dauswq Publish time 27-7-2017 01:25 PM

[tvN] Mother - Lee Bo Young

Sah, Lee Bo Young sebagai ibu dalam drama hit remake jepun, Mother!by      daus    ·                            Published July 27, 2017            · Updated July 27, 2017   
         
                                    https://i0.wp.com/i.imgur.com/I1g2tfI.jpg


Lee Bo Young mengesahkan akan melakonkan sebagai ibu dalam siri korea terbaru remake Jepun, Mother. Drama ini bakal diarahkan oleh PD Chicago Typewriter dan On The Way To The Airport, iaitu Kim Chul Gyu dan dikatakan ditulis oleh penulis skrip filem terkemuka, Jung SeoKyung (masih belum disahkan setakat ini). PD Kim Chul Gyu dikenali sebagai seorang yang begitu persis dalamteknik sinematografi bagimenyerlahkan unsur-unsur metafora terhadap sesuatu. Manakala, Jung Seo Kyung pula ialah seorang penulis skrip yang profilik yang mahir dalam menjadikan ceritanya dari sudut perspektif berbeza dengan konsep ‘twist’ di antara subjek.

29 Mei 2017 -Lee Bo Young yang baru selesai berlakon dalam SBS Whisper telah menerima tawaran membintangi drama remake Jepun, Mother. Drama ini bakal disiarkan di cenel tvN pada penghujung tahun ini dan akan mulai penggambaran seawal-awalnya October ini.
Mother mengisahkan tentang seorang cikgu sekolah rendah yang bersimpati dengan nasib dialami muridnya yang didera secara mental dan fizikal oleh ibubapanya di rumah. Cikgu tersebut, bakal dilakonkan oleh Lee Bo Young, men’culik’ budak tersebut dan membawanya bersiar-siar dengan harapan dia dapat melupakan penderitaan dialaminya. Drama Mothers yang disiarkan di cenel NTV telah mendapat rating tertinggi dan meraih beberapa anugerah penting termasuklah kemenangan Best Actress dan Best Supporting Actress buat pelakon yang membawakan watak sebagai cikgu dan anak murid tersebut.
https://i1.wp.com/i.imgur.com/QLTrpu3.jpg?resize=578%2C872Jung Seok Sung – dikatakan penulis Mother & pernah bekerjasama dengan pengarah Park Chan Wook untuk filem Handmaiden dan Thirsty.
Drama Mother ini bakal ditulis oleh penulis skrip filem terkemuka, iaitu Jung Seo Kyung . Beberapa karya beliau bersama pengarah tersohor Korea, Park Chan Wook seperti Handmaiden, Sympathy for Lady Vengeance dan Thirst telah mendapat kritikan positif di kalangan penggiat filem terutamanya Handmaiden yang disenaraikan antara filem terbaik dunia tahun 2016 oleh Indiewire, majlis pengkritik Los Angeles, dan lain-lain. Penulisan beliau lebih berkonsepkan thriller di mana ‘twist’ diperkenalkan beberapa kali dalam filem bagi anggapan penonton berkenaan terutamanya daripada persepktif berbeza di permulaaan cerita. Contohnya dalam Handmaiden, beliau telah menyangkakan penonton bahawa A akan ditipu oleh B sambil disokong oleh C. Tetapi, rupanya A dan B bekerjasama sebaliknya lalu meninggalkan C. Untuk mengetahui lanjut pasalnya, silalah menonton filem Handmaiden ini.

Sumber: https://kmania.info/2017/07/27/lee-bo-young-akan-bintangi-drama-hit-remake-jepun-mother/

shanew3stga1z Publish time 27-7-2017 02:36 PM

mmg confirm ya LBY ? woweee ! best best ! frust sebab whisper lakonan sheols tak ckup power ... nak focus kat dia jek

dauswq Publish time 27-7-2017 02:38 PM

shanew3stga1z replied at 27-7-2017 02:36 PM
mmg confirm ya LBY ? woweee ! best best ! frust sebab whisper lakonan sheols tak ckup power ... nak...

kalau ikut kombinasi dgn writer & pengarah, mmg dh cukup power tu. :lol:
cuma kena tahan sket drama ni takkan makjang lah, very detailed structure
dan konfem akn ade twist.

tp belum pasti writer ni konfem ke dak.


shanew3stga1z Publish time 27-7-2017 04:48 PM

dauswq replied at 27-7-2017 02:38 PM
kalau ikut kombinasi dgn writer & pengarah, mmg dh cukup power tu.
cuma kena tahan sket dra ...

ape maksud chuols 'makjang' . iols is blur skit ngn terms korea ni .. hehehe ..

chuols dah tgk ke versi jpon ? best ?

sarah_ary2 Publish time 27-7-2017 07:16 PM

Wah suka Lee bo young nie, harapnya janganlah remake Mother nie x menjadi :mad: dahlah meols suka drama tue. Kalau dalam Mother tue ada prlakon Oshin kalau dalam versi korea nie rasanya pelakon veteran manalah yg diorang akan amik

qis13 Publish time 27-7-2017 07:45 PM

Kalau tenguk pada PD ..dua cite dia yg sebelum ni memang aku tenguk n best...

So harap2 yg ni best gak la...

idakamaruddin Publish time 27-7-2017 08:13 PM

cite psl apa? pasal mak la kan:lol:

qis13 Publish time 28-7-2017 12:01 AM

idakamaruddin replied at 27-7-2017 08:13 PM
cite psl apa? pasal mak la kan

Tade hero ke cite ni nak cuci2 mata? ;P:lol:

kikiharris Publish time 2-8-2017 01:40 AM

ok masuk dlm list iols.:$

shanew3stga1z Publish time 2-8-2017 12:15 PM

thn dpn katanya release .. long time to wait .. fuh

xyla73 Publish time 19-2-2018 07:30 PM

xde ke org tengok citer ni? best kot..recommended sgt2..direction, cinematography, acting semua top notch..dia bukan setakat fokus kat relationship between Soo Jin (cikgu sementara) dgn Hye Na (budak yg so called kena kidnap tu)je..tapi jugak pelbagai takrifan 'mothers' antaranya :
1)hubungan antara Hye Na dgn ibu kandungnya..benci betul tengok mak kandung Hye Na ni..sanggup tengok anak kena dera asalkan dpt duduk dgn boyfriend
2)hubungan antara Hye Na dgn Soo Jin..Soo Jin, cikgu yg pada awalnya nampak dingin tapi berubah bila dapat tau apa yg berlaku kat Hye Na..walaupun ada ketikanya geram tengok Soo Jin yang suka tinggal Hye Na sorang2 kat tempat awam
3) hubungan antara Soo Jin dengan mak angkat dia..aktres yang sukakan kanak2
4) hubungan antara Soo Jin dengan penjaga rumah anak-anak yatim (Miss Clara)..mother figure tempat Soo Jin bergantung lepas kena tinggal dgn mak kandung dia
5) hubungan antara Soo Jin dengan mak kandungnya..ni baru je reveal siapa mak kandung Soo Jin dan sebab kenapa dia tinggalkan Soo Jin kat rumah anak yatim..adegan antara Soo Jin dan mak kandung dia ni sgt powerful..nampak lain pulak tengok pelakon yg jadi mak kandung Soo Jin ni sebab selalunya dia berlakon jadi ahjumma gedik


budak yang jadi Hye Na aka Yoon Bok ni pun pandai berlakon..ni 1st time nampak budak ni berlakon..

so siapa yg belum tengok lagi silalah tengok..walaupun ada sentuh pasal penderaan kanak2 tapi still watchable..xde depress sgt..rasanya real life penderaan kanak2 kat berita tu lagi teruk..


C1k_J4h Publish time 20-2-2018 11:12 AM

tgh tgok..baru smpai epsd 6..haha..

lonso Publish time 20-2-2018 02:29 PM

dah start ke cite nih... banyak cite tertinggal nih...

olnkrm Publish time 21-2-2018 12:01 AM

Best ek? Mmg da rekod tp xstart tgk lg. Br abis tgk bad guy vile city. Tlambat. Hehe

idakamaruddin Publish time 21-2-2018 10:49 AM

xyla73 replied at 19-2-2018 07:30 PM
xde ke org tengok citer ni? best kot..recommended sgt2..direction, cinematography, acting semua top...

iols skg ni kalau bole nk tgk drama cinta2 ada scene cium2 je hahahaha

tp xde cite menarik la skg ni

:lol:

kikiharris Publish time 21-2-2018 03:29 PM

awal2 episode dah sedih. sakit jiwa betullah tgk bf mak dia tu..bunyi bising sket dah naik hantu
lepas dah bawak lari dek teacher dia,barulah iols lega sket.wpon suspen gaklah kan..abes dah bawak lari anak orang katanya.

sedihlah cerita ni..kdg2 sambil tengok fikiran iols melayang layang teringat movie Silenced yg GY berlakon tu.

xyla73 Publish time 22-2-2018 04:37 PM

idakamaruddin replied at 21-2-2018 10:49 AM
iols skg ni kalau bole nk tgk drama cinta2 ada scene cium2 je hahahaha

tp xde cite menarik la s ...

Uols x tgk hwayugi ke? Best lah jugak ala2 goblin..Mula2 x berapa nak tgk sgt sbb jln citer cam mengarut je..tapi bila dah start tgk x blh stop..tau2 abis marathon 12 episod dlm masa 2 hari..ost pun best..

honeybee1802 Publish time 22-2-2018 06:43 PM

Tertgk.. Br 2 epi... Rupanya soojin ni reseacher burung n agaknya uni dia takde dana dah for the project... Kene jd cikgu sementara... Lawa gak eh bini jisung neh.. Dekst 40an but muka mcm awal 30an...

Minami2013 Publish time 23-2-2018 07:17 PM

I tau remake jepun so i khatam version jepun dulu.. mmg sedih gile.. so bile tgk version korea kat tvn i start to compare n agak kecewa sikit sbb walau pun ada twist cerita tu mcm terlalu slow.. maybe for those yg nk tgk mother version korea i suggest jgn tgk version jepun lg..

Claudia_Lestat Publish time 23-2-2018 11:14 PM

dah ep10.alaaaaaaa bf mak hye na dpt culik hye na pulak :mad:
Pages: [1] 2 3
View full version: [tvN] Mother - Lee Bo Young


ADVERTISEMENT