Sampaikan Ucapan Anda Di Sini (Kredit +50)
Edited by reeny at 10-1-2017 02:30 PMAssalam Dan Salam Sejahtera untuk semua forumer Sajak & Puisi.
Benang ini dibuka khas untuk semua forumer bagi menyampaikan apa saja ucapan samada Ucapan Tahun Baru, Hari Lahir, Hari Perayaan, Hari Kemerdekaan, Anniversary, Ucapan Tahniah dan apa saja bentuk ucapan penghargaan kepada sesiapa yang anda suka. Setiap ucapan penghargaan tersebut hendaklah mematuhi beberapa syarat berikut :-
1) Setiap ucapan penghargaan diwajibkan berbentuk pantun atau puisi/sajak.
i) Untuk ucapan pantun, diwajibkan tidak kurang dari 3 buah pantun (pantun 4 baris).
ii) Ucapan berbentuk puisi/sajak, setiap karya puisi/sajak hendaklah tidak kurang dari 50 patah perkataan. sekiranya lebih maka kredit extra akan diberi (terpulang kepada MOD untuk berikan berapa banyak kredit extra tersebut)
2) Setiap karyahendaklah karya anda yang asli dan bukan diciplak dari mana-mana blog atau medium yang lain. Kredit tidak akan diberi sekiranya didapati karya tersebut diciplak dari orang lain.
Setiap karya/ucapan akan diberikan kredit +50. Dan kredit bonus tambahan +50 akan diberikan bagi setiap karya bergambar/Ilustrasi. Ini bermakna setiap karya bergambar akan mendapat kredit +100 setiap satu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang idea dan cadangan lain, sila pm saya agar dapat kita bincangkan bersama. Sokongan dan penyertaan anda amatlah saya hargai.
Sila masuk sini...
@ipes2 @Hatida @awanjingga @anniez08 @yong_manja @Super-M @iDputera @Goldkey @tari tq reeny tag m.. kene kuarkan buku anak laut ni..
jap jap tq @reeny sudi tag ida... :loveliness: Tq kak reeny tag n.. TAHUN BARU
Apa guna azam baru,kalau yang dulu masih disitu?
Apa guna harapan baru,Kalau yang lepas kau biar terbelenggu?
Apa guna impian baru kalau yang lalu kau matikan sebegitu?
Apa guna target baru kalau yang kelmarin kau biar berlalu?
tahun baru
kecapi nikmat hidup mu,
bajakan apa yang kau semai dulu,
siramkan dengan usaha baru,
agar yang terbantut subur melangkau waktu,
bukan asyik menyemai benih baharu,
pokok tak tumbuh kau cantas selalu,
tanpa usaha apa harapan mu?
sekerat jalan kau pun berlalu
asik-asik tukar yang baru,
sampai detik berganti waktu,
engkau cuba mencipta sesuatu,
lupanya masa kau habiskan sebegitu.
'Before you start anything,learn how to finish it'
http://www.fulllifeahead.org/wp-content/uploads/sites/89/2016/01/Plant-a-seed.jpg
Edited by chinta89 at 10-1-2017 04:46 PM
11 Januari semakin mendatang
Esok akan kembali lagi
Selamat Ulangtahun Sayang
Selamat Menyambut Hari Jadi
Lahirmu membawa berkat keluarga
Tangisnya menjatuhnya air mata
Cinta ibunda dan ayahanda
Ternyata lahirmu dinanti semua
Sakit sungguh saat meneran
Berjuang antara hidup dan mati
Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran
Semoga hidupmu sentiasa dirahmati
Note : x sabar tgu 11 Januari 2017 :) reeny replied at 10-1-2017 02:37 PM
Sila masuk sini...
@ipes2 @Hatida @awanjingga @anniez08 @yong_manja @Super-M @iDputera @Goldkey @ ...
TQ Reen..
chekim dlu..nti baru tepek puisi...
reeny replied at 10-1-2017 02:37 PM
Sila masuk sini...
@ipes2 @Hatida @awanjingga @anniez08 @yong_manja @Super-M @iDputera @Goldkey @ ...
tq reen... taq tari {:1_149:}
shernazz replied at 10-1-2017 02:56 PM
kene kuarkan buku anak laut ni..
jap jap
meh la share apa yg tersirat di hati..
Hatida replied at 10-1-2017 03:02 PM
tq @reeny sudi tag ida...
silalah sampaikan apa2 ucapan pd yg istimewa...:)
awanjingga replied at 10-1-2017 04:47 PM
TQ Reen..
chekim dlu..nti baru tepek puisi...
jangan lupa tepek, biasanya hasil tangan AJ mmg tk menghampakan...:)
chinta89 replied at 10-1-2017 04:43 PM
11 Januari semakin mendatang
Esok akan kembali lagi
Selamat Ulangtahun Sayang
tq Mod.
hri ni bday anak saudara sulungkte. karang lah sepatah dua dh alang2 tiba di thread ni. nt dia dh besar kte tnjuk pantun yg kte karang ni. mod mmg terbaik, kreatif sb wujudkan thread ni. hehehe~
utk mod {:mlflower2:} munge mawar {:mllove:}
Musim dingin sudah berlalu
Berganti deruan bayu tahun baharu
Seketika itu ternyata telahpun sekian lama
Helaian kenangan usang dimamah masa
Adakala apabila teringatkan kamu
Terasa rintik hujan menegurku mesra...berbisik rindu
Saat rindu berselirat
kubawa kaki melangkah tempat
yang seringkali kita kunjungi
duduk memerhati
gelagat mereka buatku tersenyum sendiri
Di ketika aku mengira dedaunan rindu yang masih bersisa
Di ketika ini kamu sedang diulit bahagia
Sedih dan rindu bak kata mereka tidak perlu
Menghuni lagi di situ
Ruang minda dan qalbu
Aku bukan masih bersedih
Merindu jua bukan mahuku kerananya aku letih
Aku cuma terkenang
Tarikh ini ulangtahun kelahiran seseorang
Yang pernah kusayang...
'
'
'
Selamat Ulangtahun ...awak...{:1_149:}
http://pdparamitha.files.wordpress.com/2009/10/kursi.jpghttp://3.bp.blogspot.com/--8iKVRVzhSk/UKmswG1JFrI/AAAAAAAABaM/hzUpVxyvATE/s1600/foto-selamat-ulang-tahun-400x278.jpg
Dengan Bismillah kubuka jendela waktu
Meskipun aku tahu
Masa hadapan kabur kelabu
Sedikitpun tidak mengangguku
Tidak melemahkan semangatku
Aku bangkit dengan kepercayaan
Aku bangkit dengan harapan
Aku tidak akan mengalah dengan kejerihan
Aku tidak akan mengalah dengan sindiran
Aku adalah aku
Aku adalah pengukir bahagiaku
Aku adalah penawar kesedihanku
Aku adalah penjaring yang menjayakan hidupku
Dengan tuntunanNYA
Dengan perlindunganNYA
Dengan izinNYA
Dan ujian hidup adalah tanda kasih sayang yang tidak terhingga
Tatkala kita terleka dengan segalanya
Moga saat ini dan yang mendatang
Kebaikan yang bertandang
Bertamu malam siang
Agar kebatilan kejahilan lenyap hilang
Hanya iman dibawa ketika pulang
#Selamat Tahun Baharu....{:1_149:}
http://4.bp.blogspot.com/-YJnqsoT9pXg/ViMebkNgPbI/AAAAAAAACjc/q2YmKd0KrH0/s400/2.jpg
reeny replied at 11-1-2017 08:39 AM
jangan lupa tepek, biasanya hasil tangan AJ mmg tk menghampakan...
err post lebih dari satu xpe ke..
alah..amik kat fb AJ..tukar tmbah je hihi..;P
Hi reeny!:loveliness:
Ipo nak menyibuk jugak;P
chinta89 replied at 11-1-2017 08:58 AM
tq Mod.
hri ni bday anak saudara sulungkte. karang lah sepatah dua dh alang2 tiba di thread n ...
Selamat Hari Lahir buat anak sedara chinta... semoga dia menjadi anak yg soleh, sihat selalu, dilimpahi rezeki yg berkat dan diberikan kegembiraan dunia dan akhirat... amiin
awanjingga replied at 11-1-2017 12:32 PM
err post lebih dari satu xpe ke..
alah..amik kat fb AJ..tukar tmbah je hihi..
nk posting lebih dari satu pun tk apa, asalkan menepati syarat2 kat atas tu...:$