arinn Publish time 8-2-2017 03:42 PM


Ombak berkejar-kejaran di laut

Membadai di pantaibersih
Budi tuan disebut-sebut
Kerja selesai diucapkan terima kasih


Pohon teratai di dalam kolam
Anak puyu berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan


Terbang selisih si burung merpati
Terbang berduyun dinihari
Terima kasih daun keladi
Tahun hadapan berjumpa lagi


Buah selasih di kebun ubi

Di dalam dulang sarapan pagi
Terima kasih daun keladi
Biladiundang ketemu lagi

arinn Publish time 8-2-2017 03:50 PM

Duduk berehat di tepi perigi
mengingat kekasihberlalu pergi,
Bukan ku bimbang kekasihkembali
takut luka di hati berdarah kembali.
Mandi-manda senang hati
mandi bersama si jantung hati,
Bukan setakat dia kembali
ingin pula merayu hati.
Bawalah kereta ke Tanjung Bidara,
Singgah di pekan membeli jamu;
Ku pujuk hati ku yang lara,
Ku cari kasih Dia Yang Satu.
Cenderawasih dari Kelantan,
Terbang melara hingga ke pulau pinang;
Salam kasih bertaut ingatan,
Jauh di mata di hati terkenang.
Putih mulus kapas kekabu,
Dibuat bantal si anak dara;
Biar putus kasih seribu,
Jangan ditinggal sanak-saudara.

arinn Publish time 8-2-2017 04:26 PM

Pagi-pagi datang tetamu
Tetamu datang bersama mama
Kusediakan asmara rindu untukmu
kerana kau selamanya kucinta

Ada orang di balik batu
Tiba-tiba lari makan bahulu
kau sahaja untuk cintaiku
seumur hidup tak melupakanmu

Setiap kali mencari kiambang
Mari berteduh pohonkelapa
Kucuba menanam rasa sayang
Hinggasaat menjadi cinta

Siang hari ke pekan rabu
Untuk mencari songkok baru
Jika engkau rindu padaku
Tunggu sahaja malam minggu

arinn Publish time 8-2-2017 04:36 PM

Ibu
Engkaulah segala-galanya untukku
Engkaulah ratu di sanubari hatiku
Yang mendidikku sejak bayi
Sejak aku mengenali dunia ini
Ibu mencegahku daripada melalukan kesilapan
Yang mendidikku dengan kasih sayang
                                                                                                Engkaulah permataku selamanya ...


arinn Publish time 9-2-2017 04:05 PM


Bunga raya dalam jambangan,
Di tepi kali jadi hiasan.
Kucipta pantun untuk renungan,
Sesuai juga dijadikan wawasan.


Mekar sejambak bunga gubahan,
Petik sekuntum untuk buah hati,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun sebagai bukti.


Cerana kesumba indah melati,
Cantik tersemat tuan puteri,
Ilmu dikaut sepenuh hati,
Kekuatan umat fikiran bestari.

arinn Publish time 9-2-2017 04:08 PM


Rumah tegak kerana sendi,
Sendi runtuh rumah binasa;
Tegak bangsa kerana budi,
Runtuh budi musnahlah bangsa.

Bunga kemboja bunga di darat,
Bunga kiambang di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Manusia hina tidak berbudi.


Limau manis ditelan manis,
Manis juga rasa isinya;
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.

arinn Publish time 9-2-2017 04:10 PM

Bunga melati tumbuh melata,
Sayang bangau di pohon cemara;
Assalamualaikum mulakan kata,
Saya sembahkan pembuka bicara.


Ingin hati memakan kari,
Kari ayam batang keladi;
Girang rasa sangat terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.


Mencari timba untuk si dara,
Di bawah sekawan burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

arinn Publish time 9-2-2017 09:53 PM


Anak itik jatuh ke rawa
Ditolong oleh sekawan rusa
Kasih dan sayangnya orang tua
Selalu ada sepanjang masa

Hari Rabu memetik kelapa
Minum airnya hilang dahaga
Hormati Ibu juga bapa
Agar kelak masuk syurga

Daripada apa asalnya lemang
Sudah masak enak kepayang
Waktu kecil kita ditimang
Ayah Ibu harus disayang

arinn Publish time 10-2-2017 08:20 AM



Hari jumaat tetap dinanti,
Selepas jumaat hari sabtu,
setelah penat bekerja bermati-mati,
jumaat tiba mendapat restu.

giliran khamis menjelang tiba,
hati ini berbunga - bunga,
jumaat datang sangat gembira,
esok cuti akan menjelma.

hari jumaat harimulia,
penghulu kepada segala hari ,
jika masih ada yang suka,
itu amat kusyukuri.

Inderaloka_ Publish time 15-2-2017 12:21 PM

awanjingga replied at 18-1-2017 12:33 PM
@Inderaloka_




sorry lama tak online. thanks awanjingga! {:1_149:}

zachuby Publish time 17-2-2017 04:30 PM

Agri' 98


Angin sepoi bersama hijauan sawah yang terbentang
menyambut kedatangan kita pada
awal februari 98..
bermula segalanya..
17 tahun berlalu bagaikan baru semalam kita berpisah..
mana mungkin hilang dari kolam ingatan
mana mungkin pergi jauh dari lembaran hidup..
kerna..
di tanah utara inilah ku belajar erti rindu
belajar mendewasakan diri
mengharungi pahit..pedih..
dalam mengejar kejayaan hidup
bersamamu Agri's 98..
kita tekad memburu kejayaan..
SPM 99...menjadi sasaran

Binjai Publish time 18-2-2017 06:16 PM

Kata mereka sahabat yang baik
Saling mendukung, memberi semangat
Ketawa dan duka bersama..itu kata mereka..tapi bagi aku..dimanakah sahabatku tatkala duka bertandang, tatkala airmata jatuh tiada hentinya. Tercari-cari aku dimana sahabatku. Punah sudah kepercayaan terhadap insan yang kugelarkan sahabat, tidak aku mahu diri ini dipermainkan oleh janji yang tak ditunaikan...namun aku tetap aku sentiasa mendoakan mu selamat berbahagia wahai sahabat dunia akhirat ku!

iDputera Publish time 19-2-2017 10:30 PM


dinda

kita berjalan menyusuri waktu,
kita pernah mesra dengan kamu disini
yang menenangkan hatiku,
tapi waktu juga dapat menepisnya,
kau dan aku tak pernah dapat ketemu,
tapi kamu akan tetap jadi kenangan indah
dalam memori hidupku,

selamat sejahtera dan bahagia selalu....{:1_149:}

dubuk Publish time 19-2-2017 11:45 PM

http://ahmadabugosh.com/wp-content/uploads/2013/03/syria.jpg


Akibat Perang


Di dalam subuh itu sebentang manusia
Mereka yang tersasar dari bedilan peluru
Meringkuk di bangunan landai
Bergelap gelita yang panjang
Lapar dan sejuk

Manusia itu dengan kenangan
Mengenang cita cita tidak pernah tersentuh
Kenangan berdua tragedi
Memang lara menapak napak di ulu hati

Kala siang
Hamparan alam tidak berupa
Langit jua gersang
Angin bergelut melanggar kosong
Di medan tanah yang terang
Seluas mata memandang

Menimbang nimbang tragedi
Menyebut nyebut kenangan
Seluruh manusia duniawi
Apa khabar kalian?

Cik_lang Publish time 20-2-2017 06:01 PM

cik lang ucapkan happy Birthday kepada seseorang

cik lang taktau nak buat pusi atau pantun

Today is Monday
i eat ikan yu
Today is your day
Happy Birthday to you

zachuby Publish time 21-2-2017 08:44 AM


telah kering air mata ini untuk mengalir
tiada lagi sendu yang mampu diluahkan...
pergilah sayang...
pergilah jauh dari hidup ini..
biarlah ku tanggung perit ini sendirian
biarlah ku ubat luka dihati..
yang masih bersisa..
namun..
kenangan antara kita
tak mampu ku padam..
malah,
masih utuh tersemat di dalam kolam ingatan
sebagai tanda..
secalit memori hitam..
pernah hadir..didalam lipatan sejarah hidup



*

Binjai Publish time 25-2-2017 12:29 PM

Selamat berhari minggu semua.....


zachuby Publish time 2-3-2017 08:41 AM

Terbang serindit tinggi diangkasa
Riang kicaunya sekeliling desa
Assalamualaikum pembuka bicara
Moga semua sihat sejahtera

Riuh rimba oleh sang unggas
Disahut merbah di tepian kali
Bersemangat waja mulakan tugas
Iltizam dan tekad dibawa sekali

Cantiknya sarang burung tempua
Di atas pokok tepi perigi
salam persahabatan buat semua
Di lain waktu bertemu kembali

arinn Publish time 2-3-2017 03:26 PM

PANTUN UCAPAN HARI JADI


Sakitnya badan digigit lebah
Ubatnya luka dengan madu
Tidak ada kata yangindah
Selain kucupan di hari lahirmu

Santan kelapa sayur terung
Budaya lama kita di timur
Kuucapkan selamat panjang umur
Untuk sayang yang berulang tahun

Buah ciku buah rambutan
Enaknya dimakan ketika bah
Makin banyak kulit kedutan
Itu petanda umurmu bertambah

Makan sirih nasi mendidih
Geli hati monyet berayun
Jangan nangis dan jangan sedih
Kasihku bertambah di hari ulang tahun








juboqlembu Publish time 2-3-2017 09:37 PM

Bersamammu aku tenang
Bersamamu gundahku hilang
Bersamamu tawaku riang
Bersamamu beras sebutir terasa sawah terbentang
Bersamamu sedihku hilang
Bersamamu tangisku tiada jedengaran
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: Sampaikan Ucapan Anda Di Sini (Kredit +50)


ADVERTISEMENT