flowerfrog Publish time 16-1-2017 09:23 AM

Laki aku nak berhenti kerja (update post 231)

Edited by flowerfrog at 8-9-2017 09:55 PM

Aku benci betul la dengan laki aku. Kenapala pemikiran dia macam tu. Tak faham la. Aku tau dia suka bisnes,aku tak pernah halang pun dia nak bisnes. sepanjang kami kahwin 6 tahun ni. Tapi perlu ke sampai nak berhenti kerja? alasannya dia tak boleh fokus dengan bisnes dia. Lagi dia tak boleh ambil barang kalau hari cuti sebab kedai tutup. Dan dia yakin dia boleh untung lagi banyak kalau dia berhenti. Bukan untung juta2 pun sampai dia nak berhenti. Dari tahun lepas dia bagitau hajat dia nak berhenti tapi aku tak bagi. Aku suruh dia fikir anak-anak. Sekurang-kurangnya kalau dia kerja confirm dapat duit tiap-tiap bulan. Dia kata dia dah takde hati nak kerja. Sekarang ni dia masih kerja tapi cuti jememanjang. hari ni pun dia cuti, sebab pergi hantar barang customer dia. Perlu ke sampai nak cuti?? esok dia kata nak cuti lagi. Aku benci betul la. Rasa macam takde hati je kat dia. Aku rasa dia pun macam takde hati kat aku sebab halang dia.

Zaman sekarang dengan semua benda pakai duit, dengan orang ter cari-cari kerja dia sibuk nak berhenti pulak. Tempat kerja kami dekat2, dan 5 minit je dari rumah. Sayang nya kalau dia berhenti. duit aku dua ratus pun tak reti nak pulangkan. Kang kalau aku mintak risau dia ingat aku berkira sebab dia memang tak pernah berkira dengan aku. Kalau betul bisnes dia untung banyak sangat kenapa kena tunggu sampai 5 hb setiap bulan (hari gaji) untuk bagi nafkah aku. nampak sangat dia guna duit gaji bukan duit bisnes. Aku risau la, kalau kami tak kahwin lagi takde anak lantak dia la tak nak kerja ke apa.


Benci nya aku. Macam mana aku nak yakinkan dia jangan berhenti kerja. Tapi kalau dia terus kerja pun dia sendiri takde hati nak kerja. Sekarang pun dah nampak. Dia jual spare part kereta, sambil2 tu dia dengan adik n sepupu bukak bisnes online lain. Memang ramai yang beli sebab hari2 pos barang brg kat pejabat pos,sabtu ahad hantar sendiri pada customer. hari2 tido pukul 1-2 pagi mengadap komputer. Memang nampak sibuk. Aku pernah beberapa kali terbangun pukul 4 nampak dia sembahyang. tak pernah tanya la dia sembahyang hajat ke istikharah ke. dhuha waktu siang je kan? semak la otak aku. Ke aku biarkan je dia berhenti ikut je kehendak dia dengan buat apa yang dia minat. Aku rasa lelaki tak nak kerja ni pemalas. Aku risau la. Tolong bagi pendapat. Sebagai suami kalau isteri tak ikut kehendak korang,apa korang rasa??

Help me please.

prettyuglybabe Publish time 16-1-2017 09:38 AM

suggest dia cuti tanpa gaji dulu selama beberapa bulan..
tengok dia boleh maintain tak perbelanjaan..
dan dalam masa tu, jangan sesekali tolong dia dari segi kewangan..
simpan duit awak untuk diri sendiri..
spend untuk anak dan rumah pun jangan..
biar dia yang keluar duit untuk perbelanjaan rumah, anak-anak dan nafkah awak..

shernazz Publish time 16-1-2017 09:46 AM

bisnes bukan senang..
takut bila brenti
.bisnes dah x kencang..nak buat.apa.lagi?
nak cari keje baru bukan dpt dh gaji .dolu...tah tah lagi sikit...

cakap kat dia kalau btol bisnes tu kenxang..cuba bayarkan cm.biasa apa yang perlu dibayar tiap bulan guna duit bisnes...aku plak yang bengang ni..haha

shernazz Publish time 16-1-2017 09:46 AM

bisnes bukan senang..
takut bila brenti
.bisnes dah x kencang..nak buat.apa.lagi?
nak cari keje baru bukan dpt dh gaji .dolu...tah tah lagi sikit...

cakap kat dia kalau btol bisnes tu kenxang..cuba bayarkan cm.biasa apa yang perlu dibayar tiap bulan guna duit bisnes...aku plak yang bengang ni..haha

shernazz Publish time 16-1-2017 09:46 AM

see..bengang tak aku..double post lagi..
sorry mod

flowerfrog Publish time 16-1-2017 09:48 AM

prettyuglybabe replied at 16-1-2017 09:38 AM
suggest dia cuti tanpa gaji dulu selama beberapa bulan..
tengok dia boleh maintain tak perbelanjaan ...

dia ada cakap nak cuti tanpa gaji 2 bulan tapi bos dia tak benarkan. ko nak berhenti, berhenti terus. gituuu.

flowerfrog Publish time 16-1-2017 09:49 AM

shernazz replied at 16-1-2017 09:46 AM
bisnes bukan senang..
takut bila brenti
.bisnes dah x kencang..nak buat.apa.lagi?


bengang kan..thanks memahami. aku tensionnnnnn. :'(

sebu Publish time 16-1-2017 09:53 AM

Dia dah x minat kerja. Payah.Laki aku pun dia kata nak bg surat resign sbb dia nk fokus kat family. Rugilah tapi mmg aku kesian dia stress. Aku cuma bg dia sokongan asalkan dia tahu dia nk buat apa sbb mmg dia ada planning

flowerfrog Publish time 16-1-2017 09:59 AM

sebu replied at 16-1-2017 09:53 AM
Dia dah x minat kerja. Payah.Laki aku pun dia kata nak bg surat resign sbb dia nk fokus kat family ...

laki aku kata dia cuma perlukan sokongan aku. tapi aku tak rela,macam mana nak sokong. kuatnya ko. macam mana kalau satu hari apa yang laki ko rancang tak jadi, apa ko akan buat?

mrizumi Publish time 16-1-2017 10:00 AM

Kau keje x? Anak dh bpe org? Nmpk dr cerita suami kau usaha sungguh2 buat bisnes tu..solat tgh mlm2 tu mgkn solat taubat,tahajud,hajat..dhuha pg2 utk murah rezeki..aku phm prasaan kau..kalau dia keje..gaji dh tetap..pndptn bisnes dia dgn gaji mana lg bnyk?

sebu Publish time 16-1-2017 10:05 AM

flowerfrog replied at 16-1-2017 09:59 AM
laki aku kata dia cuma perlukan sokongan aku. tapi aku tak rela,macam mana nak sokong. kuatnya k ...

Apa kepakaran laki kamu. Kamu kena tahu tu.Ikutkan kita sbg isteri mmg risau tapi aku yakindan akan bg sokongan sepenuhnya apa dia nak buat sbb niat dia nak sara keluarga. Tahun pertama kedua bisnes mmg kita xkan terus untung tapi kena kuat sabar dan yg penting semangat dan sokongan. Jgn gaduh2

lilydandelion77 Publish time 16-1-2017 10:07 AM

Edited by lilydandelion77 at 16-1-2017 10:10 AM

Benda boleh buat part time kan? Buat part time. Selagi untung dan bisnes part time belum melebihi gaji sekarang, tak payah berenti. Nanti menyesal macam aku laki bini!
Yang hade sekarang hutang ratus ribu :mad:

Melainkan kau sanggup keje sorang dan laki fokus kat bisnes. Ada pro and cons. Berani ambil risiko. Yang penting duit nak survive kehidupan keluarga dgn modal wajib ada at least utk 6 bulan. Kalau takde, suh dia kumpul dulu.

sebu Publish time 16-1-2017 10:11 AM

TT kamu tahu x masalah suami kamu sebenarnya masa dia kerja dan knp dia nk berhenti. Mcm aku aku tahu dan memahami knp dia nk bg surat resign

chinta89 Publish time 16-1-2017 10:12 AM

cuti tanpa gaji dulu utk 3 bulan. tgk bisnes mcmne..

zmn skg ekonomi tgh meleset... pk baik2 sblm breti kije. kalau job skg kompem duit masuk tetiap bln. kalau bisnes sdri blm tentu dpt amount tetap tetiap bln.

asben tt kja ape?

chinta89 Publish time 16-1-2017 10:13 AM

lilydandelion77 replied at 16-1-2017 10:07 AM
Benda boleh buat part time kan? Buat part time. Selagi untung dan bisnes part time belum melebihi ga ...

asben u n u sdiri kja ape sblm breti. now bisnes ape? hrp btabah, skg ekon meleset... org kurangkan mbeli. semua nk jimat.

harrypoter Publish time 16-1-2017 10:14 AM

jual part kete ni, untungnye sikit sgt kaum cina dah monopoli....
dulu dh pernah buat, tak sesuai utk buat full time, buat part time sudah....

selahau Publish time 16-1-2017 10:21 AM

Kau minta pisah dulu, kalau bisnes dia ok dan dia dah kaya, kau mintak rujuk la balik

Hana Publish time 16-1-2017 10:24 AM

flowerfrog replied at 16-1-2017 09:59 AM
laki aku kata dia cuma perlukan sokongan aku. tapi aku tak rela,macam mana nak sokong. kuatnya k ...

kalau planning tak jadi, itu tandanya, ujian utk ko lah tu. mcm mana nak hadapi bersama. :P
ikut perpatah, isteri yang baik, setia bersama suami ketika susah. :$

kalau suami pulak, suami yang baik, setia bersama isteri ketika kaya. :$

aku tak rasa ko akan berjaya convience kan laki ko supaya tak behenti keje.
kalau ko kamcing dgn mak mertua, boleh la suruh mak mertua gi marah laki ko sebab tak pikir panjang. :curse::curse:

kalau nak sedapkan hati, at least laki nak behenti keje. bukan nak berbini dua. pun boleh jugakla. :$
takpe. duit boleh dicari. ;P

anak ada berapa orang?


missyqaldina Publish time 16-1-2017 10:27 AM

ko keje tak?
kalau ko keje ok sket..atleast 1 kene keja..bole backup2..
maybe die rasa dgn business lg die puas hati..die jenis x suke berkerja under arahan org..
nak buat bisness ni bini kene kental..mmg kene support kaw2..bru la laki x down..and trus x giveup..
duit backup pun msti ada atleast setahun..

Hana Publish time 16-1-2017 10:28 AM

chinta89 replied at 16-1-2017 10:13 AM
asben u n u sdiri kja ape sblm breti. now bisnes ape? hrp btabah, skg ekon meleset... org kurangka ...

itu orang2 dlm porem aje - berjimat cermat.;P

aku rasa, orang2 kat msia kaya raya lah.:laugh3:
skrg ada job runner tau.
upah runner bukan takat rm5 ke rm10 tau. aku tanya, rm30 kau..mahal nak mampus. lebih mahal dari kek yang aku nak beli.
akuingatk kan upah runner dlm rm10 aje. oklah. harga kek + upah runner= RM20. okla tu.

pastu, ada yang best tu.. orang buat delivery food.
food - rm10
upah runner - rm10.
hahaha..total rm20
pastu laku gila.

pastu, sandwich yang femes tu apa tu..garsa sandwich. pun laku gila padahal mahal gila.

silap la orang msia berjimat cermat. skrg derang beli + upah runner lagi tau.


Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Laki aku nak berhenti kerja (update post 231)


ADVERTISEMENT