CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4412|Reply: 33

Benarkah anak sulung seorang yang tenang tetapi ego?

[Copy link]
Post time 23-8-2017 09:36 AM | Show all posts |Read mode


Benarkah anak sulung seorang yang tenang tetapi ego? Anak sulung sebenarnya cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Walaupun dengan hadirnya anak-anak lain, anak sulung tetap dianggap istimewa jauh di sudut hati ibu itu sendiri. Benarkah begitu?





Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malah anak sulung juga biasanya agak cemerlang berbanding adik beradik lain, baik di sekolah mahupun di rumah.

Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pun begitu, menurutnya lagi, anak sulung berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyulitkan.

Namun adakalanya anak sulung terlihat sedikit sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain, terutama ibu bapa serta adik beradik yang lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.


1. Ego

Walaupun mampu bertolak ansur, namun anak sulung dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.



2. Bertolak Ansur & Rasional


Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.

3. Lebih Tegas

Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.



4. Mengawal Orang Lain

Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling. Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.


5. Lebih Bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.



Sumber : Keluarga.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
syukur alhamdulillah dpt abg2 yg okeyy
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 09:56 AM | Show all posts
kak long aku memang seorang yg tenang, mengalah,rajin,sanggup susah demi adik2..
ego takde pula
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 09:58 AM | Show all posts
sy anak sulung hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:09 AM | Show all posts
anak sulong akak camtu la..ego sebab mengikut genetik sorg tu..tak pelik lah aku..tapi keegoan dia pada perkara yg baik..bukan ego utk lebih dari kawan2..show-off smua tu..ego utk menten she is the leader dan ego utk sentiasa dihadapan...pening kadang. sebab terlalu memaksa diri utk sentiasa excel dia macam tak enjoy life dia sebagai remaja.

aku umo tu dulu..tau nak huha je..tapi aku bukan sulong.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:22 AM | Show all posts
abang aku mmg kerek gila dulu2.. ego pon tinggi.. la ni da besar2 baru la lembut sket.. kalau tak dlu taw nak jerkah orang jek.. nak2 pulak dia keja kt SG da sekarang ni, skali skala balik rumah baru la nak menyembang gan semua.. kalau tak dulu soalan yang penting jek pada kami semua.. dulu suke sangat mengarah, eh sekarang pon sama..aku da kawen ni pon d arah2 lagi.. huhuuuu.. pasgrah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2017 10:29 AM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 23-8-2017 10:33 AM

bagi akak anak sulung tugas paling utama dengar luahan hati abah mak.

bila stage usia ayah mak dah tua anak sulung kena concern sangat keperluan mak ayah. tanggungjawab adk bradik xpe dah besar hulur duit , pastikan study ok, insya allah ok.

anak sulung kena prihatin abah mak sbb 1 ibu boleh jaga 10 anak, 10 anak belum tentu boleh jaga sorang ibu dan ayah. jadi rebutlah kunci syurga tak kira anak sulung ke, angah ke, uda ke, paktam ke , bongsu ke? rebut kunci syurga.. kalau hilang kunci syurga ni gelap dunia keberkatan hilang.

siapa pernah jadi anak derhaka ubah sikit2.. jadilah anak2 yang buat air mata mak ayah nangis ini anak aku lahirkan aku bersyukur pada mu ya Allah.. keberkatan hidup doa mak ayah sangat mahal.. tiada siapa mampu beri kecuali mak ayah..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:33 AM | Show all posts
yang pastinya anak sulung memang lebih bijak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2017 10:40 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-8-2017 10:29 AM
bagi akak anak sulung tugas paling utama dengar luahan hati abah mak.

bila stage usia ayah mak da ...

sebut pasal mak abah memang betul kak
saya as anak sulung nak buat pape mesti fikir mak abah dulu
entah nape

saya kawin lambat pun sebab fikirkan emak abah
dah bagi dorang merasa senang baru saya fikir nak kawin
nak beli rumah pun sanggup beli yg dekat2 dengan mak abah
walaupun rumah kecik tp harga macam rumah besar
sbb nak dapat yg dekat
sbb kalau dok jauh2 mak abah segan nak mintak tolong
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 10:43 AM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 23-8-2017 10:40 AM
sebut pasal mak abah memang betul kak
saya as anak sulung nak buat pape mesti fikir mak abah dulu ...

anak sulung berat tanggungjawab nya makin lama kematangan tu hadir kepada anak sulung . benda tu fitrah.



Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 11:55 AM | Show all posts
i kakak ipar sulung.... voley?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 12:21 PM | Show all posts
abg saya seorg yg ego..dan ank mak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 01:49 PM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 23-8-2017 11:55 AM
i kakak ipar sulung.... voley?

samalah ngan meolssss... masa meols kawin ngan hasben, adik2 dia amsih sekolah lagi... sekarang adik bongsu dia dah ada dua anak dah..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 01:53 PM | Show all posts
anak sulung meols memang jenis tegas dan berprinsip. tapi tak adalah ego. jenis bertolak ansur ngan adik2. kadang2 meols tgk dia mcm takde perasaan pun ada...haha.. kalau baya2 dia dah terlibat aktif ngan socmed, tp anak meols insta fb pun tak ada.. grup kawan2 dan kelas dia join guna hp meolss... tp kl sekali sekala dia balik dari asrama, mmg meols lega la sebab dia settle semua hal rumah. rasa mcm taknak bagi dia duk asrama pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
I anak sulong..Yes,diakui memg ego..Hihi..kalau I buat salah orang lain boleh tegur I tapi bila adik2 yg tegur I rasa macam tercabar betul.rasa tak dihormati dan rasa kepala dipijak2..boley gitu??haha..bunyik cam pompan psiko je kan..

Tapiii..anak sulong ni,tuhan je tahu betapa dia sayang adik2 dia..sendiri tak cukup makan takpa janji bulan2 duit belanja adik2 cukup..belum lagi hulur kat mak ayah..bukan angkat bakul uolls,tapi rasa brtgjwab tu takkan setebal ank2 yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa jumpa anak sulung ni ok je tp yg anak no. 2 agak ego..ni yg biasa tgk la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2017 11:57 AM | Show all posts
MyNameIsIris replied at 23-8-2017 11:55 AM
i kakak ipar sulung.... voley?

sama. sep sikittt. meols dari bongsu uppp jdi kak long
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
I pernah jumpa anak sulung yang dominan.
Sampai tahap jumpa bapak dia bagi tau rumah family tu tukar ke nama dia.
Si bapak pula bercerita pada anak2 yang lain.
Anak yang no 2 sangat membantah tapi tak berani nak berdepan dengan si sulung. Maka dia pun beritahu pada adik2 yang no 3 & 4, kita semua ada hak atas rumah tu.
Anak no 4 yang bercerita pada I.
I bagi tau, selagi rumah tu nama bapak dia orang, takde makna nak risau.
Nak gaduh, rebut2 buat sekarang, ajak bapa bincang nak bahagi sama atau nak hibah rumah tu.
Kalau tak nak, diamkan aje.
Esok kalau bapa dah tiada, faraid aje rumah tu.
Btw, kes ni anak sulung perempuan v 3 anak lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh, ada kaitan ke cerita i dgn thread ni?

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2017 08:28 AM | Show all posts
Edited by manaakautauu at 28-8-2017 08:29 AM
aurorae replied at 26-8-2017 10:30 AM
husband aku anak sulung yang ada ciri2 tu terutama dominan, bukan saja pada adik2 dan keluarga, mala ...

laki hang Bukan jenis domineering Nee....tapi lebih jenis Tak sedar diri...Tak tahu letak Kan sesuatu pada tempatnya...kalau dah kuli tuh belajar ler camna jadik kuli Yang baik......work as a team...jangan dah taraf kuli tapi nak tunjuk lebih authoritarian dari bos...kalau manak pun kuli macam Nee memang lama dah kena terajang.....


Nee kalau laki hang kat luar lagak selalu nak jadik bos...kohnon Tak boleh terima arahan...kalau kat rumah mesti the direct opposite.... hang pulak Yang bos Dia Kan????


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.060003 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list