngilu.

samasam90 Publish time 19-7-2018 10:07 PM

234126 replied at 19-7-2018 11:14 AM
Hydrogen peroxide tu mmg jadi.just celup je berus gigi (wajib dilute dulu) pastu gosok ikut suka hat ...

ada nampak kat ig dr amalina post ne.. terus check online, ada kat watsons.. sis guna jenama apa?

234126 Publish time 20-7-2018 06:35 AM

Edited by 234126 at 20-7-2018 07:03 AM

samasam90 replied at 19-7-2018 10:07 PM
ada nampak kat ig dr amalina post ne.. terus check online, ada kat watsons.. sis guna jenama apa?

kat guardian/watson.lupa brand apa (dah tak use now gigi dah putih sikit hehe) tapi botol kaca warna gelap and label biru terang2 tulis hydrogen peroxide rm6-7 sebotol. Tapi jaga2 botol tu tak boleh goncang,kalau tak masa u bukak memang ada letupan kecil hahaha.kena bwk botol tu lemah gemalai.

And PLEASE jgn lupa dilute dgn air before celup toothbrush.if not gusi u jadi pedih sebab peroxide tu agak harsh.

misscendol Publish time 20-7-2018 11:10 AM

yg sibuk promote mostly mmg gigi dah putih.acano

nishikido Publish time 20-7-2018 11:26 AM

Mujur xbeli..mula2 terpengaruh jugak sebab murah tapi macam berkesan..hihi.tapi bila nak beli asyik terbantut je..asyik nak menunda..alih2 baca thread ni pulak..ok xjadi beli.biarlah gigi iolls tak seputih kaka fazbulous janji kuat.ngeri la kalau gigi jadi tipis :dizzy:

BoLapciOus Publish time 20-7-2018 03:20 PM

yeke xelok??baru ingat nak beli..haha

chicozinn Publish time 20-7-2018 03:57 PM

da la rega mahal..meollss penah tanya kat ig rega sbotol rm80 tau xmsuk pos..trus mati niat nak beli sbab mahal namati..last2 scam ropenye..hadoyai...

Zaien Publish time 21-7-2018 03:10 PM

Tpi knapa de certain klinik gigi jual eyy produk charcoal nih??

Dildil Publish time 23-7-2018 06:53 PM

:lol:

sbb tu ak xpercaya benda2 camni
Pages: [1] 2
View full version: Doktor Sahkan Iklan Arang Pemutih Gigi Adalah Scam Semata-mata!


ADVERTISEMENT