transporter Publish time 29-3-2017 02:04 PM


Pemandangan country side Tuscany yang typical sepanjang jalanan. Lokasi:SP146.

transporter Publish time 29-3-2017 02:05 PM

Pienza adalah sebuah pekan kecil di lembah Val d'Orcia. Ia berada di atas bukit dan di sini, anda akan mendapati pemandangan indah lembah Val d'Orcia sehingga ke kaki pergunungan. Pienza telah dijadikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1996 dan kemudian pada tahun 2004, seluruh Val d'Orcia telah dimasukkan dalam senarai World Cultural Landscapes UNESCO. Dengan dua pengiktirafan UNESCO, sudah tentu anda akan diberi ganjaran pemandangan yang hebat. Pandangan menawan ini akan terpahat dalam ingatan anda untuk beberapa ketika. Menyesal jika anda terlepas peluang melawat Pienza. Pekan ini is not to be missed. Kami duduk di bangku yang tersedia hampir sejam menikmati keindah pemandangan di sini. Marvellous.


Pinggir bandar Pienza. Lokasi: Pienza.


transporter Publish time 29-3-2017 02:06 PM


Lembah Val d'Orcia Tuscany. Tapak Warisan Dunia Unesco. Lokasi: Pienza.


transporter Publish time 29-3-2017 02:06 PM


Pemandangan downhill dari pekan Pienza. Lokasi: Pienza.


transporter Publish time 29-3-2017 02:07 PM


Magnificent views lembah Val d'Orcia. Lokasi: Pienza.

transporter Publish time 29-3-2017 02:07 PM


Sebahagian lagi lembah Val d'Orcia menhadap pergunungan. Lokasi: Pienza.


transporter Publish time 29-3-2017 02:08 PM


Information board juga melayan keindahan Val d'Orcia. Lokasi: Pienza.


transporter Publish time 29-3-2017 02:11 PM

Edited by transporter at 29-3-2017 02:23 PM

Tidak cukup melihat lembah Val d'Orcia yang menawan ini, kami memandu turun melalui SP18 untuk permandangan pekan Pienza dari kaki bukit pulak. Dari bawah melihat ke atas, anda akan melihat Pienza megah tesergam di atas bukit. Selepas beberapa ketika, kami pandu naik ke Pienza dan meneruskan perjalanan ke Montefollonico.


Pemandangan biasa di seluruh Tuscany. Deretan pokok2 Cypress. Lokasi: SP18.


Aktiviti pertanian belum lagi bermula pada pertengahan April. Lokasi: SP18.


Pekan Pienza dari bawah bukit. Lokasi: SP18.
Save

transporter Publish time 29-3-2017 02:12 PM

Mantefollonico adalah satu pekan kecil di atas bukit 11km dari Pienza menguna laluan SP15. Terdapat juga pandangan yang menarik di sini tetapi laluan dari Mantefollonico ke bandar lagi satu Montepulciano lah, yang mengkagumkan kami. Jalan Str. dei Colli yang separuh tar menurun bukit, menpertontonkan pemandangan kehijauan Tuscany kiri-kanan jalan dengan ladang2 dan kebun2 anggur. Awesome. Hijau sejauh mata memandang walaupun rumput rumpai sahaja.



Pekan kecil Montefollonico. Lokasi: Montefollonico.

transporter Publish time 29-3-2017 02:14 PM


Pemandangan menghijau country side. Lokasi: Montefollonico.


Hijau sejauh mata memandang walaupun rumpat sahaja. Lokasi: Montefollonico.


Jalan separuh tar 'Str. dei Colli' yang akan bertemu dengan SP135 untuk ke bandar seterusnya Monteoulciano. Lokasi: Montefollonico.



transporter Publish time 29-3-2017 02:15 PM

Montepulciano adalah sebuah bandar juga di atas bukit 9km dari Montefollonico. Seperti tempat2 lain, pemandangan di sini juga cantik2 tetapi sukar untuk mencari parking. Montepulciano adalah bandar yang sibuk dan satu2 bandar yang ada traffic light. Ia adalah pengeluar utama makanan dan minuman di wilayah Tuscany.


Bandar Montepulciano di atas bukit.

transporter Publish time 29-3-2017 02:16 PM


Ladang olive kelihatan dari atas bandar Montepulciano.


Meninjau ladang2 di bawah dari atas bukit. Lokasi: Montepulciano.

transporter Publish time 29-3-2017 11:01 PM

Dari Montepulciano, kami menuju ke satu lagi pekan kecil juga terletak atas bukit iaitu La Foce melalui SP88. Apabila bertembung dengan SP40 di simpang empat, menyeberang ke hadapan sedikit ada tempat parking. Dari sini, kita dapat melihat deretan pokok2 Cypress sepanjang jalan yang berliku naik ke Strada di Valoresi dari jauh. Ini adalah satu lagi favorite location untuk mengambil gambar. Dari simpang tadi, kita menurun melalui SP40. Kira2 1.5km, ke sebelah kanan, terdapat jalan masuk menaiki jalan berliku ke Strada di Valoresi. Dari kaki bukit ini, kita boleh mengambil gambar dari sudut lebih dekat.


transporter Publish time 29-3-2017 11:02 PM


Strada di Valoresi adalah lokasi pokok2 Cypress di jalan berliku-liku tu. Lokasi: SP40/SP88, La Foce.


transporter Publish time 29-3-2017 11:02 PM


Gambar Strada di Valoresi dari bawah bukit. Lokasi: SP40, La Foce.


transporter Publish time 29-3-2017 11:03 PM


'Clay Hills' dan ladang pokok2 zaitun. Lokasi: SP40, La Foce.

transporter Publish time 29-3-2017 11:26 PM

Meneruskan perjalanan ke Radiocofani pula, lagi satu pekan di atas bukit yang agak tinggi, kami exit SP40 dan masuk SR2 dan seterusnya membelok masuk SP478. Dari sini, bermulalah pendakian bukit dengan pemandangan gunung yang hebat dan menakjubkan. Kami berkesempatan berhenti di tepi jalan yang ada picnic table dan makan tengah hari di bawah langit biru dengan pandangan pergunungan yang tidak berkesudahan.

transporter Publish time 29-3-2017 11:36 PM


Rolling hills of Radiocofani. Lokasi: SP478.

transporter Publish time 29-3-2017 11:37 PM


Farmhouse di tepi lereng bukit. Lokasi: SP478.

transporter Publish time 29-3-2017 11:38 PM


Views dalam perjalanan ke Radiocofani. Lokasi: SP478.

Pages: 1 2 [3] 4
View full version: TUSCANY ROAD TRIP. PEMANDANGAN INDAH.


ADVERTISEMENT