dauswq Publish time 16-9-2017 11:59 PM

[Terbuka] Menjadi sukarelawan untuk 6th Cari Kdrama Awards

Edited by dauswq at 18-9-2017 12:49 PM

https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2016/10/cropped-CARI_KDRAMA_Ofiicial-Poster.jpg?resize=1024%2C576&ssl=1

Cari Kdrama Awards ialah anugerah tahunan yang dianjurkan oleh Kmania bertujuan untuk menghargai kehebatan karya-karya seni warga Korea terutamanya dalam bidang industri drama. Anugerah kritik secara online ini mula mendapat liputan meluas di media-media tempatan seperti tv9 dan juga akhbar Harian Metro, serta media antarabangsa seperti Kdramapal dan daehandrama.
Setiap pencalonan anugerah adalah dibuat dengan telus hasil daripada ulasan-ulasan yang ditulis peminat Malaysia, bermakna setiap ulasan daripada anda akan menentukan pencalonan tersebut. Kesemuanya akan dihitung dan diaudit oleh Majlis Pengkritik Kdrama untuk pencalonan top 5, seterusnya pengumuman pemenang dibuat pada malam anugerah.
Memandangkan Cari Kdrama Awards akan berlangsung tak lama lagi, Kmania mengalu-alukan sesiapa yang mahu menjadi sukarelawan sepanjang pengelolaan anugerah ini di medium media sosial. Mereka yang menjadi sukarelawan akan dikreditkan hasil usahanya, diberi kredit forum seperti amalan-amalan sebelum ini dan diberikan sijil penghargaan, jika diminta selain diberi hibah ataupun kelebihan yang kelab mahu lakukan bagiapa-apa program yang Kmania anjurkan di kemudian hari. Sila klik gambar di bawah untuk lebih lanjut.

(a) Pereka Grafik Gambar
[*]Mereka poster, banner dan gambar-gambar pencalonan top 5 mengikut piawaian ditetapkan Kmania.
[*]Tugasan akan diberikan secara bergilir-gilir dan berkala.
[*]Waktu kemuncak adalah pada 25 Dec 2017 – 14 Jan 2018.
(b) Pereka Grafik Video
[*]Mereka video-video pencalonan top 5 dan promosi Cari Kdrama Awards mengikut piawaian ditetapkan Kmania.
[*]Tugasan akan diberikan secara bergilir-gilir dan berkala.
[*]Waktu kemuncak adalah pada 25 Dec 2017 – 14 Jan 2018.
(c) Pembantu Promosi & Penyebaran Maklumat
[*]Membantu menyebarkan maklumat mengenai Cari Kdrama Awards di seluruh pelusuk media sosial mengikut piawaian ditetapkan Kmania.
[*]Bermula pada awal Oct sehingga selesai majlis anugerah.

Lain-lain,
anda juga boleh cuba untuk membuat permohonan sebagai ahli Majlis Pengkritik Kdrama.

(d) Syarat-syarat menjadi ahli Majlis Pengkritik Cari Kdrama Awards
[*]Sudah membuat pembayaran sebagai ahli Kmania yang sah.
[*]Sekurang-kurangnya sudah menghantar SATU ulasan kdrama yang menyeluruh kepada Kmania.
[*]Mempunyai kemahiran dalam mengkritik sesuatu kdrama yang ditonton.

Permohonan untuk tugas-tugas sukarelawan di atas termasuk (d) mesti dihantar melalui borang ini.
Bagi yang mahu memohon untuk (d) , anda mesti menjadi ahli Kmania yang sah di sisi undang-undang Kmania terlebih dahulu. Tapi, jangan gusar, anda boleh terus daftar di sini dan Kmania akan luluskan dengan segera.
Lebih lanjut, sila layari : https://kmania.info/2017/09/16/t ... awaran-pengiklanan/

idakamaruddin Publish time 18-9-2017 12:40 PM

daus nak :)

dauswq Publish time 18-9-2017 12:46 PM

idakamaruddin replied at 18-9-2017 12:40 PM
daus nak

yang mane satu ida? ;P

idakamaruddin Publish time 18-9-2017 01:00 PM

ajk mcm thn lps ke atau jd pengkritik tp x bayar lg

haha :lol:

dauswq Publish time 18-9-2017 02:25 PM

idakamaruddin replied at 18-9-2017 01:00 PM
ajk mcm thn lps ke atau jd pengkritik tp x bayar lg

haha

lebih kurang sama dgn AJK mcm thn lepas, cuma broad sket specification nya ;P

aritu bukan kau nak memohon jd auditor majlis pengkritik kah?

idakamaruddin Publish time 18-9-2017 02:36 PM

dauswq replied at 18-9-2017 02:25 PM
lebih kurang sama dgn AJK mcm thn lepas, cuma broad sket specification nya

aritu bukan kau n ...

kalau jd auditor tu bz x keje nye?


dauswq Publish time 18-9-2017 02:44 PM

idakamaruddin replied at 18-9-2017 02:36 PM
kalau jd auditor tu bz x keje nye?

busy nya awal dec tu sehingga jan tu la kot..
sbb nak kena audit review 2 org hantar sblm nya..
cuba tanye @ismaha mcm mne busy nya ;P

idakamaruddin Publish time 18-9-2017 02:45 PM

dauswq replied at 18-9-2017 02:44 PM
busy nya awal dec tu sehingga jan tu la kot..
sbb nak kena audit review 2 org hantar sblm nya..
...

kalau terlalu bz sgt takut plak xleh commit

tp kalau lite2 je ok la

:lol:

dauswq Publish time 18-9-2017 02:47 PM

idakamaruddin replied at 18-9-2017 02:45 PM
kalau terlalu bz sgt takut plak xleh commit

tp kalau lite2 je ok la

camtu kau amik plg mudah sekali no.3 tu.. ;P:lol::lol:

idakamaruddin Publish time 18-9-2017 02:51 PM

dauswq replied at 18-9-2017 02:47 PM
camtu kau amik plg mudah sekali no.3 tu..

yg mcm last year tu ok la

calling2 @alien88 :lol:

ismaha Publish time 18-9-2017 03:11 PM

bizi sgt la ida...bos latu ko cukup2 nnt:lol::lol:

@idakamaruddin

alien88 Publish time 18-9-2017 04:57 PM

idakamaruddin replied at 18-9-2017 02:51 PM
yg mcm last year tu ok la

calling2 @alien88

ya saya! {:mlturn:}

idakamaruddin Publish time 19-9-2017 10:10 AM

alien88 replied at 18-9-2017 04:57 PM
ya saya!

mcm tahun lepas alien :$

alien88 Publish time 19-9-2017 05:01 PM

idakamaruddin replied at 19-9-2017 10:10 AM
mcm tahun lepas alien

yup2.. uolls ambk sukarelawan bahagian mana? :lol:

anissa_kyra Publish time 20-9-2017 11:19 AM

macam tak sangka dah ada next cari kdrama awards. rasanya macam baru semalam duk buat games2 yg last year punya cari kdrama awards kihkihkih

dauswq Publish time 20-9-2017 05:44 PM

anissa_kyra replied at 20-9-2017 11:19 AM
macam tak sangka dah ada next cari kdrama awards. rasanya macam baru semalam duk buat games2 yg last ...

cepat sgt mase berlalu :lol:

wima Publish time 20-9-2017 06:41 PM

dauswq replied at 20-9-2017 05:44 PM
cepat sgt mase berlalu

Xde games ke kali ni daus mcm aritu?:lol:

Tp kalau ada, harusla iols terpinga2 nk jwb...rs mcm x byk tgk drama thn ni...pastu kalau tgk pun bape kerat je iols berjaya abihkan...sendu btul tahun ni...huhu

Review lgla...asyik bertangguh je nk buat...:'(

dauswq Publish time 20-9-2017 07:37 PM

wima replied at 20-9-2017 06:41 PM
Xde games ke kali ni daus mcm aritu?

Tp kalau ada, harusla iols terpinga2 nk jwb...rs mcm...

tak tau lak sempat nak buat ker tak, lagipun sibuk dgn kmania lately. tp kmania ade bincang collaboration dgn kdramapal psl game road tour
tgk camne hasilnya :lol:

iols tgh fikir game mudah utk uols kot..
ala2 mcm quiz jek..

mizzacu Publish time 21-9-2017 01:12 PM

omg guysss!!!
lama x jengah porem ni...
rindunyeeeeeeeeeeeeeeeee :'(:'(:'(


ot plak.. iols x dpt nak tlg commit
nk online pon curi2 ni ha

anissa_kyra Publish time 22-9-2017 12:25 AM

wima replied at 20-9-2017 06:41 PM
Xde games ke kali ni daus mcm aritu?

Tp kalau ada, harusla iols terpinga2 nk jwb...rs mcm...

taun ni iols baru tengok queen for 7 days. tak sempat masa langsung nak catch up {:nononoo
Pages: [1] 2
View full version: [Terbuka] Menjadi sukarelawan untuk 6th Cari Kdrama Awards


ADVERTISEMENT