taji2906 Publish time 5-12-2018 12:20 PM

dah tengok citer ni.. ok ada kemajuan untuk citer melayu.. bagus la action dia.. senjata2 dalam citer ni bagus, cara2 dorang pegang senjata pun nampak pro.. rasa sebab training betul2..

action packed dari awal sampai abis.. tp dah nak hujung2 tu macam tak brapa nak kemas jalan citer dia.. yg buat aku tertanya2 jugak la, si erra antar dummy ketua cult husyairi ke apa namanya tu siap dengan bom.. pastu harap saki baki spec op polis tu abiskan pengganas tu sendiri? katanya tak boleh antar bot lain sebab ada radar boleh kesan radius 5km kot tak salah aku.. tapi kan ke si sam tu kata nak take down dari dalam. so logiknya dia kena sediakan assault team ready la untuk ke pulau lepas bom dummy tu meletup. sekurang2nya ada back up utk saki baki team kat pulau tu.. abis mati semua plak. erra kena take responsible.

ok pastu si saif ni plak masa nak sambut ketua dia dihantar balik tu, abis dia bawak semua geng pengganas pergi ke pantai.. tinggalkan tak sampai 10 orang jaga tebusan 200 orang dgn tempat radar dia tu. padahal sebelum tu, dia tau ada saki baki team polis yg masih ada. bukan calang2 gak saki baki tu sebab bunuh ramai org dia dan cederakan org kanan dia si najr tu. dan sebelum tu jugak dia cakap kat walkie bg option kat sam sama ada surrender atau mayat zizan ditabur2. pastu saif ni lupa ke ada threat kat pulau dgn tinggalkan command center dia dgn tebusan gitu je?

bom c4 yang kat tempat tebusan tu.. aku terlepas pandang ke apa? betulkan kalau aku silap eh? ada remote ke tak bom tu? dah la tinggalkan gitu jek dgn tebusan. senang polis2 tu amik alih. pastu lepas saif kena tipu dan kena serang dari tempat bom n tebusan tu, kalau ada remote patutnya dia letupkan je sebab kena kencing dah..

dan last2 masa c4 tu meletup dgn tong minyak tu, dia punya radius letup tu kecik je? tebusan lindung sebelah tu selamat plak.. kalau tengok pada kuantiti c4 + tong minyak, perghh.. mau takde tebusan selamat..

mungkin dah hujung2 writer penat kot.. tp details2 macam tu kena jaga la next time. nampak macam takde apa tapi main peranan penting semua tu. sorry la kalau kritikan aku mcm apa jek.. tp harus dipuji cerita melayu makin hebat. good job la untuk semua. biasa la ada kekurangan sikit2 kan..

dan aku suka pelakon2 pembantu semua.. si rania polri, najr, saif semua berlakon hebat. najr mungkin takde line banyak tp raut muka dia, body language memang hebat.. sesuai watak tu dgn dia..

cmf_summer_snow Publish time 5-12-2018 03:13 PM

tengok semalam di tgv klcc @ 745pm

ada promo T&G wallet
buy 1 free 1 until 31 Dec 2018 ni

bosan part lama sangat tembak menembak
lepas tu, mana bantuan ni?
rasa macam polis ni tunggu dan lihat ke
eh geram plak kiter
hahahah

spoiler*
tapi part 'matdan' tiba2 sebelah sani tu
agak memeranjatkan

tak perasan siapa penulis skrip ni tapi amat terkesan dengan ayat
"kenapa atas takdir Tuhan, aku yang berdiri, kau yang melutut?"

buat peminat filem polis evo 1
patut tonton

tapi untuk ulang tonton
tidak la buat masa ini

JiEunTak Publish time 6-12-2018 04:49 PM

Baru tengok....and baru paham why IMDB bleh bagi 8/10 bintang. Memang mabeles!

Plot dia x se-smooth PE1....tapi aku suka sbb awal2 dah ada plot twist....plot PE2 dia heavy sangat.... kisah dadah dah tenggelam dek kisah pengganas....suka watak Saif, sebab memang ramai je orang bijak pandai yang end up jadi gila and putaq belit agama ikut suka depa. Hasnul Rahmat ni mmg born actor la...xleh imagine anyone else nak bawa watak dia. Bagi aku, dia ni lagi jahanam dari Abuja dalam Munafik2 :D

Action wise banyak lagi dari PE1, tapi aku plak rasa hat PE1 lagi smooth action nya....mebi sbb banyak sangat kot... one thing aku suka, cara keja polis/special unit nampak kemas kat sini.... nampak betapa perlunya anggota keselamatan ni hormat pada boss, tgu arahan selanjutnya. Yang x perlu ada is Hairi ngan Rusdi Ramli, hehehe....mcm pak pacak saja...pelakon2 special unit dia nampak lebih natural dari yg PASKAL... ramai cakap watak Erra x penting tapi bg aku, aku nampak pentingnya dia di situ. Its like dia semua tunggu dia kasi arahan baru boleh jalan gitew..... thumbs up to erra juga sbb watak tegas dia menjadi. Aku suka kalau ada boss camnih. I mean business gitu. :D

Aku bukan lah peminat Zizan, Sam atau Raline, tapi bagi aku, they carried their role as policeman/woman flawlessly. Cara pikiaq cara cakap cara pegang pistol memang sempoi baq hang. Aku suka juga elemen drama antara khai and sani di kala keadaan sangat tegang ---- serius tersebak kejap bila khai ungkit balik kisah dia tembak adik dia sndiri. Memang menjadi lakonan zizan and sam and raline.

Aku leh hadam je kenapa yg sampai cuma patung dgn bom, sebabnya azizat dah cakap bantuan akan datang dalam masa 30 menet. Sedihnya abih suma geng PASKAL mati dalam PE2 nih. Khai ngan Sani pun nyawa2 ikan jaa last2 tu.

Aku hope the next edition of PE gi lah explore shooting luaq negara pula. Pilem boliwud tamil apa suma banyak je wat action movies kat luaq India... and masukkan skali polis sinetron tu juga :D

Overall aku suka aku suka aku suka. Aku bagi 9/10 bintang!

elnor_81 Publish time 7-12-2018 10:20 AM

Aku dh tgk...cte ok..tp aku x rse sesuai.utk bdk2..cte lbih serius..aku rse lg serius dr Paskal..dan lbih ganas dr.Paskal..

JiEunTak Publish time 7-12-2018 10:46 AM

Btol....x sesuai bawa kids...satu depa xleh nak enjoy sbb mebi x paham jalan ceta and secondly terlalu banyak tembak2 sana sini... menguap kang bebudak... thanks to yg kasi reviews awai2...aku x bawa anak2 aku wpun meronta2 depa nak tgk... yelah sbb PE1 main kat astro citra berkali2 depa sonok layan...

r_innalif Publish time 9-12-2018 10:31 AM

Bab bantuan smpai dlm ms 30 minit tu btul. Smpai sudah x smpai.. org tu fight dh abis nyawa. Abis geng paskal mati sorg sorg. Watak Erra mcm bos filem omputih la. Mcm dlm transformers etc. Tp erra x de keputusan. Tnjuk tegas je. Kalo watak bos dlm air force one tu, dia la yg bg idea pling bijak.

ujin Publish time 10-12-2018 09:35 AM

Suka raline sebagai rian. Bantuan 30 minit tu sampai ke sudah tak sampai

kaktone Publish time 12-12-2018 03:01 PM

siapa tau lagu ape yang scene zizan dgn sam kt pantai lepas sam tembak si hasrul rahmat tu?best lagutu. aku google jumpa lagu saka biru je.

JiEunTak Publish time 13-12-2018 08:48 AM

...tadi both pengarah dia ada kat Light & Easy FM... depa kata watak Erra tu mmg ikut yang sebenarnya watak seorg ketua polis ppuan kat Bukit Aman. And the cute part is depa kata PE2 ni adalah gabungan Die Hard and Toy Story 2. :lol:


Why Toy Story....? Sbb macam kisah Buzz gi selamatnya Woody gitew.... :)

ceasefire Publish time 5-2-2019 08:01 PM

So.. sapa tau brp kutipan polis evo, last mention 20 juta shj.. lastu senyap

Nadiamizu92 Publish time 12-2-2019 02:11 PM

Filem polis evo 2 ni best! Editting semua gempak. Mungkin sebab tu lah kalau penonton semua perasan 'scene' perang dalam filem ni 'drag' masa yang agak lama. Tapi, pendapat saya contentnya belum cukup deep dan ada yang belum terungkai lagi. Watak Saif tu patut kembangkan lagi. Sebab skrip dia banyak bermain dengan psikoanalisis watak.

Pages: 1 2 3 [4]
View full version: POLIS EVO 2


ADVERTISEMENT