CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2536|Reply: 5

Tandakan Di Kalendar Anda, Ini 8 Filem Bollywood 2017 Paling Ditunggu-tunggu!

[Copy link]
Post time 5-1-2017 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Filem Bollywood tidak hanya digemari masyarakat India, malah ramai dari kalangan Melayu juga turut menggemarinya. Nah! Ini adalah lapan Filem Bollywood tahun 2017 yang paling ditunggu-tunggu peminat. Lapan filem ini juga akan membawa anda menikmati filem-filem berkualiti tinggi pada tahun ini!


Dengan plot ceritanya yang mantap, hinggalah barisan pelakon yang hebat-hebat, kesemua filem ini pasti mengujakan dan membuatkan peminat tak sabar menunggu ia ditayangkan. Nak tahu filem apa? Jom tengok!




1. Kaabil (27 Januari)


Sumber foto: TOP10 WALA


Pengarah: Sanjay Gupta
Pelakon: Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, dan Sonu Sood


Dalam filem ini, Hrithik dan Yami memegang watak sebagai pasangan cacat penglihatan. Ia menceritakan bagaimana seorang lelaki yang mahu membalas dendam ke atas pembunuhan teman wanitanya selepas dirogol.




2. The Ghazi Attack (17 Februari)





Pengarah: Sankalp
Pelakon: Rana Daggubati, Taapsee Pannu dan Kay Kay Menon


The Ghazi Attack merupakan, filem Bollywood pertama membabitkan babak peperangan di dasar laut.




3. Rangoon (Februari 24)





Pengarah: Vishal Bhardwaj
Pelakon: Shahid Kapoor, Saif Ali Khan dan Kangana Ranaut


Salah seorang pengarah filem Bollywood terhebat kini kembali dengan filem romantik berkisarkan kisah cinta tiga segi ketika Perang Dunia Kedua.



4. Raees (26 Januari)





Pengarah: Rahul Dholakia
Pelakon: Shah Rukh Khan, Nawazuddin Siddiqui dan Mahira Khan


Berlatarbelakangkan Gujarat di India pada tahun 1980-an, ia mengisahkan seorang pengedar arak haram, Raees Khan (Shah Rukh Khan) yang licik dan kejam berhadapan dengan seorang pegawai polis yang cuba menjatuhkannya.




5. Sarkar 3 (17 Mac)

Sumber foto: IMDb


Pengarah: Ram Gopal Varma
Pelakon: Amitabh Bachchan, Manoj Bajpayee dan Jackie Shroff


Amitabh Bachchan akan membawa watak seorang ketua mafia, Subhash Nagre, dalam filem ketiga kepada siri francais 'Sarkar'.




6. Half Girlfriend (28 April)


Sumber foto: THE TIMES OF ONDIA



Pengarah: Mohit Suri
Pelakon: Arjun Kapoor dan Shraddha Kapoor


Filem ini adalah adaptasi dari novel yang ditulis Chetan Bhagat dengan judul sama. Mengisahkan seorang lelaki berusaha menambat hati wanita pujaannya.




7. The Ring (11 Ogos)

Sumber foto: msn entertainment


Pengarah: Imtiaz Ali
Pelakon: Shah Rukh Khan dan Anushka Sharma


Filem ini berkisar seorang pemandu pelancong Punjabi bertemu dengan seorang gadis Gujarati ketika gadis itu sedang bercuti di Eropah.



8. Tiger Zinda Hai (25 Disember)

Sumber foto: IMDb


Pengarah: Ali Abbas Zafar
Pelakon: Salman Khan dan Katrina Kaif


Berkisarkan kisah seorang pengintip jatuh cinta pada seorang wanita Pakistan yang juga seorang pengintip.




Bagi peminat tegar filem Bollywood, inilah antara filem Bollywood 2017 yang paling dinantikan menurut msn entertainment dan TOP10 WALA. Anda ada cadangan filem yang tidak dinyatakan di sini untuk dikongsi bersama? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2017 05:03 PM | Show all posts
siyes best2 .

antara yg tak sabar .

Rangoon . Half gf . The ring
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaabil looks promising. Suka movie tema balas2 dendam ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua filem best...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:13 AM | Show all posts
filem bollywood skrg dh best2.. x mcm 10 tahun lepas.. cintan cintun jah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:21 PM | Show all posts
wah best2 citer dia...tp download je la..dangal pun xsempat2 lg nk tgk kat wayg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051092 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list