transporter Publish time 26-3-2017 06:06 PM

TUSCANY ROAD TRIP. PEMANDANGAN INDAH.

Edited by bianglala at 9-1-2019 08:44 PM



Adakah Tuscany itu bandar? Italy terdiri daripada 20 wilayah dan Tuscany adalah satu daripada nya. Tuscany pula terdiri daripada 10 kumpulan pekan iaitu Florence, Arezzo, Grosseto, Livorno, Lucca, Massa Carrara, Pisa, Pistoia, Prato dan Siena. Wilayah Tuscany terletak di tengah Italy dengan keluasan 23,000 km persegi dengan penduduk 3.8 juta. Walaupun Tuscany dirujuk sebagai wilayah, ia umpama sebuah negeri dalam Italy. Florence adalah ibu negeri bagi wilayah Tuscany.
Tuscany terkenal dengan landskap dan pemandangan yang indah, kampung2 purba, bandar2 bersejarah, istana, gereja dan biara. Penghasilan utama adalah buah anggur untuk pengeluaran wain dan kawasan wain Tuscany yang terkenal ialah di daerah Chianti. Selain anggur, olive dan gandum adalah tanaman yang diusahakan juga.

transporter Publish time 26-3-2017 06:10 PM

Sejurus keluar dari car rental office berhampiran airport Peretola Florence, kami memulakan road-trip kami ke San Quirico d'Orcia, destinasi akhir hari pertama kami. Perjalanan akan melalui lebuhraya E35, SR222 & SR2. Lebuhraya E35 bermula dari Amsterdam hingga ke Rome. SR merujuk kepada 'Strada Regionale' atau jalan wilayah. Penggunaan E35 dikenakan tol manakala SR222 & SR2 tiada. Permanduan di atas lebuhraya Italy adalah left-hand drive. Lebuhraya E adalah dual carriageway manakala SR adalah single. Laluan SR tidak mempunyai banyak bahu jalan untuk berhenti bagi menikmati pemandangan desa yang indah lagi menakjubkan. Sayangnya, sebahagian pemandangan2 indah ini kita save dalam ingatan sajalah dan bukan dalam SD card.


Peta jalanan kami untuk hari pertama jelajah Tuscany.

transporter Publish time 26-3-2017 06:13 PM


Pemandangan Farmhouse dari SR222 . Lokasi: La Presura.

transporter Publish time 26-3-2017 06:14 PM


Farmhouse dalam kebun anggur. Lokasi: Chiocchio

transporter Publish time 26-3-2017 06:14 PM


Entrance ke Castello Vicchiomaggio, hotel mewah dengan infinity pool. Lokasi: Le Bolle.

transporter Publish time 26-3-2017 06:15 PM


Ladang anggur. Lokasi: Le Bolle.

transporter Publish time 26-3-2017 06:16 PM


Fattoria Montagliari adalah sebuah ladang kecil family owned yang menghasilkan wain jenama sendiri. Lokasi: Greve in Chianti.

transporter Publish time 26-3-2017 06:16 PM


Permandangan dari atas bukit menghadap kawasan bersebelahan Fattoria Montagliari. Lokasi: Greve in Chianti.

transporter Publish time 26-3-2017 06:17 PM


Ladang anggur di tepi lereng bukit. Lokasi: Panzano.

transporter Publish time 26-3-2017 06:17 PM


Ladang Anggur di tepi jalan. Lokasi: Panzano.


transporter Publish time 26-3-2017 06:18 PM


Laluan ke kampong atas bukit melalui ladang anggur. Lokasi: Panzano.


transporter Publish time 26-3-2017 06:19 PM


Pokok2 olive tepi jalan. Lokasi tidak dikenalpasti.

transporter Publish time 26-3-2017 06:19 PM


Pokok2 olive tepi jalan. Lokasi tidak dikenalpasti.

transporter Publish time 26-3-2017 06:20 PM


Ini adalah pokok2 Cypress bersebelahan SR2 selepas jembatan, 4km sebelum bandar San Quirico d'Orcia. Satu2 nya photo-spot yang favorite.

transporter Publish time 26-3-2017 06:23 PM

Kami tidak mempunyai jadual perjalanan khusus bagi road-trip ini, tapi hanya untuk memandu dan menikmati pemandangan Tuscany seperti mana yang telah kami lihat di TV, magazine dan internet. Sememangnya melawat Tuscany pada musim berlainan, kita akan melihat pemandangan yang berbeza. Pada pertengahan April, Tuscany sudah menghijau dan cuaca masih dingin. Pokok2 dan tumbuhan lain baru mula berdaun kembali. Kami mula memandu keluar Florence pukul 10:30 dan tiba di hotel 'Il Garibaldi' di San Quirico d'Orcia pada 16:40 selepas beberapa kali berhenti untuk mengambil gambar dan menikmati keindahan Tuscany walaupun perjalanan hanya 130km.

/... bersambung

bianglala Publish time 26-3-2017 08:02 PM

transporter replied at 26-3-2017 06:23 PM
Kami tidak mempunyai jadual perjalanan khusus bagi road-trip ini, tapi hanya untuk memandu dan menik ...
kiranya sekarang ni bulan Mac / April ...suasana kat sana tengah menghijau la ya.. sebab spring.. tahun bila road trip Tuscany ni? mungkin musim luruh lagi lawa(?).

speed limit berapa kat sana. seronok drive santai-santai sambil tengok pemandangan macam ni.

transporter Publish time 26-3-2017 10:30 PM

bianglala replied at 26-3-2017 08:02 PM
kiranya sekarang ni bulan Mac / April ...suasana kat sana tengah menghijau la ya.. sebab spring.....

Road trip kami tahun 2016 pertenggahan bulan April. Cuaca pada lewat petang & malam amat dingin. Pokok2 & tumbuhan baru menghijau selepas winter. Grape harvesting bermula pada autumn & mungkin this is the best time to visit Tuscany. Speed limit di jalan daerah 50-70km/j & banyak camera speed trap. Di bandar2 utama pula, ada implement ZTL atau 'no entry zone' bagi kenderaan persendirian. Notis ZTL selalu nya hanya pada permulaan jalan berkenaan. Anda masuk, memang dah tak boleh gostan sebab one-way, di jamin kena fine. Kena study jalan2 ZTL ni di Google map sebelum pegi sana. :funk:

delsmomm Publish time 27-3-2017 11:37 AM

canteknyaaaaaaaaa....

one fine day.......................................{:childlikeo

transporter Publish time 27-3-2017 02:01 PM


SR222 - regional road yang tidak lebar dan jarang ada bahu jalan.

transporter Publish time 27-3-2017 02:13 PM


Hotel kami di San Quirico d'Orcia, 'Il Garibaldi' yang terletak belakang petrol pump. Nampak tak semenggah, bilik OK, bersih & comfortable. Tapi dia punya wi-fi is the best kami experienced so far till now. Strong, fast & stable. NEVER, ever has hotels in big cities macam London, Paris, Prague dll, dia punya wi-fi as good as 'Il Garibaldi'. **** Empat ha.

Pages: [1] 2 3 4
View full version: TUSCANY ROAD TRIP. PEMANDANGAN INDAH.


ADVERTISEMENT