cmf_sweetLove Publish time 16-4-2019 04:41 PM


temanku

aku bukannya menjauh
aku hanya berjalan
ke sisi yang berbeza
sebagai teman biasa

farlis Publish time 20-4-2019 01:07 AM

Andai kau tahu
Apa yang tersirat dalam hati ini
Aku terluka, sangat terluka
Aku bukan mahukan sanjungan atau pujian
Cukuplah sekadar ucapan terima kasih dari mulut mu
Aku berusaha memenuhi impian mu
Keterujaanku di balas dengan amarah
Sungguh aku tergamam
Hingga menitis airmataku
Kekejaman apakah ini???

awanjingga Publish time 28-4-2019 10:51 PM

:shakehead3:...

Kerana rindu membawa langkah ku ke sini..
Menyusuri lorongkenangan yang sentiasa ingin dijejaki
Tidak sepi tetap jua berseri ..
Malam ini tidak mampu aku menganyam puisi
Jemariku terlalu penat menyelak helai demi helai bicara hati



Selamat malam...{:1_149:}

Catpaw Publish time 29-4-2019 07:36 AM

Sampaikanlah salam cintaku padanya{:1_149:}

Lentera Publish time 6-5-2019 11:52 PM

Ayah..
Terima kasih membesarkanku.
Terima kasih mendidikku.
Terima kasih menyayangiku.
Meski tidak kau tunjuk secara zahir.

Ayah..
Maafkan aku yang semakin alpa.
Maafkan aku tidak punya masa.
Maafkan aku jika buat kau terasa.
Meski tidak kau luah rasamu.

Ayah..
Izinkan aku mencium dahimu.
Izinkan aku mengingatimu.
Izinkan aku abadikan semuanya.
Meski jauh kau tinggalkan aku.

Ayah..
Aku selalu mencarimu.
Aku selalu doakanmu.
Aku selalu kenangkanmu.
Meski sudah sebulan kau pergi.

Tuhan..
Ampuni dosa ayah.
Balaskan jasa ayah.
Sampaikan rinduku pada ayah.
Jadikan aku anak ayah yang soleh.
Dan yang paling kupohon..
Jagakan dia untuk aku.
Kerana aku ingin jumpanya di sana.

*1 syaaban - 1 ramadhan

noraidil_06 Publish time 21-5-2019 10:43 PM

Untuk awak,
Sisi ini mgkn awak belum tahu

tediber Publish time 27-5-2019 12:12 PM

Khayalan Cuma


Hadirdalam mimpi,
tersenyum tanpa bicara.

Aku mengharapkan kau hadir dalam nyata,
Tanpa perlu selindung dan lari,
Sembunyi membawa rindu,
Berlalu.

Aku tersenyum tersipu,
kamukah itu,
tanpa senyum hanya lirik mata memandang,
Membisu,
Dan berlalu.

Sedarkan aku dari lena,
khayalanku parah belaka,
pergi igau jangan datang bertandang,
aku mahu berdiri dalam realiti,
bukan khayalan hanya harapan.

Kamukah itu,
yang masih belum mahu muncul,
sedang aku,
menanti bersama harapan,
Entah bila sudahnya...

27 Mei 2019
-Qza-

serikaya8080 Publish time 28-5-2019 04:31 PM

RINDU

Rindu yang dalam
kian mengetuk-ngetuk pintu hati ini
Hatta mata terpejam
rinduku tetap hadir

Kian ku tepis..
Kian ku sisih...
Masih tetap membara dihati
Apa yang pasti dalam doaku pasti ada kamu

Namamu meniti dibibir
tiap saat dan ketika
tidak lelah

Moga hati ini kuat
menahan kerinduan yang maha mendalam
sedalam jurang marina

Namun..Kutitip doa buatmu
Agar kau bahagia dengan pilihan mu
Aku.... Pasrah dengan ketentuan ilahi


https://tse1.mm.bing.net/th?id=OIP.4uIksqJC08M23tPZVMzgGgHaHa&pid=Api&rs=1&c=1&qlt=95&w=123&h=123

Lengkong Publish time 18-6-2019 10:34 PM

Ayah
Aku kagum dengan kesungguhanmu
Menjaga keluarga sedaya upayamu

Ramadhan 2015
Kesihatan ayah semakin meruncing
Di usia tua ayah dah tak sekuat mana
Penghujung ramadhan ayah dah tak mampu bertahan
Dalam esak tangis anak2 ayah pergi jua
Bertemu Maha Pencipta

Ayah
Tenang dan damailah disana
Hanya doaku bersamamu
Moga Allah mengangkat darjat mu Ayah

Ayah
Tak sempat aku membahagiakan mu
Aku tak pernah melupakanmu
dalam doaku
Syurgalah untuk ayahndaku


SekeremKopi Publish time 19-7-2019 05:09 PM

Di petang jumaat ini, saya sedang bersedih kerana saya dan pemilik hati akan berjauhan hujung minggu ini. Sy masuk ke forum untuk cuba merawat hati yg duka lara ini :'(

ilahaliqa3483 Publish time 25-7-2019 07:26 PM

menenun songket untuk yang sudi,
diberi kepada sang isteri,
hamba insan menumpang budi,
hanya ikhsan pada si puteri.

Cable Publish time 13-9-2019 04:26 PM

itu hari sy guna nick bersotong..bnyk gak sajak dan puisi saya deklamasikan..lps tu ada mod dengki potong kedit saya sampai 5k terus x leh msuk forum...jadi..saya mahu kmbali bersajak.....sila bagi kedit nk ksi hidup ini nick..terima kasih adinda ku

noraidil_06 Publish time 25-9-2019 10:32 AM

Nak ucap terima kasih kat my favorite rockstar (kat mata sy je).

Jom another roadtrip menyusuri pantai, gunung (lah sangat) n food hunting.

noraidil_06 Publish time 29-9-2019 08:42 PM

Utk awk yg demam.
Sy pun nk demam gak la

noraidil_06 Publish time 9-10-2019 12:28 AM

Yawnnnnnnnnnnnn.
Jom la tidur.
Kita sambung esok plak

cmf_sweetLove Publish time 10-10-2019 02:14 PM


teringat sebuah kisah semalam
kita dipertemukan tanpa dirancang
kau memandangku dengan saratnya pandangan
sedang aku tidak tahudiperhatikan..

lekanya aku tidak memandang kiri dan kanan
senyum di bibir hanya untuk teman seperjuangan
akhirnya kau berlalu dengan seribu kekesalan
adakah aku yang harus dipersalahkan..

hanya kemaafan dari bibirku yang kelu
semoga ada ruang kemaafan untukku

bukan untuk menggangu situasimu
apa lagi merosak emosimu
yang tercoret hanya cebisan kisah
semalam yang indah..


`21 september 2019

kierakirana Publish time 17-10-2019 11:36 PM

Happy birthday to someone i ever loved...and i still in loved with you til now and then

noraidil_06 Publish time 31-10-2019 12:31 AM

Ruang Rindu by salma putri ni membuai sggh.
Tuju utk awaklah

Lentera Publish time 3-11-2019 12:04 AM

Kedah mai kl nak pi lawan,
Dengan JDT depa bertemu,
Jangan sedih jangan rawan,
Tahun ini bukan rezekimu.

Budak Lemoi jadi pengiring,
Masuk tv bertuahnya badan,
Dari jauh doa kuiring,
Sama hebat sama padan.

Aku bukan Kedah bukan juga JDT,
Cuma sokong bola negara,
Harap-harap satu hari nanti,
Perak pula akan jadi juara.

;P:D:bye:

mamajawie Publish time 21-9-2020 12:28 PM



Selamat hari lahir Abah..
Biarpun kini tinggal batu tanda sahaja..
Namun kenangan membesar bersamamu masih terasa..
Semoga Abah gembira disana bersama Sang Abadi..:'(


Pages: 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 [12] 13 14
View full version: Sampaikan Ucapan Anda Di Sini (Kredit +50)


ADVERTISEMENT