CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7508|Reply: 16

Kepentingan syarah dalam tradisi pembelajaran keilmuan Islam

[Copy link]
Post time 5-1-2017 05:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 5-1-2017 05:29 AM

Karya syarah dalam keilmuan Islam
  • Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail
  • January 4, 2017


Sangat ketara dalam tradisi keilmuan Islam bahawa karya bersifat syarah adalah satu bahagian penting daripada hasil kepengarangan para ilmuwan Islam.
Jumlah karya tersebut juga sangat besar.

Malangnya, karya-karya sedemikian kini dipandang serong dan acap kali dianggap sebagai manifestasi kejumudan dan ketumpulan daya fikir Umat Islam.
Malah, syarah disinonimkan dengan antitesis kreativiti.

Meskipun pandangan dan sikap negatif ini sebahagiannya berpunca daripada serangan segolongan orientalis generasi awal seperti William Montgomery Watt dan Majid Fakhry, sebahagiannya pula akibat daripada penyakit kerdil diri dan sindrom inferiority complex yang melanda jiwa sekumpulan Umat Islam, termasuk para cendekiawan dalam kalangan mereka, sehinggakan mereka gagal melihat dan memanfaatkan kekuatan dan kekayaan sedia ada dalam tradisi dan tamadun mereka.


Ekoran daripada pandangan dan anggapan buruk tersebut, amat jarang sekali kewajaran kewujudan karya sebegini difahami dan seterusnya dihargai dalam kerangka falsafah ilmu yang mendasari tradisi keilmuan Islam.
Kerangka tersebutlah yang sebenarnya membentuk tradisi kepengarangan Islami yang merangkum sebab-tujuan sesuatu karya dihasilkan, termasuklah karya berbentuk syarah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2017 05:26 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-1-2017 05:28 AM

Justeru, terhasil suatu kesepakatan menyeluruh (dengan sedikit perbezaan pada urutan) yang merentas masa dan tempat berkaitan tujuan-tujuan utama penghasilan sesuatu karya ilmiah sejati, sebagaimana yang terbukti dalam tulisan-tulisan beberapa ilmuwan Islam terkenal, iaitu: Al-Taqriboleh ibn Ḥazm (wafat 406H/1015M) di Andalusia; Al-Muqaddimah oleh ibn Khaldun (wafat 808H/1406M) di Afrika Utara, khasnya Mesir; Kashf al-Zunun oleh Hajji Khalifah (atau Katib Celebi) di daerah Turki Uthmaniyyah (wafat 1067H/1657M), dan Abjad al-Ulum oleh Siddiq bin Hasan Khan al-Qinnawji (wafat 1889M) di benua India.


Menurut mereka, tujuan menulis sesuatu karya ilmiah secara yang bertanggungjawab pada amnya hanya demi mencapai tujuh perkara:

1)    mengutarakan sesuatu yang asli;
2)    menyelesaikan atau melengkapkan sesuatu yang belum lengkap;
3)    memperbaiki sesuatu yang dilihatnya salah;
4)    menjelaskan dan menghuraikan sesuatu yang rumit dan sukar;
5)    meringkaskan karya seseorang yang terlalu panjang tanpa meninggalkan perkara-perkara yang penting;
6)    mengumpulkan pelbagai masalah dan perbincangan yang berselerakan dalam bidang ilmu tertentu; dan
7)    menyusun dan mengemaskinikan perbahasan dalam sesuatu bidang ilmu atau karya yang tidak teratur.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 05:27 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-1-2017 05:31 AM

Sekiranya dilihat pada senarai di atas, karya-karya yang digolongkan secara amnya sebagai karya syarah dapat sahaja melaksanakan mana-mana fungsi yang tersenarai daripada (2) hingga (7) itu.

Ini, walau bagaimanapun, tidak pula bermakna bahawa dalam karya-karya syarah tiada langsung didapati apa-apa yang baharu dan bermutu.

Malah, sesiapa sahaja yang pernah menekuni karya-karya syarah sebenar pasti tahu bahawa dalam karya-karya sedemikian terkandung buah-buah fikiran asli lagi bernas yang sangat lumayan.

Lihat, misalnya, Sharh al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah oleh Imam Sa‘d al-Din al-Taftazani, atau A Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri, setebal lebih kurang 500 halaman, oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas (Kuala Lumpur: Ministry of Culture Malaysia, 1986).

Malah, penghasilan karya-karya syarah sebegitu mempamerkan bukan sahaja kejujuran ilmiah si pensyarah dan penghormatannya terhadap ketokohan dan sumbangan seseorang ilmuwan terdahulu atau sezaman tetapi juga penguasaan ilmiah si pensyarah bernisbahkan karya yang disyarah dan bidang-bidang ilmu yang berkaitan.

Sangat jelas bahawa pendekatan secara linear sangat mencirikan karya-karya syarah dalam Tamadun Islam.






SUMBER ASAL :
http://www.ikim.gov.my/index.php ... lam-keilmuan-islam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 05:30 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 5-1-2017 05:33 AM

Pendekatan menjelaskan kata demi kata, frasa demi frasa, ayat demi ayat, baris demi baris, dan seterusnya perenggan demi perenggan, sememangnya sangat membantu para ilmuwan dan penuntut ilmu yang serius bertakhassus dalam jurusan-jurusan ilmu tertentu.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa dalam beberapa dekad kebelakangan ini, syarah dalam bentuk tematik atau mawdu‘i kelihatan lebih sesuai untuk para pembaca zaman sekarang, khasnya yang baru memulakan pendakian ilmiah.

Dalam konteks kesarjanaan semasa di Alam Melayu, kedua-dua genre syarah ini sememangnya kelihatan meskipun kecenderungan lebih berpihak kepada pendekatan secara tematik.

Sangat jelas bahawa pendekatan secara linear masih perlu dipertahankan, khususnya untuk para ilmuwan dan penuntut ilmu yang serius mendalami kitab-kitab teras yang menjadi paksi rujukan dan pedoman dalam sesuatu bidang ilmu.

Begitu juga syarah dalam bentuk tematik yang kelihatan lebih mudah diikuti oleh para murid yang baru berkenalan dengan pengkhususan ilmu tertentu, juga oleh para pembaca awam.

Yang barangkali boleh ditambah baik, serta semakin diperkemas dan diperkaya, adalah gaya dan tata cara persembahan syarah termasuk yang memanfaatkan kaedah-kaedah ilustrasi yang munasabah seperti gambar rajah, jadual, infografik, dan yang seumpamanya.

Biar apa pun pendekatan yang dipilih, suatu yang perlu sentiasa diingati adalah bahawa usaha menghasilkan karya-karya syarah ini terbit daripada pengiktirafan seikhlas dan sejujurnya terhadap hakikat bahawa ilmu dan kefahaman hakiki sesungguhnya anugerah Allah kepada para ilmuwan sejati yang justeru menjadi sumber asli rujukan dan pedoman yang mampu menerbitkan pula aliran-aliran buah fikiran segar melalui usaha syarah yang menepati tujuh tujuan utama yang telah digariskan di atas tadi.


SUMBER ASAL :
http://www.ikim.gov.my/index.php ... lam-keilmuan-islam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 05:36 AM | Show all posts
nota:

saya bersetuju dengan pandangan penulis yang sesuatu topik yg dihuraikan dengan pendekatan tematik lebih sesuai  dan lebih memberikan kefahaman yg jelas kerana konteks diberikan secara komprehensif  dan tidak begitu melulu  yg selalunya dilakukan oleh penulis tertentu  dan menjadikan  sesuatu  'topik' itu terlalu  kelihatan seperi percaan cebisan  yg tiada kesinambungan dengan sesuatu perkara pokok yg lebih asas dan pokok , yg mana perlu ditekuni terlebih  dahulu. ( yakni terlalu bersifat ' stand alone' / fragmented sebab tiada konteks yg paling plaing asas).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 05:38 AM | Show all posts
cantik tulisan Dr Zaidi ni dalam lenggok BM  laras tinggi ( high registers - acrolectal )  tapi akhirnya maksudnya  yg akhir sampai. hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2017 07:12 AM | Show all posts
jadi , apa itu pendekatan tematik  yang diungkapkan oleh Dr Zaidi ni dalam article di atas?

okay - ia macam satu kaedah / cara  pembelajaran  yang  menggabungkan beberapa subjek  atau mata pelajaran di bawah satu 'tema' / situasi  / topik / topik yang menjadi tumpuan kajian/ permasalahan

kata mudah : satu masalah / tema yg perlu dirungkaikan dengan bantuan gabungan beberapa subjek lain ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 07:13 AM | Show all posts
i think dalam ilmu tafsir  ni penting ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2017 07:24 AM | Show all posts
by the way dah tengok webpage terbaru IKIM ?

http://www.ikim.gov.my/
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2017 10:22 PM | Show all posts
Syarah..erm..kita pernah baca satu artikel dalam majalah al-Hikmah tahun 1998 kot yg ada artikel pasal syarah.. I think that article would be a nice introduction for this thread..    sbb ada penjelasan apa itu syarah.. tapi kita kena cari majalah tu dulu.. hehe >.<
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2017 01:27 AM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 10-1-2017 10:22 PM
Syarah..erm..kita pernah baca satu artikel dalam majalah al-Hikmah tahun 1998 kot yg ada artikel pas ...

cool...yeah please  masukkan dengan rujukan ...bagus tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 05:29 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 20-1-2017 05:37 PM

Kedudukan Syarah dalam Tradisi Islam

Oleh
Abdul Latif Abdul Razak


Perkataan syarah jika dirujuk kepada Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan membawa maksud huraian, penjelasan dan ulasan. Namun, sekiranya imbuhan 'an' dimasukkan kepada kata nama tersebut "syarahan', ia memberi satu makna biasa yang sering kita dengar seperti apabila kita menyebut `syarahan agama', `syarahan umum' dan sebagainya. Makna-makna ini bukanlah makna yang kita maksudkan dengan syarah yang kedudukannya dalam tradisi Islam akan kita bincangkan dalam tulisan ringkas ini. Yang dimaksudkan dengan syarah di sini adalah sepertimana yang ditakrifkan dalam kamus-kamus besar Islam seperti Sihhah karangan al-Jawhari dan kitab `Ubab, karangan al-Saghani iaitu sebagai satu usaha memberi makna yang lebih mendalam ke atas keseluruhan sesuatu hasil tulisan baik dalam bentuk tulisan mahupun ungkapan.


       Adapun pensyarahnya mungkin pengarang itu sendiri atau orang lain yang yang menguasai disiplin yang berkenaan. Antara contoh karya yang berbentuk syarah yang dibuat oleh pengarangnya sendiri adalah Kitab Sharh al-Maqasid karangan Taftazani yang mensyarahkan kitab utamanya al-Maqasid, manakala karya-karya yang berbentuk syarah kepada hasil karya oleh orang lain terlalu banyak sekali, misalnya dalam bidang Hadith, Kitab Dalil al-Falihin lituruq Riyad 'l-Salihin karangan 'Allal al-Siddiqi  iaitu syarah kepada Kitab Riyadus al-Salihin karangan Imam al-Nawawi; dalam bidang lughah, Kitab Kawakib al-Durriyyah oleh al-Ahdal yang merupakan syarah kepada Matan al-Ajarumiyyah oleh Ibn Ajarum (yang disempurnakan oleh al-Hattab); dalam bidang tasawwuf, Kitab Fath al-Rahman karangan Shaykh Zakariyya Ansari yang merupakan syarah kepada Kitab Risalat al-Tawhid karangan Shaykh Raslan aI-Dimashqi dan A Commentary on The Hujjat al-Siddiq oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang merupakan syarah kepada Kitab  Hujjat  al-Siddiq karangan Shaykh Nur al-Din al-Raniri; dalam bidang sains, Tabi`iyyat Isharat dan Tabi‘iyyat Shifa oleh Nasaruddin al-Tusi merupakan syarah kepada Isharat dan Shifa karangan Ibn Sina; dan dalam bidang falsafah, Tafsir Ma Ba'da  al-Tabi`ah karangan Ibn Rushd merupakan syarah kepada Metaphysics karangan Aristotle, dan banyak lagi.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 05:39 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 20-1-2017 05:47 PM

       Syarah merupakan aspek penting dalam tradisi keilmuan Islam. Banyaknya karya-karya syarah bukanlah bermaksud ulama-ulama kita kekeringan dan ketandusan idea dan hilang keasliannya dalam menghasilkan tulisan-tulisan sendiri, namun  sebenarnya golongan ulama ini berusaha memperkayakan perbendaharaan makna bagi menyesuaikan istilah-istilah dan perbincangan rumit dan rencam mengikut situasi dan keperluan semasa. Ini adalah amat perlu kerana sebahagian besar hasil tulisan uiama-ulama kita dipersembahkan dalam bentuk matan atau mukhtasar yang terlalu ringkas tetapi padat bertujuan untuk memudahkan hafalan dan kesinambungan pemikiran. Kita perlu faham bahawa matan atau mukhtasar ini umpama biji benih yang apabila diserakkan akan bercambah menjadi pepohon rendang bilamana keadaan persekitaran dimana biji benih tadi jatuh melengkapi syarat-syarat dan keperluan untuk sesuatu biji benih bercambah.


       Matan atau mukhtasar tadi akan diperkayakan maknanya, diperluaskan tafsiranya dan diperdalamkan kefahamannya bilamana adanya orang yang berkemampuan melakukannya dan timbul kesedaran akan keperluannya. Sebab itu bila kita renung sejarah penulisan karya yang berbentuk syarah, kita akan dapati ianya satu tradisi yang berterusan. Lihatlah al-Qur'an, yang syarahnya dipersembahkan dalam bentuk tafsir-tafsir di antaranya yang muktabar adalah Tafsir Ibn Kathir, Tafsir al-Baidawi, Tafsir Zamakhshari, Tafsir Qurtubi dan lain-lain lagi. Dalam ilmu hadith yang menjadi sumber rujukan kedua Islam, kita akan bertemu dengan Dalil al-Falihin yang rnerupakan syarah kepada Riyad `l-Salihin dan Irshad al-Sari dan Fath al-Bari yang merupakan syarah kepada Sahih al-Bukhari. Dalam aspek ilmu bantu atau ilmu alat terutamanya lughah misalnya Kitab Kawakib al-Durriyyah iaitu merupakan syarah kepada Matn al-Ajarumiyyah dan Sharh Alfiyyah pula adalah syarah kepada Kitab Alfiyyah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 05:41 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 20-1-2017 05:48 PM

        Jika kita halusi tujuan ulama-ulama kita menghasilkan tulisan yang berbentuk syarah, maka kita akan dapati empat tujuan utama. Tujuan yang pertama ialah untuk menghidupkan kembali sesuatu karya yang mungkin tampak mati lantaran rasa ketidakperluan terhadapnya lagi. Tujuan yang kedua ialah untuk menghuraikan makna setiap istilah utama samada dari segi bahasa (lughah), dari segi tuntutan agama (shari'ah) seperti yang dimaklumkan oleh al-Quran dan Hadith, atau dari segi makna teknikal dalam bidang-bidang tertentu seperti tasawwuf, kalam, falsafah, matematik, fizik, perubatan dan sebagainya. Adapun tujuan ketiga ialah untuk menyesuaikan makna-makna yang terkandung dalam sesuatu matan itu dengan kefahaman semasa iaitu dengan mengulangungkapkan dengan bahasa yang difahami ketika itu. Ini bertujuan untuk memperkayakan perbendaharaan makna dan juga kefahaman masyarakat semasa. Adapun tujuan yang terakhir ialah untuk memperbetulkan kefahaman yang serong atau meleset tentang hal yang diperbincangkan.

      Menyentuh tentang bentuk sesuatu syarah itu dibuat, kita sudah nyatakan diatas bahawa ia mungkin dipersembahkan dalam bentuk tulisan dan lisan. Syarah dalam bentuk lisan adakalanya berlaku secara formal dan tidak formal. Syarah yang formal berlaku misalnya apabila seorang ulama mensyarahkan sesebuah kitab dalam majlis-majlis yang tertentu, manakala syarah yang tidak formal pula lebih kepada penghuraian dan ulasan yang bersifat spontan sewaktu berbual-bual, makan atau minum ataupun dalam bentuk pengamalan ulama tersebut yang memperjelaskan apa yang ditulisnya. Ini adalah kerana tidak semua perkara boleh dipersembahkan dalam bentuk tulisan. Ada diantaranya lebih jelas sekiranya dipersembahkan dalam bentuk amalan. Memahami hakikat ini, tidak hairanlah sekiranya kita mendapati Imam Malik menyertakan amalan ahli Madinah sebagai salah satu asas perundangan dalam mazhab beliau iaitu Mazhab Maliki. Ini memandangkan amalan ahli Madinah pada pendapat beliau merupakan satu syarah kepada sunnah yang diperakui oleh junjungan besar nabi Muhammad SAW.


      Bila kita memperkatakan aspek syarah dalam bentuk lisan, kita sudah mengandaikan di sana wujudnya hubungan yang rapat yang bersifat bersemuka antara guru dengan muridnya. Hubungan yang sebegini sememangnya telah jelas dirakam dalam sejarah ilmu dan ulama Islam silam. Mereka sedaya upaya, berkorban apa saja baik harta benda, masa, tenaga dengan mengenepikan kepentingan bersifat peribadi semata-mata untuk mendengar secara langsung dari mulut ulama-ulama besar. Keinginan untuk duduk mengadap dan menadah terus dari ulama-ulama besar membara dalam jiwa mereka. Mereka akan bersegera ke suatu tempat di mana kedengaran adanya guru-guru yang mashyur. Bertitik-tolak dari sinilah, tumbuhnya pusat-pusat ilmu Islam yang terkenal seperti Baghdad, Qurtubah, Kaherah dan sebagainya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 05:42 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 20-1-2017 05:49 PM

      Budaya sebegini tampak semakin hari semakin terpinggir. Malah minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh generasi dahulu semakin lenyap dari hati kita semua. Apa yang nyata, timbulnya budaya baru di mana kebanyakan kita lebih selesa membaca buku atau kitab dan sekaligus cuba memahaminya dengan keupayaan sendiri tanpa bantuan seseorang guru. Kita sepatutnya akur bahawa dalam hal ini ada dua kemungkinan; pertamanya, mungkin apa yang difahami bersesuaian dengan kehendak pengarang, keduanya, kefahaman kita mungkin menyeleweng dari kehendak pengarang. Jikalaupun berlaku kemungkinan yang pertama, belum pasti keseluruhan isi karya itu dapat kita selami; tetapi seandainya berlaku kemungkinan yang kedua, maka kita akan terjerumus ke dalam salah faham yang membawa kepada kesesatan. Ini berlaku akibat sikap ketidakadilan kita kepada pengarang iaitu dengan silap memahami apa yang dimaksudkan oleh beliau, dan lantaran dari kesilapan itu kita akan menyesatkan diri sendiri dan orang lain.


       Kesilapan itu akan terus diperpanjangkan oleh orang lain, dan pastinya kitalah adalah penyumbang terbesar dalam kesesatan ini. Silap faham yang sedemikian tidak boleh dianggap sebagai kefahaman subjektif kita, malah jika dianggap sebagai fahaman yang berbeda-beda juga bukanlah alasannya. Secara dasarnya, syarah yang dilakukan oleh pengarang ke atas hasil karya beliau sendiri adalah yang terbaik kerana ia lebih menepati kehendak dan tujuan sesuatu karangan itu. Selain dari beliau, syarah biasanya dibuat oleh murid beliau yang terpilih atau mereka-mereka yang terkenal dalam bidang itu.


       Tradisi syarah ini nampaknya semakin berkurangan dan nampaknya tiada usaha yang gigih untuk mengembalikan kegemilangan tradisi ini. Persoalan yang timbul, apakah kita sekarang ini ketandusan ulama yang mempu memastikan kesinambungan tradisi ini, atau sememangnya mereka sudah kekeringan idea untuk menghasilkan tulisan asli yang baik atau setidak-tidaknya mensyarahkan hasil tulisan ulama silam kita?



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 05:44 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 20-1-2017 09:45 PM

        Menyentuh persoalan ini, seorang ilmuan Islam terkemuka di rantau ini, Prof. Muhammad Naquib al-Attas merupakan pengecualian kepada krisis yang melanda golongan ulama kini. Beliau telah berusaha memastikan tradisi Islam silam ini diteruskan kesinambungannya bukan sahaja dalam bentuk tulisan malah juga lisan. Syarah beliau terhadap Kitab Hujjat al-Siddiq karangan Shaykh Nur al-Din al-Raniri  memenuhi keseluruhan ke empat-empat tujuan utama sesuatu karya syarah itu dihasilkan. Beliau juga membuktikan dalam syarah beliau bahawa menghasilkan sesuatu karya syarah bukanlah perkara yang mudah, tetapi memerlukan penguasaan dan pemahaman yang mendalam dalam pelbagai disiplin terutamanya yang berkaitan dengan karya yang hendak disyarah. Di samping itu, perkara lain yang mesti diambil kira ialah penguasaan yang mendalam terhadap bahasa asal karya berkenaan. Dalam penghuraian beliau terhadap istilah-istilah penting, Prof al-Attas telah memperlihatkan keasliannya dengan menghuraikan istilah-istilah penting seperti al-darat dan wahdat al-wujud dengan huraian yang baru dan berdaya cipta.


        Untuk memastikan kesinambungan tradisi syarah dalam bentuk lisan pula Prof. al-Attas telah mengambil langkah perlu dengan mengadakan syarahan setiap malam Sabtu di Dewan Persidangan ISTAC. Syarahan ini yang bermula pada jam 9 malam dan berakhir pada 11.30 adalah kelangsungan dari siri syarahan beliau terhadap bukunya Pengenalan Kepada Metafizik Islam (Prolegomena To The Metaphysics of Islam). Syarahan ini terbuka kepada semua individu yang berminat.





Artikel di atas dipetik dari Majalah Al-Hikmah (Forum ISTAC) Bil. 2 Tahun 4 (April-Ogos 1998)





Article in PDF file : http://docdro.id/ANsKLBZ

Convert from screenshot picture to editable text using http://www.onlineocr.net/  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2020 09:32 PM | Show all posts
Saya bersetuju dengan pengarang bahawa topik yang dijelaskan dengan tema lebih sesuai dan memberikan pemahaman yang lebih jelas kerana konteksnya diberikan secara komprehensif dan lebih banyak pemikiran daripada penulis lain dan menjadikan sesuatu kelihatan terlalu berpecah-belah yang tidak mempunyai kesinambungan dengan cara yang lebih sederhana.

Juga, saya biasanya menggunakan alat menangkap gambar ini untuk mendapatkan teks. Ia telah berjaya untuk saya https://www.bisok.com/grooper-da ... res/multi-pass-ocr/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.354109 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list