CARI-MAL Publish time 21-12-2016 06:20 PM

Tak Yakin Akan Berkahwin, Kang Dong Won Pentingkan Kerjaya

Hubungan cinta bagi selebriti Korea Selatan merupakan antara topik sensitif untuk dibincangkan terutama topik pernikahan.


Demikian juga yang dialami aktor tampan, Kang Dong Won, 36, apabila dia mengaku bahawa dia mungkin tak akan berkahwin sampai bila-bila.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201612/21/181928yqavxf4auzdaido1.jpgSumber foto: allkpop


Menurut portal Allkpop, Kang Dong Won menyatakan dalam satu sesi temu bual yang dia tidak yakin bahawa dia akan berkahwin suatu hari nanti.


"80 peratus daripada perancangan saya membabitkan soal karier sementara hanya 20 peratus dibahagikan membabitkan urusan peribadi.

"Saya merupakan seorang yang perlu membahagikan masa dengan teliti untuk urusan peribadi dan kerjaya. Saya tak rasa tabiat ini akan berubah dalam jangka masa terdekat ini," katnya.


Wah, ini betul-betul sibuk gayanya. Mungkin kalau dah kahwin nanti peratusan perancangan kehidupannya berubah kepada 80 peratus diperuntukkan untuk hal peribadi? Siapa tahu bukan? - CARI

clara_nur Publish time 21-12-2016 10:15 PM


tak heran kat sana berlambak retis2 umur 40an tak kawen2 lagi..
diorg plg awal kawen pon mgkin bila umur lewat 30an..huhu

sambaldurian Publish time 22-12-2016 08:40 AM

Ak pun rs cm gitu, tp ak bkn kpop star, kerjaya pun admin sajo..cuma xnmpak jodoh lg..harap muka forever young jgk la mcm dorg ;P;P

RatuDunia94 Publish time 22-12-2016 10:27 AM

Entah2 kunyit.. Alasan semata.

IxoraP Publish time 24-2-2017 11:21 AM

normal je kalau artis dorg x kawen umur cam ni..
Pages: [1]
View full version: Tak Yakin Akan Berkahwin, Kang Dong Won Pentingkan Kerjaya


ADVERTISEMENT